Ahad, 3 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRK SG.LIMAU, [Video] GEMPAR - PETUGAS TANGKAP 280 PENGUNDI HANTU.......?

Posted: 03 Nov 2013 08:41 PM PST



TERBAIK DARI BERSIH.......




Penipuan terbesar BN & SPR di Parlimen Jerai !!! Dalam pru14...hati-hati pengundi yang sama akan sampai....mungkin naik gerek,bot atau van....

KECOH...



TERKINI
PRK Sg Limau: Seramai 17,281 orang atau 63.5 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga 1 petang - Jurucakap SPR

EDISI KANTOI...FB Jamil Khir dah PADAM gambar ahli PAS sertai Umno

Posted: 03 Nov 2013 07:00 PM PST

KANTOI...FB Jamil Khir dah PADAM gambar ahli PAS sertai Umno?
Asalkan pemimpin UMNO pasti terlibat dalam penipuan tidak kiralah siapa termasuk berlatarkan belakangkan pendidikan Agama..
Inilah yang terjadi .. bila dah di londehkan betapa Jamil Khir Baharom, Menteri Jaga Agama Kerajaan UMNO 1M'sia turut menipu dalam insiden kononnya 351 ahli PAS melompat dalam UMNO adalah penipuan yang nyata, jijik dan tidak bermoral.. maka terus di akauan FB beliau dah padamkan rakaman gamabr-gambar tersebut.
Omak Kau belek-belek akaunnya namun tidak jumpa rakaman gambar yang dinyatakan itu.

UMNO KALAU TIDAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYARupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.

Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO..

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya..

Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.

Drama ahli PAS masuk Umno di Sg Limau dibongkar
JERAI - Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.
Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.
Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.
"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.
"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.
Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.
"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.
"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily
Walaupun pihak UMNO dengan megah dan bangga mengatakan hasil culaannya dengan bantuan para wanita UMNO dengan squad sayang, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik di bendang, Pemuda UMNO aktiviti merempit dan UMNO induk tabur janji projek kata BN akan menang bergaya sekurang-kurangnya 600 undi majoriti tetapi masih sanggup ada Menteri taraf ":Ulama" konon yang sanggup buat kerja menipu!!!

http://omakkau.blogspot.com


TERKINI DARI SG LIMAU
YAN, 4 Nov - Sehingga 10 pagi ini, proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar dengan pengundi dan penyokong parti-parti bertanding memenuhi kawasan pusat-pusat pengundian.

Laluan berhampiran semua 17 pusat pengundian mengalami kesesakan, suatu yang amat mustahil untuk berlaku di DUN Sungai Limau pada hari-hari biasa.

Keadaan ini disebabkan arahan parti-parti bertanding agar semua penyokong mereka turun mengundi awal pagi ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa hujan lebat pada sebelah petang nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang ditemui pemberita di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, menyifatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 14.43 peratus untuk tempoh 8 hingga 9 pagi adalah sangat baik.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya memasang lima kamera litar tertutup (CCTV) di lima kawasan panas untuk tujuan pemantauan serta membolehkan polis bertindak pantas andai berlaku sesuatu yang tidak diingini.

PRK DUN Sungai Limau ini menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan Mohd Azam Abd Samat daripada PAS

PRK Sg Limau : 44.7% (12,166 org) tlh mengundi setakat jam 11am

PRK Sg Limau : Drama ahli PAS masuk UMNO tak menjadi

Posted: 03 Nov 2013 12:40 AM PDT

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.

Tiada ulasan: