ALHUSSEYN |
Harun Taib jangan berdaleh - Memang dia mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat Posted: 02 Nov 2013 09:00 AM PDT Dalam satu kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata, beliau juga tidak mengetahui punca kenapa dirinya masih dipilih untuk jawatan tersebut walaupun dirinya pernah terlibat dalam beberapa isu sebelum ini. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa Dewan Ulamak merasakan orang yang uzur dari segi fizikal sepertinya mahu terus dibebankan dengan tanggung jawab yang berat ini. Saya tidak mahu komen mengenainya. Apa yang tergambar kepada saya ialah kemungkinan tugas sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS ini tidak perlu bergegas kesana-sini,turun naik ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat, menyampaikan kuliah atau berceramah, tetapi cukup sekadar goyang-goyang kaki atas kerusi roda dan melontarkan kenyataan-kenyataan sahaja.Maaf, sekiranya gambaran saya itu tidak tepat. Bukankah lebih baik jika dipilih orang yang mampu bergerak cergas keliling negara , dapat menemui dan bermesra dengan rakyat dipelbagai peringkat lapisan dan kaum dan tidak hanya terperosok di kampong Manir sahaja. 2. Apa yang menarik perhatian saya ialah penjelasannya mengenai isu tahaluf siasi' dengan PKR . Harun kata, 'bukan bermakna bercerai.' "Mereka mungkin salah faham dengan maksud saya, atau itulah cara untuk serang saya." Menurutnya lagi, cadangan tersebut sebenarnya adalah untuk Dewan Ulama membuat kajian terperinci. "Saya rasa perlu ada kajian terperinci, mana-mana yang longgar perlu dikemaskan, kalau dah kemas, perkukuhkan lagi.Baca seterusnya di sini 3. Benarkah orang ramai tersalah faham atau keliru dengan kenyataannya sebelum ini? Bagaimana dengan kenyataan bakal mantan Ketua Pemuda PAS dan mantan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak? Kenapa kenyataan mereka ini berbaur ugutan dan membayangkan rasa 'tidak selesa' untuk bersama Pakatan Rakyat? Sila rujuk di sini Dalam kertas ucapatamanya di Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah hari ini, Harun berkata, "Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi." Selain itu, Harun juga berkata, bagi melaksanakan kajian ini jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan erti reformasi, PKR, menurut beritanya di sini Yang peliknya dalam kenyataannya diatas ini, Harun baru sahaja dalam peringkat menggesa supaya 'jawatankuasa khas' ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai kemorosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi …. Maknanya dakwaan Harun mengenai kemerosotan pengundi Melayu itu belum ada lagi satu kajian yang teliti dan jelas mengenainya mengenai.Di sini menampakan kurang cerdiknya dia! 4. Laporan post mortem PRU-13 pun belum keluar lagi walaupun dijajikan akan keluar bulan Oktober lepas. La ni masuk Novemer....alahai.Tanpa post mortem tersebut, jangan haraplah kalau Dewan Ulamak mampu menghasilkan kajian yang lengkap dan berwibawa mengenai dakwaan kemorosotan undi orang Melayu terhadap PAS.Buktikanlah! Ekoran dari kenyataannya ini , Harun telah mendapat kecaman ramai dari kalangan akar umbi parti. Malah ianya disanggah oleh TGNA sendiri dengan menyatakan, " Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan. Malah TGNA menegaskan, "PAS jangan undur ke belakang, yakni menarik diri dari Pakaran Rakyat," katanya di sini 5. Apabila keluar kenyataan Tok Guru itu, maka mulalah nada-nada yang mahukan PAS keluar dari PR mulai empukr dan melunak. Nampak ada sedikit perubahan dalam kenyataan Harun yang baru ini. Tetapi hakikatnya, Harun memang mahukan supaya PAS keluar dari PR sebagaimana yang pernah disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden yang faqeh dahulu, Ust Nasarudin Mat Isa, mantan PJ Selangor, Dr Hasan Ali dan kuncu-kuncunya. Dua hari sebelum sebelum PRU-13 tempohari, Harun dilaporkan berkata: "Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang," katanya dalam berita bertajuk : Harun Taib Cadang Pas keluar PR di muktamar jika mahu |
Muktamar Dewan Pemuda atau Dewan Ulama Pemuda? Posted: 02 Nov 2013 01:17 AM PDT Mahu tidak mahu, jelas bahawa terdapat dua fraksi yang akan merebut jawatan penting tertinggi dewan tersebut.Ini tidak dapat dinafikan apabila melihatkan cara berkempen mereka. Satu fraksi memaparkan poster dengan tag-line kempen mereka : Kami mahukan Pemimpin yang diTarbiyah dan mentarbiyah. Seolah-olahnya hanya tiga manusia ini dalam Pemuda PAS yang mendapat pentarbiyahan selama ini. Aduhai, sengal betul : dan gambar muka depan dari akbar Sinar Harian dengan penambahan tag-line ~ Menyokong Kepimpinan Ulamak, Menolak Anti Ulamak. Siap bubuh tanda pangkah bagi mereka yang tidak digemari : Dan yang paling melucukan apabila fraksi ini tergamak mencipta poster cop ayam muktamar walaupun telah sedia ada poster yang resmi seperti gambar paling atas itu. Terlalu terdesak kalau dah berkempen macam ini: Melihat kepada poster palsu diatas ini, yang hanya memaparkan gambar Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Perak Nasarudin Tantawi ; saya berpendapat ianya akan memberi 'back-fire' kepada Ketua Pemuda PAS Mohd Zawawi sendiri yang mahu mempertahankan kedudukannya itu. Nasarudin dilaporkan menarik diri dari pertahankan Ketua Pemuda PAS Pusat bagi memberi laluan kepada yg lebih muda. Apakah tindakan Nasarudin menarik diri ini tidak akan mendorong para perwakilan pemuda Perak untuk bertanya sesama sendiri nanti, 'Kenapa Mohd Zawawi yg jelas sering keuzuran dalam kegiatan pemuda negeri tidak mahu menurut jejak langkah Nasarudin itu?'. Tetapi saya perlu tabik kepada saudara Salman yang berkempen secara gentleman melalui pemaran aktivitinya di facebook untuk para perwakilan menilai merit dan prestasinya.Sila klik di sini. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan