Sabtu, 2 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penyelidik ramal PAS menang di Sungai Limau

Posted: 02 Nov 2013 06:47 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




Badan penyelidikan Ilham Centre menjangka PAS akan mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau apabila mendapati sokongan untuk parti Islam itu antara 53 hingga 55% menjelang hari membuang undi pada pilihan raya Isnin ini.


























Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar (gambar) dalam kenyataannya kepada media berkata, perolehan ini berdasarkan kajian mereka secara bersemuka dengan 602 pengundi di Sungai Limau sejak 28 Oktober hingga 1 November.

"Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kami mendapati faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi penyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini," kata Hisomudin.


Ilham Centre adalah sebuah badan penyelidik yang mempunyai rekod pencapaian baik apabila jangkaan mereka menjelang pilihan raya kecil sentiasa tepat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada tahun 2008 lagi.

Metode bertemu responden secara bersemuka adalah antara kajian yang dibuat oleh Ilham dan ternyata ia mempunyai margin kesilapan sangat kecil.

Menurut Hisomudin, kajian kali ini mendapati pilihan raya kecil Sungai Limau memperlihatkan dengan jelas pertembungan antara PAS dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Mereka juga mendapati pengundi Sungai Limau sangat tegar dan dipengaruhi oleh identifikasi parti berbanding faktor-faktor lain.

"Faktor ini menyumbang sebanyak 81% yang diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon (12%) dan faktor isu hanya 4% sahaja," kata Hisomudin.

Pengaruh dua pondok di kawasan pilihan raya ini iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya yang dimiliki oleh tokoh PAS juga memberikan sumbangan besar sokongan kepada PAS.

Dapatan kajian membuktikan bahawa pengundi yang tinggal di daerah mengundi sekitar pondok-pondok tersebut adalah kubu kuat PAS seperti Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permataang Buloh dan Sungai Dedap.























Kawasan ini sukar ditembusi Umno untuk menafikan majoriti besar yang diperoleh PAS dalam DUN ini.

Manakala daerah mengundi yang jauh daripada jangkauan pengaruh pondok seperti Dulang Kechil, Dulang Besar, Sungai Kering dan Sungai Daun kelihatan pengaruh Umno lebih menyerlah berbanding PAS.

Menurut kajian itu, terdapat daerah mengundi yang sentiasa berubah pola sokongan dan menjadi rebutan silih ganti di antara PAS dan Umno seperti Sedaka, Ulu Sedaka, Simpang Tiga, Kabu Sepuloh dan Sungai Limau.

Pola sokongan PAS di daerah mengundi Padang Lumat pada tradisinya adalah kubu kuat PAS berlaku perubahan ketara ekoran berlaku krisis dalaman PAS kawasan.

Antara keunikan kawasan ini ialah peratusan pengundi atas pagar (fence sitter) amat kecil iaitu sekitar 11% sahaja berbanding kawasan lain yang kebiasaannya mencecah 30%.

Dapatan kajian Ilham juga menunjukkan Umno/BN yang turun berkempen dalam situasi underdog kelihatan cukup agresif menggunakan segenap instrumens dan kekuatan jentera.

Manakala PAS pula mengggunakan strategi bertahan kerana yakin dengan kesetiaan pengundi untuk kekal dengan PAS.

Penilaian pola sokongan pengundi tidak berlaku anjakan ketara berdasarkan tiada pengumuman lompat parti bagi kedua-dua pihak. Senario ini mengukuhkan bahawa pengundi Melayu selesa dengan mengekalkan status quo pilihan parti mereka.

Merujuk kepada soalan Ilham Centre kepada pengundi berkaitan dengan pengekalan status sokongan pilihan parti sama seperti Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas, 85% mengakui akan mengekalkan sokongan mereka.

Menyedari hakikat itu, jentera Umno kelihatan begitu agresif menerusi kempen pemimpin-pemimpin parti, sayap Wanita, dan Puteri berusaha memecahkan pola sokongan pengundi di kubu kuat PAS.

Ini dibuktikan apabila Umno berjaya menganjurkan program rasmi kerajaan di kedua- dua pondok yang menjadi teras sokongan PAS selama ini.

Pemecahan tradisi ini ialah adalah kejayaan besar kepada jentera Umno dan fenomena baru kali ini.

Faktor Azizan dan Mukhriz

Ilham Centre mendapati tinggalan pengaruh Tan Sri Ustaz Azizan Razak memang ketara dan kukuh.
68% responden menyifatkan Azizan mempunyai sumbangan dan pengaruh yang besar di sini.
Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang sangat prihatin dan mesra rakyat tanpa mengenal perbezaan parti.

Antara jasa besar yang diakui oleh pengundi ialah Azizan berjaya meredakan pertembungan keras yang menjadi tradisi Umno-PAS di kawasan ini.

Ini menyebabkan kedua-dua jentera pilihan raya menggunakan faktor Azizan dalam kempen mereka.
Paling mengejutkan, Umno menganjurkan majis tahlil rasmi dan mencetak kain rentang menyedekahkan al-Fatihah sebagai elemen menarik simpati pengundi yang memberi undi di atas faktor Azizan.

Selain itu Ilham juga mengukur pengaruh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dalam pilihan raya ini.
Merujuk kepada tahap kepuasan hati pengundi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan beliau menunjukkan pengaruh berada tahap 38%.

Pengundi mengukur dan menilai pengaruh Mukhriz berdasarkan kesungguhan beliau turun padang menemui pengundi sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Faktor calon

Walaupun faktor calon hanya 12% dinilai oleh pengundi, namun ia tetap signifikan dalam pilihan raya kecil ini. Jika dibandingkan calon PAS dan calon Umno/BN, ternyata calon PAS mempunyai kelebihan yang ketara.

Kekuatan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samad lebih dikenali oleh pengundi sebelum pilihan raya kecil lagi iaitu sebanyak 50% berbanding calon Umno/BN, Dr Sohaimi Lazim sebanyak 36% sahaja.

Dr Sohaimi hanya dikenali selepas pengumuman calon BN dilakukan.

Kelebihan Azam pada kaca mata pengundi ialah dipilih berdasarkan latar belakang pengajian agama (43%), berasal daripada parti yang sama dengan pengundi (38%) dan berasal daripada keluarga ulama Pondok Bukit Besar (17%) menyumbang sokongan kepada calon ini.

Kekuatan Dr Sohaimi pula terletak kepada sokongan asas penyokong BN (33%) disebabkan beliau calon yang berada di luar senarai perkiraan pengundi sebelum ini.

Selain itu, beliau juga dilihat oleh pengundi mempunyai kelebihan berkelulusan tinggi (16%).  

Sepanjang pengamatan berdasarkan data kuantitatif, pengundi di Sungai Limau menyifatkan isu-isu nasional mahupun setempat tidak memberi kesan besar penilaian kepada mereka untuk mengubah pola pengundian.

Isu-isu yang dimainkan oleh pihak media perdana elektronik mahupun bercetak bersumberkan kenyataan-kenyataan pemimpin kedua-dua parti dilihat gagal  mempengaruhi mereka.

Sebagai contoh isu dakwaan TPM mengaitkan kematian Azizan yang mengidap diabetes dengan kenaikkan harga gula  tidak mengurangkan  sokongan kepada kepada calon Umno (28%) manakala isu superimpose calon PAS bersama Azizan juga tidak menjejaskan sokongan kepada calon PAS (19%).

Namun pengundi di sini sedikit terkesan dengan perkara yang dekat dan terbeban kepada mereka. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan mereka terkesan dengan kenaikan harga minyak (73%) dan harga keperluan barangan (56%).

Walaupun demikian faktor ini tidak mampu mempengaruhi pengundi untuk mengubah pendirian mereka kerana faktor pilihan pengundi berdasarkan parti mengatasi faktor- faktor lain.

Kempen kelihatan berlaku persaingan sengit di antara jentera PAS dan Umno di enam daerah mengundi marginal iaitu Sedaka, Kabu Sepuloh, Padang Lumat, Simpang Tiga, Sungai Daun dan Selengkoh.

Daerah mengundi marginal ini merujuk kepada keputusan pilihan raya lepas yang mana memperlihatkan kedua-dua parti memperolehi undi majoriti tipis.

Kajian ini mengenal pasti kedua-dua jentera rancak menumpukan usaha untuk meraih undi di lokaliti-lokaliti ini. Kempen menerusi kaedah konvensional digunakan pada tahap maksimum oleh jentera Umno dan PAS.

Ilham mengajukan soalan untuk mengukur jenis kempen yang efektif kepada pengundi di kawasan ini dan memperlihatkan kaedah ziarah rumah ke rumah dianggap kaedah paling berkesan kepada mereka.

Kempen ziarah rumah ke rumah oleh jentera Umno disaingi rapat oleh PAS dengan peratusan 80% (Umno) berbanding 74% (PAS).

Umno jelas ke hadapan dalam segmen kaedah kempen menggunakan media massa terutamanya televisyen (84%), radio (49%) dan akhbar harian (74%). 

PAS pula hanya bergantung kepada kaedah tradisi mereka iaitu ceramah umum (38%), ceramah kelompok (34%) dan pengedaran risalah calon (39%).

Walaupun begitu, keadaan pengundi kelihatan menerima baik kedua-dua belah jentera namun perubahan sokongan tidak ketara.

PAS bertahan

Prediksi Ilham Centre berdasarkan respons pengundi terhadap undi yang akan diberi kalah menang antara kedua-dua parti ini, PAS mendahului dengan peratusan sebanyak 48% dan BN berada di aras 42% dan bakinya adalah sebanyak 10% yang masih belum membuat keputusan.
























Peratusan undi ini diukur kepada pengundi yang berada di dalam kawasan pilihan raya  tanpa melibatkan sekitar 7% pengundi yang berada di luar kawasan.

Pengundi Cina ketika kajian ini dilakukan kelihatan berhati-hati dalam membuat keputusan kali ini.
Undi Cina disifatkan mendekati model pilihan rasional (rational choice model) yang mengambil kira aspek untung rugi, faedah serta impak kepada komuniti mereka.

Semua pertimbangan ini mengambil kira survival ekonomi masyarakat ini dalam membuat keputusan politik kali ini.

Kelebihan PAS ialah mempunyai undi asas penyokong tegar dan setia parti di dalam kawasan yang tinggi ditambah dengan kelebihan peratus pengundi yang berada di luar kawasan dilihat condong kepada PAS atau atas kepentingan Pakatan Rakyat.

BN kelihatan optimis untuk menang dalam pilihan raya kecil ini berasaskan beberapa elemen yang kelihatan memberi peluang untuk menang.

Antaranya ialah asas sokongan penyokong tegar dan setia parti kekal, serangan jentera yang berjaya membuat penetrasi di kubu kuat PAS dan di daerah mengundi marginal serta komposisi pengundi muda yang tinggi  yang dianggap condong menyokong mereka.

Sempena Deepavali, “buah tangan” BN juga turun di Sungai Limau

Posted: 02 Nov 2013 06:37 AM PDT

Oleh Md Izwan
Deretan orang ramai dan kenderaan yang menuju ke lokasi program anjuran BN. 


Deretan orang ramai dan kenderaan yang menuju ke lokasi program anjuran BN.Sambutan Deepavali hari ini juga dirasai penduduk Sungai Limau apabila kemeriahannya ditambah dengan pemberian "buah tangan"  oleh Barisan Nasional (BN)kepada para penduduk sekitar.

Kurang daripada tempoh 48 jam hari membuang undi Isnin ini, jentera kerajaan juga rancak dalam mengagihkan pelbagai barangan  yang terdiri daripada topi keledar berwarna biru, baju dan juga kasut kepada penduduk yang mengunjungi program-program anjuran  BN di sini.

Pemerhatian wartawan The Malaysian Insider mendapati, jalan raya menuju ke pekan Sungai Limau dan Dulang Besar (salah satu  mukim dalam Sungai Limau) sesak dengan kenderaan sejauh 10 kilometer yang berpusu-pusu ke lokasi tersebut.

 Terdapat lokasi dan pegawai bertugas mengedarkan "buah tangan" tidak jauh beberapa ratus meter daripada Sekolah Menengah  Kebangsaan Dulang di sini.

Barangan seperti kasut dan t-shirt diberi kepada setiap pengunjung yang hadir.Barangan seperti kasut dan t-shirt diberi kepada setiap pengunjung yang hadir. 


















"Adalah kasut dan t-shirt," jawab seorang pengunjung yang membawa sama barangan keluar daripada tempat program tersebut.

Barang-barang yang diedarkan mempunyai logo 1Malaysia dan juga gambar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tidak jauh daripada tempat pengedaran "buah tangan" tersebut, jentera BN juga menganjurkan satu perhimpunan anak muda untuk  memancing sokongan pengundi yang dianggap sebagai penentu pada pilihan raya kecil kali ini.

Perhimpunan tersebut akan bermula sekitar jam 6 petang dan berakhir 11 malam, dimana cabutan bertuah dan persembahan  komedi juga menjadi daya tarikan para pengundi.

Pengunjung juga akan diberikan jamuan percuma sepanjang lima jam karnival tersebut diadakan.
Semalam, PAS dalam satu sidang media mendakwa kerajaan BN berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh  berkempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi  pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau
.
Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama;
RM1.2 juta kepada 12 buah sekolah lain;  program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700); bantuan zakat Agrobank (RM19,700); pinjaman Tekun (RM30,000); peruntukan masjid Simpang Empat (RM300,000); sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000); bantuan baiki rumah (RM1 juta); pemberian cermin mata (RM1.18 juta); peruntukan jeti perikanan (RM500,000); peruntukan tukun tiruan (RM2.5 juta); dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis  Kebangsaan Cina.

Selain itu, Mahfuz juga mendakwa sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara,  minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau.

SPR: Jari pengundi akan diperiksa

Posted: 02 Nov 2013 06:25 AM PDT


SPR  

SPR

YAN - Jari pengundi yang masuk untuk mengundi akan diperiksa supaya bebas dari sebarang dakwat dan sebelum mencelup jari telunjuk kirinya ke dalam botol dakwat yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jika ada pengundi yang enggan jarinya dicelup dakwat, kertas undi tidak akan diberikan.

"Bagi semua pengundi termasuk warga emas, jangan terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum pergi mengundi," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau juga meminta pengundi tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain kerana ia mungkin disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan akan menimbulkan masalah pada hari pengundian.

Menurutnya, menjadi kesalahan kepada semua pihak termasuk pengundi  di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan jika:

* menjual atau menawarkan untuk menjual mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang atau membeli atau menawarkan untuk membeli mana-mana kertas undi daripada mana-mana orang;

* memasukkan ke dalam mana-mana peti undi apa-apa jua selain kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dimasukkan olehnya;

* tanpa kuasa yang sewajarnya membawa keluar dari tempat mengundi mana-mana kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi.

Sementara itu, tambah beliau, SPR menyediakan 17 pusat mengundi yang mempunyai 58 tempat mengundi (saluran) sempena PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.

Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan pengundi boleh keluar mengundi mengikut kesesuaian masa dalam tempoh berkenan.

Mereka boleh menyemak maklumat pengundian seperti nama pusat mengundi, nombor saluran dan nombor siri mengundi (dalam buku daftar pemilih) melalui beberapa kaedah.

Ia termasuk laman sesawang SPR www.spr.gov.my, menelefon bilik gerakan pejabat pilihan raya Kedah (04-7001313), ibu pejabat SPR (03-8885 6565) atau barung SPR di setiap pusat mengundi pada hari mengundi.

Selain itu, orang ramai boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR semak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888.    

Artikel Berkaitan

Umno Kalabakan Mohon 14 Anggota Wanita Tidak Dibenar Bertanding Semula

Posted: 02 Nov 2013 06:22 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
TAWAU: Umno Bahagian Kalabakan telah memohon kepada Umno pusat supaya 14 anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian itu, yang meletak jawatan bulan lepas, tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan semula jawatan pada 30 November ini.

Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, ini bagi memastikan tidak adaanggota yang meletak jawatan semata-mata kerana tidak puas hati dengan prosespemilihan.

"Kita tidak mahu apabila mereka menang semula, tetapi tidak puas hati, mereka akan letak jawatan lagi sebagai tanda protes," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dan perikanan kepada 100 anggota Pemudadan Puteri Umno di sini, Sabtu.

Ghapur, yang juga anggota Parlimen Kalabakan, berkata ada cara yang betul untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan bukan dengan meletak jawatan selepas diisytihar menang sesuatu jawatan.

Anggota Wanita bahagian itu meletak jawatan tiga hari selepas pemilihan sayap diadakan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian itu. - BERNAMA

Provokasi tak akan berjaya, kata Ahmad Zahid

Posted: 02 Nov 2013 06:17 AM PDT

SINAR HARIAN

Zahid Hamidi

 Zahid Hamidi

YAN - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perang saraf dan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu pada saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau tidak akan berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
  
"Sungai Limau adalah satu kawasan yang tenteram. Saya lihat pasukan polis yang ada di sini lebih daripada mencukupi dan kita tempatkan mereka semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat.
  
"Kita harap di saat akhir ini kedua-dua pihak tidak melakukan provokasi dalam berbagai-bagai bentuk," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar, dekat sini hari ini.
  
Turut hadir Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim, anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dun Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 
  
Ahmad Zahid berkata, demikian bagi mengulas mengenai patung-patung provokasi yang digantung berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN.

Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.
  
Ahmad Zahid berkata, polis sedang menyiasat mengenai perkara itu dan tindakan akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan itu.
  
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, tindakan pembangkang memperbesarkan isu remeh-temeh seharusnya tidak dijadikan sebagai kaedah untuk meraih undi penduduk Sungai Limau.
  
"Saya fikir jangan gunakan pendekatan yang sebegitu walaupun ia dinamakan taktik politik...memberikan sesuatu yang baik tidak mengapa, tetapi memburukkan dengan cara penghinaan saya rasa tidak baik dan seharusnya dielakkan," katanya.
  
Mengulas mengenai perjalanan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Ahmad Zahid berkata: "Pada hemat saya kempen BN melebihi jumlah kempen Pas. Semangat hijrah itu saya nampak dan perubahan itu saya yakin adalah kerana perubahan gelombang yang berlaku di negeri Kedah".
  
Pada pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Isnin ini, Ahmad Sohaimi ditentang calon Pas Mohd Azam Abd Samat.   - Bernama

Tiket final Piala Malaysia RM120 sekeping?

Posted: 02 Nov 2013 06:15 AM PDT

SINAR HARIAN


DI sebalik langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membasmi penjualan tiket haram perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang esok, namun masih ada 'ulat tiket' yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.
 
Malah, mereka dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual sekeping tiket dengan harga sehingga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.
 
Tinjauan Bernama turut mengesan sekurang-kurangnya enam ulat tiket yang duduk secara berkumpulan di perkarangan stadium untuk mencari pelanggan.
 
Malah, golongan itu tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket untuk memudahkan pelanggan mengetahui mereka menjual tiket perlawanan akhir berkenaan.
 
Ia nyata menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Kelantan yang gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, yang dijual Rabu lalu.

Seorang penyokong The Red Warriors, Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, berkata beliau panas hati dengan tindakan ulat tiket yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.
 
"Saya cukup geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir dengan harga yang terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket.
 
"Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam pada hari tiket dijual. Saya kecewa kerana penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
 
Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungiberkata jualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini," katanya.
 
Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memasang sebuah skrin besar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket ke perlawanan akhir itu.
 
Selain meminta orang ramai menjaga kebersihan dengan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan, mereka juga dinasihatkan supaya menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan.  - Bernama
Artikel Berkaitan

PKR yakin ada lonjakan sokongan kepada Pas

Posted: 02 Nov 2013 06:13 AM PDT


Johari Abdul  

Johari Abdul

SHAH ALAM - Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul yakin dengan perancangan serta gerak kerja yang dilakukan membabitkan lima daerah mengundi di kawasan kubu kuat Umno akan ada lonjakan sokongan kepada Pas.

Lima daerah mengundi itu termasuklah Unit Peti Undi (UPU) Selengkoh, Sungai Daun, Sungai Kering, Dulang Kechil dan Dulang Besar di mana pada PRU13 lalu, Pas mengalami kekalahan.

Memetik laporan HarakahDaily, Johari menjelaskan gerak kerja yang dilaksanakan PKR berjalan seperti yang telah dirancang.

"Strategi kita berjalan dengan lancar seperti ceramah dan juga pertemuan dengan pengundi-pengundi di semua peringkat lapisan.

"Dalam pada itu kita turut mengadakan pemeriksaan kesihatan di kelima-lima UPU tersebut dan sambutan yang kita perolehi amat memberangsangkan.

"Saya pasti dan berkeyakinan dengan apa yang kita perolehi sepanjang kempen yang hanya tinggal dua hari lagi akan ada satu lonjakan sokongan pengundi dari UPU yang dikatakan kubu kuat Umno itu," katanya pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, PKR akan mempertingkatkan lagi gerak kerja bagi memastikan pada PRK kali ini Pakatan Rakyat terutamanya PAS berjaya menembusi kelima-lima UPU tersebut.

Dalam pada itu, Johari turut meminta pengundi berwaspada dan bersikap matang dalam membuat pemilihan pada hari pengundian nanti apabila Umno akan menggunakan pelbagai helah termasuk memberi bantuan dan duit kepada pengundi di saat-saat akhir tempoh berkempen.

Patung kaki: Perbuatan tidak berakhlak

Posted: 02 Nov 2013 06:09 AM PDT

NIZAM ZAIN
 
Datuk Mahfuz Omar  
Datuk Mahfuz Omar

YAN - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.

"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.

Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi.

"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya.

Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini.
Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan.
Artikel Berkaitan

Banyak sungguh UMNO/BN bazirkan wang rakyat

Posted: 01 Nov 2013 07:20 PM PDT

Oleh NJ

ekonomi-pertumbuhan-121218b
 
UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak lebih 50 tahun lalu memang melakukan banyak pembaziran, boros serta membiarkan rasuah berleluasa sehingga hutang negara kini mencecah lebih RM500 juta.

Macam manalah rakyat masih boleh terima dan percayakan BN untuk terus memerintah negara dengan pemborosan, rasuah dan pembaziran sehingga Malaysia kini terkenal negara paling ramai pendatang asing, 'jenayah besar, tiada penjenayah', membela kroni daripada jatuh miskin dan papa kedana, sebaliknya membiarkan rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikan harga barang.

Walaupun Sungai Limau kubu kuat PAS, tidak mustahil BN akan menang lagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini sekiranya pengundi 'memekakkan telinga dan membutakan mata' apabila mereka 'disajikan' dengan pelbagai sogokan dan janji projek pembangunan.

Inilah taktik BN yang memenangkan BN pada PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai lalu selepas menawarkan projek bernilai lebih RM500 juta. Tidak tahulah projek yang dijanjikan itu sudah dilaksanakan atau belum, hanya rakyat Kuala Besut yang lebih mengetahui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula hanya tahu meminta rakyat berjimat, sedangkan kerajaan yang diterajuinya boros berbelanja, membazir dan membiarkan rasuah rasuah berleluasa.

Subsidi gula untuk rakyat miskin dimansuhkan dengan kenaikan 34 sen adalah bukti kerajaan tidak membela rakyat dan membela kroni yang sudah jutawan apabila subsidi gas untuk Loji Janakuasa Bebas (IPP) tidak dihapuskan.

Selain itu, Malaysia terkenal sebagai negara paling ramai penjawat awam di dunia iaitu seramai 1.4 juta atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.

Pada 2009, nisbah kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, nisbah ketika itu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus (Indonesia), 1.85 peratus (Korea Selatan) dan 2.06 peratus (Thailand)

Berlebihan kakitangan awam juga kerana kerajaan melanjutkan tempoh persaraan daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun.

Parti pembangkang, termasuk DAP sudah membangkit perkara itu dan menggesa kerajaan mengambil langkah berjimat serta mengkritik penubuhan agensi baru yang membabitkan perbelanjaan besar.

Mereka juga menggesa Najib mengurangkan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat 13% daripada RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion pada 2014.

Gaji yang dibayar kepada pengarah eksekutif agensi di bawah JPM juga mencecah ratusan ribu ringgit setahun contohnya gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, kira-kira RM69,000 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40, 000 sebulan), sedangkan penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara hanya RM23,577 sebulan.

Beberapa bekas menteri yang tidak lagi berpengaruh seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Isa Samad (bekas Menteri Besar Negeri Sembilan), Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Rahim Tamby Chik (kedua-duanya bekas Ketua Menteri Melaka) masih diberi jawatan penting dalam agensi kerajaan, termasuk Felda, Risda, SPAD dan PUNB.

Ini bermakna kerajaan UMNO/BN lebih bimbangkan mereka itu 'jatuh miskin dan papa kedana' sebab itu masih diberi peluang memegang jawatan penting di agensi berkenaan, sebaliknya rakyat dibiarkan menjadi bertambah miskin dan 'papa kedana' tanpa pembelaan kerana dibeban hutang dan kenaikan harga barangan.

Beberapa rakan yang menduduki jawatankuasa UMNO bahagian dan cawangan turut mengeluh dengan tindakan UMNO/BN yang masih 'menjaga dan membela' pemimpin UMNO yang sudah 'tidak laku' termasuk tewas dalam pemilihan UMNO baru-baru ini adalah semata-mata untuk memastikan kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO tidak tergugat.

Sepatutnya mereka yang sudah lama 'mengaut kekayaan' tidak terus dilantik sebaliknya beri peluang kepada mereka yang 'belum kaya' tetapi berkemampuan memegang jawatan penting dalam GLC atau agensi kerajaan seperti Risda, Kesedar, Felda dan SPAD.

Perbelanjaan kerajaan meningkat begitu ketara sejak empat tahun lalu kerana agensi kerajaan terbabit pengambilan staf kontrak yang dibayar gaji amat tinggi walaupun fungsi agensi terbabit 'bertindih' dengan agensi sedia ada.

Contohnya penubuhan agensi baru seperti Yayasan Hijau dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), SPAD adalah satu pembaziran kerana agensi seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang sedia sebelum ini menjalankan fungsi yang sama.

Ini tidak termasuk pembaziran sebanyak RM2.5 juta bayaran bil elektrik kediaman rasmi Najib di Kompleks Seri Perdana dan kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM865,458 bagi tahun 2012.

Jadi tiada asasnya bagi Najib untuk bercakap mengenai penjimatan jika beliau sendiri dibenarkan melakukan pembaziran secara berleluasa dan bermewah melalui wang pembayar cukai atau wang rakyat.-Roketkini.com

DAP pertikai kerajaan naikkan harga subsidi bahan api

Posted: 01 Nov 2013 07:17 PM PDT


Ng Wei Eik


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik mempertikaikan tindakan kerajaan menaikkan subsidi bahan api sebanyak RM2,326 bilion dalam Bajet 2014 mereka.

Beliau berkata, tindakan itu tidak masuk akal pada saat seluruh dunia sedang menurunkan harganya.
Menurutnya, pertambahan subsidi petrol dan gas (LPG) menjadikan perbelanjaan semakin meningkat kepada RM22.341 bilion berbanding RM20.015 bilion dalam peruntukan Bajet 2013 lalu.

"Pada September 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion dengan merasionalkan subsidi minyak.

"Jadi mengapa sekarang subsidi perlu dinaikkan? keperluan untuk menaikkan subsidi bahan api sebanyak 11.62 peratus melalui Bajet 2014 adalah dipertikaikan.

"Tidak ada keperluan mendesak untuk kerajaan meningkatkan lagi subsidi minyak kepada RM22,341 bilion. Apa yang diperlukan adalah dengan serta merta mengurangkan subsidi bahan api agar harganya dapat dikurangkan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, harga minyak di pasaran semasa juga menurun ke paras US$102 satu tong berikutan kerajaan Amerika Syarikat diarah untuk 'Shut Down' berikutan kebuntuan bajet di Washington serta krisis di Syria dan Iran.

Kebanyakkan negara seperti Taiwan, Ghana, Vietnam, Bermuda, Afrika Selatan, Georgia dan China juga sudah mengurangkan harga minyak.

"Saya tidak faham mengapa kerajaan mengambil langkah yang akan menyebabkan beban rakyat bertambah. Mengapa kita tidak turut sama mengikut contoh seperti dilakukan negara lain," soalnya. -Roketkini.com

Naik harga bahan mentah, laksana GST bukan cara bantu rakyat miskin – Tan Hong Pin

Posted: 01 Nov 2013 07:10 PM PDT


WIRA8253


KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mengkibol, Tan Hong Pin menggesa kerajaan memikirkan langkah berkesan membantu rakyat miskin yang semakin ditindas dengan kenaikan harga barang menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Saya berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memikirkan langkah bijaksana meningkatkan dana bagi membantu kumpulan atau warga tertindas dan terancam selepas melaksanakan pelbagai tindakan yang tidak perlu malah membebankan rakyat.

"Dalam Bajet 2014, kerajaan memotong subsidi gula, melaksanakan GST mulai April 2015 dan langkah lain yang tidak realistik dalam konteks membantu rakyat miskin.
 

tan hong ping2 
 
"Saya tidak nampak manfaatnya selain mengakibatkan masyarakat miskin yang terpinggir atau tercicir daripada pembangunan ekonomi sosial semakin tertekan dan menerima kesan melalui kenaikan harga minyak dan pelaksanaan GST nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada warga miskin yang berpendapatan kiurang daripada RM1,000 di Taman Delima, Kluang, Johor, semalam.

Seramai 100 keluarga miskin di Kluang terutamanya Taman Muhibbah, Taman Delima, Taman Titiwangsa, Taman Kluang Barat, Taman Desa dan Taman Intan menerima bantuan itu.

Bantuan berupa barangan keperluan asas seperti minyak, makanan, beras dan sedikit pemberian peribadi daripada Pejabat DUN DAP Mengkibol.-Roketkini.com

Hudud perlu tubuh jawatankuasa teknikal dan pelaksana

Posted: 01 Nov 2013 07:05 PM PDT

MSO

Minggu lepas satu forum 'amal maaruf nahi munkar' yang memfokuskan khusus mengenai hukum hudud diadakan di Kota Bharu Kelantan. Ia dikelolakan sebuah NGO dan diberi kerjasama sepenuhnya oleh kerajaan Kelantan. Forum itu diadakan sempena hari mengingati hudud yang merupakan salah satu program yang terabadi dalam kalender kerajaan Pas Kelantan.

Demo penyebatan (Hiasan).
Matlmat program itu ialah untuk meningati dan menanam semangat serta keazaman bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Hudud adalah cita-cita kerajaan Pas Kelantan yang berterusan dan sudah melewati fasa pertama.

Pada tahun 1993 DUN Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II) yang di dalam terkandung hukum hudud. Kerajaan Kelantan dipercayai merupakan kerajaan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai kanun jenayah - Hukum Hudud sepertinya. Malangnya ia tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa sebab.


Antara sebab utama ialah kerana wujud percanggahan dengan perlembagaan Persekutuan. Percanggahan itulah yang dijadikan alasan oleh kerajaan Kelantan kenapa hukum hudud tidak dilaksanakan sampai kini walaupun undang-undang sudah diluluskan oleh DUN Kelantan 20 tahun lalu dan sudah melalui empat pilihan raya umum.

Selain dari percanggahan itu, sepucuk surat yang dihantar oleh Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai perdana menteri kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi MB Kelantan juga dijadikan bukti fizikal oleh kerajaan Kelantan dimana hasrat kerajaan Kelantan ditentang oleh Mahathir Mohamad. Amaran di dalam surat itu menakutkan kerajaan Kelantan kononnya kalau dilaksanakan juga akan timbul huru hara menyebabkan kerajaan Kelantan akan tumbang. Surat Mahathir itu juga dijadikan alasan dan sering dijadikan modal politik oleh Pas dalam ceramah-ceramahnya dan ketika mempertahankan ejekan dan persoalan ditimbulkan oleh pihak UBN.

Itulah di antara dua faktor besar yang sering digunakan oleh kerajaan Kelantan atau dirujuk bila mana ada pihak yang mempersoalkan kenapa hukum hudud tidak dilaksanakan di Kelantan. Sebenarnya selain dari hambatan-hambatan itu ada sekawan lagi masalah teknikal atau prasarana untuk melaksanakan hudud masih belum tersedia; seperti pihak penguat-kuasa, polis, pendakwa, hakim, algojo. Begitu juga infranya seperti; penjara, mahkamah dan lain-lain.

Di sini saya tidak mahu memperluaskan persoalan hambatan atau halangan itu, tetapi mahu menyebut dua perkara pokok yang menghalang kepada perlaksanaan hukum berkenaan yang sering dijadikan dalih. Pertamanya mengenai percanggahan dengan perlembagaan Persekutuan itu. Permasalahan itu tidak bererti kalau ia hanya diketahui bercanggah semata-mata tetapi tidak ada ikhtiar disusuli dengan usaha mengatasinya. Percanggahan bermakna ia bukan satu halangan mutlak, seperti mana kereta lekat di dalam selut saja. Sekiranya selut dibuang dan jalan dibersihkan kereta itu akan bergerak.

Dalam soal ini kerajaan Kelantan perlu mengenali pasti sudut-sudut yang bercanggah dan mencari mekanisme untuk mengatasi percanggahan itu. Apakah ia sampai ke tahap tidak boleh dilaksanakan langsung ataupun sememangnya percanggahan itu dijadikan sebab kerana ada perkara-perkara lain yang tidak disediakan tetapi disembunyikan?

Kalau menurut pendapat pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari pelaksanaan hukum hudud boleh dilakukan kerana kedudukan hudud itu (syariah) dalam kuasa istimewa kerajaan negeri Kelantan atas tafsiran ia berkaitan agama. Hal ehwal agama termasuk perlaksanaan undang-undang di bawah bidang kuasa agama di mana ia tertakluk dalam kuasa sultan. Berdasar tafsiran itu tidak ada percanggahan dari sudut perlembagaan.

Pun begitu kalau ia bercanggah maka ia perlu dileraikan. Usaha ke arah itu hendaklah dilakukan berterusan dan bukan bermusim. Dalam soal ini mungkin sebuah jawatan kuasa, boleh dikenali dengan Jawatakuasan Teknikal dan Perlaksanaan boleh diwujudkan dengan dianggota oleh kalangan profesinoal, tentera, polis, peguam, hakim, kadi dan sebagainya.

Guna jawatan kuasa ini ialah, antara lain; mengenal pasti masalah-masalah sehubungan denganya, penyediaan prasara dan penguatkuasa, mengenal pasti implikasi dan risiko sosial jika ia dilaksanakan, memikir dan mencari idea memperluaskan publisiti kepada umum. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab membuat peruntukan (kos) ke arah pelaksanaannya secara komprehensif. Jika kerajaan menghadapi masalah kewangan mungkina tabung khas dikenali Tabung Hudud boleh dilancarkan ataupun sumber dari Tabung Serambi Makkah boleh digunakan untuk tujuan ini.

Jawatankuasa ini boleh dipilih dari kalangan Exco untuk mengetauinya dan sebaik-baiknya kalau MB sendiri mengetuainya. Peruntukan RM1 juta yang diumumkan dalam Bajet Kelantan 2014 yang lalu boleh digunakan untuk memula menggerakkan komiti ini.

Apabila adanya jawatankuasa khas ini usaha ke arah perlaksanaan ini dilihat bersungguh dan menyakinkan orang ramai. Sekiranya perlu demi untuk memberi keyakinan atas hasrat rakyat Kelantan yang didakwa sudah menerima hukum hudud dilaksnaakan atas keyakinan ia adalah wajib, mungkin jawatan kuasa ini juga boleh merangka satu bentuk bagi mengadakan memorandum rakyat Kelantan yang berusia 18 tahun ke atas.

Punggutan suara ini boleh dijadikan modal atau pun bukti akan kesungguhan rakyat Kelantan ingin hukum Allah itu dilaksanakan di bumi mereka.

Berkenaan dengan surat larangan oleh Mahathir Mohamad itu ia juga hendaklah dikaji sejauh mana larangan berlaku dan boleh menjejaskan kerajaan Kelantan. Surat larangan Mahathir itu bersifat peribadi dan merupakan pandangan nasihat beliau yang tentunya berlandaskan motif politik dan dari perspektif latar belakang pendidikannya. Atau apakah surat larangan itu juga dijadikan alasan untuk tidak laksanakan hudud kerana beberapa aspek lain masih belum disediakan yang mana ianya berpunca dari kelemahan dan ketidaksediaan pihak kerajaan sendiri.

Kalau inilah benar, diharap diharap kerajaan Kelantan tidak munafik di dalam soal ini dengan menyalahkan kepada faktor-faktor itu untuk tidak dilaksanakan atau dibiarkan kanun yang diluluskan itu tergantungan kesekian lama. Kerajaan Kelantan harus tegas dalam hal ini sama ada hendak laksanakan atau pun cukup setakat menyediakan kertas undang-undang saja.

Baik soal percanggahan dengan perlembagaan dan surat larangan Mahathir itu kerajaan Kelantan boleh melakukan ujian kaji atau eksprimen ke atasnya. Kerajaan Kelantan perlu mencuba melaksanakan kanun jenayah berkenaan dan lihat sejauh mana tindakan kerajaan Pusat. Apakah kerajaan Pusat akan menyaman kerajaan negeri Kelantan. Kalau ini terjadi elok, pandangan dan keputusan mahkamah akan di perolehi. Jika mahkamah memutuskan ia bercanggah maka percanggahan itu harus diselesaikan dan dalam masa sama ia menjadi bukti diatas 'kegagalan' kerajaan Kelantan selama ini. Pas akan selesa menjadikan perkara itu sebagai alasannya dan Pas tidak akan berhutang dengan rakyat Kelantan khasnya.

Tanpa permasalahan ini sampai ke peringkat mahkamah, tergantung begitu,  kerajaan Kelantan dan Pas tidak boleh sewenangnya mengatakan mereka ada masalah kerana mahkamah tidak pun menyatakan demikian. Makanya kerajaan Kelantan perlu membawa perkara ini (larangan) untuk mendapat deklarasi mahkamah.

Demikian juga dengan surat larangan oleh Mahathir itu. Apakah surat itu masih valid lagi. Mahathir kini sudah tidak menjadi perdana menteri lagi. Mungkin Mohd Najib Razak ada pegangan atau pendirian baru mengenai hudud. Konsep 'wasatiyah'  yang dicanangnya kini mungkin memberi aspirasi kepada Najib untuk memberi laluan kepada Kelantan dan melihat keberkesanan hukum hudud. Boleh jadi.. siapa tahu. Sebab sebagai seorang Islam beriman dengan al-Quran dan al-Hadith Najib juga mempercayai sesuatu yang disebut di dalam kitab suci itu? Beliau juga percaya kepada hari akhirat.

Ahmad Yaakub kena mencuba dan berani untuk mencuba. Beliau jangan setakat berani tetapi harus ada keberanian. Beliau kena menulis surat kepada Najib menyatakan hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dan minta pengecualian. Secara teknikal perdana menteri boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai PM untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hukum berkenaan.

Semasa berjumpa dengan Najib nanti Ahmad boleh menjelaskan hasrat rakyat Kelantan yang inginkan hukum hudud dilaksanakan itu dan juga mendakwah Najib akan tanggungjawab sebagai umat Islam melaksanakan hukum Allah. Jangan lupa bawa Exco yang ditugaskan untuk menggerakkan hukum hudud ini sama berjumpa dengan Najib. Biar dia baca dan berceramah mengenai konsep hudud, maslahatnya kepada ummah seperti mana dia ceramah semasa sidang DUN Kelantan baru-baru ini. Jangan hanya biarkan jubahnya menjadi selanuh ekor merak saja.

Lebih afdal lagi Ahmad Yaakub boleh menghadap Sultan Kelantan mohon perkenan mencampuri hal ini. Lagipun bukankah sultan Kelantan dilihat sultan berimej dan mempunyai iltizam tinggi terhadap Islam. Apa lagi soal agama di bawah bidang kuasa baginda. Hubungan rapat dan mesra Ahmad dengan sultan patut digunakan untuk kemaslahatan agama dan ummah dan bukan dijadikan pelaris politik.

InsyaAllah ini boleh dilakukan. Dasar atau pendekatan kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub yang ingin mejaringkan kerjasama secara G to G adalah satu ruang yang baik. Dasar dan pendekatan itu boleh dipraktik dengan percubaan untuk melaksanakan hudud ini. Inilah peluang pertama untuk beliau menguji dasarnya dan sejauh mana Umno ikhlas dan responsif di atas perubahan pendekatan kerajaan Kelantan itu.

Tidak ada guna pendekatan atau stail G to G dilaksanakan kalau ia tidak mengubah keadaan. Realisasi hubungan ini tentu bukan setakat Kelantan bersedia menjadi tuan rumah tilawah Quran atau pun Ahmad Yaakub merasmikan majlis bersama Mustapa Mohamed. Sesuatu yang lebih signifiken dari itu perlu dilakukan.

Sementara mengenai forum atau apa-apa acara tentang hudud, seperti diadakan minggu lepas saya rasa ia perlu berganjak daripada skala biasa dengan membentang kertas kerja memberi kefahaman mengenai hudud kepada student dan masyarakat biasa perlu diperluskan skopnya. Misalnya adalah baik juga kalau panel dalam mengisi forum atau seminar berkenaan diambil dari kalangan bukan muslim untuk dilihat pengertian atau bagaimana mereka melihat hudud. Persepsi hukum hudud dari perspektif mereka rasanya lebih afdal dihimpun dan diberi gerak tindak daripada kita terus membaca ayat-ayat mengenai hukum hudud yang kebanyakan kita sebagai orang Islam sudah memahaminya, yang setengah orang sudah membaca dari tingkat empat lagi.

Ahli perniagaan wanita maut ditikam

Posted: 01 Nov 2013 07:02 PM PDT


MALAYSIA KINI



 
Seorang ahli perniagaan wanita meninggal dunia akibat ditikam di dada menggunakan senjata tajam di Apartment Bukit Permata, Lumut di Seri Manjung semalam.
  
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata Nariza Mustapha, 32, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Seri Manjung pada pukul 10.45 pagi.
  
Sebelum itu, ibu kepada dua anak itu ditemui terbaring di dalam bilik tidurnya di apartment itu dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 7.30 pagi, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung hari ini.
  
Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat pendarahan yang banyak selepas berlakunya tikaman di bahagian dada.

"Siasatan awal polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk maklumat terperinci," katanya.
  
Jaafar berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan. Lelaki yang merupakan anggota pasukan beruniform itu ditahan reman sehingga 7 Nov.
  
"Mayat Nariza telah dituntut oleh waris dan dibawa pulang ke Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumian," katanya.- Bernama

MP: Polis hina saya, dilayan seperti penjenayah

Posted: 01 Nov 2013 07:01 PM PDT


MALAYSIA KINI



 

MP Seremban, Anthony Loke yang merupakan antara 19 orang yang ditahan di Negeri Sembilan ketika mempertahankan Kampung Hakka Matin daripada dirobohkan semalam, mengadu tentang dakwaan kezaliman polis.

NONE"Saya rasa dihina. Dalam melaksanakan tugas saya sebagai wakil rakyat, hari ini saya dilayan seperti penjenayah oleh pihak polis," tulis MP DAP itu dalam Facebooknya.

Menurutnya lagi, beliau digari, menjalani air kencing, diambill sampel DNA, rakaman cap jari dan yang paling teruk, "bergambar dengan nombor laporan di dada saya."

Tulisan Loke dalam laman sosial itu, yang dimuat naik lewat petang semalam itu, telah menerima ratusan komen yang bersimpati dengannya.

Beliau ditahan bersama-sama dengan aktivis hak asasi manusia, termasuk setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan Nalini Elumalai dari Suaram serta beberapa ahli politik dan wakil rakyat pembangkang.

Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu pertuduhan rasmi.


1. 6 wakil rakyat DAP ditahan ketika ops roboh Kg Hakka

Adakah kawasan lindungan benar-benar dilindungi?

Posted: 01 Nov 2013 06:55 PM PDT


Dyana Sofya Mohd Daud


ULASAN Saya ingin meminta penjelasan dari menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkenaan pembangunan pesat di pesisiran sungai pulai yang mengakibatkan kesan buruk kepada salah satu kawasan perlindungan konvensyen tanah paya (konvensyen RAMSAR).

Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup adalah tiga kawasan di negeri Johor yang dilindungi Konvensyen RAMSAR sejak 31 Januari 2003.

Sungai Pulai juga merupakan sungai paya bakau terbesar di negeri Johor.

Dengan padang rumput laut, dataran lumpur zon pasang surut dan hutan sungai air tawar pedalaman, kawasan ini satu daripada contoh terbaik lembangan tropikal yang kaya dengan pelbagai hidupan paya bakau.

NONESungai Pulai mempunyai beberapa fungsi ekologikal yang amat penting termasuk membendung mendapan dan nutrien dan membuang sisa toksik, melindungi produk semula jadi yang mempunyai nilai ekonomi seperti kayu dan perikanan.

Sungai Pulai juga menyumbang fungsi fizikal yang penting dengan melindungi pesisiran pantai dari angin yang kuat, ombak laut dan pengangkutan air.

Selain itu Sungai Pulai juga kaya dengan hidupan paya bakau dan merupakan habitat kritikal untuk pelbagai flora dan fauna.

Antara spesis haiwan yang jarang ditemui di tempat lain tetapi hidup di Sungai Pulai, avicennia lanata, bruguiera sexangula dan podocarpus polystachus.

Sungai Pulai kaya dengan pelbagai hidupan seperti burung (53 spesis), mamalia (26), reptilia (12), amfibia (7), ikan (111) dan organisma bentor (39).

Seperti yang tertulis dalam laman web Iskandar Malaysia sendiri, pembinaan pelabuhan baru di muara sungai ini boleh membawa kesan terus kepada ekosistem kawasan paya bakau ini.

Rintihan orang Seletar

Ia juga boleh mengakibatkan hakisan pantai dan pencemaran air akibat daripada aktiviti pengorekan dan penebusgunaan tanah.

Kawasan paya bakau Sungai Pulai ini amat penting dan berperanan besar dalam menstabilkan kawasan pinggir laut dan sebagai agen semula jadi mengelakkan banjir di 38 kampung di sekitarnya.

Pejabat ahli Parlimen Gelang Patah ada menerima pelbagai aduan mengenai penjelasan kawasan ini, antaranya daripada penduduk Kampung Simpang Arang.

NONEMereka rata-ratanya Orang Asal Seletar yang tinggal di tanah paya di pesisiran Sungai Pulai ini sejak berkurun lamanya.

Punca pendapatan dan kehidupan mereka berkisar terus dengan Sungai Pulai.

Mereka, yang boleh dikatakan pakar di kawasan sendiri, mendapati bahawa Sungai Pulai terjejas teruk sejak kebelakangan ini.

Antaranya termasuk penurunan tangkapan hidupan laut yang ketara di kawasan tersebut dan pengecutan kawasan hutan paya bakau yang drastik.

Saya bersama-sama Ketua Biro Teknologi Hijau dan Alam Sekitar DAPSY Kebangsaan, Marcus Sew, ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Ketua DAPSY P Gudang telah meninjau beberapa tapak pembinaan di pesisir Sungai Pulai.

Ia semestinya membawa sedikit sebanyak kesan buruk kepada ekosistem Sungai Pulai.

Saya ingin bertanya, adakah kawasan perlindungan Konvensyen RAMSAR ini benar-benar dilindungi?

Lembangan tropikal terbaik
di M'sia

Semakin banyak kawasan hutan paya bakau yang dimusnahkan dan pesisiran sungai ditambak demi untuk memberi ruang kepada pembangunan komersial dan kediaman yang sejajar dengan pembangunan Iskandar Malaysia.

NONESekiranya lebih banyak kerosakan dilakukan ke kawasan ini dengan tidak terancang, kami bimbang kita tidak mungkin akan dapat lagi memulihara dan mengekalkan ekosistem Sungai Pulai sebagai salah satu contoh terbaik lembangan tropikal di Malaysia.

Di samping itu kepupusan pelbagai flora dan fauna, kehilangan fungsi fizikal kawasan paya bakau ini akan membawa kesan buruk kepada kawasan sekeliling secara menyeluruh.

Jangan pula bila sudah terantuk baru terngadah. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada gunanya lagi.

Saya dengan ini ingin meminta penjelasan menteri besar Johor mengenai situasi ini dan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku ianya amat-amat membimbangkan.

abdul ghani othman bangsa malaysia 061106 talkingPada 6 Januari 2010, mantan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman (kanan) ada mengatakan:

"Bersama dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia, negeri Johor juga akan memelihara kecantikan alam semula jadi negeri tersebut dan memastikan pembangunan mampan".

Saya berharap Khaled sebagai menteri besar yang baru juga mengekalkan sentimen yang sama.

Kami menyeru menteri besar mengambil langkah tegas untuk mengelakkan pemusnahan kawasan ini secara berterusan.

Kami juga menyeru bersama-sama menghormati konvensyen yang menjadikan Sungai Pulai kawasan yang dilindungi dan tidak seharusnya terjejas dengan pembangunan yang tidak terancang.

(*) DYANA SOFYA MOHD DAUD setiausaha politik kepada ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

BN & PAS kekalkan sokongan di kubu masing-masing

Posted: 01 Nov 2013 06:52 PM PDT


Ahmad Fadli KC

 

Sejak kempen bermula pada 23 Oktober lalu, BN selaku kerajaan Persekutuan telah menghulurkan 'bantuan' berjumlah sekurang-kurangnya RM6 juta buat pengundi di N20 Sungai Limau.

Sayangnya, taktik tersebut sehingga kini nampaknya masih belum mampu mengubah fikiran sebilangan penduduk tempatan yang masih tegar menyokong PAS terutamanya di kawasan yang dianggap kubu kuat parti itu seperti di Bukit Besar, Guar Chempedak serta Kampung Sungai Limau Dalam.

Tinjauan Malaysiakini di kubu kuat PAS, Kampung Sungai Limau Dalam mendapati penyokong parti itu tetap setia menyokongnya walaupun BN kini memerintah di peringkat negeri.

NONEHashim Abu Hassan (kiri), 75, berkata beliau tetap akan mengundi PAS kerana prinsip asas parti itu yang memperjuangkan Islam.

"Saya mula-mula mengundi saya dah pilih PAS.

"Saya mengaji Islam, jadi dia Islam, kita undi Islamlah," katanya sewaktu ditemui di sebuah kedai kopi di semalam.

Ditanya tentang BN yang mendakwa mereka juga memperjuangkan Islam, Hashim berkata beliau tidak percaya kepada parti itu yang pernah berlaku 'zalim' kepadanya.

Dakwanya, kerajaan 'membeli' tanah-tanah sawah beliau sebelum ini untuk dibuat sekolah dan rumah-rumah guru pada harga yang rendah daripada nilai pasaran.

"Bayar saya RM17,000 sedangkan tanah itu dah harga RM70,000 ke RM80,000. Itu zalimlah," katanya.
 Azam ada 'aura'
NONEIbu kepada dua anak, Nor Azira Abu Bakar (kiri), 38, yang mengusahakan kedai kopi berkata beliau tertarik untuk mengundi calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat kerana 'konsep baru' beliau.

"Bila tengok muka dia, aura dia itu nampak menarik.

"Golongan muda ni pemikiran dia meluas, idea dia meluas sikit, boleh tarik golongan muda," katanya merujuk kepada Azam.

Beliau yang akan mengundi buat kali keempat pada pilihan raya kecil kali ini kelihatannya tidak termakan dengan janji pembangunan BN.

"Di sini sebelum PAS memerintah memang dah ada pembangunan," katanya.

Jelasnya lagi, pengundi-pengundi muda yang menyokong PAS juga sedia maklum bahawa bantuan-bantuan yang dihulurkan BN datangnya daripada duit rakyat yang menyumbang kepada negara tanpa mengira fahaman politik.

NONE"Macam depa cakap, bagi, kita ambil," katanya merujuk kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan persekolahan yang diberikan kerajaan.

Seorang lagi pengundi, Hujaiymi Abu Bakar (kanan), 28, melahirkan kebimbangannya dengan wang yang telah dihulurkan BN setakat ini.

Menurutnya, ia sedikit sebanyak mungkin boleh mempengaruhi pengundi atas pagar serta pengundi Cina.
Undi kaum Cina
"Di sini dengan cara turun duit macam banyak juga.

"Yang saya risaukan akan terpengaruh mungkin pengundi Cina serta yang berada di atas pagar," katanya.

30 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan bantuan sebanyak RM2.2 juta untuk tiga buah sekolah Cina serta tabung pendidikan Cina di Sungai Limau.

Ditanya tentang janji pembangunan yang mahu dibawa BN ke Sungai Limau, Hujaiymi berpendapat kemudahan yang sedia ada sekarang ini sudah mencukupi.

"Kalau bercakap soal pembangunan, yang ada ini pun dah mencukupi," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS menguasai 13 daripada 19 pusat daerah mengundi di Sungai Limau.

Pas menang di daerah mengundi Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

NONESementara BN pula menang di Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar, Dulang Kechil dan Sungai Kering.

Pembantu kedai Nurliana Ghazali (kiri), 26, yang ditemui di Dulang Besar mahu melihat pembangunan yang sama di kawasan DUN dalam Parlimen Jerai dibawa ke Sungai Limau.
"Kalau tengok di Jerai, yang berada di bawah BN, jalan dia lagi besar dan orang lagi ramai ke sana," katanya yang bekerja di sebuah kedai elektrik.
Mesra orang muda
Beliau mendakwa turut kecewa dengan pentadbiran PAS sebelum ini yang menurutnya pernah melakukan majlis pecah tanah beberapa kali di tapak yang sama tetapi sehingga kini belum lagi mendirikan sebarang rumah.

"Kali pertama dan kali kedua buat memang ada orang pergi. Kali ketiga buat, memang tak ada orang pergilah," katanya.

NONERakan sekerjanya, Mohd Akmal Abdul Rahman, 24 turut bersetuju dengannya dan menambah, golongan belia di Sungai Limau mungkin akan mengundi BN kerana ketrampilan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahahthir.

"Beliau mesra rakyat dan dekat dengan orang muda.

"Datang sini pun naik motosikal dan pakai kain pelikat sahaja," katanya sambil menambah beliau yakin Mukhriz akan mampu membantu prestasi bola sepak Kedah.

Kerusi dewan undangan negeri Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara BN dan PAS selepas penyandang, Tan Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.

Final Piala M'sia: Pahang umum cuti hari Isnin

Posted: 01 Nov 2013 06:42 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Pahang dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor esok.
  
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keputusan membenarkan cuti peristiwa pada 4 November dibuat setelah mengambil kira semua perkara termasuk semangat penyokong dan rakyat negeri Pahang.
  
"Yang lebih penting untuk kita membolehkan penyokong yang pergi menonton di Stadium Shah Alam dapat merancang dengan baik perjalanan mereka supaya tidak tergocoh-gocoh pada malam yang sama untuk pulang.
  
"Mungkin mereka boleh bermalam di Shah Alam atau Kuala Lumpur dan pada keesokan harinya mereka boleh beransur untuk balik, (ke Pahang)," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pasukan Pahang dan penyokong di Kuantan semalam.
    
Adnan pada majlis itu turut mengumumkan kerajaan negeri bersedia menimbangkan imbuhan bagi menghargai pemain Pahang jika berjaya menjulang Piala Malaysia.
  
"Kita pertimbangkan untuk pemain pasukan Pahang bukan sahaja setakat kesebelasan utama tapi juga pemain simpanan dan pegawai lain yang kita akan beri satu bentuk (hadiah) ingatan kepada mereka," katanya.
  
Ditanya mengenai perlawanan akhir itu, Adnan menjangkakan perlawanan sengit dan berharap Pahang menang dengan skor 2-0.
Kerajaan Kelantan juga telah mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia esok- Bernama

1. K'tan umum cuti 4 Nov final Piala Malaysia

Pengintipan AS Menjejaskan Kedaulatan Negara - Khairy

Posted: 01 Nov 2013 06:38 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
PETALING JAYA: Laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) mengintip aktiviti di beberapa buah negara di dunia menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan hubungan diplomatik negara berkenaan, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan itu berkata operasi perisikan yang dilakukan oleh AS itu boleh menjejaskan kedaulatan negara yang menjadi sasaran.

Khairy berkata kenyataan Duta AS ke Malaysia, Joseph Y. Yun bahawa kemudahan pengintipan AS yang diwujudkan di negara terlibat termasuk Malaysia dikatakan hanya untuk mengawasi sebarang aktviti pengganas dan senjata pemusnah yang digunakan secara meluas, memang tidak boleh diterima sama sekali.

"Jika AS benar-benar ikhlas mengenai hubungan kerjasama dengan negara kita, mereka sudah pasti boleh meminta bantuan, dan mengekalkan kerjasama rapat serta berkongsi maklumat mengenai ancaman yang berlaku dengan pihak berkuasa di Malaysia, seperti polis dan tentera untuk mengambil tindakan yang selanjutnya," kata Khairy.

Beliau menyifatkan tindakan pengintipan yang dilakukan itu sama seperti 'AS memandang rendah kemampuan perisikan dan keselamatan negara serta melemahkan kedaulatan serta keupayaan pihak berkuasa di Malaysia.

Justeru, sayap Pemuda Umno menggesa Kementerian Luar segera mengambil tindakan dengan mendesak Kedutaan AS menjelaskan mengenai kesahihan laporan yang mendakwa wujudnya aktiviti pengintipan dijalankan terhadap kerajaan Malaysia.

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas di Setapak Guna IC Palsu

Posted: 01 Nov 2013 06:34 PM PDT



 
Pengawai polis menemubual beberapa orang pekerja kedai emas yang dirompak di Setapak, Kuala Lumpur.
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pengawal keselamatan yang merompak sebuah kedai emas di KL Festive City Mall, di Setapak pada Khamis menggunakan kad pengenalan (IC) palsu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh berkata semakan ke atas suspek mendapati dia menggunakan nombor kad pengenalan milik individu lain.

"Kami sedang menyiasat latar belakang suspek dan syarikat kawalan keselamatan yang mengambilnya bekerja. Setakat ini kita sedang menyiasat bagaimana dia diambil bekerja serta sama ada suspek memiliki lesen untuk membawa senjata api atau tidak," kata SAC Amar.

Suspek yang dikenalipasti sebagai Hikman Jacob (900328-12-5725) berasal dari Kampung Bingkor, Sabah mengacukan pistol kepada majikannya ketika mahu memulakan perniagaan kedai emasnya pada pukul 9.30 pagi Khamis.

Dia kemudiannya meninggalkan kedai emas tersebut dengan membawa dulang berisi 100 utas rantai leher yang tidak dapat dipastikan nilainya.

Suspek dilaporkan baru dua bulan bekerja di kedai emas tersebut.

Pengurus cawangan kedai emas tersebut, Robert Lourdusamy berkata walaupun pihaknya berkali-kali mendesak suspek menunjukkan kad pengenalannya kepada majikan namun suspek tidak pernah berbuat demikian.

"Semalam (Rabu), dia hanya menunjukkan salinan kad pengenalannya. Ia nampak sama seperti kad pengenalan biasa, namun ia sangat lembut dan rasanya sama seperti sekeping kadbod," kata Robert.

"Saya beritahu dia perlu menunjukkan kad pengenalannya yang asli hari ini (Khamis) kerana kami mahu membuatkan kad perakam waktu untuknya," katanya.

Menurut laman web, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), bekas Ketua Polis Negara merupakan ahli lembaga pengarah dalam firma yang mengambil suspek bekerja.

Ketika dihubungi syarikat kawalan keselamatan berkenaan, enggan mengulas sama ada mereka ada menyemak latar belakang atau suspek memiliki lesen membawa senjata api yang sah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak kementerian akan menyiasat bagaimana suspek diambil bekerja dan belum ada tindakan selanjutnya yang diambil terhadap firma keselamatan tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Saya sedang meneliti sistem bagaimana untuk mengetatkan prosedur, pengambilan pekerja serta garis panduan mengenai latar belakang individu yang akan diambil untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya.

Sementara itu, mengenai pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank sebelum melarikan diri dengan wang tunai berjumlah RM450,000 dari Ambank cawangan Subang Jaya minggu lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis yakin mereka dapat menangkap suspek tidak lama lagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya kerana bimbang ia boleh menggangu siasatan.

Tiada ulasan: