Sabtu, 2 November 2013

Biaqpila

Biaqpila


PANAS!!! KEMPEN PRK PALING KOTOR

Posted: 02 Nov 2013 06:13 AM PDT

Gambar : Kempen Paling Kotor Dan Biadab Di PRK Sungai Limau


















Semakin hampir dengan hari membuang undi, kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau dicemari dengan kempen kotor apabila replika kaki sebelah dipotong yang ditemui digantung di berbagai lokasi.

Insiden itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama
yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.

Walaupun tidak mengaitkan insiden tersebut dengan mana-mana pihak,
dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak yang
mana sebelah kakinya telah dipotong sebelum meninggal dunia selepas
menjalani pembedahan.

Sungai Limau adalah kubu kuat PAS yang telah dimenangi mereka selama lima penggal.Penyandangnya arwah Azizan adalah wakil rakyat dikawasan tersebut sejak tahun 1995.

Kerusi tersebut kosong selepas arwah Azizan meninggal dunia pada 26 September kerana jatuh sakit dan mengalami kegagalan organ.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, arwah Azizan memperoleh
majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang
diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan
empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit
mereka. - 2 November 2013.TMI

malaysiaberih

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

Tiada ulasan: