Blog-list Malaysia |
- Panas Dari Sg. Limau - Bloggers Umno Kantoi Menipu
- Terbukti Umno Dalang Gantung Kaki Di Sungai Limau
- Mukhriz 'Jual' Nama Ustaz Azizan Dihari Akhir Kempen
- Penipuan Memalukan Umno Di Sungai Limau Didedah..
Panas Dari Sg. Limau - Bloggers Umno Kantoi Menipu Posted: 03 Nov 2013 08:08 PM PST |
Terbukti Umno Dalang Gantung Kaki Di Sungai Limau Posted: 03 Nov 2013 05:26 PM PST Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong. SMS bertulis begini... "Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya." Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga! UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan "TEAM SARAF" mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNOdan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan. Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang. AKHIR TERJAWAB INI KERJA JAHAT UMNO. -tranungkite- |
Mukhriz 'Jual' Nama Ustaz Azizan Dihari Akhir Kempen Posted: 03 Nov 2013 03:32 PM PST Mukhriz Mahu Tunaikan Pesanan Azizan YAN, 3 Nov (Bernama) - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pesanan bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak kepadanya supaya menjaga Kedah sebaik mungkin, akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. "Apabila saya berjalan di merata tempat di DUN Sungai Limau dan berjumpa ramai rakyat yang ada banyak isu berbangkit seperti rumah perlu dibaiki, surau, jalan yang berlopak, maka saya teringat pesanan Allahyarham Tan Sri Azizan, bekas Menteri Besar dan bekas ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau). "Beliau pesan kepada saya supaya jaga Kedah baik-baik. Dengan saranan itu maka saya sudah anggap tanggungjawab paling penting sebagai Menteri Besar dan dibantu rakan-rakan Exco untuk selesaikan masalah rakyat satu persatu dalam masa singkat," katanya di sini. Katanya bantuan dan sokongan daripada kerajaan Persekutuan membantu beliau untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. Mukhriz berkata adalah menjadi harapannya supaya pengundi di DUN Sungai Limau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) kerana apabila penduduk kawasan itu memilih wakil rakyat daripada BN, ia adalah daripada parti yang sama seperti parti memerintah Kedah dan juga di peringkat Persekutuan. "Saya yakin semua permasalahan yang mungkin timbul di DUN Sungai Limau akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Apabila tuan puan (pengundi) pilih seorang wakil daripada kalangan BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yakinlah di belakang beliau adalah saya untuk pastikan sebarang isu berbangkit diberi perhatian sewajarnya. "Apabila tuan puan (pengundi) pergi pusat mengundi esok bolehlah sekiranya beri peluang kepada kami tunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang memegang amanah sebaik mungkin," kata Mukhriz. Pada PRK DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi ditentang calon PAS Mohd Azam Abd Samat. PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Allahyarham Azizan, daripada PAS, pada 26 Sept lepas. Azizan menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1995. -- BERNAMA |
Penipuan Memalukan Umno Di Sungai Limau Didedah.. Posted: 03 Nov 2013 03:56 AM PST JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan. Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100. Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut. "Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100. "Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini. Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK. "Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot. "Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya. Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak. Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS. - Hrkh |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan