Isnin, 4 November 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[LIVE] Bergambar: PRK Sungai Limau: Hari Ini Hari Mengundi -updated

Posted: 04 Nov 2013 01:10 AM PST


Hari ini, penduduk Sungai Limau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia September lalu.

Ini adalah pilihan raya kecil pertama semenjak 28 tahun kerusi DUN Sungai Limau dipegang oleh bekas Menteri Besar Kedah sepenggal itu dan masyarakat kampung di sini teruja dan terkejut apabila menjadi tumpuan seluruh negara.

Terdapat 27,222 pengundi di Sungai Limau dan daripada jumlah keseluruhan pengundi, 93% adalah Melayu, 6% Cina manakala selebihnya adalah kaum India dan lain-lain.


Pengkritik melihat pilihan raya kali kecil ini sebagai pertarungan "maruah" bagi PAS mahupun Umno, terutamanya selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bagi PAS, kemenangan di Sungai Limau penting untuk menebus maruah mereka selepas gagal mempertahankan sebuah kerajaan negeri.

Bagi Umno pula, pilihan raya kecil kali ini penting untuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir membuktikan kemampuan dirinya sebagai pemimpin terutamanya selepas tewas dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Selain itu, ia juga ujian litmus untuk melihat sama ada pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad masih relevan ataupun tidak, apatah lagi ia adalah negeri kelahiran negarawan tersebut.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan PAS, Mohd Azam Abd Samat. -TMI

LINTAS LANSUNG


5.05 pm Ada laporan menenai pengundi hantu di PRK Sg Limau:

Mangsa : Che Yah bt Jahaya dari UPU Permatang Buluh yang bernombor Kad Pengenalan : 690528 02 5654.
Lokasi Pengundian : SK Permatang Buluh. Beliau tidak dibenarkan membuang undi hari ini kerana namanya telah digunakan oleh pengundi lain.

Laporan polis telah dibuat. ~tokku

5.00pm Kesemua peti undi ditutup. Sehingga jam 4.00 ptg tadi seramai 22,642 orang atau 83.2 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

4.45pm Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria berkata, pihaknya tidak tahu menahu berhubung dakwaan seorang aktivis dewan itu yang didakwa menumbuk seorang pemimpin wanita Umno bahagian, seperti dilaporkan.

Katanya, beliau sendiri hanya mendengar perkara itu melalui laporan di portal berita.

Justeru, anggota Parlimen Padang Terap itu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasat perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

4.45pm Berbaki beberapa minit sebelum tempoh pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ditutup pada pukul 5 petang.

Vidso di bawah memaparkan berlaku kekecohan apabila penyokong PAS ingin menunai solat di masjid tetapi dihalang oleh penyokong BN


3.31pm Kereta dinaiki Sohaimi, calon BN, ditendang sekumpulan penyokong dipercayai daripada pihak lawan, lapor Bernama.

Sohaimi ketika ditemui pemberita di rumahnya dilapor melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu dan yakin ia bukan dilakukan penduduk tempatan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan pusat mengundi SK Sungai Dedap, sekumpulan individu dipercayai penyokong PAS menendang kereta yang dinaikinya lebih 10 kali.

ULASAN GB: Nampaknya BERNAMA tak habis-habis menuduh PAS melakukan "keganasan" sekalipun TIADA BUKTI lengkap mengenai tuduhan yang mereka lemparkan. Ia semacam begitu terdesak sangat untuk memenangkan calon BN.

Di SK Dulang, berlaku kekecohan apabila penunggang motosikal yang juga anggota Unit Amal PAS terjatuh di tepi jalan dalam cubaan mengelak motosikal lain yang dipercayai ditunggang penyokong parti lawan.

Kekecohan dilapor berjaya dikawal anggota polis bertugas.

Abby Abadi bersama suami turut kelihatan (tudungnya bercap bulan amat menarik perhatian...)

2.45pm Menurut SPR, sehingga jam 2 petang, seramai 18,843 (69.22 peratus) telah mengundi.

2.45pm Beberapa akhbar online memetik laporan BERNAMA yang melaporkan terdapat adegan tumbuk berlaku. Insiden itu dikatakan melibatkan seorang pemuda Pas dari pusat daerah mengundi Sedaka dengan ketua wanita Umno Bahagian Wilayah Persekutuan.

Selain kes itu, terdapat juga dua insiden sama berlaku di kawasan Titi Batu, melibatkan seorang ahli wanita Umno yang hampir bergaduh dengan seorang perayu undi Pas, manakala satu kes lagi melibatkan seorang bergelar 'datuk' dari Kuala Lumpur yang dipukul oleh penyokong Pas menggunakan kayu bendera.

Walaubagaimana pun kesahihannya belum dapat ditentukan kerana polis masih menyiasat kejadian tersebut dan tiada maklumat lengkap mengenai "pemuda PAS" yang dituduh menumbuk itu. Tiada rakaman gambar/foto mengenai kejadian tersebut.


2.30pmSetakat jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.

1.00pm SJK(C) Aik Min, Sungai Limau Luar - Nenek berusia 97 tahun, yang tertua di kawasan itu, turut tampil mengundi

Ng Ken yang dilahirkan pada 1916 tampil dengan kerusi roda dengan anak perempuannya - juga pengundi kawasan itu.

Ditanya berapa kali beliau sudah mengundi, Ng Ken menjawap: "Beh ki liao." (saya sudah lupa.)

Beliau mengaku tidak pernah terlepas pengundian sejak 1957 lagi. Sehingga ke hari ini beliau terus berbuat demikian bagi merasai suasana kemeriahan pilihan raya.

12.42pm Sebanyak 55 peratus atau 15,046 orang telah keluar mengundi setakat jam 12 tengahari, menurut jurucakap SPR.


11.53am: Seramai 12,166 dari 27,222 pengundi (44.07 peratus) menunaikan tanggungjawab setakat jam 11 pagi, menurut Bernama yang memetik kenyataan jurucakap SPR.

11.25am SMK Bukit Besar - Balu Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata beliau kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.

Menurutnya, SMS tersebut mendakwa beliau kesal dengan penghinaan PAS ke atas Allahyarham Azizan.

Menurutnya, SMS tersebut berlegar sejam sebelum tempoh kempen berakhir pada malam tadi.

"Tentulah saya harap PAS akan menang," katanya ketika ditemui wartawan selepas membuang undi.

11.24am Sekolah Kebangsaan Bukit Besar - Wartawan KiniTV Sumisha Naidu berkata beliau tidak menyedari bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menemubual pengundi.

Beliau merupakan antara petugas media yang diarahkan keluar dari kawasan pusat pengundian tersebut pagi ini.



"Ya ia kesalahan saya tapi ia tidak disengajakan," katanya yang memberi alasan bahawa tiga orang wartawan lain turut menemubual pengundi pada masa itu.

Oleh sebab itu, beliau beranggapan bahawa tindakan tersebut dibenarkan.

Katanya, petugas China Press juga diusir dari kawasan tersebut dalam kejadian berkenaan.

10.42 Peratusan keluar mengundi sehingga 10 pagi sebanyak 30.4 peratus.

10.15 SJK(C) Pei Hwa, Kampung Batu 17 - Terdapat provokasi kecil di kalangan penyokong PAS dan BN.

"Jangan buat kacau di sini," seorang polis yang bertugas di situ memberi amaran sambil menjarakkan mereka.


10.10 SK Dulang Besar - Terdapat khabar angin pergaduhan di Sedaka.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya berkata beliau tidak mendengarnya.

"Gaduh dalam pemilihan Umno lagi teruk," katanya kepada pemberita.

Mahfuz juga memberitahu, penyokong PAS akan berkumpul di Markas Padang Lumat selepas jam 5 petang untuk mengikuti keputusan pilihan raya dari masa ke semasa.

Menurut pegawai SPR, setakat ini, 3,927 orang (14.43 peratus) sudah keluar mengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilapor sebagai berkata, peratusan keluar mengundi yang melebihi 10 peratus pada sejam pertama adalah sangat baik.

9.50- Seorang wartawan KiniTv 'diusir' keluar daripada tempat pembuangan undi dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Besar (SKSB) sinarharian dipetik.

Dia diarahkan keluar oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang anggota polis yang bertugas kira-kira jam 8.15 pagi.

Difahamkan, dia diminta meninggalkan kawasan itu kerana dipercayai mengadakan temu bual bersama seorang pengundi di dalam kawasan tempat pembuangan undi.

Tindakan itu merupakan satu kesalahan menurut SPR.

9.40Ramai keluar mengundi pada sebelah pagi ini kerana khuatir hujan akan turun pada sebelah petang.



9.30 Sementara itu, akhbar Sinar harian melaporkan bahawa pihak polis menafikan ada membuat tangkapan terhadap ahli PAS yang kononnya telah dibelasah dan ditahan oleh penduduk kampung kerana menggantung patunng kaki. Blog-blog pencacai UMNO semalam telah membuat fitnah menyatakan adanya ahli PAS ditangkap polis kerana menggantung patung kaki di PRK Sungai Limau.


9.20 SMK Bukit Besar - Perayu undi BN dan PAS berkumpul berhampiran Klink Kesihatan Bukit Besar, menunggu pengundi yang hadir ke SMK Bukit Besar.

Sebahagiannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah membuang undi.


8.26 SMK Bukit Besar. Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat tiba di SMK Bukit Besar pada jam 8.26 pagi bersama isteri.

Mohd Azam dilihat masuk ke pusat pengundian diiringi beberapa pemimpin PAS termasuk Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.


Beliau kemudian dilihat keluar dari tempat mengundi kira-kira jam 8.35 pagi.

Bercakap kepada pemberita sejurus selepas itu, Ustaz Azam menyeru pengundi agar keluar awal untuk mengundi memandangkan cuaca baik pagi ini.

"Harap pengundi keluar mengundi awal kerana cuaca dijangka kurang baik tengah hari ini.

"Kita harap proses pengundian berjalan lancar dan sistem demokrasi negara ini dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

8.00 Dulang Besar - Peti undi dibuka dan cuaca baik hari ini.

Bagaimanapun, proses pembuangan undi bermula perlahan.

Di SMK Dulang, seorang jentera parti memberitahu, setakat ini hanya sepuluh pemilih yang menunaikan tanggungjawapnya di situ.

Dulang Besar antara kubu kuat BN dalam DUN itu.



Akan dikemaskinikan sentiasa

[KANTOI] Bekas Ahli UMNO Sertai UMNO, Tak Pernah Jadi Ahli PAS

Posted: 03 Nov 2013 03:10 PM PST


Kantoi lagi..

Nama pakcik yang menangis sambil memeluk Jamil Khir dalam berita TV3 tengahari tadi ialah Sobri Wahab, ahli UMNO.

Tanyalah mana-mana penduduk Kpg. Titi Serong,semua kenal pakcik ni.PRU lepas dapat peruntukan besar dari BN untuk membaikpulih rumah.

Berlakon sambil menangis kononnya tak puas hati dengan PAS.Jamil Khir pun kenal siapa pakcik ni..

Bangkai gajah, walau ditutup dengan daun,busuknya terhidu juga..kannn.!! -fb

Telefon Pemimpin Pakatan Diklon Untuk Sebar SMS Palsu

Posted: 03 Nov 2013 04:50 AM PST

Yan - Seorang lagi pemimpin Pas menerima mesej berbaur fitnah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) menjelang PRK Dun Sungai Limau, pagi tadi.

Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mesej tersebut mungkin dilakukan oleh tangan-tangan hitam sama yang pernah melakukan perbuatan itu kepada tiga pemimpin Pas negeri Kedah dan seorang pemimpin Pas Pusat, baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej tersebut pada awalnya telah diterima oleh Setiausaha Muslimat Pas Kawasan Jerai, Zulinda Khamis, kira-kira 9.15 pagi.

Mesej itu menyebut, "kepada pengundi Dun Sungai Limau, sebelum mengundi sila ke Unit Peti Undi (UPU) Pas masing-masing untuk mengambil wang tambang sebanyak RM120 seorang. Terima Kasih daripada Penyelaras PRK Mohd Firdaus Jaafar".

"Pada jam kira-kira 10 pagi, beliau (Zulinda) telah menelefon saya dan memaklumkan mesej yang beliau terima daripada nombor 019395XXXX. Itu bukan nombor saya dan apabila saya menelefon semula nombor itu, namun tiada jawapan.

"Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak terlibat dalam perbuatan itu. Tambahan pula, dakwaan mengatakan saya adalah Penyelaras PRK juga tidak betul. Saya bukan berada di posisi itu tetapi saya berada di satu unit yang diamanahkan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Selepas mendapat khidmat nasihat daripada peguam peribadi, Mohd Jaafar menegaskan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

"Saya menafikan mesej ini dan berharap pengundi-pengundi yang menerima mesej ini ataupun siapa saja, yakinlah bahawa ini adalah fitnah yang dicipta reka oleh musuh.

"Ini bukan agenda kita (Pas) dan saya tidak terlibat secara langsung dalam PRK pun. Mana kita nak cari dana untuk bayar tambang seperti yang didakwa, ini tidak logik. Semua pengundi dibayar RM120 adalah fitnah yang cukup hebat kepada saya sebagai bekas ahli Parlimen Jerai," katanya. -SH

SMS palsu: Niat keruhkan DAP Kedah


SHAH ALAM - Penyebaran SMS palsu yang melibatkan pemimpin DAP didakwa bertujuan untuk mengeruhkan keadaan parti itu di negeri Kedah, kata Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.

Loke turut mengesahkan bahawa beliau turut mengetahui perkara itu melalui orang ramai yang turut menerima SMS daripada nombornya semalam.

Menurutnya, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Ya saya memang dengar dan ada orang bagitahu saya menerima SMS daripada saya," kata Loke.

"Ini mungkin motif politik dan bertujuan untuk mengeruhkan DAP di Kedah. Kita akan siasat dahulu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari turut mendapat maklumat mengenai perkara tersebut sekaligus menyatakan akan membuat laporan polis, hari ini.

Zairil mendakwa telah mendapat maklumat daripada beberapa orang awam yang memberitahunya telah menerima SMS daripada nombor telefon yang digunanya.

Menurutnya, perkara itu telah disedarinya pada lewat petang semalam apabila menerima SMS balasan daripada orang ramai.

"Saya akan buat laporan polis sebentar lagi di IPD Pulau Pinang sebab pagi ini saya agak sibuk, ada banyak program.

"Ada ramai orang dapat SMS yang dihantar daripada nombor saya, tapi tidak dihantar daripada saya," jelasnya.

Sinar Harian Online difahamkan, Zairil telah menyedari perkara itu pada 7.45 petang semalam, apabila tiba-tiba menerima SMS respon mengenai emel palsu kononnya yang dikirimnya kepada ahli DAP untuk meraih undi.

SMS tersebut berbunyi: "Saya adalah Melayu. Dan saya mengharapkan sokongan tuan-tuan untuk mengetuai DAP Kedah,".
- SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Nombor Telefon Salahuddin Diklon, Hello Celcom Ni Apa Cerita?

Tiada ulasan: