Biaqpila |
PENGURUS RESTORAN NAFI GUNA TAHI Posted: 15 Nov 2013 08:58 AM PST Perniagaan nasi kandar di Jalan Yang Kalsom di sini dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai hari ini. - Foto Bernama Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya. "Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini. Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk. "Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'. Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya. Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa. Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya. Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan. Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - Bernama SH |
5 GOLONGAN HIDUP DALAM KERUGIAN Posted: 14 Nov 2013 07:56 PM PST Amalan jadi sia-sia jika menyekutukan Tuhan, tunduk kepada hawa nafsu Allah SWT menegaskan dalam al-Quran mengenai golongan orang yang rugi kerana semua amal mereka di dunia menjadi sia-sia. Semua amal mereka tidak mampu memberatkan timbangan kebaikan di akhirat, sebaliknya mendapat azab dan seksa yang amat pedih daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang yang merugi.” (Surah Az Zumar, ayat 65) Mendustai al-Quran Kedua, orang yang berpihak kepada yang batil. Mereka ini adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam al-Quran. Mereka juga tidak mempercayai akan menghadap Allah SWT untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang yang merugi.” (Surah al-Ankabut, ayat 52). Seterusnya, orang yang menolak Islam sebagai agama yang benar dan diredai Allah SWT. Mereka menganggap Islam hanya produk budaya masyarakat Arab sehingga tidak semua ajarannya layak diterapkan saat ini. Bahkan, dengan dalih pluralisme, mereka melakukan kempen menolak kebenaran mutlak agama Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran, ayat 85) Terpedaya dengan hawa nafsu Orang yang terpedaya oleh hawa nafsu, akal dan agama yang diberikan Allah SWT tidak mampu menjadi benteng kepada mereka daripada dorongan nafsu yang merosak. Mereka melakukan semua perbuatan syaitan yang sangat dilaknat oleh Allah SWT. Membunuh, mencuri, menipu, menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mereka tidak lagi bertuhankan kepada Allah SWT tetapi kepada hawa nafsu. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya. Sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia seorang di antara orang yang merugi.” (Surah al-Maidah, ayat 30) Orang yang melupakan Allah SWT kerana sibuk dengan harta dan anak, mereka lupa bahawa harta dan anak sesungguhnya adalah amanah daripada Allah SWT yang sepatutnya menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah SWT. Mereka terlena oleh nilai harta dan anak sehingga lalai memenuhi hak Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang yang beriman! Janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah at-Taghabun, ayat 9) Sikap dan perilaku buruk hendaknya dijauhi setiap Muslim ketika hidup di dunia supaya semua amal yang telah dibuat tidak sia-sia dan dapat memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak sehingga terhindar kerugian yang amat besar. bh |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan