Ahad, 3 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sg Limau: 55% (15,046) keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari - Lensa 4

Posted: 03 Nov 2013 08:43 PM PST


Seramai 15,046 orang atau kira-kira 55 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga 12 tengah hari - sumber SPR

Sg Limau: Isteri Azizan dan Mukhriz tiba serentak di pusat pembuangan undi Bukit Besar

Posted: 03 Nov 2013 08:18 PM PST



Balu Allahyarham Azizan Razak, Faekah Sheikh Hamzah berjalan ke tempat mengundi untuk membuang undi  di kawasan Sungai Limau. – Gambar  The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013. 
Balu Allahyarham Azizan Razak, Faekah Sheikh Hamzah berjalan ke tempat mengundi untuk membuang undi di kawasan Sungai Limau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.

Isteri bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Maahathir tiba serentak di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar pada 11 pagi ini.
Faekah sejurus tiba singgah di pondok semakan daftar pemilih PAS untuk menyemak namanya sebelum menuju terus ke pusat pembuangan undi di SK Bukit Besar.
Bukit Besar adalah kubu kuat PAS sejak dimenangi mereka pada tahun 1995, serta dianggap deposit tetap setiap kali pilihan raya.
Dalam pada itu, Mukhriz juga tiba di SK Bukit Besar bersama penyokong Barisan Nasional (BN) sekitar jam 10.30 pagi dan berkunjung ke markas operasi yang tidak jauh daripada pusat pembuangan undi.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundian PRK DUN Sungai Limau Lancar, Pusat Mengundi Sesak (15% keluar mengundi setiap jam)

Posted: 03 Nov 2013 07:57 PM PST

YAN,  Sehingga 10 pagi ini, proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar dengan pengundi dan penyokong parti-parti bertanding memenuhi kawasan pusat-pusat pengundian.

Laluan berhampiran semua 17 pusat pengundian mengalami kesesakan, suatu yang amat mustahil untuk berlaku di DUN Sungai Limau pada hari-hari biasa.

Keadaan ini disebabkan arahan parti-parti bertanding agar semua penyokong mereka turun mengundi awal pagi ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa hujan lebat pada sebelah petang nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang ditemui pemberita di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, menyifatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 14.43 peratus untuk tempoh 8 hingga 9 pagi adalah sangat baik.

Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: UPU Sg Kering Catat 45.25% setakat 10 pagi

Posted: 03 Nov 2013 07:44 PM PST

Pengundi PRK Sg Limau dari Daerah Mengundi Sungai Kering mencatatkan peratusan mengundi tertinggi dengan 45.25 peratus mengundi setakat 10 pagi.

info dilain pusat mengundi:

Peratus keluar mengundi 8.00 – 10.00 pg
Matang buluh 24%
Sg Dedap   37%
Gelam 3   29%
Bkt Choras  23%
Bkt Besar  16%
Spg 3 Luar 27%
Spg 3   36%
Sungai Daun 23%
Sungai Limau  34%
Selengkoh 29%
Sedaka  belum dpt
Ulu Sedaka  31%
Kabu 10  30%
Sg Kering 29%
Pdg Lumat  29%
Batu 16  27%
Kg Titi Batu 30%
Dulang Kecil 35%
Dulang Besar  32%

Sg Limau: 44.07% (12,166) keluar mengundi setakat jam 11 pagi - Lensa 3

Posted: 03 Nov 2013 07:40 PM PST







Seramai 12,166 orang atau 44.07 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga 11 pagi - Jurucakap SPR

Sg Limau: 30.4% (8,278) keluar mengundi setakat 10 pagi - Lensa 2

Posted: 03 Nov 2013 06:48 PM PST











Seramai 8,278 orang atau 30.4 peratus pengundi telah mengundi setakat 10 pagi - Jurucakap SPR

Sg Limau: SPR 'usir' wartawan KiniTV

Posted: 03 Nov 2013 06:46 PM PST

YAN - Seorang wartawan KiniTv 'diusir' keluar daripada tempat pembuangan undi dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Besar (SKSB), di sini, pagi tadi.

Dia diarahkan keluar oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang anggota polis yang bertugas kira-kira jam 8.15 pagi.

Difahamkan, dia diminta meninggalkan kawasan itu kerana dipercayai mengadakan temu bual bersama seorang pengundi di dalam kawasan tempat pembuangan undi.

Tindakan itu merupakan satu kesalahan menurut SPR.

Wartawan KiniTV Sumisha Naidu berkata beliau tidak menyedari bahawa petugas media tidak dibenarkan menemubual pengundi dalam kawasan pusat pengundian.Beliau merupakan antara petugas media yang diarahkan keluar dari kawasan pusat pengundian tersebut pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, pegawai SPR dan seorang anggota polis meminta beliau beredar dari pusat pengundian tersebut atas dakwaan kesalahan berkenaan.
"Ya ia kesalahan saya tapi ia tidak disengajakan," katanya yang memberi alasan bahawa tiga orang wartawan lain turut menemubual pengundi pada masa itu.
Oleh sebab itu, beliau beranggapan bahawa tindakan tersebut dibenarkan.

Katanya, petugas China Press juga diusir dari kawasan tersebut dalam kejadian berkenaan.

Sg Limau: Lensa Ustaz Azam Di Pusat Mengundi SK Bukit Besar - 4-11-2013

Posted: 03 Nov 2013 06:40 PM PST



















Sg Limau: Calon PAS antara terawal buang undi

Posted: 03 Nov 2013 06:21 PM PST



Mohd Azam membuang undi ke dalam peti undi di Sungai Limau, Kedah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013. 
Mohd Azam membuang undi ke dalam peti undi di Sungai Limau, Kedah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat antara yang terawal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini.
Mohd Azam tiba di perkarangan sekolah seawal jam 8 pagi dan bersarapan dengan penyokong sebelum masuk ke pusat membuang undi sekitar jam 8.30 pagi.
"Saya harap pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar dan telus, serta proses demokrasi kali ini berjalan dengan baik," kata Mohd Azam semasa ditemui wartawan di luar kawasan sekolah.
Beliau turut menyeru pengundi supaya keluar awal ke pusat membuang undi memandangkan cuaca buruk diramal pada tengahari ini.
Sementara itu, pengundi warga emas antara yang terawal hadir ke pusat mengundi SK Bukit Besar, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota polis sibuk berkawal sekitar kawasan sekolah.
Petugas-petugas SPR juga sibuk membantu pengundi yang tidak dapat berjalan dengan menyediakan kerusi roda serta memapah pengundi masuk ke dalam sekolah.
Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir juga dijadualkan singgah di SK Bukit Besar untuk meninjau proses pilihan raya yang berlangsung di sini.
Kawasan sekitar tenang dan tiada sebarang provokasi tercetus.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Laungan 'barang naik' lwn 'BR1M naik' bergema - Lensa 1

Posted: 03 Nov 2013 06:13 PM PST










Sg Limau: Lensa Ustaz Azam Mengundi Di SK Bukit Besar - 4-11-2013

Posted: 03 Nov 2013 06:10 PM PST










Sg Limau : Pak Cik yang nangis bersama Jamil Khir dalam TV ngaku ahli PAS tu sebenaqnya UMNO....!!

Posted: 03 Nov 2013 05:59 PM PST

Zaman sekarang zaman internate nak habaq hangpa... jenih nak maklumat pakai tekan atas tapak tangan jaa.. dulu jika keluaq berita pakai dok caya berita tu laa... tapi skrg keluaq berita ka MONGGOLIA on the spot boleh tanya org sana betoi ka tak betoi satu berita tuuu...
macam berita ahli PAS masuk UMNO nie... bab nie dulu-dulu ok lah tapi skrg sudah susah dah orang semakin pantas mencari maklumat.... tengok Pak Long nie kan dah kantoi orang kampung boleh kenai dia sapa...

Last nak busuk nama BN jugak.... nasih mu la BN oi...


Sg Limau: Kita harap pengundian lancar – Ustaz Azam

Posted: 03 Nov 2013 05:21 PM PST


JERAI: Calon PAS PRK Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat hari ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini.

Beliau yang mengenakan baju Melayu hijau muda tiba di kawasan pusat pengundian kira-kira jam 8.10 pagi dengan ditemani isteri dan ibu tercinta.

Sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, beliau turut bersarapan bersama masyarakat di sebuah gerai berhampiran tempat mengundi.

Mohd Azam dilihat masuk ke pusat pengundian jam 8.25 pagi diiringi beberapa pemimpin PAS termasuk Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Beliau kemudian dilihat keluar dari tempat mengundi kira-kira jam 8.35 pagi.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Jentera hari mengundi tentukan kemenangan PAS atau BN

Posted: 03 Nov 2013 05:16 PM PST

Walaupun di atas kertas PAS yakin boleh menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini, namun kerisauan jelas terbayang kepada jenteranya ekoran program-program "ala pesta" Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan baik rakyat.
Orang ramai sentiasa memenuhi karnival rakyat anjuran BN di Bukit Besar yang selama ini menjadi kubu PAS di Sungai Limau sedikit sebanyak merisaukan jentera parti Islam itu.
"Memang angka culaan kita ada peningkatan kepada pencapaian kita tetapi sambutan kepada program BN sedikit merisaukan," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) yang berada di Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon lagi.
Dengan jarak 19 kilometer dari bandaraya Alor Setar, iaitu di Bukit Besar, BN menganjurkan Karnival Rakyat.
Ia merupakan program "ala pesta" membeli-belah yang sentiasa dipenuhi orang ramai. Apa tidaknya, ketika BN menyatakan subsidi gula dipotong 34 sen sehingga menyebabkan harga gula melambung tinggi, di Karnival Rakyat, gula hanya dijual dengan RM1.00 sekilogram.
Sekampit beras 5 kilogram pula hanya dijual dengan harga RM5. Ini menyebabkan orang ramai penuh sesak berebut untuk mendapatkan barangan ini sehingga jam 11.45 malam menjelang hari mengundi.
Ketika itulah para pemimpin BN menjalankan kempen mereka.
Dalam pilihan raya kecil ini, Dzulkefly, seorang pakar strategi, bertanggungjawab penuh kepada pimpinan PAS dalam menyampai sebarang mesej kepada pengundi melalui media di samping menjadi penyelia untuk Peti Undi Bukit Besar, salah satu kubu parti Islam itu dalam kawasan Sungai Limau.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: 17 pusat mengundi dibuka 8 pagi

Posted: 03 Nov 2013 05:00 PM PST


 Ustaz Azam bersama ibu (kanan beliau) dan isteri memasuki pusat pembuangan undi jam 8.25 pagi.



YAN - Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Dun Sungai Limau dibuka bermula pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 27,222 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil Dun itu.

Pusat-pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.

SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.

Semua pusat pengundian akan ditutup pada 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Perang Mahathirisme dan Anwarisme

Posted: 03 Nov 2013 04:56 PM PST


Pengaruh Anwar Ibrahim yang disangka banyak pihak semakin menyusut selepas PRU13 ternyata tidak benar apabila kehadirannya untuk berkempen membantu calon PAS di Sungai Limau tetap mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan.
Dilaporkan beribu-ribu orang hadir mendengar ceramahnya dan jalan-jalanraya menuju ke tempat beliau berceramah juga turut sesak.
Dalam masa yang sama juga, Ketua Pembangkang itu turut dijemput untuk menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Sungai Limau.
Dalam ceramahnya di Sungai Limau ini, Anwar seperti biasa menyebut tentang Umno sebagai punca kemiskinan orang-orang Melayu kerana lebih mengutamakan kroni berbanding rakyat biasa.
Beliau juga mengambil kesempatan menjelaskan tentang kenyataanya mengenai GST yang didakwanya dilaporkan secara tidak tepat oleh media-media pro kerajaan.
Kehadiran Anwar di Sungai Limau ini bukan saja membuktikan pengaruhnya masih belum hilang, malah ribuan yang hadir dan berpusu-pusu mahu mendengar ucapannya membuktikan bahawa beliau masih lagi relevan untuk PRU14 akan datang.
Setelah lama menyepi berikutan perhimpunan Black 505 yang semakin kurang mendapat sambutan manakala ceramahnya mengenai TPPA di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu juga tidak mencapai sasaran yang sepatutnya, kelibatnya di Sungai Limau ini akhirnya membuktikan sebaliknya.
Malah penulis Zainudin Maidin dalam tulisannya juga mengingatkan pengundi Sungai Limau bahawa memilih PAS bererti mengekalkan pengaruh Anwarisme dalam parti itu, satu lagi bukti nyata bahawa pengaruh Anwar tetap ditakuti dan bayang-bayangnya cuba digambarkan sebagai hantu yang menyeramkan dan mesti dijauhi.
Dan hari ini, ketika Mahathir datang ke Sungai Limau di hari terakhir kempen untuk membantu BN, beliau juga turut mengkritik Anwar dengan mengatakan bekas timbalannya itu seorang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada Umno dan kerajaan.
Semasa dalam kerajaan, semuanya elok tetapi bila di luar, semuanya tidak betul, kata Mahathir lagi.
Serangan Mahathir juga membuktikan Anwar masih berpengaruh dan mampu menggugat BN, bukan saja dalam pilihanraya kecil Sungai Limau ini, bahkan juga dalam pilihan raya umum akan datang.
Jika tidak kerana itu, buat apalah Mahathir menghabiskan air liurnya menyebut nama Anwar dan menyerang bekas timbalannya itu.
Sementara nama Najib tidak disebut oleh Mahathir, nama Anwar sebaliknya terus menghantui bekas Perdana Menteri selama 22 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Sungai Limau keluar mengundi hari ini

Posted: 03 Nov 2013 04:54 PM PST

Hari ini, penduduk Sungai Limau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia September lalu.
Ini adalah pilihan raya kecil pertama semenjak 28 tahun kerusi DUN Sungai Limau dipegang oleh bekas Menteri Besar Kedah sepenggal itu dan masyarakat kampung di sini teruja dan terkejut apabila menjadi tumpuan seluruh negara.
Terdapat 27,222 pengundi di Sungai Limau dan daripada jumlah keseluruhan pengundi, 93% adalah Melayu, 6% Cina manakala selebihnya adalah kaum India dan lain-lain.
Pengkritik melihat pilihan raya kali kecil ini sebagai pertarungan "maruah" bagi PAS mahupun Umno, terutamanya selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Bagi PAS, kemenangan di Sungai Limau penting untuk menebus maruah mereka selepas gagal mempertahankan sebuah kerajaan negeri.
Bagi Umno pula, pilihan raya kecil kali ini penting untuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir membuktikan kemampuan dirinya sebagai pemimpin terutamanya selepas tewas dalam pemilihan Umno baru-baru ini.
Selain itu, ia juga ujian litmus untuk melihat sama ada pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad masih relevan ataupun tidak, apatah lagi ia adalah negeri kelahiran negarawan tersebut.
Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan PAS, Mohd Azam Abd Samat.

Sg Limau: Ustaz Azam seru pengundi keluar awal

Posted: 03 Nov 2013 04:52 PM PST

JERAI: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyeru para pengundi keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan nama-nama pengundi disalah guna.

Katanya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di sebelah petang, peluang mengundi lebih awal adalah waktu terbaik untuk pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain itu, beliau juga meminta para pengundi yang berada di luar agar pulang bagi memastikan legasi perjuangan PAS dapat diteruskan.

"Membuat pilihan yang bijak, terus memilih PAS agar segala apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dapat kita teruskan. Ingat satu undi adalah satu bantah kenaikan harga barang," jelasnya ketika ditemui semalam.

Katanya, Allahyarham Ustaz Azizan berada pada satu tahap nilai tersendiri dan sukar untuk mencari pengganti yang seratus peratus menyamai beliau.

Namun, beliau yakin dengan sokongan dari semua pihak, jentera, ahli dan rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk rakyat Dun Sungai Limau akan memberi semangat baru kepadanya meneruskan amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Azizan.
Read More / Baca Lagi >>

27,222 pengundi tentukan siapa wakil Dun Sungai Limau hari ini

Posted: 03 Nov 2013 04:51 PM PST

Ustaz Azam bersama ibu (kanan beliau) dan isteri memasuki pusat pembuangan undi jam 8.25 pagi.

JERAI: Seramai 27,222 orang pengundi berdaftar layak membuang undi hari ini bagi maksud Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau.yang berlangsung hari ini.

Mereka bakal memilih sama ada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat ataupun calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim untuk diangkat sebagai wakil rakyat yang akan mewakili mereka di Dun itu.

Kedua-dua calon sebelum ini diberi tempoh 11 hari untuk berkempen bermula sejurus penamaan calon 23 Oktober lalu dan berakhir secara rasminya jam 12 malam tadi.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, kenderaan mula berpusu-pusu masuk ke kawasan Sungai Limau termasuk perayu undi dari luar yang mula mengambil tempat berdekatan pusat-pusat membuang undi.

Cuaca sebelah pagi ini cerah, dan dijangka baik sepanjang hari ini.Read More / Baca Lagi >>

Kempen PRK Sungai Limau paling aman, kata polis

Posted: 03 Nov 2013 07:30 AM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang akan berakhir lewat malam ini, sebagai yang paling aman ketika ini.
Beliau berkata hanya enam laporan polis dibuat dan tiada kesalahan serius yang dilaporkan sepanjang proses kempen dijalankan.
"Melalui tinjauan yang dilakukan, keadaan terkawal dan kami akan pastikan keadaan ini kekal berterusan sehingga berakhirnya PRK ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu polis mengingatkan pengundi berdaftar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan polis yang bertugas di 17 pusat pengundian di DUN itu esok.
"Saya minta penyokong dari kedua-dua parti agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan dan memarkir kenderaan sesuka hati sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Berhubung laporan polis yang dibuat Barisan Nasional (BN) semalam tentang patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerjaparti itu, Khalid berkata polis masih menyiasat kejadian tidak bermoral itu.
"Kami sudah terima maklumat tetapi siasatan lanjut masih dijalankan sehingga kini. Bagi saya ini perbuatan tidak elok," katanya.
Khalid turut mengingatkan pengundi DUN itu supaya keluar ke pusat mengundi awal pagi bagi mengelakkan kesesakan selain mengingatkan pengundi agar sentiasa patuh kepada arahan polis bagi melancarkan proses pengundian.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: SPRM, SPR umpama kayu ‎mati

Posted: 03 Nov 2013 07:16 AM PST

PAS hari ini melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi "kayu mati" yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK Sungai Limau.
Parti itu mendakwa pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit dan barangan atas pelbagai nama.
"Ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan, kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim mendakwa SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis hanya menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
"Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Budaya berkenaan jelasnya diterima umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihan raya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.
"Bilamana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salahguna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 3-11-2013 (A)

Posted: 03 Nov 2013 03:50 AM PST

















SPR dan SPRM ‘tertidur’ di Sg Limau, rasuah berleluasa

Posted: 03 Nov 2013 03:23 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi 'kayu mati' yang gagal menghalang rasuah pilihanraya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK N20 Sungai Limau.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama.
Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.
"SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
"Alasan yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Tuan Ibrahim berkata, kegagalan Kerajaan Umno-BN untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar menjadi bahan ketawa pemerhati asing.
"Kini ia menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka," kata beliau.

Sg Limau: Penentu kelangsungan “Mahathirisme”..!!!

Posted: 03 Nov 2013 03:21 AM PST

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menjadi penentu kepada kelangsungan "Mahathirisme" kata Lim Kit Siang, yang mana akan menyaksikan sama ada ia akan menemui kegagalan atau kejayaan esok.
"Pilihanraya kecil Sungai Limau esok akan menjawab persoalan: Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu?" kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.
Veteran DAP itu menegaskan kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kempen Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau turut bakal menyaksikan sama ada Mahathirisme akan kekal atau tewas selepas "kekalahan ketiga untuk tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya 2013."
"Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat Mohd Azam Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar.
"Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," katanya.
Dr Mahathir sendiri jelas ahli Parlimen Gelang Patah boleh dianggap mewakili puak pelampau yang menjadikan "kumpulan majoriti yang moderat" sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.
"Dr Mahathir berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan.
"Benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai," katanya.
Dr Mahathir dan Mahathirisme dakwa Kit Siang (gambar) menanggung kegagalan sejak enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta.

Mahfuz: Stop dirty campaigning, I saw Azizan suffer

Posted: 03 Nov 2013 03:13 AM PST

Tiada ulasan: