Rabu, 13 November 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


INI DIA MUKA KRONI

Posted: 13 Nov 2013 05:00 PM PST



Bernas diswasta, Syed Mokhtar tamak haloba – Anwar »

syed_mokhtar
Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh  Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambilalih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021, disebabkan tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.…

               PROJEK KAYAN KAN KRONI
Tan Sli Mortar >> saya orang susah TT. saya bela lembu saja. Tolonglah TT jangan cibaikan saya.. tiap2 tahun saya hantar ramai melayu pergi haji dgn tujuan membodoh2 mereka dan bertujuan menonjol2 terlebih islam saya hinggakan bini saya pun berjambul.. saya tak kesah..sedangkan keutamaan beribadah saya sepatutnya menjaga bini dan keluarga saya terlebih dahulu..

 Lu pernah tak dengar dan jumpa individu dermakan 1 billion kpd kerajaan Mesia? Amerika pun x kasi 1 billion derma kpd kerajaan.. saya cuba menjado Robin Hood tapi lu TT ngan Anwar Ibrahem mmg slalu cibaikan gua. Sebenarnya Industri Padi wal Gula ni untungnya tak seberapa. Lagi untung gua buat IPP untuk bela melayu bodoh terus menjadi bodoh walaupun mereka rajin membaca buku bertimbun2 wal lulusan luar negeri..

Industri minyak saya nak polok kat Gurun pun, lu nak kacau jugak ker? Lepas ni gua nak swastakan universiti dan masjid pulak sbb org melayu ni bodoh berlapis2.. gua buat apa pun, semuanya betul terutama yg dpt gi mekah on SATU LAGI PROJEK UNTUK KAYAKAN KRONI
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 11/13/13

-------

GUNAKAN BAHASA SWAHILI

Posted: 13 Nov 2013 06:30 AM PST




 KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

LATIN DAN RUSSIA DI FELDA
Patut NGO ini gunakanlah bahasa Swahili Jermen Jepang dan Cymraeg skali.. baru nampak canggih dan power untuk menunjuk2.. makcik felda kat tempat aku, bahasa ibunda derang bahasa Latin dan Russia, lu tak percaya, singgahlah Felda Lubuk Merbau dan Felda Bukit Tembaga.. insyaallah derang cakap pekat Latin dan Russia.. on MASALAH NGO MALAYSIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 11/13/13
----------

DI PARLIMEN BUKAN TEMPAT GORENG TELOOO

Posted: 13 Nov 2013 05:00 AM PST



Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR - Kriteria untuk menjadi seorang pemimpin dan menerajui Pas tidak terhad kepada keupayaan seseorang berdebat...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KALAU BUKAN BERDEBAT  MACAM MANA NAK UKUR?..kah kah.

kah kah kah... DI PARLIMEN BERHUJAH DAN BERDEBAT?... kah kah kah..

woit...BUKAN  GORENG TELOOOOOOO ....kah kah kah...




---------

DUA GARIS - DUA PERJUANGAN

Posted: 12 Nov 2013 09:00 PM PST








 TUAN HAJI MUHAMAD SABU
 

DUA IMEJ – DUA GARIS

APABILA 1,300 perwakilan Pas menghadiri muktamar tahunan parti itu yang ke-59 mulai 22 November ini, mereka mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama Pas dan kedua, mendesak supaya Pas tidak menjadi 'lebai malang' melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang. (Zulkiflee Bakar – Mingguan Malaysia 10/11/13)

Pada satu ketika  yang tak berapa lama dahulu – dizaman kegemilangan kerajaan Ketuanan Melayu – media milik United Malays National Organisation langsung tidak ambil pot sama ada DAP  berkongres atau PAS bermuktamar. Dengan keangkuhan  kuasa yang dimiliki kerajaan Ketuanan Melayu ini bermimpi bahawa hingga dunia kiamat mereka akan terus berkuasa.

Kini kerajaan Ketuanan Melayu ini telah terjaga dari dengong khayalnya. Sesudah PRU12/13 – lanskap politik Malaysia telah berubah. Hegemoni kuasa yang dimiliki oleh United Malays National Organisation telah retak  , terhakis dan menunggu masa untuk terbarai. Hukum-hukum dan syarat sosial telah berubah dan TIDAK lagi menyebelahi parti Ketuanan Melayu. Rakyat Malaysia semakin ramai melarikan diri dari United Malays National Organisation macam tikus takutkan ular tedong- macam Mat Rempit bencikan 'road-block'.

PRU13 saheh membukti bahawa kerajaan Ketuanan Melayu yang wujud pada hari ini adalah kerajaan haram.  Bukan hanya TIDAK mendapat undi popular – malah undi yang didapati pun dengan cara menipu. Undi  tipu datang dari penipuan   Pengundi Awal, dari Pengundi Hantu dengan kad pegenalan palsu dari Sabah dan Sarawak atau dari dakwat kekal yang TIDAK kekal. Ini hanyalah sebahagian dari penipuan yang telah saheh dibuktikan. Terbukti sah bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini hanya mendapat 47% dari undi popular wal hal Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular.

Faktya 47% dan 52% ini wajib terus dingati  dan diheboh-hebohkan kerana ini hakikat lanskap politik Malaysia sekarang. Apa sahaja dasar, apa sahaja rancangan, apa sahaja undang-undang yang dijalankan oleh Parti Ketuanan Melayu semuanya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat  negara ini.  

Dasar yang dijalankan oleh kerajaan Ketuanan Melayu ini  ialah dasar haram. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen ialah undang-undang haram. Ini hakikat. Malah setiap ahli, setiap YB dan setiap Menteri dari parti Ketuanan Melayu sedar tentang hal ini. 

Justeru, dari kesedaran ini parti Ketuanan Melayu sedang merancang untuk mematahkan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR.  Perserikatan kerjasama antara tiga buah parti politik yang telah terjalin semenjak  PRU 12 dahulu telah berjaya mengubah lanskap dan persepsi politik Malaysia.

Orang ramai, rakyat Malaysia terutama anak muda – telah tidak segan lagi untuk memperlekeh konsep Ketuanan  Melayu malah mempertikikan sejarah kewujudan  United Malays National Organisation sendiri. Orang ramai  – anak semua bangsa – kini  secara terbuka  telah berani untuk menolak hegemoni parti Ketuanan Melayu.

Dengan menggunakan kayu ukur  konsep ketuanan Melyau, dengan mengunakan  slogan Hidup Melayu parti United Malays National Organisation telah menjaja apa yang mereka panggil Perpaduan Melayu. Daging busuk yang bernama Perpaduan Melayu ini telah dijaja ke hulu ke hilir. Hanya dengan satu harapan, hanya dengan satu mimpi, bangkai busuk ini akan memerangkap beberapa ekor  buaya-buaya  lapar balak dan buaya buaya lapar projek yang sentiasa lapar dalam Pakatan Rakyat.

Strateji  parti Ketuanan Melayu ini cukup senang.  Tidak perlu mengupah APCO  untuk menjadi jurufikir atau meminta Idris Jala membuat 'makmal'.  Strateji  gerombolan Ketuanan  Melayu ini jelas bogelnya.

Pakatan Rakyat perlu dimusnahkan. Peranan ini wajib dijalan oleh PAS. Parti Islam ini  wajib meninggalkan Pakatan Rakyat. PAS wajib kembali dengan hujah lama. Kembali dengan pedekatan lama. Bukan mengajukan Negara Berkebajikkan tetapi  Negara Islam. Bukan untuk   membawa keadilan sosial untuk semua  tetapi membawa Hudud yang menakutkan. Bukan menjadi parti politik yang berjuang  untuk mewujudkan agihan ekonomi yang adil tetapi   PAS yang  terus mengeluarkan  fakwa fatwi  danb ayat-ayat untuk menghalal dan mengharam yang itu dan yang ini. PAS juga wajib terus menghukum  si Polan dan Si Polan atas nama Islam.

Hakikatnya  berkerjasama  dan bersetiakawan dengan yang bukan ahli Pas adalah 'haram'. Ahli PAS disini wajib dibaca sebagai  dari Bani Melayu sahaja. Justeru bekerjasama dengan bukan Melayu oops... dengan bukan Islam itu haram. Inilah  fatwa yang terus diidam-idamkan oleh United Malays National Organisation. Inilah garis politik yang  diharapkan muncul dalam Muktamar PAS yang Ke 59 ini.

Bukan susah untuk mencari buaya lapar projek dalam PKR, dalam DAP atau dalam PAS. Dalam parti PAS buaya-buaya lapar projek ini  boleh mengolah kelaparan mereka dengan ayat-ayat suci, dengan  hadith dan sanad. Pekara ini bukan susah untuk dilakukan. Perpaduan Melayu ini akan diganti dengan Perpaduan Ummh. Ucapan politik Perpaduan Ummah ini akan disira pula dengan beberapa  ayat-ayat  Arab. Pengunaan ayat-ayat dalam  bahasa Arab  pasti menjadi umpan yang  afdal dimata kail.  Inilah keindahan parti PAS.

Muktamar ke 59 PAS kali ini memperlihatkan dua imej dan dua garis. Memahami realpolitik ialah memahami tentang garis politik.  Retorik yang dihamburkan  hanya bertujuan untuk mengolah persetujuan untuk mendapatkan kuasa politik.  Kuasa politik yang ingin dirangkul akan  dapat  mengkaut  kuasa ekonomi. Kuasa ekonomi sekali  lagi akan memperkukuh kuasa politik. Berpolitik ialah bekerja mencari sokongan ramai  untuk mendapat kuasa ini.  Inilah realpolitik – sama ada parti  politik  Islam atau parti politik Hindu.

Dua garis pertembungan dalam PAS ini sedang jelas kelihatan.  Garis Perpaduan Melayu opps... Perpaduan Islam atau garis Perpaduan Kerjasama Menentang Kezaliman. Muktamar ke  59 ini adalah manifestasi pertembungan dua garis ini.  Satu diwakili oleh Nik Ammar dan satu lagi oleh Muhamad Sabu a.k.a Mat Sabu. Pertembungan garis ini  sedang berlaku dalam semua tahap pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini.

Peranan  dan niat parti Ketuanan Melayu cukup jelas. Sebelum ajenda Muktamar PAS dimulakan -   52% rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat telah melihat bagaimana saban hari media milik United Malays National Organisation membuat onar terhadap parti DAP. Sebelum dan sesudah Kongress DAP kita melihat bagaimana hampir setiap hari akhbar Melayu yang kesesakan iklan ini menabur fitnah, menabur tohmah dan mewujudkan kesangsian Orang Melayu terhadap peranan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kempen anti DAP ini ditujukan untuk Bani Melayu dan Bani Kerajaan Perpaduan dalam PAS.

Kita lihat bagaimana bertahun-tahun sebelum PRU13 lagi ajen-ajen United Malays National Organsiation didalam PAS telah membuat onar. Hari ini  rakyat Malaysia telah diberitahu bagaimana pada malam kekalahn United Malays National Organisation di Selangor dalam PRU12,   si Haji Datuk Doktor  Hasan Ali telah mula membuat  rundingan untuk mendirikan kerajaan campuran antara PAS dengan United Malays National Organisation.

Hari ini umum telah juga mengetahui bagaimana ajen gerombolan  Ketuanan Melayu ini  telah menyalar dan membelit untuk terus menjual daging busuk yang bernama Kerajaan Perpaduan. Kempen Kerajaan Perpaduan ini  bertali arus. Hampir setiap Menteri United Malays National Organisation telah menyuarakan pandangan tentang betapa pentingnya  Perpaduan Ummah opps... Perpaduan Melayu untuk kesejahteraan Islam.

Mengikut  lojik Ketuanan Melayu  jika Orang Melayu tidak bersatu maka Islam akan hancur lebor punah ranah. Justeru kita melihat pinangan dan jemputan datang secara terang-terang dan  juga pinangan  datang  secara gelap-gelap.   Pinangan secara gelap-gelap ini yang menjadikan air liur Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa terbarai meleleh  hingga boleh menenggelam sebuah madarasah.

Kita juga telah melihat bagaimana tiga tahun dahulu Utusan Malaysia telah secara terang-terangan telah menjadi jurubicara kepada Nasaruddin Mat Isa. Ini berlaku ketika adanya perlawanan perebutan tiga penjuru untuk menobatkan Timbalan Presiden Parti Pas.

Apakah kali ini ianya berbeza? Jawabnya TIDAK. Malah kali ini taktik dan kempen gerombolan untuk memecahkan  saf PAS dilakukan secara terancang. Berbulan-bulan sebelum Muktamar telah dimunculkan ajenda Shiah. Amat jelas ajenda Shiah ini bertujuan untuk memastikan Mat Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS akan dapat dikalahkan.

Mazhab Shiah ini digunakan oleh mazhab Sunni Wal Rasuah ini kerana diwar warkan Mat Sabu ini ialah seorang pengikut mazhab  Shiah. Mengikut ajaran Sunni Wal Rasuah kerana  Mat Sabu tidak makan sotong maka Mat Sabu tidak berhak untuk menjadi pemimpin PAS.

Sebenaryna bukan makan sotong yang menjadi latar kempen anti Shiah yang telah dilancarkan oleh  Ketuanan Melayu yang bermazhabkan Sunni Wal Rasuah. Kempen anti Shiah yang dijalankan oleh Ketuanan Melayu ini adalah kempen garis politik. Shiah atau Sunni ini hanyalah bertujuan untuk mengolah persetujan ahli PAS untuk menolak atau menerima garis politik Mat Sabu atau garis politik Nik Amar.

Ahad baru ini 'salvo pertama' telah dilancarkan oleh Mingguan Malaysia untuk  meraih simpati 1,300  perwakilan PAS agar mengundi Nik Amar  untuk mengalahkan Mat Sabu. Dalam masa dua minggu sebelum Muktamar ini  rakyat Malaysia – anak semua bangsa -  akan membaca, mendengar dan melihat banyak lagi bentuk-bentuk kempen yang akan dijalankan  untuk memastikn Mat Sabu kalah.  Kenapa agaknya penting  sekali Mat Sabu ini dikalahkan? Tunggu minggu hadapan.(TT)

 

 
NOTA
tulisna ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92- 21-10 -45

---------

MASALAH NGO MALAYSIA

Posted: 12 Nov 2013 08:30 PM PST





DARI FACE BOOK


Bila si kaya rompak si miskin ia dipanggil 'perniagaan', bila si miskin bangkit melawan ia dipanggil 'keganasan'

— Ada betul ka?
 —
BATAHAN
 UNTUK SAPA NI?

KOMENTAR TUKAR TIUB

sila baca  apa yang ditulis
sila baca sekali lagi
faham tak?

tulisan dalam kad manila ini
dalam bahasa inggeris

gambar ini diambil 
dalam rumah panjang  warga penan 
rumah panjang di murum
sarawak

jelas yang menulis ini bukan orang kampong
yang menulis ini ngo dari bandar

orang kampong sedang melawan taib mahmud
yang akan menenggelam kampong mereka
dengan satu lagi dam yang besar
menenggelamkan tanah rayau mereka
tanah hutan tempat cari makan

ngo datang menolong
terima kaseh ngo

TAPI
 inilah masaalah ngo di malaysia ini
mereka tidak menggunakan bahasa stratijik  
mereka menggunakan bahasa kolonial

mustahil warga iban dalam hutan ini
lulusan oxford atau cambridge
mustahil ada sesiapa dalam kampong iban ini
akan faham apa yang ditulis

bahasa stratejik di sarawak
ialah bahasa iban
bahasa anak tempatan

JUSTERU
ngo di malaysia ini terkonteng konteng
dua tiga kerat
tak ada sokongan orang ramai
hanya ada nama guna baha kolonial
ini untuk dapat duit dari luar negara

PLAKAD
plakad ini di tulis dalam bahasa kolonial
yang difahami oleh penaja
bukan bahasa iban
yang di hayati oleh orang kampong

KENAPA PERANGAI NGO MACAM INI
ini kerana otak mereka telah dijajah
seharusnya sebelum membebaskan orang lain
dari berlenggu penindasan
bebaskan diri sendiri dahulu

JUSTERU
ngo di malaysia ini
kebanyakkan gagal
kerna tidak mendapat sokongan orang ramai
kerana tidak menggunakan bahasa stratejik
untuk perubahan

NOTA
bila di tegur tahu marah
kah kah kah



--------

LEMBU SUDAH TAKUT

Posted: 12 Nov 2013 08:00 PM PST


TIGA KALI JADI TAMU ALLAH

Shahrizat tarik balik saman RM100 juta

Kuala Lumpur: Shahrizat Abdul Jalil semalam, menarik balik saman RM100 juta, difailkan terhadap Ahli Parlimen Pandan dan Ampang, Mohd Rafizi Ramli serta Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan akhbar didakwa memfitnahnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....  TAHU TAKUT.... kah kah kah..

kah kah kah... CAKAP BERDEGAR DEGAR.... kah kah kah..

woit... NAPA TARIK BALIK?.... kah kah kah..

kah kah kah... KERANA AKAN TERBONGKAR LAGI BANYAK CERITA... kah kah kah


---------

SIAPA AJEN CIA DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA

Posted: 12 Nov 2013 07:30 PM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB
anak muda
ngo dan parti politik
wajib buat laporan polis
berasaskan kenyataan mahathir muhamad


  • Pasal AG, tanyalah SPRM, kata polis
  • Ketua polis berkata, dakwaan terkini yang mengaitkan Peguam Negara dakwaan salah guna kuasa bukan bawah tanggungjawab polis untuk menyiasatnya.

KPN: Bukan tugas polis, terpulang SPRM siasat Gani Patail

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata bukan tanggungjawab polis mengendalikan pertuduhan salah laku Peguam Negara Abdul Gani Patail.
Katanya, pertuduhan berhubung penyalahgunaan kuasa mesti dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.
"Ini bukan tanggungjawab polis. Anda harus bertanya kepada SPRM," katanya sebelum menyampaikan syarahan bertajuk "Polisi Masa Hadapan" di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. INI BERITA LAWAK?.... kah kah kah..

kah kah kah... TIAP MALAM BUAT ROAD BLOCK.... ADA TANYA SPRM TAK?... kah kah kah..

kah kah kah... TIAP BUJU TANHAN BANGLA.... ADA TANYA SPRM TAK?.... kah kah kah..

woit... NAPA YANG INI KENA TANYA SPRM?..... kah kah kah..

kah kah kah...INI ADA AJEN CIA DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA?.... kah kah kah..

kah kah kah... CIA INI MUSUH  NEGARA.... kah kah kah...

kah kah kah... DULU ANWAR DI TENDANG KERANA DIA CIA.... kah kah kah


SIAPA AJEN CIA
DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA
----------

Tiada ulasan: