RAKYAT MARHAEN |
- Kalau Tak Tipu Bukan UMNO: Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO ...ha..ha...Aziz ni bekas ketua cabang..!!!
- Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno, kata penyokong bukan Islam PAS
- DBP: Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan
- Bahasa Melayu hanya mitos dalam PPPM
- Kempen Jahat: Saya tiada jawapan - Zulhazmi
- Digantung kerana simbol Rabaa
- Masjid Taman Perling: Selepas Imam, 3 bilal pula diberi notis berhenti 24 jam..!!
- UMNO@BN melindungi kroni Maha kaya!
- Bernas: Jangan perjudi sekuriti makanan negara
- Lompat Parti: Keputusan mahkamah sekat parti paksa wakil rakyat kosongkan kerusi
- PAS: Ibrahim Libya mati syahid
- Siapakah Dalang Sebenar: 22 pengawal milik MyKad palsu ditahan
- ‘Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya’
- Langat Dua: Kerajaan BN guna Akta Bekalan Air Negara jika gagal capai persetujuan dengan Selangor
- Aerial video shows devastation in Tacloban after Typhoon Haiyan in Philippines
- Tim.Menteri Pengangkutan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- Menteri Pertanian & Industri Asas Tani - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- Warga pendidik protes sistem SPPBS di Facebook
- Abdul Gani Patail: Kemelut Penjawat "Personal-to-Holder"
- PBS Online 2013 Sekolah Menengah & Rendah (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Teruk, Lembap, Kerap Hanged!
- Menteri Kesihatan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- Menteri Komunikasi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- Menteri Kerja Raya - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
Posted: 12 Nov 2013 07:50 PM PST PANDAN 13 Nov - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti itu kerana terlalu memandang rendah terhadap ahli parti dari akar umbi. Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Pandan Abdul Aziz Jusoh berkata, beliau kecewa dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kerana telah mengaibkan beliau. "Saya kecewa sebab dia (Rafizi) mengaibkan saya. "Saya keluar parti, saya tidak puas hati dengan PKR dan saya hilang kepercayaan dengan pemimpin parti yang terlalu pandang rendah dengan orang bawahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno, kata penyokong bukan Islam PAS Posted: 12 Nov 2013 07:27 PM PST Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam pilihan raya umum akan datang jika mampu memecahkan tembok dan membuang racun yang ditanam Umno ke dalam pemikiran orang Melayu. Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata "racun" itu yang menyebabkan majoriti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN). "Pertamanya, Umno menanamkan racum kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||
DBP: Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan Posted: 12 Nov 2013 07:25 PM PST Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu. Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan (gambar), berkata PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. "Kami patuh kepada keputusan kerajaan kerana pelbagai institusi pendidikan menjalankan kajian mendalam terhadap kegagalan PPSMI. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bahasa Melayu hanya mitos dalam PPPM Posted: 12 Nov 2013 06:01 PM PST Oleh DR KAMARUDIN MUSA PELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), dikatakan membawa dimensi baru dalam memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah vernakular SJK Cina dan SJK Tamil. Tambahan masa pembelajaran bahasa Melayu daripada 270 minit kepada 300 minit bagi tahap satu SJKC, manakala pada tahap dua, tambahan masa daripada 180 minit kepada 270 minit, dianggap sebagai pelengkap kepada usaha untuk memperkasa bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Tindakan ini secara umumnya dapat dianggap sebagai usaha yang positif, bagi memastikan bahasa Melayu yang telah dipersetujui sebagai bahasa Kebangsaan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan negara. Bagaimanapun, soal atau agenda pengukuhan serta pemertabatan bahasa Melayu ini hanya terpakai dalam konteks SJKC dan SJKT semata-mata, sewajarnya tambahan masa pengajaran bahasa Melayu juga seharusnya terpakai di sekolah-sekolah antarabangsa, memandangkan dalam kandungan PPPM, tidak menyentuh langsung soal kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Malaysia yang berada/belajar di sekolah-sekolah antarabangsa. Hakikatnya, ramai kalangan anak-anak golongan elit Melayu yang berada di sekolah-sekolah antarabangsa ini. Berdasarkan perangkaan 2012 terdapat seramai 11,278 orang pelajar Malaysia yang belajar di sekolah-sekolah antarabangsa. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kempen Jahat: Saya tiada jawapan - Zulhazmi Posted: 12 Nov 2013 05:49 PM PST SHAH ALAM - Calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff tidak tahu apakah jawapan yang perlu diberikan kepada anak-anaknya ketika diajukan soalan berkaitan mukanya ditukar kepada anjing. Read More / Baca Lagi >>Katanya, anak-anaknya terkejut apabila terlihatkan gambar itu dan hanya mampu tersenyum. "Anak-anak saya dah sekolah. Seorang berusia sembilan tahun dan seorang lagi enam tahun. Anak-anak zaman sekarang sudah moden. Jadi, mereka boleh melihatnya. "Mereka bertanya, kenapa muka ayah jadi anjing? Nama betul, tapi gambar lain?" Terkejut dengan soalan itu, Zulhazmi hanya mampu tersenyum dan tidak pasti jawapan apa yang perlu diberikan kepada anak-anaknya. "Saya kelu. Tidak ada jawapan pasti, tetapi anak-anak seakan menunggu mengapa terjadinya perkara itu," katanya. "Mujur mereka tidak bertanya beberapa kali. Saya anggap mereka faham apa yang berlaku walaupun sebenarnya tidak," katanya. Menurutnya, tidak hanya anak-anaknya, perkara sama turut diajukan oleh isterinya yang sedih dengan kejadian menimpanya. | ||
Posted: 12 Nov 2013 05:46 PM PST Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28, mencampuradukkan politik dengan sukan. Sementara itu, Menteri Sukan Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef. Difahamkan, laporan dipetik dari Al- Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang Rabaa dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu. | ||
Masjid Taman Perling: Selepas Imam, 3 bilal pula diberi notis berhenti 24 jam..!! Posted: 12 Nov 2013 05:40 PM PST Notis penamatan jawatan bilal menerusi notis 24 jam diserahkan kakitangan jawatankuasa pentadbir masjid itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin. Tiga bilal itu mendakwa tindakan itu tidak mengikut prosedur, malah menafikan hak bersuara. Antara isi notis berkenaan mengatakan, pegawai tidak mempunyai surat tauliah sah daripada jabatan agama, melanggar peraturan, etika dan melanggar panduan dan peraturan Jabatan Agama Johor 1999 akan dihentikan. Menurut Bilal I, Mohamad Kasim Shariff, 54, beliau tidak mendapat penjelasan kenapa ditamatkan perkhidmatan, sebaliknya notis diterimanya menyatakan dirinya tidak mempunyai surat tauliah. | ||
UMNO@BN melindungi kroni Maha kaya! Posted: 12 Nov 2013 05:32 PM PST Bernas tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham Bernas sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM2.1 bilion (2006) ke RM3.6 bilion (2012). Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini. Niat asal Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut. Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti Bernas dimiliki persatuan-persatuan petani (Kada, Mada, Nafas), nelayan (Nekmat) dan pekerja Bernas. Pusingan 1 Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% Bernas melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM526 juta. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bernas: Jangan perjudi sekuriti makanan negara Posted: 12 Nov 2013 05:26 PM PST KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan kerajaan agar jangan membenarkan pihak berkepentingan keuntungan semata-mata untuk memperjudikan sekuriti makanan utama negara. Read More / Baca Lagi >>Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penswastaan LPN kepada Bernas sejak 1994 telah meletakkan bekalan, import dan pengedaran beras kepada monopoli sebuah syarikat konglomerat yang meletakkan beras sebagai komoditi perniagaan dalam pasaran saham. "Kini Bernas dicadangkan dinyahsenarai dan kami melihat ini bakal menjejaskan bukan sahaja kebajikan seluruh industri pengeluaran padi negara iaitu petani, pengilang dan pengedar bumiputera, malah sekuriti makanan utama negara itu turut diperjudikan di tangan syarikat yang hanya mengutamakan keuntungan," katanya. Beliau berkata, Bernas sebagai sebuah syarikat tidak harus dibiarkan bertindak di luar kawalan kerajaan untuk memastikan sektor bekalan makanan utama sentiasa memenuhi keperluan negara dan bukan menjadi industri yang ditentukan oleh kehendak syarikat semata-mata. Menurutnya, dengan menyahsenaraikan Bernas, ekuiti syarikat tersebut hanya berada dalam milik syarikat secara mutlak dan menyisihkan golongan terpenting dalam sektor tersebut iaitu petani. Tambahnya, membiarkan makananan utama negara di tangan syarikat yang memonopoli semua rantai pengeluaran dan pembekalan beras bakal mendedahkan sektor tersebut kepada manipulasi pasaran yang merbahaya kepada sekuriti makanan negara. Pada tahun 2009, ujarnya rakyat pernah dikejutkan apabila saham Bernas dibeli oleh syarikat asing berpusat di Hong Kong apabila ia menguasai 31% dari saham syarikat tersebut. | ||
Lompat Parti: Keputusan mahkamah sekat parti paksa wakil rakyat kosongkan kerusi Posted: 12 Nov 2013 05:20 PM PST Keputusan Mahkamah Agung lebih 20 tahun lalu menyebabkan parti politik sukar memaksa wakil rakyat mereka mengosongkan kerusi jika memilih untuk meninggalkan parti. Peguam berkata, pada ketika ini, sebarang langkah untuk parti politik memaksa wakil rakyat mereka mengosongkan kerusi adalah tindakan tidak mengikut Perlembagaan walaupun terdapat perjanjian antara parti politik dan wakil rakyat itu sebelum ini. Cara untuk keluar daripada masalah itu adalah menyemak semula keputusan Mahkamah Agung pada ketika itu dan meyakinkan Mahkamah Persekutuan pada ketika ini bahawa keputusan tersebut tidak baik untuk kepentingan orang awam. "Amat menyedihkan, parti itu dan pengundi terpaksa menerima realiti ini kerana kesalahan membuat pilihan," katanya. Katanya, salah satu cara lagi adalah dengan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghukum seseorang yang melompat parti dengan mengosongkan kerusi itu secara automatik dan mengadakan pilihan raya kecil. Peguam dan Ahli Parlimen DAP, Karpal Singh, berkata dalam isu ini, Parlimen perlu meminda Perlembagaan terlebih dahulu sebelum Dewan Undangan Negeri boleh mengadakan undang-undang anti lompat parti. "Mahkamah mesti diyakinkan keputusan sebelum ini tidak baik dan bercanggah dengan prinsip demokrasi," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
PAS: Ibrahim Libya mati syahid Posted: 12 Nov 2013 05:13 PM PST PAS membela Ibrahim Libya yang terbunuh bersama 13 pengikutnya semasa tragedi Memali 1985 sebagai seorang pejuang anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah mengunjungi pusara guru agama itu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar), berkata parti Islam itu tetap menganggap Ibrahim sebagai seorang yang mati syahid dan pejuang rakyat. "Itu tafsiran mereka. Kami menganggap Ibrahim sebagai seorang yang syahid malah Sultan Kedah sendiri pernah hadir ke kuburnya untuk merenjiskan air mawar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Siapakah Dalang Sebenar: 22 pengawal milik MyKad palsu ditahan Posted: 12 Nov 2013 05:08 PM PST Kuala Lumpur: Seramai 22 pengawal keselamatan warga Filipina ditahan kerana memiliki MyKad palsu dalam serbuan di sebuah pangsapuri di SS8, Kelana Jaya, di sini, awal pagi tadi. Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya hasil maklumat awam dan risikan. "Bagaimanapun, hasil maklumat awam dan risikan mendapati kebanyakan pengawal keselamatan yang tinggal di sini menggunakan MyKad palsu. Kita percaya, mereka mendapatkan MyKad itu dari sindiket tertentu. "Hasilnya, 22 pengawal keselamatan termasuk lima wanita ditahan kerana memiliki MyKad dan kononnya berasal dari Sabah. Namun, semakan JPN membongkarkan MyKad dimiliki mereka adalah tidak wujud dan ada juga yang ditukar gambar," katanya kepada pemberita sebaik tamat serbuan. Menurutnya, semua yang ditahan akhirnya mengaku warga Filipina dan membeli MyKad itu dengan bayaran RM300 hingga RM500. | ||
‘Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya’ Posted: 12 Nov 2013 07:22 AM PST KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu. Read More / Baca Lagi >>Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat. Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan. Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat. | ||
Langat Dua: Kerajaan BN guna Akta Bekalan Air Negara jika gagal capai persetujuan dengan Selangor Posted: 12 Nov 2013 07:19 AM PST Kerajaan pusat boleh mengambil tindakan mengikut Akta Bekalan Air Negara jika gagal mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat Dua. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata langkah itu dibuat atas kepentingan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. "Projek ini sepatutnya siap pada Mac 2014 iaitu tahun depan. Ia telah tertangguh kerana kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk membekukan kebenaran merancang iaitu 'Development Order'. Beliau berkata demikian ketika menjawab Charles Santiago (DAP-Klang) yang mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, malam ini. "Projek Langat Dua ini hendaklah dibenarkan beroperasi dan seharusnya siap pada tahun 2014. Sekiranya persetujuan (membenarkan) tidak dapat dicapai, keadaan air di Selangor akan teruk," katanya. - Bernama | ||
Aerial video shows devastation in Tacloban after Typhoon Haiyan in Philippines Posted: 12 Nov 2013 07:15 AM PST | ||
Tim.Menteri Pengangkutan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 07:07 AM PST | ||
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 07:06 AM PST | ||
Warga pendidik protes sistem SPPBS di Facebook Posted: 12 Nov 2013 05:10 AM PST Ekoran kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau menghapuskan bebanan mereka. Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka. Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut. Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka. | ||
Abdul Gani Patail: Kemelut Penjawat "Personal-to-Holder" Posted: 12 Nov 2013 05:06 AM PST A Kadir Jasin NAMPAKNYA satu demi satu masalah, kontroversi dan tanda tanya timbul mengenai pentadbiran negara kita. Saya teringat kepada kata dua saya kepada seorang bekas pemimpin Pemuda Umno Perak. Ketika itu negara mula kacau-bilau di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi. Saya katakan kepada beliau, kalau atau apabila Allah Taala turunkan bala ke atas seseorang pemimpin, semua rakyat jelata akan menerima akibatnya. Nampaknya bala itu berterusan. Bunuh, rompak, ragut, rogol, rasuah dan salah guna kuasa, masalah ekonomi, pengangguran dan bencana alam terus berlaku atau mungkin lebih buruk daripada zaman Abdullah. Terbaru, pegawai undang-undang nombor satu negara iaitu Peguam Negara (AG), Abdul Gani Patail, kembali menjadi bahan kontroversi apabila beliau didakwa melakukan "misconduct" (salah laku) yang merugikan negara, termasuk kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008. Abdul Gani menjadi AG sejak 2002. Pada 6 November, sekonyong-konyong, portal berita Malaysiakini menyiarkan berita sensasi berdasarkan satu pertemuan yang dikatakan mengambil tempat di kediaman bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, kira-kira tiga bulan lalu. Kalauberminat, boleh baca lanjut di sini. Pertemuan itu dikatakan membabitkan Dr Mahathir, peguam kanan Mohd Shafee Abdullah, bekas Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang, dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan, Ramli Yusuff. Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa selain kekalahan Malaysia dalam timbang cara Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di Hague, Belanda mengenai Pulau Batu Putih, "misconduct" beliau yang lain termasuklah kes mata lebam Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Abdul Gani adalah ketua pendakwa kes liwat pertama Anwar tahun 1998. Dalam kes mata lebam Anwar itu, pegawai penyiasatnya adalah Mat Zain. Akibatnya, bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor, didakwa mencederakan Anwar, sabit kesalahan dan dipenjarakan. Walaupun media arus perdana pro-kerajaan mungkin tidak menyiarkan kontroversi terbaru mengenai Abdul Gani itu, tetapi ia sudah tersebar luas dan dibahaskan dengan hangat dalam media baru. Hari ini lebih banyak orang membaca dan percaya media baru. AG Kalah Banyak Kes
Setelah gagal dalam beberapa kes besar seperti liwat kedua Anwar, kes rasuah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan (Tun) Ling Liong Sik, dan kes rasuah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam, dakwaan terbaru terhadap Abdul Gani mempunyai implikasi yang menarik. | ||
Posted: 12 Nov 2013 05:03 AM PST
PBS Online Sesekolah Menengah & Rendah : Ya…Berita Semasa tidak nafikan sama sekali lagi kejayaan sistem seperti ini di negara-negara maju yang lain. Apa salahnya bukan meniru kejayaan di negara lain, jikalau kita berkemampuan untuk mengendalikannya. Mengapa tidak bukan? Persoalannya…. Persoalannya sekarang ini adakah Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya merencana dan menyediakan sistem seumpama itu di Malaysia dengan jayanya : Hakikatnya….
Cuti sekolah akhir tahun bakal bermula minggu hadapan. Biasanya kalangan guru-guru di Malaysia akan turut bergembira merancang percutian bersama anak-anak dan keluarga. Tetapi…. Tetapi cuti sekolah kali agak menekan. Semuanya…..dek kerana sistem baru Kementerian Pendidikan Malaysia Sistem PBS online Sekolah Menengah (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Sistem PBS Online 2013 Bebankan Guru? Benarkah? Jikalau diikutkan pelan perancangannya & tujuan PBS Online Sekolah Menengah semuanya baik-baik sahaja :
Hasilnya? Pelbagai rungutan dan aduan demi aduan yang diterima sejak : Read More / Baca Lagi >> | ||
Menteri Kesihatan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 04:53 AM PST | ||
Menteri Komunikasi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 04:52 AM PST | ||
Menteri Kerja Raya - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 04:51 AM PST | ||
Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 04:50 AM PST | ||
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 12 Nov 2013 04:50 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan