DUNIACACAMARBA |
- Curi 3 Ekor Ikan, Penjara 21 Hari
- Lelaki Didakwa Menjalin Hubungan Cinta dan Seks dengan Anak Sendiri
- [Video] Identiti Wanita Belasah Peragut Terdedah
- Warga Emas Terlampau Kantoi
- [PANAS] Tarif Elektrik DIJANGKA NAIIIIKKKKKKKKKKKK!!!!
- Pemuda PAS Tolak Usul Pertahan Kepimpinan Ulama Kerana...
Curi 3 Ekor Ikan, Penjara 21 Hari Posted: 22 Nov 2013 01:30 AM PST Padah Curi Tiga Ekor Ikan [SH] KUANTAN – Seorang pemuda terpaksa meringkuk selama 21 hari di dalam penjara selepas mengaku bersalah mencuri tiga ekor ikan di Mahkamah Majistret, semalam. Tertuduh, Badrul Hisyam Hashim, 30, dari Sungai Isap Perdana, didapati mencuri ikan di Kios Jual Ikan Kampung Pandan 2 milik Samzulizor Salleh di Kampung Pandan 2, Jalan Bypass Kuantan pada 19 November lepas lebih kurang jam 8 malam. Berdasarkan pertuduhan, bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, tertuduh telah memohon Majistret Jessica Daimis untuk meringankan hukuman terhadapnya memandangkan terpaksa menjaga anaknya yang baru berusia dua bulan yang kini diletakkan di bawah penjagaan jiran buat sementara waktu selepas kematian isteri sekitar Oktober lepas. Lebih malang, tertuduh juga tidak mempunyai wang untuk membayar sebarang denda atau ganti rugi memandangkan tiada siapa yang dapat membantu ekoran kedua ibu bapanya juga sudah meninggal dunia. Menurutnya lagi, tiada niat untuk mencuri tetapi melihatkan ada ikan yang ditinggalkan jadi dia bertindak mengambil kira-kira tiga ekor untuk dijadikan lauk untuknya makan pada hari tersebut. Dengan itu, Jessica telah menjtuhkan hukuman penjara selama tiga minggu daripada tarikh ditangkap dan berharap hukuman tersebut setimpal memandangkan tertuduh tiada rekod lampau. Sementara itu, mahkamah juga ingin tertuduh akan menyesali perbuatannya dan tidak mengulangi pada masa hadapan. Tambahnya, selepas ini sekiranya tertuduh betul-betul memerlukan makanan seharusnya dia meminta pertolongan daripada jiran tetangga atau saudara-mara terdekat dan tidak terlibat dengan kes kecurian lagi. - 22/11/13 P/s: Wajar dikenakan hukuman penjara atau hanya denda dan khidmat masyarakat? | ||
Lelaki Didakwa Menjalin Hubungan Cinta dan Seks dengan Anak Sendiri Posted: 21 Nov 2013 11:30 PM PST
Wanita Tutup Mulut Hubungan Terlarang Suami Dengan Anak Perempuannya [Mstar] PETALING JAYA: "Minta maaf banyak-banyak. Apa juga yang anda tanya. Saya tidak akan jawab." Itulah yang diperkatakan oleh isteri lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya berusia 21 tahun kepada pemberita yang cuba menemubual dia di hadapan rumahnya di Kajang. Bagaimanapun, sebelum wanita berusia 46 tahun itu masuk ke dalam rumahnya, dia berkata: "Ini kerana hati saya sakit....," menyatakan rasa kecewanya berhubung dakwaan hubungan sumbang mahram tersebut. Pada Khamis, wanita tetap membuka gerai nasi campurnya seperti biasa, menurut China Press. Menurut pengusaha gerai yang lain, wanita berkenaan berniaga seperti biasa sejak beberapa hari yang lalu namun suspek tidak dilihat berada di situ. China Press turut melaporkan bahawa pelanggan gerai wanita berkenaan menyifatkan ibu mangsa sebagai seorang 'yang sangat ceria dan gembira'. Akhbar berkenaan turut melaporkan jirannya juga tidak percaya bahawa suspek mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu. Seorang jirannya berkata suspek dan isterinya merupakan pasangan yang bahagia dan sering dilihat berada bersama-sama. "Kami tidak pernah dengar mereka bertengkar dan memarahi anak-anak mereka," kata jirannya itu. Seorang lagi jiran turut tidak percaya jirannya itu melakukan perkara terkutuk itu dengan anak perempuannya. Pada Khamis, The Star melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah. Hubungan terlarang itu mungkin berlarutan tanpa tindakan seorang pakcik menghubungi pihak polis selepas mengetahui mengenai kejadian tersebut. Pakcik berkenaan meruapakan pengusaha kedai gunting rambut di mana tempat remaja berkenaan bekerja sejak dia tamat pengajian SPM. Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbit remaja berkenaan pada 9 November lalu untuk membuat panggilan telefon. Namun alangkah terkejutnya dia apabila terbaca khidmat pesanan ringkas, lucah daripada ayah mangsa kepada remaja berkenaan. - 22/11/13 Berita Awal Ayah 'Bercinta', Lakukan Seks Dengan Anak [Mstar] PETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah. Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut. Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu. "Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri. "Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa. "Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan. Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya di hadapan ibu mereka. Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu. "Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu. "Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut. Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis. Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kajang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun. Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram. Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan. Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A. "Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan. "Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan. Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat. -21/11/13 | ||
[Video] Identiti Wanita Belasah Peragut Terdedah Posted: 21 Nov 2013 10:21 PM PST Wanita Dalam Video Belasah Peragut, Seorang Ahli Muay Thai [Mstar] PETALING JAYA: Wanita yang dipaparkan dalam video dia mempertahankan diri daripada peragut sebenarnya merupakan seorang ahli sukan Muay Thai, Germaine Yeap. Yeap, 28, mendedahkan aksi berkenaan dilakonkan semula bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membanteras jenayah terutamanya dikalangan wanita. Walaupun video berkenaan mendapat pujian daripada warga Internet yang memuji tindakan beraninya itu, Yeap berkata dalam situasi tertentu mangsa terpaksa juga menyerahkan barang berharga mereka kepada penjenayah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. "Semoga perompak itu akan berlaku pergi dan tidak mencederakan anda. Anda boleh mempertahankan diri jika anda tidak mempunyai pilihan lain," katanya dalam satu lagi rakaman video yang dikeluarkan pada Khamis. Yeap berkata saksi yang melihat kejadian jenayah seperti itu boleh membantu dengan menghubungi pihak polis. "Dalam video berkenaan, saya menyerang kembali kerana saya mempunyai kemahiran dengan latihan muay thai yang saya pernah jalani dan saya yakin dapat menewaskan dia. Apabila saya nampak perompak kedua menjerit dengan mengacukan pisau, saya melihat keadan sudah tidak selamat dan saya berlari pergi," katanya. Dia turut menggesa wanita mempelajari kemahiran seni pertahanan diri. Kedua-dua rakaman video berkenaan disiarkan oleh saluran IPTV tempatan, MaxMan.Tv sebagai sebahagian daripada insiatif mencegah jenayah. Video pertama telah disiarkan pada 10 November lalu, memaparkan Yeap yang baru keluar daripada keretanya di anjung rumahnya sementara dua orang lelaki menaiki motosikal dilihat memerhatikannya dari luar pagar rumahnya. Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta, pembonceng motosikal itu turun daripada motorsikalnya dan berlari masuk ke kawasan rumah Yeap sebelum pintu pagar tertutup. Lelaki berkenaan cuba meragut beg tangan mangsa, namun Yeap dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan. Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai. Namun dia terpaksa menyelamatkan dirinya apabila rakan suspek mengacukan pisau kepadanya. Perompak berkenaan bagaimanapun melarikan diri apabila mendapati cubaan mereka merompak wanita berkenaan gagal. Yeap yang berasal dari George Town, Pulau Pinang, mempelajari latihan muay thai sejak lima tahun lalu demi menjamin kesihatan tubuh badannya. Dia mula masuk bertanding pada tahun ini dan telah meraih dua gelaran dalam pertandingan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Langkawi Z1 International Cup. -22/11/13 | ||
Posted: 21 Nov 2013 10:16 PM PST [SH] SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin. Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang. Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana. "Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu. "Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan. Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom. "Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan," katanya. Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin. "Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut," katanya. - 22/11/13 | ||
[PANAS] Tarif Elektrik DIJANGKA NAIIIIKKKKKKKKKKKK!!!! Posted: 21 Nov 2013 04:30 PM PST Tarif Elektrik Dijangka Naik Selepas Putrajaya Struktur Semula Sektor Tenaga [TMI] Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar. Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan. MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif. Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh. Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh). Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%. Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan. "Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam. Sebagai tambahan subsidi, kerajaan tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang mempunyai bil RM20 dan kurang daripada itu. Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM146 juta ke atas subsidi ini yang memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah. Kali terakhir tarif elektrik dinaikan pada Jun 2011 apabila harga gas bersubsidi dinaikkan kepada RM13.70 bagi setiap juta metrik unit termal British (mmbtu) berbanding RM10.70 setiap mmbtu sebelumnya. Putrajaya terpaksa menangung kos subsidi untuk sektor tenaga negara sekitar RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun, bergantung kepada harga bahan api semasa. Di Malaysia, gas merupakan sumber utama bagi kegunaaan penjanaan elektrik iaitu sebanyak 50% manakala arang batu sebanyak 40% dan tenaga diperbaharui sebanyak 2% di Malaysia dan baki 8% adalah daripada kuasa hidro. Gas kini dibekalkan oleh Petronas pada harga subsidi manakala arang batu diperolehi pada kadar harga pasaran semasa. Kenaikan harga gas yang tinggi menyebabkan subsidi sukar diteruskan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila syarikat elektrik negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa mengimport gas asli cecair (LNG), terutama dari Australia. Abdul Razak berkata, di bawah mekanisme prinsip cadangan bahan api, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan dan sebarang perubahan (turun atau naik) bergantung kepada turun naik harga bahan api (gas, arang batu dan minyak) yang akan ditanggung oleh pengguna. Kos bahan api melalui mekanisme ini adalah satu komponen yang signifikan di bawah cadangan kerangka tarif Insentif Berasaskan Peraturan. Abdul Razak berkata, dengan kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), rangkaian prestasi tahunan TNB yang melibatkan penghantaran dan pengedaran akan dinilai berdasarkan kejayaan pencapaian. Tarif dan pulangan TNB akan diselaras berdasarkan kepada pencapaian sasaran prestasi. Beliau berkata, bil elektrik TNB kepada pengguna juga akan disusun semula dengan lebih telus menunjukkan pecahan daripada segi kos, penjanaan, penghantaran dan pengagihan. – 21 November, 2013. P/s: Beribu-ribu taniah!!! | ||
Pemuda PAS Tolak Usul Pertahan Kepimpinan Ulama Kerana... Posted: 21 Nov 2013 03:30 PM PST [HD] PETALING JAYA: Usul mempertahankan kepimpinan ulama ditolak para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana disifatkan bercanggah dengan perlembagaan parti. Usul tersebut dikemukakan Pemuda PAS Gombak dan disokong oleh Pemuda PAS Klang. Bagaimanapun Pemuda Lembah Pantai, Kluang, Lumut bangun membahaskan supaya menolak usul itu. Antara hujah yang dikemukakan bagi menolak usul tersebut kerana mengikut perlembagaan parti, jawatan bagi presiden, timbalan dan naib presiden boleh dilantik dari kalangan ahli PAS. Perlembagaan tidak menyebut mereka perlu terdiri dari kalangan ulama ataupun bukan ulama. Mereka juga mengemukakan hujah bahawa usul yang mengatakan institusi ulama diserang adalah tidak kukuh ekoran tiada sebarang bukti berhubung tuduhan tersebut. Selepas perbahasan hangat, Pengerusi Tetap DPPM, Misbahul Munir Masduki meminta para perwakilan bangun bagi menyatakan pendirian sama ada menerima atau menolak usul tersebut. -21/11/13 Berita yang dikemaskinikan di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan