Addin |
- Kempen Paling Biadap Oleh BN Di Sg. Limau.. Saksikanlah
- Gambar Tazkirah Anwar Yang Tidak Sampai 50 Orang..
- Berita Baik Buat Penjawat Awam.. Kenaikan 2 Mata Gaji
- Gambar Ceramah Anwar Di Sambut Dingin Oleh Penduduk Sg. Limau
Kempen Paling Biadap Oleh BN Di Sg. Limau.. Saksikanlah Posted: 02 Nov 2013 04:00 PM PDT Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak. Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. "Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab. "Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini. Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi. "Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya. Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini. Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan. ~sh |
Gambar Tazkirah Anwar Yang Tidak Sampai 50 Orang.. Posted: 02 Nov 2013 08:39 AM PDT Nampaknya apa jua program yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim di PRK DUN N20 Sg Limau tidak mendapat sebarang sambutan. Jelas sudah pada mata dan hati juak-juak UMNO bahawa DSAI adalah pemimpin rejek yang di benci rakyat Sg Limau. Ceramahnya yang hadir tidak sampai 50 orang ... tazkirah di masjid pula langsung seorang pun tak nampak batang hidung. Kalau Najib Razak sampaikan tazkirah agak-agaknya melimpah ruah orang datang nak dengar mengenai tajuk " NAJIS MUGHALLAZAH" Lokasi : Masjid Batu 16, Jalan Guar Chempedak - Alor Setar, Sg Limau, Yan, Kedah Acara : Solat Maghrib dan Tazkirah oleh Dato' Seri Anwar IbrahimTarikh : 1/11/2013 Berita mengenai tazkirah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah pun ketahui sejak seminggu yang lalu dan kedengaran macam-macam cerita mengenai cubaan menghalang beliau dari meneruskan majlis tersebut oleh PERKASA dan NGO-NGO yang sewaktu, sejiwa dan seperangai dengannya. Namun rakyat tetap juga turun beramai-ramai tanpa menghiraukan ugutan dan gangguan yang bakal dicetuskan oleh puak-puak ini. Akhirnya tazkirah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kekecohan. |
Berita Baik Buat Penjawat Awam.. Kenaikan 2 Mata Gaji Posted: 02 Nov 2013 12:30 AM PDT Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing. Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin. Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal. "Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya. Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif. Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014. 81 skim perkhidmatan itu melibatkan; Pembantu Kawalan Trafik Udara Pemandu Lokomotif Sabah Pereka Pegawai Kebudayaan Ahli Fotografi Jurusolek Pegawai Galian Pegawai Kimia Bumi Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi) Penolong Pegawai Galian Penolong Pegawai Kimia Bumi Pembantu Galian Pembantu Kaji Bumi Pegawai Makmal Filem Penolong Pegawai Makmal Filem Pembantu Makmal Filem Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Pensyarah Perubatan Pensyarah Pergigian Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional Pengajar Kraf Pembantu Pertanian Pembantu Veterinar Renjer Hutan Pengajar Membalak Pengawas Hutan Pembantu Hidupan Liar Pembantu Hidupan Liar Rendah Tukang K1 Tukang K2 Tukang K3 Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah Operator Loji Pekerja Awam Khas Pekerja Awam Penyelamat Pelukis Pelan Juruteknik Landskap Juruteknik Juruteknik Ukur Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Penguasa Bekalan Air MerinyuTali Air Pegawai Perhubungan Preman Penyelia Jeti Penghantar Notis Pembantu Kamera/Pemandu Pemandu Kenderaan Pembantu Am Pejabat Pengurus Stesen Penyelia Jurupakaian Peniup Kaca Pegawai Khidmat Pelanggan Pengawas Pemulihan Pegawai Penerbitan Penolong Pegawai Penerbitan Pembantu Penerbitan Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat Penolong Operator Kamera Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Pembantu Penyelidik Sosial Pengurus Asrama Penolong Pengurus Asrama Penyelia Asrama Penolong Pegawai Tadbir Tanah Pembantu Tadbir Tanah Pegawai Pemeriksa Paten Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) Pembantu Pemuliharaan Jurulatih Kawad Pembantu Wartawan/Wartawan Atendan Kesihatan Penolong Pegawai Penaksir Pegawai Aktuari Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia APA PASAL polis TAK TERSENARAI? ~bernama |
Gambar Ceramah Anwar Di Sambut Dingin Oleh Penduduk Sg. Limau Posted: 01 Nov 2013 08:00 PM PDT Padan muka DSAI .... masih tidak faham bahasa yang penduduk Sg Limau menyampah meluat kepada dirinya masih juga tidak nahu menerima kenyataan. Apa dia ingat banner yang di pasang dengan mengatakan penduduk Sg Limau menolak kehadiran DSAI Di DUN Sg Limau main-main ke? Sekarang apa yang terjadi? ... ceramah DSAI di Dulang Besar Sg Limau , malam ini langsung tidak ada orang yang hadir. Yang hadir pun tak sampai 5 orang sebab rata-rata penduduk Sg Limau menolak kehadiran beliau.Nah!! sekarang siapa yang dapat malu? Sekarang ternyata yang banner itu memang dipasang oleh penyokong PAS dan bukannya balaci UMNO. UMNO bukan jenis buat kerja macam ini .. UMNO bukan parti terdesak yang dah hampir nazak. Harap kepada semua penyokong PAS/PR sila mohon dan minta maaf dengan UMNO sebab tuduh banner itu di pasang oleh balaci UMNO.Terimalah kenyataan yang penduduk Sg Limau tolak DSAI ok? |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan