Jumaat, 22 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Sejak 2008, PM dan Rosmah tak naik MAS'

Posted: 22 Nov 2013 04:19 AM PST

 

 

Lawatan ke Qatar-UAE bukan tindakan pertama yang menyaksikan isteri perdana menteri Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan tanpa penyertaan Datuk Seri Najib Razak, dakwa PKR.

NONE"Ini bukan kali pertama beliau lakukannya," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sambil berkata beliau  sedang mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu.

Azmin (kanan) berkata, sumbernya dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan, Rosmah dan Najib tidak pernah terbang menggunakan penerbangan negara sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata, lawatan itu menimbulkan dua persoalan, iaitu kelayakan isteri perdana menteri menggunakan jet kerajaan dan sama ada beliau boleh menggantikan kerajaan dalam urusan rasmi.

Semasa lawatan antara 10 hingga 14 November, Rosmah antaranya bertemu dengan perdana menteri Qatar bagi menyampaikan undangan Najib supaya beliau melawat negara ini semasa program Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Ini bukan peranan isteri perdana menteri. Sebarang undangan daripada perdana menteri sepatutnya disampaikan oleh menteri luar  atau perdana menteri sendiri. Jadi di mana menteri luar sekarang?"

Rosmah sebelum ini, apabila ditanya berhubung penerbangannya ke Qatar menggunakan jet yang dibiayai kerajaan, dilaporkan berkata, beliau hanya melakukan kerjanya.

Beliau juga dilapor enggan mengulas lanjut.

Manakala pegawai khasnya Siti Azizah Sheikh Abod berkata, lawatan ke Qatar itu dibuat demi kepentingan negara dan bukan atas sebab-sebab peribadi.

Permohonan bekas pengarah NFC batal tuduhan pecah amanah ditolak

Posted: 22 Nov 2013 04:16 AM PST

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail (kanan) bersama isteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Gambar fail.Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail (kanan) bersama isteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Gambar fail. 

















Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail untuk membatalkan tuduhan pecah amanah jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Mohamed Salleh adalah suami kepada ahli politik terkenal yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hakim Norsharidah Awang berkata, permohonan itu dinafikan berikutan mahkamah mendapati tiada kecacatan terhadap pendakwaan dan ada kes itu mempunyai asas untuk didengar dalam perbicaraan.

Norsharidah menetapkan 8 Januari depan untuk sebutan.

Peguam Harjinder Singh mewakili Mohamed Salleh bagi pihak peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Pendakwaan diketuai Dzulkifli Ahmad.

Terdahulu, Harjinderjit memohon supaya kes itu ditangguhkan tetapi ditolak berikutan mahkamah mendapati kes itu sudah lama tertangguh.

Mohamed Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah jenayah dan melanggar Akta Syarikat berkaitan dana persekutuan RM49 juta yang diberikan kepada NFCorp pada 12 Mac tahun lalu.

Tertuduh berusia 64 tahun itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah berkenaan dan dua lagi dakwaan di bawah Akta Syarikat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamed Salleh selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel  BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no. 56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Mohamad Salleh juga didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000

Suami itu Jeneral, isteri itu Major- Suami buat 'general decisions', Isteri buat 'major decisions'

Posted: 22 Nov 2013 04:08 AM PST

ASPAN ALIAS

Isu yang masih bergema ialah isu kos perjalanan isteri Perdana Menteri kita. Negara kita sudah ada lima isteri-isteri bekas-bekas Perdana Menteri, Dari Tun Sharifah Rodziah sehingga Tun Hendon yang selepas itu di ambil alih oleh Tun Jeane. Kini kita sedang bersama isteri Perdana Menteri Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor. Dalam ramai-ramai isteri-isteri bekas Perdana Menteri ini tidak ada siapa pun yang boleh menandingi Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ini dalam hal membelanjakan wang rakyat.

Datin Paduka Rosmah merupakan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang paling mahal untuk di tanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Dalam pada kerajaan sedang menyusun dasar yang menjimatkan belanja, isteri PM tidak terlibat dengan pengurangan kos kehidupan semua. Rakyat seperti yang di nasihatkan oleh Perdana Menteri supaya mengubah cara hidup kita semua, isterinya masih tidak mahu mengubah cara hidupnya. Kalau ada pun perubahannya ia adalah perubahan 'from bad to worst'.

Kita tidak boleh membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh mengikut jejak langkah Shahidan Kassim, yang bermatian untuk membenarkan yang salah dengan menggunakan berbagai-bagai alasan yang gila tentang perjalanan yang mahal yang terpaksa di tanggung oleh rakyat terhadap isteri Perdana Menteri, yang ayu dan jelita itu.

Dalam keadaaan ekonomi yang tidak menentu ini, kabinet Malaysia masih meluluskan permohonan isteri Perdana Menteri untuk ke luar negara dengan jet eksekutif. Azalina Othman, mendedahkan yang kabinet yang di pengerusikan oleh Muhyiddin telah meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet eksekutif yang sangat mahal itu.

Walau bagaimanapun siapa yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan permohonan Rosmah itu tidak penting. Yang pentingnya kabinet telah meluluskan permohonan itu. Oleh yang demikian, kabinet harus bertanggungjawab ke atas kesalahan moral dan politik UMNO yang memerintah dalam meluluskan permohonan itu.

Kalau di ikut cara dan etika pemerintahan kerajaan negara maju, seluruh kabinet perlu meletakkan jawatan kerana mereka juga bertanggungjawab. Mereka yang ramai-ramai dalam kabinet itu semuanya tumpang bersalah dan mereka wajar mengambil semua 'accountability' itu.

Yang terbaik bagi seorang isteri Perdana menteri ialah dengan hanya menjadi seorang isteri, seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelum Rosmah. Budaya kita orang melayu, jangan sekali-kali isteri melebihi suami dalam pengurusan kerajaan terutamanya dalam hal kabinet mengambil keputusan. Ini isu serius kerana banyak kepimpinan negara telah terhempas kerana isteri.

Suami itu ibarat seorang Jeneral dalam sesuatu keluarga dan isteri itu ibarat seorang yang berpangkat Major. Tetapi dalam kes kita di sini, suami nampaknya hanya mengambil 'general decisions' dan isteri pula mengambil 'major decisions'.

Perkara seperti ini pun, mereka dalam kabinet tidak tahu meluluskan permohonan menggunakan jet eksekutif itu adalah salah tetapi tiada siapa yang berani menolak permohonan ini.

Itulah sebabnya selalu saya katakan yang ahli jemaah kabinet kerajaan sekarang ini, merupakan mereka yang tidak tahu dan memahami apa yang salah dan yang benar. Patut lah kita mendengar penerangan tentang isu ini dari orang seperti Shahidan Kassim yang tidak tahu di mana moral dan di mana tanggungjawab.

Kita tidak boleh mengambil isu ini sambil lewa sahaja. Rakyat sedang di tarik balik subsidi yang mereka telah dapati selama ini bagi berkorban untuk negara. Mereka sanggup menanggung kos kehidupan yang begitu tinggi hasil dari pengurangan subsidi ini. Bagaimana mereka (rakyat) hendak menerima sikap isteri seorang Perdana Menteri yang membelanjakan wang rakyat untuk jet peribadi bagi urusan yang bukan pun urusan kerajaan.

Masalahnya kabinet yang sepatutnya bertanggungjawab pun tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menjadi 'pak hangguk' kepada isteri Perdana Menteri dan ini adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang rata-rata susah. Tidak boleh kah isteri Perdana Menteri menggunakan penerbangan MAS sahaja.? Rakyat di suruhnya berkorban tetapi keluarga Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat seolah-olah wang itu boleh di petik dari pokok sahaja.

Apa pun alasan yang di berikan, penggunaan jet ini sememangnya tindakan yang tidak bertanggungjawab. Ia mesti di hentikan serta merta. Jika tidak mampu untuk memberhentikan sikap dan tindakan boros keterlaluan ini, elok seluruh kabinet itu berhenti sahaja.

Ada orang atau pihak mesti berhenti kerana isu ini. Kita tidak lagi mahu kepimpinan bisu dan tuli memerintah kita. betullah kata orang tua-tua, 'kalau dah tuli itu, tuli juga'.

Saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri agar berusaha dengan 'intensive' agar kita di buka hijab oleh Allah swt. Jika terbuka hijab itu insyaallah kita akan ada sifat malu, kalau tidak banyak sedikit pun memadai..

Surendran soal Najib: Mengapa Shafee mengetuai pendakwaan kes “Liwat II” Anwar?

Posted: 22 Nov 2013 03:54 AM PST

OLEH MD IZWAN



















Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan peguam Umno, Tan Sri Muhammed Shafee Abdullah mengetuai kerajaan dalam kes rayuan "Liwat II" mencalarkan sistem perundangan negara, kata PKR.

Peguam PKR, N Surendran (gambar), berkata keputusan tersebut melanggar konsep keadilan dalam perundangan negara, pada ketika umum mengetahui hubungan rapat Muhammad Shafee dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak serta Umno.

"Keputusan tersebut bertentangan dengan setiap konsep asas kesaksamaan dan keadilan dalam sistem perundangan kita.

"Dalam membuat keputusan itu, Mahkamah Persekutuan gagal dalam tugas mereka berlaku adil kepada Anwar sebagai orang yang dituduh untuk mendapatkan keadilan daripada mahkamah," kkatanya yang juga salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu mengejutkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan Komanwel seseorang berstatus seperti Muhammad Shafee akan dilantik sebagai ketua pendakwa raya, malah ia hanya mengakibatkan keyakinan umum terhadap sistem kehakiman negara semakin parah.

"Keputusan tersebut menyebabkan standard pendakwaan di Malaysia rendah dan memalukan.
"Ia hanya akan mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman negara semakin parah," katanya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut mendesak Najib supaya menjelaskan mengapa peguam peribadinya itu dilantik mengetuai kes pendakwaan Anwar serta mahu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memecat Muhammad Shafee.

"Najib perlu berhenti berdiam diri dan beri penjelasan mengapa peguam peribadinya dilantik untuk melakukan pendakwaan ke atas Anwar.

"Kami juga meminta Abdul Gani memecat Muhammad Shafee serta-merta," katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar untuk mengenepikanMuhammed Shafee daripada mengetuai pasukan kerajaan yang membuat permohonan rayuan berhubung kes liwat kedua.

Keputusan rayuan kerajaan terhadap kes Anwar itu akan didengar di Mahkamah Rayuan bermula 11 Disember selama dua hari.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi melalui Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah melepaskan Anwar daripada sabitan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.

Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor ketandusan idea

Posted: 22 Nov 2013 03:45 AM PST

Oleh : Lau Weng San


Hujah Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohamad Shamsudian Lias pada 20 November 2013 bahawa Belanjawan Selangor tahun 2014 ialah Belanjawan yang tidak berimbang ialah tuduhan liar.

Perkara ini telah diulangi oleh Ketua Pembangkang di dalam satu sidang media sesudah beliau menyampaikan ucapan perbahasan beliau semasa membahas Belanjawan 2014 di peringkat dasar bacaan kedua.

Ini berlaku walaupun beberapa Ahli Dewan Negeri Selangor telah bangun mencelah dan memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada beliau apabila beliau membahas Belanjawan 2014 ini.

Tuduhan ini ialah tuduhan liar kerana beliau menganggap Belanjawan 2014 berjumlah RM1.85 bilion ialah belanjawan tidak berimbang kerana kerajaan menggunakan rizab kerajaan sebanyak RM430 juta ringgit untuk beberapa inisiatif pembangunan.

Ini menunjukkan Ketua Pembangkang tidak memahami maksud Belanjawan berimbang. Belanjawan berimbang bermakna kerajaan akan membelanjakan wang yang berada di Kumpulan Wang Yang Disatukan (Consolidated Funds) mengikut pendapatan yang dijangka dapat dikutip oleh kerajaan pada sesuatu tahun.

Dalam konteks Selangor, kerajaan menerima pakai konsep rolling budget, iaitu kerajaan hanya akan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan sekiranya terdapat penambahan pendapatan di dalamnya. Ini ialah sebab mengapa kerajaan membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan setiap kali Dewan bersidang.

Perkara ini boleh berlaku kerana kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah memperkenalkan amalan menyemak belanjawan negeri setiap enam bulan. Konsep semakan berkala ini bermula apabila Perbendaharaan Negeri digesa membuat imbangan pada penyata kewangan pada setiap hujung bulan.

Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau keseimbangan di antara perbelanjaan dan pendapatan agar kerajaan tidak berbelanja di luar kemampuan sehingga mengakibatkan defisit.

Harus diingat bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak dibenarkan mendapat pinjaman dari luar kecuali mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Selangor hanya boleh bergantung kepada kekuatan kewangan sendiri dan berbelanja di dalam kemampuannya.

Ketua Pembangkang juga menyentuh tentang peruntukan tambahan sebanyak RM430 juta daripada rizab kerajaan untuk beberapa inisiatif pembangunan di mana beliau menuduh bahawa ini ialah kompromi pihak Eksekutif akibat desakan memorandum daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BackBenchers Club – BBC). Amaun berjumlah RM430 juta ini juga digunakan oleh Ketua Pembangkang bahawa Belanjawan 2014 tidak berimbang.

Memang benar BBC pernah menghantar satu memorandum kepada pihak Eksekutif tetapi ini merupakan perkara biasa di mana ini memang merupakan budaya BBC untuk memberi input kami kepada pihak Eksekutif dari semasa ke semasa.

Selain itu, penggunaan wang rizab untuk tujuan pembangunan tidak sepatutnya menjadi isu kerana memang Menteri Besar Selangor pernah mengumumkan sebelum ini bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang daripada rizab Kerajaan Selangor untuk membina Jambatan Klang ketiga.

Perkara ini pun disebut semula dalam pembentangan Belanjawan 2014. Yang berbeza ialah inisiatif-inisiatif pembangunan lain yang melibatkan rizab kerajaan turut disebut bersama dalam Belanjawan 2014 ini. Lagipun, Belanjawan 2014 masih berimbang kerana RM430 juta ini adalah diambil daripada rizab, bukan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Jadi menjadi persoalan saya ialah adakah Ketua Pembangkang sudah ketandusan isu sehingga mereka terpaksa mengempar-gempurkan isu yang remeh-temeh seperti ini?

* Lau Weng San adalah ADUN Kampung Tunku

Rosmah guna jet peribadi, TPM salah guna kuasa

Posted: 22 Nov 2013 03:43 AM PST

Oleh Fariz Musa


Penjelasan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.

Namun timbul rasa kurang senang rakyat apabila Datin Seri Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi.

Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi.

Rosmah-Private-Jet-300x202

Dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia dan sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi.

Jingga13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salah laku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut dan bertindak secara profesional dan adil.

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan kerajaan.

Muafakat*Prihatin*Berani

* Fariz Musa ialah Ketua Koordinator JINGGA 13 Malaysia

MB : Selangor serah tawaran akhir RM9.65 bilion kepada 4 konsesi air

Posted: 22 Nov 2013 03:39 AM PST

SELANGOR KINI


Kerajaan Negeri Selangor, melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengeluarkan tawaran akhir berjumlah RM9.65 billion untuk membeli empat syarikat konsesi air.

Surat-surat tawaran telah dihantar semalam kepada empat syarikat air; Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd.

Tawaran itu hasil susulan beberapa siri perbincangan antara pegawai-pegawai daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) pada 18 Oktober 2013 dan 13 November 2013 di mana kedua-dua pihak telah bersetuju pada dasarnya mengenai keperluan untuk menubuhkan industri air secara holistik di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata tawaran itu adalah tepat pada masanya kerana Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah menyatakan sokongan untuk menyatukan industri air dalam surat bertarikh 19 Jun 2013 dan 9 September 2013.

"Ini juga sejajar tarikh akhir iaitu Disember 2013 untuk menyelesaikan rundingan yang ditetapkan oleh Menteri KeTTHA. Kami berharap para pemegang saham syarikat-syarikat ini akan menerima tawaran yang akan memberi pulangan menguntungkan .

"Jika pemegang saham merasakan bahawa mereka berhak mendapat jumlah yang lebih, mereka boleh meminta untuk dibawa ke timbang tara antarabangsa. Kami berharap boleh memecahkan kebuntuan rundingan kerana Kerajaan Negeri sudah bersedia dengan rancangan pengambilalihan ini," kata Menteri Besar .

Empat syarikat itu mempunyai 14 hari untuk menerima tawaran KDEB yang bermaksud mereka mesti memberi jawapan selewat-lewatnya jam 5 petang pada 4 Disember 2013.

Surat tawaran itu antara lain menetapkan bahawa tawaran KDEB untuk membeli ekuiti semua empat syarikat yang memberi pulangan sebanyak 12% setahun dikira sehingga 31 Disember 2012; tidak dikompaun dan dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen yang terdahulu.

Tawaran itu juga menyatakan bahawa KDEB akan menyelesaikan semua hutang berkaitan air tertunggak oleh empat syarikat termasuk bon dan pinjaman komersial serta pinjaman kerajaan yang berkaitan.

Satu siasatan menyeluruh dan terperinci akan dijalankan ke atas syarikat konsesi tujuh hari dari tarikh penerimaan tawaran itu.

Kerajaan Negeri Selangor komited untuk menubuhkan industri air secara holistik bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap pada tarif yang berpatutan kepada lebih 5 juta pengguna air di Selangor , Putrajaya dan Kuala Lumpur.

DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Pengundian untuk timbalan, naib presiden hari ini, keputusan esok

Posted: 22 Nov 2013 03:37 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun, pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.

logo59

Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.

Memetik Harakah Daily, pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.

Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.

Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.

Menurut Asmuni, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.

Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.

Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.- FZL

Ketua Pembangkang DNS gagal patuhi arahan

Posted: 22 Nov 2013 03:33 AM PST

Oleh : Lizawati Madfa


SHAH ALAM  : Kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mematuhi arahan sewaktu perbahasan berlangsung di Dewan Negeri Selangor (DNS) mencemari budaya perbahasan yang sihat dan adil.

nik nazmi

Timbalan Speaker DNS, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata beliau sentiasa  memberikan ruang secukupnya kepada setiap Adun, sama ada daripada parti pemerintah (PR) mahupun parti pembangkang (BN) untuk berbahas.

Ujarnya, tindakan Shamsudin itu juga bertentangan dengan kata- katanya sendiri pada awal persidangan dewan yang berterima kasih kepada Speaker DNS atas peluang perbahasan yang adil.

"Selaku Timbalan Speaker, saya kesal perkara seperti ini boleh berlaku tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain lagi.

"Menjadi hasrat kami (Speaker dan Timbalan Speaker) untuk mempromosikan budaya perbahasan yang berkualiti secara adil kepada adun-adun namun tindakan Sungai Burong mendesak saya
mengarahkan dia keluar dewan," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di DNS bagi mengulas tindakannya mengarahkan Shamsudin keluar dewan ketika perbahasan Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan (BN)
sedang berlangsung.

Speaker DNS, Hannah Yeoh yang turut hadir dalam sidang media sama menyatakan sokongan ke atas tindakan tegas Nik Nazmi itu.

"Setakat ini, 12 orang Adun PR sudah menamatkan sesi perbahasan sementara BN pula seramai tujuh orang, bukankah ini sesuatu yang bagus.

"Jadi, saya ingin juga menasihati setiap Adun untuk menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya dengan membawa isu-isu baru, tanpa perlu mengulangi isu lama atau yang sudah dijawab sebelum ini," kata Hannah (DAP-Subang Jaya).

Nik Nazmi memutuskan mengarahkan Shamsudin keluar dewan selaras dengan Peraturan Tetap 44 (2) berikutan tindakan Adun Sungai Burong itu yang tidak menghormati kuasa speaker dan enggan duduk meskipun diarah berulang kali.

Insiden bermula apabila Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) mahu membangkitkan isu kenaikan sewa flat projek perumahan rakyat (PPR) oleh kerajaan negeri yang bermula 'seawal
Jun 2013′.

Pihak Kerajaan kemudiannya membangkitkan Peraturan Tetap 36(6) bahawa kenyataan itu adalah sangkaan jahat dan meminta ia ditarik balik.

Apabila kenyataan itu enggan ditarik balik, Shamsudin kemudian cuba bangun untuk mempertahankan tindakan Kota Damansara tanpa merujuk mana-mana peraturan tetap.-EZY

Menteri BN kalut terpaksa pertahan si 'RATU SHOPPING' ROSMAH - Rafizi

Posted: 21 Nov 2013 08:46 PM PST

Oleh Maria Begum, Malaysia Chronicle



KUALA LUMPUR - Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, telah dinobatkan sebagai Ratu Beli-belah oleh Ketua Pembangkang yang sudah meluat, hairan dan jijik pada pendedahan yang telah dilakukan di Parlimen berikutan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Qatar.

"Pengesahan oleh YB Azalina (Ahli Parlimen Pengerang) bahawa Rosmah pergi atas kapasiti peribadinya dengan menggunakan jet peribadi yang dibayar menggunakan dana kerajaan adalah satu penghinaan besar terhadap rakyat di saat kita diminta untuk menempuh kesukaran yang disebabkan oleh penarikan balik subsidi-subsidi kerajaan," Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah dia pergi atas dasar peribadi, kami diberitahu bahawa dia telah diiringi oleh pegawai-pegawai dan para pembantunya. Siapa yang menaggung semua perbelanjaan mereka? Tidak syak lagi tentunya pembayar cukai. Sikap borosnya dan suka menggunakan duit rakyat menampakkan bahawa dia langsung tiada akauntabiliti seolah-olah dia adalah seorang ratu, saya akan mahkotakan dia sebagai.. Ratu Beli Belah "

Isu duit rakyat tapi media arus perdana senyap

Satu lagi episod 'membeli-belah' Rosmah telah menguasai ruangan media alternatif minggu ini secara keseluruhan, walaupun media yang dikawal oleh kerajaan umpama pekak dan secara terang-terangan mendiamkan diri walaupun isu ini melibatkan penyalahgunaan dana awam.

Bantahan besar yang dicetuskan terhadap 'Wanita Pertama' yang berusia 62-tahun ini menampakkan lagi bahawa dia tidak disukai orang ramai dan kebencian mereka yang meluap-luap terhadap pentadbiran suaminya, yang telah dituduh lemah dan gagal dalam pengurusan kewangan negara.

Di bawah Najib, yang mengambil alih sebagai PM pada tahun 2009, penarafan Malaysia buat pertama kalinya dikurangkan kepada 'negatif' oleh Fitch, dimana rekod menunjukkan hutang negara masih tinggi dan terus meningkat berserta defisit fiskal.

Dan seperti yang telah didakwa Rafizi, pentadbiran Najib nampaknya hanya mengambil jalan mengurangkan subsidi, walaupun untuk barang keperluan seperti gula, tetapi dalam masa yang sama mengenakan cukai baru seperti GST yang digeruni, dan ini dijangka akan mencetuskan satu lagi pusingan kenaikan harga, demi mencari jalan untuk mengeluarkan diri mereka dari beban hutang.

Tiada usaha telah dibuat untuk mengurangkan perbelanjaan di peringkat kerajaan. Malah ada petunjuk yang jelas diberikan oleh pegawai-pegawai tinggi bahawa tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 25% pada awal tahun depan.

Membeli belah di Dubai

Ada kemungkinan beberapa faktor ini telah menyumbang kepada kemarahan rakyat terhadap lawatan Rosmah.

Apabila rakyat marhean terpaksa mengikat perut, dia telah terbang ke Qatar menaiki jet peribadi untuk memberi ucapan di sebuah seminar perniagaan, berserta bekas menteri wanita yang penuh kontroversi, Sharizat Jalil dan juga sekumpulan isteri para menteri kabinet.

Pada mulanya, kerajaan Umno-BN berdolak dalih apabila ditanya di Parlimen apakah tujuan sebenar lawatan 4 hari ke Timur Tengah itu. Mereka juga cuba membuli untuk melarikan diri tanpa memberi jawapan. Walau bagaimanapun, ia hanya meningkatkan spekulasi tentang untuk apa, mengapa dan bagaimana lawatan Rosmah itu dilakukan.

Selepas penjelasan Azalina kepada Parlimen, mereka yang telah membuat spekulasi bahawa isteri PM telah menyalahgunakan keistimewaan dan kuasanya, dengan menggunakan lawatan ke Qatar sebagai alasan untuk singgah di syurga membeli-belah Dubai kini merasa bahawa apa yang mereka lakukan adalah wajar.

Menteri BN dungu tempis kritikan dalam ketakutan

Tidak kurang mengejutkan adalah sikap berdiam diri Najib di atas isu kontroversi isterinya. Bukan sahaja dia senyap, malah membiarkan beberapa menterinya menjawab tuduhan dalam keadaan panik untuk mempertahankan isterinya.

"Ia nampak agak bodoh terutama sekali justifikasi dari Shahidan yang tidak masuk akal. Najib perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan -. Dia adalah PM yang dipilih, bukan isterinya," Nik Nazmi, ADUN Seri Setia, memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini jelas sekali penyalahgunaan kuasa. Rosmah telah melampaui batas. Tingkah lakunya memalukan kerajaan dan Umno-BN" Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Kedua-dua ahli politik pembangkang itu telah merujuk kepada pembelaan yang dilakukan oleh Menteri Hal Ehwal Parlimen, Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar.

Noh berkata: "Saya tidak faham mengapa mereka tidak menghargainya. Pembangkang memang begini. Mereka yang menjadi kebanggaan negara dianggap sebagai musuh, manakala mereka yang menjatuhkan nama negara dianggap sebagai.. wira."

Shahidan menambah: "Minta maaflah sekiranya saya nak cakap, kamu semua telah tidak berlaku adil kepada beliau. Jika kamu pandai sangat, cubalah bawa pelabur ke sini Jika kamu benci sangat kepada beliau nanti pelabur akan takut nak ke sini. Saya rasa sedih kerana semua orang suka mengapi-apikan kebencian terhadap beliau. Berapa ramai pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia? Tak ada!

Beliau telah begitu banyak berjasa kepada negara secara percuma. Beliaulah yang telah membina negara ini. "

Umno-BN rasa tidak salah benarkan Rosmah guna jet untuk lawatan peribadi, apa kata rakyat?

Tidak seorang pun diantara orang Umno ini nampak akan kos perbelanjaan yang telah ditanggung oleh kerajaan, ataupun telah menolak permintaan rosmah dengan menegaskan bahawa perkara itu merupakan penyalahgunaan kuasa dan pembaziran yang besar.

Mereka bagaimanapun cepat menyalahkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana dialah yang telah meluluskan penggunaan jet itu.

Setiap penerbangan menggunakan jet akan menelan perbelanjaan sebanyak RM500 000 dan Najib sendiri telah dikritik hebat kerana tidak menggunakan penerbangan komersil sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan.

Semua sedang menanti reaksi pemimpin Umno-BN yang lain terutama sekali Paul Low, menteri yang bertanggungjawab akan hal-hal ketelusan dalam kerajaan.

Setakat ini, mereka yang masih berdiam diri adalah Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang sering menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Umno alaf baru yang menentang korupsi dan P Waythamoorthy, seorang timbalan menteri yang agak lantang terhadap isu rasuah dalam kerajaan di suatu masa dahulu.

Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle


Peluru terbenam di kepala

Posted: 21 Nov 2013 08:22 PM PST

RAIHAM MOHD SANUSI
 
 
Peluru terbenam di kepala
Hamzah menunjukkan reban tempat suspek mencuri ayam. Gambar kecil: Kesan tembakan di kepala mangsa.

KEMAMAN - "Semasa kejar pencuri itu, tiba-tiba saya dengar salah seorang daripada mereka beri arahan 'tembak, tembak', jadi saya patah balik larikan diri. Masa itulah juga terdengar bunyi tembakan yang kuat dan terasa angin menerpa belakang kepala," kata petani, Hamzah Salleh, 51.

Hamzah nyaris maut apabila ditembak dengan senapang angin oleh tiga pencuri yang mencuri ayam dalam kejadian di rumahnya di Jalan Jambu, Kampung Kubang Ikan, Bandar Baru Chendor di sempadan Pahang-Terengganu, awal pagi kelmarin.

Berikutan kejadian itu, peluru 'ball bearing' atau besi bulat bersaiz kira-kira satu sentimeter (sm) terbenam kira-kira 0.5 sm di kulit kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam dari reban di sebelah rumahnya lalu segera membuka pintu dan melihat dua lelaki berada dekat reban sambil seorang daripadanya memegang seekor ayam.

"Saya kejar lelaki itu dan bila tiba di depan simpang rumah, seorang daripadanya berlari ke kiri masuk ke hutan manakala seorang lagi berlari ke kanan masuk ke dalam Mitshubishi Storm warna putih di tepi jalan. Dalam kenderaan itu ada seorang lagi lelaki di tempat duduk pemandu.

"Lepas terdengar perkataan tembak, dari jarak kira-kira 30 meter dari kenderaan itu, saya lihat salah seorang mereka mengacukan senapang ke arah saya, jadi saya pusing semula untuk lari," katanya.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, dia tidak menyangka terkena tembakan itu kerana tidak berasa sakit.

"Apabila saya sentuh belakang kepala, rasa seperti ada benda keras jadi saya suruh abang saya, Yusof, 55, lihat dan dia kata tidak nampak apa-apa kesan.

"Jam 5 pagi baru saya dapat tidur dan setelah terjaga jam 10 pagi, saya rasa berdenyut di belakang kepala," katanya.

Dia yang masih bujang dan tinggal bersama abangnya di rumah itu sejak 13 tahun lalu hanya mengetahui peluru terbenam di kepalanya apabila berjumpa dengan rakannya kira-kira jam 11 pagi untuk memberitahu kejadian menimpanya.
"Ayam hutan yang dicuri itu milik kawan saya kerana dia minta saya tolong pelihara. Waktu itulah kawan saya periksa kepala saya dan dia nampak ada besi bulat berkilat terbenam dalam kepala saya.

"Lalu saya ke Hospital Kemaman kira-kira jam 2 petang dan saya terpaksa jalani pembedahan kecil pada jam 4 petang untuk keluarkan besi itu," katanya yang berasal dari Kampung Banggol, Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, hasil imbasan X-ray, doktor mendapati terdapat satu besi bulat disyaki 'ball bearing' di kulit kepala sebelah kanan tetapi tidak terkena pada tempurung kepala mangsa.

"Pemeriksaan awal dapati tiada kesan darah pada kepala mangsa dan semasa kejadian juga mangsa tidak rebah.

"Tiga suspek tersebut berusia lingkungan 30-an dan mangsa sempat melihat nombor plat kenderaan suspek. Bagaimanapun mangsa gagal mengecam wajah suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas ditambah dengan keadaan gelap dan hujan," katanya.

Siasatan lanjut kes berkenaan dilakukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Rakyat Malaysia Jadi Hamba Selama 30 Tahun di London

Posted: 21 Nov 2013 08:19 PM PST

Aneeta Prem dihubungi oleh mangsa selepas mereka melihat sebuah dokumentari yang memaparkan mengenai Freedom Charity di televisyen.

MSTAR ONLINE

 
LONDON: Seorang wanita berusia 69 tahun diselamatkan daripada menjadi hamba domestik di sebuah rumah di sini selama lebih 30 tahun.

Turut diselamatkan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita warga Britain berusia 30 tahun yang telah ditahan sejak dari zaman kanak-kanak di Lamberth lapor Sky News, saluran berita yang berpangkalan di United Kingdom.

Kesemua mereka tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dan berada dalam keadaan trauma telah di bawa ke satu tempat yang selamat.

Saluran berita itu menambah dua orang daripada mereka, seorang lelaki dan wanita yang mana kedua-duanya berusia 67 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kerana terlibat dengan aktiviti perhambaan domestik.

Sementara itu, AFP memetik Scotland Yark, sebagai berkata polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima laporan daripada Freedom Charity.

Persatuan tersebut berkata salah seorang daripada mangsa menghubungi mereka dan mendakwa dia telah dijadikan hamba dan haknya untuk bergerak bebas telah disekat oleh dua individu.

Freedom Charity merupakan sebuah persatuan yang membantu golongan muda memahami apa itu paksaan dalam perkahwinan serta keganasan dalam rumah tangga.

Polis berkata mangsa menghubungi persatuan tersebut selepas menonton dokumentari di televisyen yang memaparkan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh persatuan berkenaan.

Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem memberitahu media Britain bahawa wanita warga Ireland berusia 57 itu telah menghubungi persatuan itu.

"Saya rasa mereka semua melihat saya dalam berita dan membuat keputusan untuk menghubungi kami kerana dalam rancangan tersebut saya memberi galakan supaya mereka menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan," kata Prem merujuk kepada panggilan yang dibuat oleh mangsa.

Dia menyifatkan layanan yang diterima mangsa sebagai 'tidak berperikemanusiaan'.

Dia turut mendakwa wanita berkenaan turut mengalami penderaan fizikal dan emosi.

"Saya percaya jiran mereka tidak tahu langsung apa yang berlaku. Tempat mereka tinggal hanya rumah biasa yang terletak di tepi jalan.

"Mereka hidup dalam bahaya. Mereka disediakan bilik yang boleh digunakan namun mereka sangat terkongkong dan apa yang mereka boleh lakukan serta mereka tidak boleh keluar daripada pintu hadapan.

"Ia sangat luar biasa sekiranya seseorang itu berada dalam situasi yang mereka alami. Ia satu cerita yang menakjubkan," kata Prem kepada Daily Mail.

Detektif Unit Pemerdagangan Orang, Polis Metropolitan, Kevin Hyland memberitahu BBC: "Kami telah menyiasat beberapa kes seperti ini, di mana seorang individu pernah disembunyikan selama 10 tahun, namun kami tidak pernah melihat kejadian menyedihkan seperti ini."

Beliau menambah wanita berkenaan banyak menghabiskan masa di dalam rumah kerana ada pihak yang mengawal kebebasan mereka. Hyland turut memuji tindakan Freedom Charity kerana bekerjasam dalam membantu mangsa.

"Kami sedang menjalankan siasatan meyeluruh bagi melengkapkan siasatan berhubung tuduhan yang amat serius ini," katanya.

Pegawai berkenaan berkata kedua suspek, yang didakwa sebagai 'ketua keluarga' telah di bawa ke balai polis di selatan London untuk soal siasat.

PAS Bukan 'Penumpang' Dalam Pakatan - Hadi

Posted: 21 Nov 2013 08:14 PM PST




 
Abdul Hadi Awang 
 
 
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa parti itu bukan hanya 'penumpang' dalam kerjasama politik yang dijalinkan bersama pakatan pembangkang.

Malah tegasnya, parti komponen dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mempunyai kedudukan yang setaraf tanpa didominasi oleh mana-mana parti.

"PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat.

"Ingatlah kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS KE-59 di Stadium Melawati di sini, Jumaat.

Selain itu Abdul Hadi menyatakan bahawa kesemua komponen pembangkang mempunyai peranan yang sama dalam menentukan hala tuju kerjasama politik yang dijalinkan.

"Semua parti-parti dalam pakatan adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini," katanya.

Penegasan Abdul Hadi dilihat sebagai pendirian PAS mengenai kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang selepas Dewan Ulama dan Dewan Pemuda masing-masing meluluskan usul untuk mengkaji 'tahaluf siyasi' dalam pakatan pembangkang.

Pemimpin Tidak Sah Seniman Ditegah Jalankan Aktiviti

Posted: 21 Nov 2013 08:13 PM PST




Abu Bakar Omar (dua dari kanan) bersama rakan-rakan artis veteran dan barisan peguam mereka selepas berjaya dalam kes tuntutan terhadap pemimpin persatuan Seniman pada Khamis. Gambar: UTUSAN MALAYSIA
 
 
KUALA LUMPUR: Semua bekas pemimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) termasuk bekas presidennya Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 33, diberi amaran agar tidak menjalankan apa-apa kegiatan di pejabat persatuan itu kerana mereka adalah pemimpin yang tidak sah.

Peguam kepada lima artis veteran yang berjaya dalam kes tuntutan terhadap persatuan itu, Yusfarizal Yussoff berkata, pemimpin-pemimpin berkenaan tidak layak untuk melakukan apa-apa aktiviti di pejabat berkenaan dan perlu mengosongkannya.

"Secara undang-undangnya, sebagai pemimpin yang tidak sah, mereka tidak boleh buat apa-apa atas nama persatuan serta tidak boleh menjalankan aktiviti di pejabat berkenaan.

"Malah segala akaun bank persatuan juga tidak boleh diusik," katanya kepada pemberita di sebuah restoran di Diamond Square, Jalan Gombak di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kejayaan lima artis veteran dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bagi mendapatkan pengisytiharan mesyuarat agung ke-14 (AGM) persatuan itu adalah terbatal dan tidak sah.

Lima artis veteran berkenaan yang turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (S. Shalan), Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang.

Abu Bakar Omar
 
Hadir sama lima peguam yang mewakili artis veteran tersebut.

Dalam pada itu Yusfarizal berkata, pihaknya berpuas hati apabila 12 perkara termasuk isu-isu penyelewengan yang dilakukan bekas pemimpin-pemimpin berkenaan diterima mahkamah.

Malah pihaknya akan menunggu tarikh yang akan ditentukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula ahli jawatankuasa bagi membolehkan persatuan berkenaan digerakkan.

"Pihak kami berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan apa yang dilakukan ini sebenarnya untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Seniman selain mengelak daripada berlakunya unsur-unsur tidak sihat dalam sesebuah persatuan," ujarnya.

Sementara itu Abu Bakar Omar yang merupakan plaintif pertama dalam kes berkenaan berasa terharu dengan kejayaan tersebut selain memberitahu tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan Seniman.

Malah dia juga berasa malu apabila kes berkenaan menjadi besar sehingga terpaksa melibatkan campur tangan mahkamah.

"Kalau boleh saya mahu kes ini diselesaikan dengan cara baik. Tak mahu ia diperbesar-besarkan kerana yang malu nanti, artis juga. Tetapi apa boleh buat? Bila kita nak selesaikan dengan cara baik, mereka tak nak terima.

"Sebaliknya mereka bermegah kononnya mereka ada kelulusan dalam bidang undang-undang dan sebagainya tetapi... ini yang terjadi," katanya.

Zed Zaidi
 
Dalam pada itu Zed Zaidi yang dihubungi wartawan mStar Online, Mohd Al-Qayum Azizi enggan mengulas mengenai keputusan mahkamah sebaliknya akan mengadakan mesyuarat dengan defendan-defendan lain yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Buat masa ini saya tidak boleh ulas mengenai keputusan itu dan saya akan memaklumkan kepada pihak media selepas satu mesyuarat yang akan kami jalankan.

"Buat masa ini semua aktiviti persatuan Seniman dikendalikan oleh Setiausaha Kerja yang bekerja dengan persatuan," katanya.

Di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memutuskan bahawa apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, Kompleks Studio Merdeka di sini, adalah tidak sah.

Rosilah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif.

Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan.

Warga emas terlampau

Posted: 21 Nov 2013 08:03 PM PST


Warga emas terlampau  
 
Penduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.


SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

"Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

"Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

"Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan," katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Perbahasan Pemuda Pas panas, usul ditolak

Posted: 21 Nov 2013 07:59 PM PST


muktamar pas


PETALING JAYA - Sesi perbahasan dan menerima Usul-usul Muktamar Pemuda Pas kali ke-54 menjadi panas apabila beberapa perwakilan membantah usul yang dikemukakan untuk mempertahankan kepimpinan ulama.

Pengerusi Tetapnya, Misbahul Munir Masduki mengumumkan usul tersebut ditolak kerana melanggar Perlembagaan Pas.

Usul mempertahankan kepimpinan Ulama disuarakan Pemuda Pas Kawasan Gombak.

Pemuda Gombak mengusulkan agar penekanan betapa pentingnya Pas diterajui oleh kepimpinan ulama .

"Seorang Presiden secara realistiknya perlu menghampiri syarat-syarat al-alim al-faqih bagi membolehkannya mengutarakan pandangan dan membuat keputusan.

"Oleh kerana Presiden sepatutnya datang daripada golongan ulama, maka sewajarnya juga timbalannya datang daripada ulama untuk pastikan kesinambungan," kata usul itu.

Ketika dibahaskan, seorang perwakilan mengingatkan Perlembagaan parti tidak menyebut bahawa kepimpinan dalam parti mesti diterjaui sesorang yang berstatus ulama.

Ahli-ahli Pas sebulat suara menolak usul tersebut.

Menurut Misbahul, jika mahu hanya ulama yang memimpin Pas, Perlembagaan parti perlu dipinda.

"Usul ditolak kerana melanggar perlembagaan. Sedikit pun tiada sangka buruk kepada pihak yang mengemukakan usul.

"Jangan salah faham pula. Muktamar tidak tolak pimpinan ulama," katanya.

Empat usul dikemukakan dua daripadanya yang menyentuh soal Tahaaluf Siyasi dan menentang kekejaman terhadap gerakan Islam Bangladesh diluluskan tanpa dibahas.

Sementara usul menentang dasar Kabotaj di Sabah dan Sarawak dibahas sebelum diluluskan muktamar.

Isu Rosmah naik jet: Azalina bakal berdepan masalah

Posted: 21 Nov 2013 04:18 PM PST

MSO

Rosmah Mnsor
Akhirnya persoalan atau 'ogehan' yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor terjawab. Berbaloilah ahli parlimen pembangkang membangkitkanya bertalu-talu di dewan rakyat.

Pada sidang Selasa lalu ahli parlimen pembangkang ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan atas kapasiti apakah Rosmah Mansor diberikan keistemewaan menggunakan jet peribadi untuk lawatannya ke Qatar.

Antara yang bersabung mulut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengenai perkara ini ialah ahli parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Pokok Sena, Mahfuz Omar dan lain-lain. Ahli parlimen Pasir Mas bagaimana pun tidak pula kedengaran menyampuk.

Bagi ahli pembangkang keistimewaan itu tidak sepatutnya diterima Rosmah kerana ia menyalahi peraturan (SOP kerajaan) kerana isteri perdana menteri tidak mendapat hak berkenaan. Jadi pembangkang menyifatkan ianya sebagai satu penyalah-gunaan kuasa maka penjelasan konkrit diperlukan.

Bagaimana pun Shahidan Kassim yang menjawab persoalan itu cuba mengelak dengan berbagai helah termasuk mengatakan ia adalah keputusan kabinet yang berbentuk rahsia.

Menurutnya keputusan itu tidak boleh dipertikai kerana ia amalan biasa. Pembangkang tidak berpuas hati dan terus mempersoal dan mengasak Shahidan dengan membangkitkan apakah Rosmah telah menjadi wakil rasmi kerajaan?

Persoalan pembangkang itu tertangguh setakat itu apabila Shahidan pengecut untuk memberi penjelasan sebenarnya. Ada ketikanya dia kelihatan terkulat-kulat macam cicak kemabukan kapur, dan persis kura-kura makan sireh kerana hilang akal dan kehabisan hujah hendak hentikan desakan pembangkang itu.

Sehinggalah semalam, Rabu isu penggunaan jet itu timbul sekali dan kali ini dapat merungkaikan permasalahan itu bilamana ia dijelaskan oleh ahli parlimen Pengereng Azalina Othman Said yang memberi tahu beliau juga ikut sama dalam lawatan Rosmah ke Qatar itu.

Azalina menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar itu atas undangan peribadi pihak di Qatar manakala yang meluluskan penggunaan jet itu, Muhyiddin Mohd Yassin, timbalan perdana menteri Malaysia. Penjelasan Azalina ini umpama memecahkan tong pekasam busuk di parlimen yang menyumbat ke lubang hidup kerajaan.

Apakah Rosmah ada mengarahkan Azalina menjawabnya, atau saja-saja atas inisiatif bekas menteri pelancongan itu saja? Azalina mungkin berniat baik apabila beliau memberi penjelasan dan pengakuan itu. Tidak mungkin ada persepakatan beliau dengan timbalan perdana menteri.

Dapat disimpulkan sini hajat Azalina ialah untuk menghentikan pengheretan isteri perdana menteri itu dalam kes yang jelek itu. Apa yang Azalina inginkan agaknya supaya jangan cemarkan nama wanita pertama Malaysia itu dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa dan fasilitis yang menjadi hak suaminya sebagai perdana menteri itu.

Sebagai bekas menteri kabinet dan juga peguam Azalina mungkin menyedari akan apa yang berlaku itu, bahawa Rosmah tidak berhak pun untuk mendapat kemudahan itu. Makanya kenapa beliau berbuat begitu mungkin ada tujuan disebaliknya?

Harapan Azalina dengan penjelasan itu ia akan menamatkan isu berkenaan, boleh jadi. Bagaimana pun manusia hanya boleh merancang tetapi perancangan Tuhan lebih tepat. Azalina berharap demikian tetapi, sebaiknya beliau terlupa dengan penjelasan secara berterusan terang begitu bakal menimbulkan masalah sampingan lain. Penjelasan Azalina itu secara tidak langsung menjelaskan pula tindakan politik Muhyiddin yang memberi kelulusan jet itu untuk Rosmah.

Bagi pihak Azalina orang akan menganggap tindakannya itu hendak membela isteri perdana menteri. Tetapi berlainan pula dengan persepsi atas kesediaan Muhyiddin itu. Orang akan beranggapan Muhyiddin sengaja berbuat begitu kerana ada motif politiknya.

Yang mungkin diharapkan Muhyiddin ialah, orang akan membenci Rosmah kerana stail dan 'kemanggakan'nya sebagai isteri perdana menteri. Apabila Rosmah menggunakan jet negara, ia sudah tentu akan menambah kebusukan dan kemualan rakyat kepadanya. Ia akan memberi gambaran Rosmah lebih hebat berbanding dengan isteri bekas PM sebelum ini Siti Hasmah Mohd Ali, atau arwah Hendon. Natijah dari itu kelakuan dan sikap arragont Rosmah itu akan damge Najib.

Muhyiddin yang akan untung dalam hal ini? Dalam hal ini Muhyiddin boleh dikira bijak kerana dia boleh mencemarkan kain dari belakang dan depan. Najib dan Rosmah akan berterima kasih atas ketanggungjawaban membenarkan Rosmah menggunakan jet, tetapi dalam masa sama ia mencemarkan Rosmah dan Najib sama.

Cuma dalam hal ini yang agak malang sedikit ialah Azalina. Niat beliau ingin membela dan berbudi mungkin memberi kesan lain kepadanya. Rentatan isu itu menyebabkan beliau akan dipersalahkan kerana berterus terang mendedahkan keadaan sebenarnya. Tidak mustahil selepas ini pendedahan Azalina itu akan memakan dirinya sendiri. Rosmah akan menunding jari dan mengherdik kepadanya. Nasib Azalina boleh jadi kelam.

Orang tahu hubungan beliau dengan muslimat pertama Malaysia itu baru pulih. Sebelum ini hubungan mereka dikatakan retak dan tidak begitu 'nggam'. Antara faktor kenapa Azalina tidak dilantik ke dalam susunan kabinet pertama Najib ialah katanya keran campur tangan Rosmah.

Azalina pernah menceritakan hal kepada saya pada satu ketika macam mana dia diajar memujuk Rosmah untuk membolehkan dia dilantik dalam kabinet Najib. Peristiwa pertemuan saya dengan Azalina ini di Shah Alam menjelang aidifitri akan dicatat pada posting lain, jika perlu.

Kesimpulannya isu jet ini memberi keuntungan besar kepada Muhyiddin dan menjejaskan moral Najib dan Rosmah. Kesakitan yang bakal dirasai kelak ialah oleh Azalina Othman Said. [wm.kl.1:59 pm 21/11/13

Tambahan program kunjungan Rosmah dan rombongan ke Qatar bermula pada 10 hingga 14 November 2013.

10 November: Tiba di Doha

11 November, Doha: Menyampaikan ucaptama di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Bertemu PM Qatar Sheikh Abdullah di ISF Complex untuk menyampaikan jemputan Najib untuk melawat Malaysia pada tahun depan.

12 November: Mengunjungi Qatar Foundation untuk membincangkan kerjasama dengan program PERMATA (projek pendidikan awal kanak-kanak yang dinaungi Rosmah).

Menghadiri pameran fesyen amal untuk mempromosi fesyen Islam, dan turut menghadiri majlis minum teh bersama isteri PM Qatar Sheikha Alanoud Bint Abdalrahman Althani.

Nov 13, Dubai: Menghadap Wanita Pertama UAE Princess Haya Bint Al Hussein di Burj Khalifa di Dubai.

Pemuda PAS Lulus Usul Kaji Kerjasama Dalam Pakatan

Posted: 21 Nov 2013 04:02 PM PST




PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul bagi mengkaji semula 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang.

Wakil Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Shafirol Rozali ketika membentangkan usul tersebut berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kumpulan tertentu yang tidak menghayati konsep tahaluf siyasi yang diperkenalkan Majlis Syura Ulama.

"Kita bukan nak cari pasal atau bergaduh dengan sesiapa, tapi kita nak berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Persoalannya selepas tahaluf siyasi diperkenalkan, ada di kalangan mereka yang tidak menghayati perkara ini sebagai sesuatu yang serius," katanya.

Bagaimanapun Mohd Shafirol menegaskan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP perlu diperkukuhkan menerusi beberapa mekanisme.

"Antara perkara yang boleh dibuat untuk menyelesaikan isu ini ialah PAS Pusat hendaklah mewujudkan mekanisme penyelarasan polisi dan dasar di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Selain itu Majlis pimpinan Pakatan Rakyat Pusat hendaklah mewajibkan pimpinan Pakatan Rakyat negeri mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali bagi mencapai tujuan ini," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat juga perlu mendapatkan persetujuan kepimpinan akar umbi sebelum membuat keputusan khususnya membabitkan sebarang lantikan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Sebarang lantikan politik dalam mana-mana posisi jawatan peringkat kerajaan yang melibatkan ahli dan pimpinan PAS, hendaklah mendapatkan pandangan dan persetujuan dari PAS kawasan, cawangan atau dewan-dewan terlebih dahulu," katanya.

Usul tersebut di sokong pembahas daripada Jeli dan Klang.

Penyandang Tiga Jawatan Tertinggi Dewan Muslimat PAS Pertahan Jawatan

Posted: 21 Nov 2013 04:00 PM PST




Siti Zailah
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS bagi sesi 2013-2016 apabila menewaskan pencabarnya, Nuridah Salleh dengan mendapat 468 undi.

Nuridah yang pernah memegang jawatan tersebut pada 2007 memperoleh 189 undi.

Seramai 681 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ke-53 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini Khamis.

Keputusan itu diumumkan oleh SPR, Dr Muhamad Zuhdi kira-kira pukul 9.30 malam Khamis.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut diberi kepercayaan untuk mempertahankan jawatannya dengan mendapat 429 undi.

Dr Siti Mariah
 
Dr Najihatussalehah Ahmad pula mendapat 229 undi.

Dalam saingan satu lawan satu bagi jawatan Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi turut mengekalkan jawatan beliau dengan mendapat 457 undi.

Pencabarnya, Dr Rosni Adam sekadar memperoleh 201 undi.

Mumtaz Mohd Nawi
 
Jawatan Pengerusi Tetap diisi Norhashimah Deraman dengan memperoleh 387 undi.

Nor Azlin Md Samsudin menerima 208 undi untuk menerajui jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.

Pelantikan beliau itu dibuat selepas memperoleh jumlah undian kedua tertinggi bagi jawatan Pengerusi Tetap berikutan tiada pencalonan bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.
Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS turut dipilih pada pemilihan kali ini.

Berikut merupakan senarai penuh kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2013-2015:

Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman - 387 undi
Timbalan Pengerusi Tetap: Nor Azlin Md Samsudin - 208 undi

Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof - 468 undi

Timbalan Ketua: Dr Siti Mariah Mahmud - 429 undi
Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi - 457 undi

Ahli jawatankuasa kerja:

1. Dr Halimah Ali - 470 undi
2. Aiman Athirah Sabu - 457 undi
3. Khairiah Mohamed -454 undi
4. Normala Sudirman - 446 undi
5. Dr Asiah Ali - 444 undi

6. Aida Yusof Rawa - 409 undi

7. Wan Ubaidah Omar - 393 undi
8. Mastura Mohamad - 392 undi
9. Datuk Siti Aishah Ghazali - 372 undi
10. Azizah khatib Mat - 360 undi
11. Wan Hasrina Wan Hussain - 331 undi
12. Kartini Ahmad - 306 undi

Pemeriksa Kira - kira:

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Siti Norfathiah Daud.

Anak Abdul Hadi Menang Timbalan Ketua Pemuda PAS

Posted: 21 Nov 2013 03:55 PM PST




Muhammad Khalil
 

PETALING JAYA: Wakil tunggal kumpulan ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat setelah diumumkan menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan 355 undi.

Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekali gus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung pada Khamis.

Raja Ahmad Iskandar yang juga Ketua Pemuda PAS Perak mendapat 282 undi.

Muktamar tahunan Pemuda PAS ke-54 itu turut menyaksikan bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat diumumkan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru apabila memperoleh 320 undi.

Suhaizan Kaiat
 
Suhaizan menewaskan dua pencabarnya, iaitu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamarulzaman Muhammad dan peguam PAS, Zulhazmi Sharif apabila masing-masing hanya mendapat 307 dan 7 undi.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin menang dengan mendapat 411 undi.

Mohd Khairil Nizam
 
Mohd Khairil menewaskan pencabarnya, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi yang mendapat 226 undi.

BERIKUT SENARAI PENUH KEPUTUSAN:

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Kamarulzaman Muhammad (307)
2. Suhaizan Kaiat (320)
3. Zulhazmi Sharif (7)

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (355)
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob (282)

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi (226)
2. Mohd Khairil Nizam Khirudin (411)

Cukai pintu naik bagai hukuman akibat undi pembangkang

Posted: 21 Nov 2013 03:51 PM PST



OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Adakah cadangan kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur bertujuan menghukum penduduk ibu kota yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)?Ahli Parlimen pembangkang percaya itulah sebabnya. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata hukuman kepada penduduk Kuala Lumpur sudah tentu menjadi sebab mengapa cadangan kenaikan cukai pintu dilakukan."Apabila bercakap tentang hukuman, saya fikir terdapat terlalu banyak polisi yang diperkenalkan.

"Semua orang harus bangkit dan persoalkan, kita mempunyai pilihan raya dan mana-mana kerajaan yang tidak menghormati proses demokratik tidak seharusnya berada di sini" kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider.

Dalam PRU13, PR memenangi sembilan daripada 11 kerusi Parlimen yang mereka tandingi di Kuala Lumpur.

Lim berkata, menghukum penduduk Kuala Lumpur adalah sebab kedua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menambah sebab utama adalah "untuk mencari sumber pendapatan kerana Barisan Nasional (BN) sudah kehabisan wang".

"Ya mereka mahu menghukum penduduk KL tetapi ini hanyalah sebab kedua. Mereka (kerajaan) perlu lebih banyak wang untuk dibelanjakan," katanya.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang baru-baru ini berkata, penduduk ibu kota akan menyaksikan kenaikan cukai sebagai hukuman.

"Langkah ini memang kelihatan seperti untuk menghukum penduduk bandar," kata Naib Presiden PKR yang dikenali sebagai Tian Chua itu.

Kerajaan perlu fikir beban rakyat, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kerajaan perlu fikir beban rakyat, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.Katanya, sama ada benar atau tidak kerajaan mahu menghukum penduduk kota tidak penting kerana mereka sudah pun menderita.

"Ini akan menambah beban besar kepada rakyat. Walaupun saya bersetuju dengan hujah tiada kenaikan cukai pintu sepanjang 21 tahun lalu, sekarang bukan masa yang sesuai.

"Kajian dan penilaian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dan menteri seharusnya mendapatkan maklum balas rakyat sebelum mengumumkannya," katanya.

Nurul Izzah yang turut bersetuju dengan Chua berkata kerajaan seharusnya mengambil kira bagaimana rakyat Malaysia akan berdepan dengan kenaikan cukai itu.

"Saya tidak fikir kerajaan melihat dengan serius mengenai kebimbangan Merril Lynch daripada Bank of America bahawa Malaysia akan menjadi negara miskin menjelang 2013. Ini menunjukkan mereka mahu merealisasikan ramalan itu," katanya.

DBKL sudah pun mula menghantar notis kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur untuk memberitahu cadangan kenaikan cukai pintu di antara 100% dan 1,000%, dan di sesetengah tempat, lebih tinggi lagi.

Notis tersebut begaimanapun menyatakan, sebarang bantahan perlu dibawa ke DBKL sebelum 17 Disember.

Semalam, Nurul Izzah dan ahli Parlimen PR lain menggesa penduduk ibu kota untuk membantah cadangan kenaikan cukai itu dengan menghantar surat bantahan kepada DBKL sebelum tarikh itu.

Naib Presiden PKR itu berkata, sembilan ahli Parlimen PR dan dua ahli Parlimen BN akan bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis untuk mencuba mengurangkan kadar kenaikan cukai tersebut.

"Kami (PR) optmis mengenai perjumpaan tersebut kerana kita mempunyai sokongan daripada rakyat," kata Lim.M/Insider

Perwakilan: Pemuda PAS mesti 'cool', jangan 'poyo'

Posted: 21 Nov 2013 03:47 PM PST


MALAYSIA KINI
 
 
 
Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang 'cool' dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.

NONEPerwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat 'poyo' di mata masyarakat.

"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda.

"Cool ini maknanya tidak 'poyo'. Jadi ini adalah perkara yang disukai oleh anak-anak muda," kata beliau ketika membahas ucap utama ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Shazni, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, membandingkan ketokohan Pemuda PAS dengan pemimpin parti muda parti lain seperti Rafizi Ramli (PKR) dan Khairy Jamaluddin (Umno) yang dilihat menjadi 'magnet' anak muda.

'Rambo' azam terus gesa Sultan Pahang undur

Posted: 21 Nov 2013 03:44 PM PST

 

 

Walaupun ditahan dan berdepan dengan tindakan agresif unit simpanan persekutuan (FRU) seorang aktivis bola sepak bertekad meneruskan usaha mendesak kepimpinan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak seluruhnya.

Alfadli Awaludin berkata, pemain dan jurulatih Datuk K Rajagopal tidak patut dipersalahkan seratus peratus atas kemerosotan berterusan mutu permainan.

NONE"Ia skrip lama yang terus berulang. K Rajagopal ialah jurulatih ke-21 negara.

"Dua puluh (jurulatih) sebelum ini telah diganti, hanya seorang saja yang kekal ada dalam setiap episod kekalahan (iaitu presiden FAM)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Sultan Ahmad Shah menerajui persatuan FAM sejak 1984. Dalam tempoh itu, 21 jurulatih dan enam setiausaha beliau telah bertukar.

Alfadli antara dua yang ditahan di Stadium Shah Alam selepas cuba melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kekalahan skuad negara 1-0 di tangan Qatar pada Selasa malam, dengan masuk ke kawasan orang kenamaan (VIP).

Pentabdir laman "Presiden FAM sila letak jawatan" itu berkata, beliau dan rakan-rakan sedang berbincang untuk mengambil langkah seterusnya dalam usaha mengembalikan era kecemerlangan bola sepak negara seperti era 70-an dan 80-an.

Laman Facebook kelolaanya itu kini sudah digemari lebih 56,000 yang turut menuntut presiden FAM Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan.

"Perjuangan ini takkan berhenti, selagi prestasi pasukan bola sepak kita di takuk begini.

"Kita nak perubahan, kita nak supaya presiden FAM dan kepimpinan dapat ditukar dengan muka baru yang segar," tegas Alfadli yang juga dikenali sebagai "Rambo".

Pasukan kebangsaan kini menghuni tangga 160 dalam ranking Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), jauh di belakang negara mundur yang diselaputi peperangan seperti Palestin (146), Afghanistan (133) dan Rwanda (129).

Tiada ulasan: