PENYAPU SIAL |
Posted: 01 Nov 2013 03:14 PM PDT perompak kolar biru...nasib mu malang kena buru.... perompak kolar putih...nasib mu bergantung kepada mandat rakyat yang menipu perompak kolar putih betina...nasib mu bergantung kepada kepala perompak kolar putih di atas... 2 ekor perompak kolar putih...perompak perompak yang sama taraf kejahatannya tetapi berlainan darjat... Baru baru ini berlaku lagi peristiwa iaitu pengawal sebuah kedai emas merompak kedai emas yang dijaganya itu. Minggu lalu seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya membunuh pegawai di dalam bank tersebut dan membawa lari sejumlah wang rompakan yang besar. Semua orang tidak boleh dipercayai kerana ramai yang 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Peristiwa terbaru ini amat menakutkan. Bayangkan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan kedai emas itu sendiri merompak emas yang sepatutnya dijaganya itu. Siapalah yang perlu dipertanggungjawabkan tentang perlakuan ini? Siapa yang hendak menjaga keselamatan emas yang bernilai jutaan ringgit di setiap kedai emas itu? Itu sebabnya nilai kemanusiaan itu mesti dijaga sebaik mungkin kerana jika dibiarkan ia akan merebak dan akhirnya tidak boleh dikawal lagi. Begitulah sedihnya orang ramai jika harta dan wang ringgit mereka diperkosa oleh mereka yang diamanahkan untuk menjaganya. Lebih dasyat lagi bila kerajaan yang rasuah yang tidak beramanah membazirkan beratus bilion ringgit wang rakyat dan dicuri secara sistematik oleh pimpinan haramjadah kita. Kalau diletakkan gambar pengawal keselamatan yang merompak di kedai emas di Kuala Lumpur semalam dengan pemimpin yang rasuah itu, sememangnya tidak ada perbezaannya. Kedua-duanya adalah manusia yang tidak memegang amanah. Jika Perdana Menteri dan isteri, atau mana-mana pemimpin mengambil wang rakyat walau dengan cara yang halus dan sistematik sekali pun, mereka tidak ada bezanya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai yang dijaganya itu. Begitulah hinanya pemimpin rasuah itu dan tidak ada perbezaan sifat dan sikap di antara kedua-dua pengawal keselamatan dan pemimpin rasuah itu. Bezanya pemimpin Umno dan BN atau Pakatan Rakyat yang rasuah itu, mereka memakai kot dan bertali leher sedangkan pengawal keselamatan itu hanya memakai pakaian biasa. Yang memakai tali leher itu dinamakan perompak kolar putih dan yang seperti pengawal keselamatan itu perompak kolar biru. Jika ada pun perbezaannya yang lain, pengawal keselamatan itu terpaksa lari dan bersembunyi. Mereka takut ditangkap oleh polis dan pihak berkuasa. Perompak yang berkolar putih itu pula susah untuk ditangkap kerana selalunya nasib menyebelahi mereka. Lain daripada itu tidak kira perdana menteri atau menteri serta pegawai tinggi kerajaan serta ketua eksekutif GLC, mereka tetap sama tarafnya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai emas semalam jika mereka ini melakukan rasuah. kita berharap pihak berkuasa akan berjaya menangkap pengawal keselamatan itu, dan dihadapkan ke mahkamah serta merta. Dalam pada itu, pihak berkuasa juga wajar menangkap semua pemimpin yang rasuah kerana mereka tidak ada perbezaannya dengan pengawal keselamatan yang menjadi perompak kedai emas kelmarin. Perompak kolar putih ini lebih dahsyat lagi buruknya kerana ia melibatkan wang rakyat berbilion ringgit dan tidak mungkin di tangkap selagi kerajaan yang ada masih memerintah sedangkan pengawal keselamatan yang menjadi perompak itu hanya merompak kedai emas sahaja dan akan tertangkap tidak berapa lama lagi. Yang masih tidak tertangkap lagi ialah mereka yang menyamun khazanah negara kita selama ini kerana yang hendak menangkap penyamun dan perompak itu pun adalah orang yang perlu ditangkap.
penyapu sial
20 dahulu kita tak pernah mendengar cerita sebegini. namun sekarang ia bebas berlaku di mana mana. siapa yang harus di persalahkan...??? jawapan nya adalah kita sebagai rakyat yang tidak dapat membezakan baik buruk pemimpin yang di lantik . Bak kata pepatah "BAPAK BOREK ANAK RINTIK". |
ketagih tabur janji air liur....BN belanja RM15.15 juta untuk perdaya penduduk Sungai Limau Posted: 01 Nov 2013 02:47 PM PDT Kerajaan Barisan Nasional (BN) di dakwa berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.Mereka (BN) menabur pelbagai janji dan menurunkan bantuan secara segera dalam tempoh berkempen. Pemimpin Umno-BN tanpa segan silu melakukannya dan langsung tidak mengendahkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954). Apabila dikira semua ini, ia berjumlah RM15.15 juta.Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara sebanyak RM802,700, bantuan zakat Agrobank sebanyak RM19,700, pinjaman Tekun sebanyak RM30,000, peruntukan masjid Simpang Empat sebanyak RM300,000, sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain sebanyak RM118,000, bantuan baiki rumah sebanyak RM1 juta, pemberian cermin mata sebanyak RM1.18 juta, peruntukan jeti perikanan sebanyak RM500,000, peruntukan tukun tiruan sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau. Kita lihat BN ini dalam ketagihan dan hanya tahu umum projek saja.Ini sudah jadi budaya harian yang tidak dapat ditinggalkan, seperti sudah jadi tradisi mereka (BN).Pemimpin BN melakukan perkara yang sama ketika berkempen di Kuala Besut. Sekali lagi, kita lihat pengumuman program projek dalam PRK Sungai Limau.Ada aduan daripada penduduk Kuala Besut yang setakat ini tidak melihat sebarang projek berjalan d isana seperti yang diumumkan oleh pemimpin BN. Sebab itulah kita boleh kata BN ini hanya pandai tabur janji air liur sahaja . Beliau berkata, pada PRK Kuala Besut lalu, BN menghabiskan sekurang-kurangnya RM337 juta untuk berkempen, manakala jumlah yang dihabiskan pada kempen kali ini lebih kecil. Kita berharap pengundi Sungai Limau dapat membuat pertimbangan dengan baik dan tidak termakan dengan janji manis pembangunan yang dijaja oleh BN pada PRK kali ini.
penyapu sial
calon BN (Umno) nampaknya sudah kalah pusingan pertama kerana Kerajaan BN berbelanja kempen pilihan raya kecil melebihi had dan menyalahi peraturan di bawah Akta Pilihan Raya. Kita mahu Mukriz angkat bendera putih sebelum beliau dimalukan sebaik calon Pas memenangi PRK Dun Sg. Limau. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan