MIMPI SENJA |
- Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah
- Artis : Syanie Kahwin 1 Mac 2014
- Pengarah 'Laga' perjelas aski ranjang Marsha Londoh - Wan Hanafi
- Hampa nak tau ..... ni la kekayaan Syed Mokhtar Albukhary
- Khalwat : Saya diperangkap - Shah Jaszle
Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Posted: 13 Nov 2013 11:00 PM PST PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis. Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri. "Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy. Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran. Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan 'budak suruhan' yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi. Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai 'budak suruhan' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara. Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu. "Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti. Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan. |
Artis : Syanie Kahwin 1 Mac 2014 Posted: 13 Nov 2013 10:11 PM PST 14 NOV 2013, 12:00AM | KAMARUDDIN RAZAL | BERITA ARTIS > Selepas 11 tahun bersendirian, pelakon dan penerbit, Syanie bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014 dengan tunangnya, Nadi Putera Mohd Zainol. "Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014. Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," tutur Syanie ketika ditemui di sidang media Masterchef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Selasa. Ketika ditanya apakah perasaannya untuk meniti ke fasa baru kehidupan setelah 11 tahun bersendirian, Syanie menjelaskan dia gementar dan takut untuk kembali bergelar seorang isteri. "Saya bukan sahaja gementar, tapi perasaan takut pun turut ada. Sebelum ini memang saya pernah mengenali beberapa orang, tapi jodoh itu tiada. Saya sudah mengenali Putera selama tujuh tahun dan dia pernah bekerja dengan saya," cerita Syanie lagi. Syanie juga menegaskan dia tidak berniat untuk mencari suami yang lebih muda dari usianya. "Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya. Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera orangnya senang dibawa berbincang," ujar Syanie lagi. Perkahwinan ini menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan juga Putera. Untuk perkahwinan sebelum ini, Syanie tidak dikurniakan anak manakala Putera mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Syanie bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di Pantai Chenang, Pulau Langkawi. |
Pengarah 'Laga' perjelas aski ranjang Marsha Londoh - Wan Hanafi Posted: 13 Nov 2013 08:10 PM PST Sutradara filem Laga, Ismail Yaacob menegaskan beliau tidak menjual aksi ranjang semata-mata di dalan filem kedua arahannya itu. Sebaliknya babak panas yang diselitkan menerusi lakonan Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su kerana ia antara adegan penting bagi menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut. Babak tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim. "Babak itu bukan kita buat semata-mata ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita. Babak itu terlalu sedikit tetapi menarik dan saya tak nafikan babak itu pasti akan jadi tumpuan ramai. Cuma bila trelernya diletakkan di dalam Youtube dan di-cut setakat tu, ia nampak seperti satu aksi yang buruk. "Babak itu adalah babak teknik mengurut untuk mendapatkan zuriat. Saya mahu tunjukkan keintiman seorang suami yang terhadap isterinya yang jauh lebih muda", jelasnya ketika ditemui pada pelancaran OST filem tersebut di Menara Kuala Lumpur, semalam. Pada majlis tersebut pihak media diperdengarkan dengan dua buah lagu iaitu Kayangan nyanyian kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar, yang dijadikan sebagai lagu tema filem itu. Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan. "Kalau nak ikutkan babak itu lagi panas tapi saya hanya tonjolkan yang sepatutnya saja. Dan pada mulanya pun ia dipotong oleh pihak LPF. Namun selepas kami buat satu laporan yang menyatakan sebab-sebab saya perlu kekalkan babak, akhirnya LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya. Tambah Ismail lagi, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu. "Saya tahu mungkin ramai yang menganggap ia adalah adegan panas, tapi ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya. Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam. Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan. |
Hampa nak tau ..... ni la kekayaan Syed Mokhtar Albukhary Posted: 13 Nov 2013 04:13 AM PST Ketika penutupan pada Jumaat, MMC Corp yang dikuasai Syed Mokhtar Albukhary mempunyai modal pasaran kira-kira RM8.22 bilion. Ini menunjukkan bahawa pemilikan kepentingan 51.76 peratus Syed Mokhtar mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion. Syarikat utamanya DRB Hicom pula ditutup pada RM2.56, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.95 bilion. Ini menjadikan pegangan 55.92 peratus mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.77 bilion. Oleh itu, kepentingan kolektifnya dalam kedua-dua syarikat itu bernilai lebih RM7 bilion. Awal tahun ini, Forbes menyenaraikan Syed Mokhtar sebagai rakyat Malaysia ketujuh terkaya dengan nilai bersih AS$3.3 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion. Namun, untuk sampai ke tahap itu bukanlah perkara mudah. Aset beliau sebenarnya dipelbagaikan dan pegangannya dipecah-pecahkan. "Banyak aset dikaitkan dengannya, tanah-tanah di Johor, sekarang orang bercakap bahawa beliau sebahagian daripada Eco World Development (Sdn Bhd)... jadi banyak aset dikaitkan dengannya. "Mungkin hanya beliau sahaja yang tahu nilai aset sebenarnya," kata sumber yang mengetahui perihal taikun perniagaan itu. malaysiakini |
Khalwat : Saya diperangkap - Shah Jaszle Posted: 13 Nov 2013 12:55 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle nekad untuk memastikan kebenaran berpihak kepadanya selepas membuat pengakuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Selasa atas tuduhan khalwat. Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan. "Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar. "Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Beritahu Shahrizal, pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut. "Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini," ujarnya. Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank. Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai. Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu. Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan