WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar dakwa BERNAS hanya untungkan taikun Melayu
- GURU KEMPEN HAPUSKAN PBS DAN SPPBS YANG MENEKAN
- BERITA PALSU TIDAK MELEGAKAN KAKITANGAN AWAM MENGENAI KENAIKAN GAJI
- RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan
Anwar dakwa BERNAS hanya untungkan taikun Melayu Posted: 12 Nov 2013 08:51 PM PST |
GURU KEMPEN HAPUSKAN PBS DAN SPPBS YANG MENEKAN Posted: 12 Nov 2013 08:43 PM PST Gendang perang.30 ribu guru berkempen bantah PBS dan SPPBSAduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka. Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut. Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka. - berita oleh mk / gambar oleh admin sendiri |
BERITA PALSU TIDAK MELEGAKAN KAKITANGAN AWAM MENGENAI KENAIKAN GAJI Posted: 12 Nov 2013 08:34 PM PST Senarai Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam : Elaun Perumahan, Sara Hidup (COLA) & Elaun Baru SBM?Berita Semasa paling awal bersama pembaca berkongsi maklumat dan intipati Bajet 2014 sebelum pembentangan Bajet 2014 berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi termasuk butiran pemberian bonus setengah bulan gaji (KLIK DI SINI) & nilai agihan BR1M RM650 (SEPERTI DI SINI). Tetapi…. Tetapi…..sekarang ini dilihat ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan informasi terbaru dan memberikan harapan tinggi yang mana Berita Semasa baca seimbas sangat tidak munasaba. Berita Semasa turut menerima mesej pada aplikasi Whatapps yang mengandungi khabar angin seperti di bawah ini yang mana kami pasti ramai lagi turut menerima mesej seperti di bawah ini. Ramai rakan pembaca Berita Semasa menghantar email kepada kami untuk mendapatkan kesahihan maklumat yang tersebar luas dan menjadi viral ketika ini : Butiran mesej adalah seperti di bawah ini : Mesej Whatapp Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?Senarai kenaikan elaun naik 2014 seperti Elaun Perumahan, elaun Sara Hidup (COLA) & Elaun Baru SBM (Subsidi Bahan Mentah), elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM?
Sumber Penyebaran Mesej Whatapp Rakyat Malaysia Jikalau dikira balik nilai kenaikan elaun naik 2014 penjawat awam yang dihebahkan ini, umpama bonus setiap bulan. Sangat tidak munasabah melihatkan kepada penarikan demi penarikan nikmat subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini. Respon Ketua Pengarah JPA Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?Ketua Pengarah JPA pun telah tampil menjawab persoalan ini di Facebook Semoga berita ini sedikit sebanyak meredakan persoalan kalangan penjawat awam mengenai penyebaran berita palsu kononnya berlakunya kenaikan elaun naik 2014 kakitangan awam. Apa kata anda? |
RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan Posted: 12 Nov 2013 08:28 PM PST RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaanAhli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum. "Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini. Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan