RAKYAT MARHAEN |
- (2) Dewan Rakyat 14 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Pergerakan Syiah didalangi Yahudi?
- PPSMI bunuh identiti masyarakat secara perlahan?
- Pembaziran Wang Rakyat: Alasan pentadbiran Najib guna perunding luar disanggah
- (1) Dewan Rakyat 14 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Siasat kaitan KP palsu dengan Projek IC Sabah
- UPSR 2013: 42,646 Calon Dapat Semua A
- Mahkamah syariah Kelantan sedia laksana hudud
- Bilal, Imam Masjid Taman Perling Dipecat: Anak Kariah mahu kepastian
- Harga Minyak RON 97 (Turun 10 sen) Selepas (Naik 15 sen). Tanpa Subsidi Harga RON 95 (RM2.73) VS RON 97 (RM2.75)
- 5,000 Graduan Doktor Perubatan Bakal Menganggur Tahun Depan...
- PR kecam cadangan DBKL naikkan cukai taksiran sehingga 267 peratus, bebankan warga kota raya
- Pas: Isu Petronas perlu perhatian serius
- Islam membentuk minda kritis
- KJ tak perlu mengalah untuk majukan bola sepak, walaupun dikritik Siti Nurhaliza
- Warga KL tolak kenaikan cukai, masa depan politik BN makin gelap
- Reformasi penyelamat masa depan
- PR sasar rampas 46 lagi kerusi BN untuk tawan Putrajaya pada PRU-14: Lim Kit Siang
- Jamil Khir Baharom, pelawak berbakat...!!!
- Agenda Politik Pas, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu (Bahagian Akhir)
- Kenyataan palsu: Subramaniam akan diheret ke JK Disiplin Parlimen
- 210,000 siswazah kini menganggur
- Satu Perkara Isteri Boleh Tengking & Ugut Suami... - Ustaz Azhar Idrus
- Kenapa KFC, McD, Pizza Hut Orang WARAK Tak Suka Makan? - Ustaz Azhar Idrus
- Amalan 10 MUHARRAM - Ustaz Azhar Idrus
(2) Dewan Rakyat 14 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 13 Nov 2013 07:41 PM PST |
Pergerakan Syiah didalangi Yahudi? Posted: 13 Nov 2013 07:34 PM PST Pengerusi Akidah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin berkata, Malaysia antara negara yang menjadi sasaran gerakan itu sejak 40 tahun lalu. Katanya, rancangan itu bagaimanapun gagal kerana keberkesanan kepemimpinan negara melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip keharmonian sejagat. "40 tahun lalu, ada pengikut Syiah datang berhujah di maktab perguruan Islam dan memberi buku kepada mahasiswa bertujuan untuk mengembangkan fahaman mereka tetapi tidak berjaya. ALLAH masih selamatkan negara kita," katanya pada Seminar |
PPSMI bunuh identiti masyarakat secara perlahan? Posted: 13 Nov 2013 07:28 PM PST KUALA LUMPUR: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidaklah wajar dilakukan walaupun telah ada persiapan yang mantap dari segi guru dan juga bahan pembelajaran apatah lagi jika dilakukan dalam keadaan yang tidak tentu arah. Read More / Baca Lagi >>"Bahasa Melayu adalah harta kita. Janganlah disia-siakan demi sesuatu yang tidak pasti. Persis kata peribahasa Melayu lebih berharga mutiara sebutir dari pasir sepantai. Hargailah bahasa kita sebaik mungkin sepertimana ia sepatutnya," ujar Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhamad Aliemran Norasid dalam satu kenyataan. Justeru, katanya PKPIM yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia sejak dari awal membantah keras dasar PPSMI yang banyak mendatangkan keburukan. Beliau berkata, begitu banyak bantahan baik dari pelajar ataupun guru di mana mereka sukar untuk memahami pelajaran, malah membuatkan mereka hilang minat untuk mendalami pelajaran, baik Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Berikut kenyataan penuh beliau. PKPIM melihat serius kenyataan mantan pimpinan negara dalam usahanya mengembalikan PPSMI. Pihak kami yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia sejak dari awal membantah keras dasar PPSMI ini yang banyak mendatangkan keburukan. |
Pembaziran Wang Rakyat: Alasan pentadbiran Najib guna perunding luar disanggah Posted: 13 Nov 2013 07:17 PM PST Bekas pegawai awam kanan dalam kerajaan tidak menerima alasan dan sebab yang digunakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk menggaji pakar perunding swasta bagi menyediakan kajian dan melakar dasar kerajaan. Ini kerana, kebanyakan mereka yang ditemuramah The Malaysian Insider mempersoalkan mengapa perdana menteri sebelum Najib mampu menguruskan kerja mentadbir negara tanpa membabitkan tenaga perunding luar. Malah, lima perdana menteri sebelum Najib berjaya membangunkan negara sehingga Malaysia menjadi ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara tanpa menggunakan pakar luar daripada kerajaan. Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Ramlan Samiran, berkata mengapa kerajaan tidak menggunakan kepakaran anak tempatan yang bersusah payah mendapatkan kelayakan akademik dari dalam dan luar negara. "Apa sudah jadi dengan semua pegawai kerajaan yang dihantar ke luar negara untuk mendapat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Read More / Baca Lagi >> |
(1) Dewan Rakyat 14 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 13 Nov 2013 07:12 PM PST |
Siasat kaitan KP palsu dengan Projek IC Sabah Posted: 13 Nov 2013 06:45 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung sindiket kad pengenalan palsu membabitkan warga asing di negara ini dan kaitannya dengan Projek IC di Sabah. Read More / Baca Lagi >>Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, penangkapan lebih sepuluh pengawal keselamatan yang disahkan memiliki kad pengenalan palsu adalah serius dan memberi kesan besar kepada keselamatan negara. Beliau menambah, oleh kerana mereka yang ditahan datang daripada Sabah dan dipercayai rakyat asal Filipina, besar kemungkinan pesalah tersebut mempunyai kaitan dengan Projek IC Sabah. "Kami mengucapkan tahniah (kepada pihak polis dan imigresen) kerana berjaya membongkar 'kerakyatan palsu' dalam negara kita. Sudah tentu rakyat tertanya, adakah mereka yang memiliki kad pengenalan palsu ini mendaftar juga sebagai pemilih bagi melayakkan mereka mengundi pada setiap kali pilihan raya? "Beberapa tangkapan yang dibuat baru-baru ini mendapati kebanyakan mereka memiliki kad pengenalan palsu yang diperolehi di Sabah. Adakah ini ada kaitan dengan 'Projek I/C' yang pernah didedahkan (oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja)?" soal beliau. |
UPSR 2013: 42,646 Calon Dapat Semua A Posted: 13 Nov 2013 06:34 PM PST |
Mahkamah syariah Kelantan sedia laksana hudud Posted: 13 Nov 2013 06:30 PM PST Bagaimanapun, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata, pelaksanaan itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan pelantikan hakim khas pula harus dibuat. "Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, insya-ALLAH hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan" katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan di sini, semalam. Hadir mencemar duli menyempurnakan perasmian kompleks bernilai RM25.8 juta itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. |
Bilal, Imam Masjid Taman Perling Dipecat: Anak Kariah mahu kepastian Posted: 13 Nov 2013 06:29 PM PST Bekas Bilal I, Mohamad Kasim Shariff (kiri) bersama Ismail (dua, kiri) dan beberapa ahli jawatankuasa bertindak bersama serta bekas Bilal II, Muhmmad Yasser A Rashid menghantar bantahan di Pusat Islam Iskandar, semalam. JOHOR BAHRU - Susulan pemecatan seorang imam dan tindakan menamatkan perkhidmatan tiga bilal Masjid Taman Perling, satu bantahan rasmi dihantar kepada Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).Serahan bantahan itu dikemukakan Jawatankuasa Kariah (bertindak) masjid tersebut bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dikenakan ke atas imam dan tiga bilal terlibat. Pengerusinya, Ismail Dahwan berkata, bantahan tersebut dihantar bagi mendapatkan campur tangan dan keputusan jelas isu tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Mutalip. Menurutnya, antara isi kandungan yang dikemukakan ialah pemecatan ini dilihat tidak dibuat mengikut peraturan dan undang-undang (enakmen) bahkan tidak disebut dengan jelas jenis kesalahan yang menyebabkan individu ini diberhentikan serta-merta. "Kami juga mengemukakan beberapa perkara lain susulan pemecatan ini sebagai sokongan dan tindakan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya dan kebenaran. "Dalam bantahan ini, kami turut melontarkan pandangan ke atas Jawatankuasa Majlis untuk kebaikan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. |
Posted: 13 Nov 2013 05:58 PM PST Jikalau dahulu inilah jenis minyak yang menjadi pilihan orang kebanyakan di Malaysia. Seperti yang pernah Berita Semasa kupas (DI SINI). Sekarang? Tidak lagi…..minyak RON 97 telah dianggap minyak pilihan orang-orang kaya & berkemampuan. Jikalau sebelum ini harag minyak RON 97 telah naik sebanyak 15 sen (DI SINI), hari ini dijangka harga minyak RON 97 turun 10 sen berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti di sini…. Pekeliling Kementerian Kewangan Malaysia : Harga Minyak RON 97 Turun 10 sen Bermakna sekarang ini harga minyak RON 97 yang sering diapungkan harganya mengikut harga pasaran dan tidak langsung diberikan subsidi seperti mana diberikan kepada minyak RON 95, jatuh pada harga RM2.75 liter sekarang ini. Harga Minyak RON 97 Vs Harga Minyak RON 95Adakah selepas ini giliran harga minyak RON 95 yang menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah dan serdahana bakal turun pula? |
5,000 Graduan Doktor Perubatan Bakal Menganggur Tahun Depan... Posted: 13 Nov 2013 05:55 PM PST ADA terlalu ramai pelajar-pelajar perubatan yang lulus setiap tahun tetapi Hospital pula tidak cukup untuk melatih dan menyediakan peluang pekerjaan buat mereka, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Read More / Baca Lagi >>Jika keadaan ini berterusan, tidak akan ada tempat untuk graduan ini untuk menjalani latihan menjelang tahun depan, tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan. "Terlalu ramai graduan perubatan , dan kolej perubatan swasta pula terlalu banyak , hampir 40 sekarang untuk kira-kira 28 juta penduduk negara ini". "Ini mungkin salah satu per kapita tertinggi di dunia. Untuk beberapa tahun lalu , MMA telah menentang sekeras-kerasnya strategi membanjirkan pasaran untuk mengatasi masalah kekurangan doktor. Walau bagaimanapun , sepertimana jaminan yang telah kerap kita beri bahawa banyak kawasan luar bandar masih kekurangan doktor dan tidak ada kemungkinan untuk doktor menganggur , ramai terus mengikuti kursus perubatan. "Hari ini, dengan kira-kira 5,000 graduan perubatan setiap tahun, kita mempunyai jumlah tertinggi dalam sejarah Malaysia. ".. |
PR kecam cadangan DBKL naikkan cukai taksiran sehingga 267 peratus, bebankan warga kota raya Posted: 13 Nov 2013 05:01 PM PST Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tidak seharusnya membenarkan kenaikan secara drastik berlaku kerana ia akan memberi masalah kepada penduduk kota yang sememangnya sudah bergelut dengan kos sara hidup tinggi. "Kami mengetahui kadar taksiran perlu dinilai daripada semasa ke semasa tapi yang penting ia harus adil dan munasabah kepada semua pihak. "Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan perlu mengkaji semula dan mempertimbang dengan seadil-adilnya sebelum membuat keputusan berhubung kadar ini sebelum melaksanakannya," tegasnya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. |
Pas: Isu Petronas perlu perhatian serius Posted: 13 Nov 2013 04:29 PM PST Menurut Pengarah Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad, penjelasan tersebut perlu berikutan program pembangunan vendor (VDP) yang diwujudkan Petronas bagi membantu syarikat-syarikat Bumiputera, didakwa cuba dilenyapkan secara perlahan-lahan. "Dalam tahun 2010, ketika Tan Sri Shamsul Azhar mengambil alih kepimpinan Petronas, masih ada 30 vendor di bawah program VDP yang mempunyai tenaga kerja sehingga 10,000 yang terdiri dari Bumiputera.Tetapi hari ini, hanya 11 sahaja yang tinggal," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, semalam. |
Posted: 13 Nov 2013 04:14 PM PST Jika seseorang ingin membaiki sesuatu perkara atau peralatan, dia terlebih dahulu hendaklah ada pengetahuan atau ilmu mengenainya. Jika tidak nanti, niatnya yang baik untuk membaiki itu akan menatijah kerosakan semata, bukan memulihkan. Ini yang disebut sebagai tikus membaiki labu, atau tukang besi membaiki komputer. Tanpa ilmu, bukan bertambah baik tetapi bertambah rosak. Islam juga demikian. Niat yang baik semata untuk mempertahan atau menyampaikan ajaran yang agung ini tidak memadai jika yang melaksanakan tugasan itu tidak cukup pengetahuan dalam perkara yang disampaikan tersebut. Saya tidak menyatakan seseorang yang hendak berdakwah menyampai mesej Islam mesti menjadi sarjana besar terlebih dahulu. Tidak! Sama sekali tidak. Tetapi, dia hendaklah faham dengan baik bab atau perkara yang disampaikan itu. Umpamanya, jika dia bercakap mengenai cara sujud dalam solat, maka dia jelas tentang hadis-hadis mengenai perkara tersebut. قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِين (maksudnya) "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf: ayat 108). MIMPI BUKAN HUJAH AGAMA Read More / Baca Lagi >> |
KJ tak perlu mengalah untuk majukan bola sepak, walaupun dikritik Siti Nurhaliza Posted: 13 Nov 2013 04:09 PM PST Bola sepak adalah sukan paling diminati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Tidak kira prestasi pasukan negara meningkat atau makin merosot, sokongan rakyat tidak banyak berubah. Liga tempatan, terutama pertandingan Piala Malaysia yang diadakan saban tahun, sentiasa menarik minat rakyat untuk memenuhi stadium, menonton di kedai-kedai mamak atau di depan tv di rumah masing-masing. Sokongan rakyat kepada pasukan bola sepak kebangsaan juga sentiasa tinggi walaupun pasukan negara lebih kerap kalah daripada menang. Sejak puluhan tahun lamanya, pretasi bola sepak negara tidak banyak berubah berbanding negara-negara lain yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Jika ditahun 80an dulu, pasukan kita sebaris dengan Korea Selatan dan sering menewaskan mereka di pelbagai pertandingan, hari ini Korea Selatan sudah dikira wakil tetap Asia ke Piala Dunia sedangkan Malaysia masih lagi tercungap-cungap di peringkat kelayakan. Hari ini, negara mungkin agak bertuah kerana menterinya bukan saja minat bola sepak tetapi juga boleh bermain bola sepak dengan baik. Berbanding penyandang jawatan itu sebelum ini, kebanyakannya hanyalah "kaki bangku" dan bercakap mengenai bola sepak berdasarkan teori sahaja tetapi KJ nampaknya lebih banyak tahu dan faham mengenai bola sepak. Sebab itu, apabila Khairy Jamaluddin atau KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan, bola sepak adalah sukan yang paling menjadi perhatian dan kerap ditegurnya. Bukan saja memajukan sukan bola sepak itu tugas dan tanggungjawabtetapi tentunya kerana beliau tidak mahu rakyat pelbagai kaum dan berbeza anutan politik, terus-menerus kecewa dengan mutu bola sepak negara ini. Pelbagai teguran dan kritikan yang diluahkan oleh KJ, jika diimbas daripada pelbagai kenyataannnya, soal mutu bola sepak, kemudahan padang, keselamatan, terjumpanya pistol di tandas stadium, pembangunan di peringkat akar umbi dan sebagainya, semua menjurus ke arah mahu melihat sukan bola sepak meningkat mutunya. Beliau tidak menegur mana-mana individu secara peribadi. Tegurannya lebih bersifat umum kepada FAM itu sendiri. Sebagaimana biasa, oleh kerana FAM diterajui oleh individu berpengaruh dan Sultan sebuah negeri, teguran dan kritikan KJ mudah saja mengundang respons balas daripada pihak lain. Read More / Baca Lagi >> |
Warga KL tolak kenaikan cukai, masa depan politik BN makin gelap Posted: 13 Nov 2013 04:05 PM PST Tanya Robert Quah mengenai cadangan kenaikan 100% cukai pintu bagi pemilik rumah di Kuala Lumpur dan ini akan menaikkan kemarahannya. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seputeh itu percaya kenaikan itu akan menjadi punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018. Beliau tidak berseorangan. Wakil persatuan penduduk lain turut marah dengan kenaikan cukai pintu yang diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis diterima sejak minggu lalu. Menurut satu laporan dalam The Star tahun lalu, jumlah hartanah yang menjadi penempatan di Kuala Lumpur berjumlah 1.77 juta unit. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mempertahankan kenaikan cukai pintu dengan berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur juga sudah melambung tinggi. "Jika sebuah rumah dahulunya berharga RM80,000 dan kini berharga RM700,000, tetapi harga cukai pintu masih lagi rendah, apa yang seharusnya kita lakukan," katanya di Parlimen semalam. Quah tidak dapat diyakinkan dengan alasan Tengku Adnan. Read More / Baca Lagi >> |
Reformasi penyelamat masa depan Posted: 13 Nov 2013 06:03 AM PST Oleh Nurul Izzah Mac 2010 masih lagi segar dalam kenangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM); sebuah rancangan pengurusan ekonomi negara yang memberikan sebuah jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara. Pengenalan NEM merupakan bukti kerajaan bukan sahaja menyedari ekonomi Malaysia rosak, malah, mereka juga mengetahui cara-cara menyelesaikannya. Sayang seribu kali sayang, harapan rakyat untuk melihat Malaysia lebih sejahtera punah dengan satu lagi program diperkenalkan pada tahun sama, iaitu Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menggantikan NEM. ETP secara amnya cuma memperkenalkan kembali sistem ekonomi berasaskan kroni era 90-an, dengan projek-projek mega yang belum tentu akan memberi manfaat kepada rakyat secara amnya. ETP tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia, kerana masalah ini memerlukan reformasi ekonomi melalui penstrukturan radikal dan bukan transformasi kosmetik. Agenda reformasi ekonomi dapat diperjelaskan menggunakan Prinsip 5D Decentralisation, Divestment, Diversification, Discipline (Fiscal) dan Democratisation: Decentralisation (Pengagihan semula kuasa serta sumber) Kerajaan perlu mengagihkan semula kuasa dan sumber-sumber yang ada kepada peringkat lebih rendah seperti kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Perkongsian hasil cukai dengan nisbah 60:40 antara kerajaan Pusat dengan negeri akan dapat merangsang aktiviti-aktiviti dan pertumbuhan ekonomi setempat untuk berlaku dengan lebih pantas. Divestment (Penyahmilikan saham) Read More / Baca Lagi >> |
PR sasar rampas 46 lagi kerusi BN untuk tawan Putrajaya pada PRU-14: Lim Kit Siang Posted: 13 Nov 2013 06:00 AM PST SUBANG JAYA, 13 NOVEMBER: Berdasarkan persempadanan sekarang setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) perlu menetapkan sasaran memenangi 45 kerusi bagi meraih majoriti 48 kerusi bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia banyak bergantung kepada keputusan di 40 kerusi yang perbezaan undi tipis, termasuk 51 kerusi daripadanya berada dalam tangan Barisan Nasional (BN) dan 29 kerusi yang dimenangi PR. "Kerusi yang dimenangi dengan perbezaan undi melebihi 55% pada PRU-13 dianggap kerusi selamat, bererti BN mempunyai 82 kerusi selamat dan PR pula dengan 60 kerusi selamat. "Pada PRU-13, PR memenangi undi popular tetapi gagal menawan Putrajaya kerana BN berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan kelebihan kerusi iaitu sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi yang dimenangi PR," katanya ketika berucap pada majlis makan malam amal Pakatan Rakyat, di Empire Hotel Ballroom, Subang Jaya, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah berkata, jika PR memenangi 23 lagi kerusi pada PRU-13 lalu, PR akan membentuk majoriti mudah dengan 112 daripada 222 kerusi. Katanya, pada PRU-14 nanti, selain mengekalkan 89 kerusi Parlimen yang sedia ada, PR perlu menggandakan sasaran iaitu merebut bukan setakat 23 tetapi 46 daripada 51 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti tipis agar PR boleh memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu dengan majoriti 48 kerusi. Read More / Baca Lagi >> |
Jamil Khir Baharom, pelawak berbakat...!!! Posted: 13 Nov 2013 05:46 AM PST Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai hal ehwal agama, berkata penguat kuasa agama akan di bekalkan dengan senjata api. Kenyataan Jamil Khir ini merupakan lawak jenaka yang paling sedap sekali kita dengar sejak akhir-akhir ini. Sebab kenapa penguat kuasa agama perlu di bekalkan senjata api ini ialah untuk mempertahankan diri selepas kejadian pembunuhan ke atas Pengarah Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang, Rafli, baru-baru ini. Mengikut pandangan Jamil Khir, ini merupakan satu cara untuk menjamin keselamatan pegawai penguatkuasa agama yang bertugas untuk menguatkuasakan undang-undang khususnya dalam isu ajaran sesat yang agak meluas di negara ini. Saya terfikir pula insiden yang meragut jiwa rakan saya Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Raja kerana di tembak oleh penjenayah di Putrajaya beberapa bulan yang lalu. Adakah kerajaan akan membekalkan juga senjata terhadap semua pegawai kastam kita bagi menjaga keselamatan mereka? Bagaimana pula dengan rakyat yang bertugas dalam Jabatan dan Kementerian lain yang telah di tembak mati oleh penjenayah lain? Jika inilah caranya kerajaan atau pimpinan hendak menjaga keselamatan pegawainya dengan membekalkan senjata api, maka setiap pegawai kerajaan mesti di bekalkan dengan senjata untuk mempertahankan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas harian mereka. |
Agenda Politik Pas, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu (Bahagian Akhir) Posted: 13 Nov 2013 05:42 AM PST Tuan HJ Mohamad bin Sabu atau lebih dinekali sebagai abang Mat Sabu seorang tokoh PAS yang tidak asing. Sebelum mengenali beliau secara peribadi, saya kenal dada nya. Ketika itu, kepada saya, abang mat Sabu tidak berhenti menyeronokkan atau amuse saya. Mat Sabu mempunyai gaya yang tersendiri dan unik mencuit hati para pendengar ceramah yang dia sampaikan. Dan isi yang dia sampaikan boleh difahami oleh rakyat jelata. Tidak spectacular- tapi masuk dalam kepala, tersemat dalam hati. Episode Mat Indera. Secara serius saya mendekati abang Mat Sabu ialah ketika saya menulis dalam blog saya mempertahankan pandangan nya mengenai Mat Indera. Ketika itu saya belum bertemu dengan nya. Mat Sabu dibantai dengan teruk kerana mencadangkan Mat Indera sebetulnya adalah seorang pejuang. Ketika itu, pandangan umum yang dibentuk oleh media UMNO menggambarkan Mat Indera sebagai seorang penjenayah dan bandit yang membunuh beberapa orang Polis Melayu. Episode tersebut menunjukkan kesediaan Mat Sabu mengambil pendirian yang kontroversial tapi yang dikiranya sebagai menegakkan kebenaran. Mungki ini kualiti kepimpinan yang kita mahu. Read More / Baca Lagi >> |
Kenyataan palsu: Subramaniam akan diheret ke JK Disiplin Parlimen Posted: 13 Nov 2013 05:36 AM PST KUALA LUMPUR 13 NOV : Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam ke Jawatankuasa Disiplin Parlimen ekoran memberi kenyataan palsu berhubung pengiktirafan kepada persatuan internal yang diwujudkan Maybank. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid, berkata lebih menghairankan apabila persatuan itu mudah diluluskan dalam tempoh enam hari berbanding persatuan kerja lain yang sudah lama memohon. Beliau turut melahirkan rasa hairan punca kerajaan berbohong dalam isu pengiktirafan 'in house union' yang digelar sebagai MAYNEU dan memberikan beban. "Perlu tahu kes mahkamah yang ditolak itu adalah kes teknikal dan bukan kerana merit. Apabila ke mahkamah rayuan, ia mengambil atas teknikal dan mahkamah memberi pandangan yang tidak menjurus kepada hak kesatuan," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Abdullah berkata PR juga tidak akan teragak-agak untuk mengetengahkan isu berkenaan di jawatankuasa parlimen bagi membela nasib pekerja. Read More / Baca Lagi >> |
210,000 siswazah kini menganggur Posted: 13 Nov 2013 05:33 AM PST Pendidian ditransformasikan menjadi satu perniagaan, inilah hasilnya.. dalam perniagaan pengeluaran yang tinggi itu penting demi mengekalkan keuntungan.. Tapi bila pendidikan juga hanya mengejar keuntungan tanpa mempedulikan atau mengambil langkah meningkatkan pelaburan dari luar kedalam negara ini maka negara kini dilambakkan dengan lebih dari 200,000 graduan yang tidak punya pekerjaan.. Yang pasti samada graduan-graduan ini punya pekerjaan atau tidak, Kroni-kroni yang menguasai PTPTN, yang menguasai IPTS. tetap mengaut keuntungan.. 56 peratus penganggur ialah siswazahRead More / Baca Lagi >> |
Satu Perkara Isteri Boleh Tengking & Ugut Suami... - Ustaz Azhar Idrus Posted: 13 Nov 2013 05:27 AM PST |
Kenapa KFC, McD, Pizza Hut Orang WARAK Tak Suka Makan? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 13 Nov 2013 05:26 AM PST |
Amalan 10 MUHARRAM - Ustaz Azhar Idrus Posted: 13 Nov 2013 05:25 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan