Jumaat, 15 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perkasa persoal cubaan larang Ibrahim Ali ke Sabah

Posted: 15 Nov 2013 04:45 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK























Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan desakan Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau Paul Kadau bagi menghalang Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) untuk merasmikan persidangan tahunan (AGM) Perkasa Sabah.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, Ibrahim tidak akan merasmikan AGM Perkasa Sabah kerana presiden pertubuhan itu terdahulu dijemput untuk merasmikan AGM Wilayah Persekutuan pada tarikh sama AGM Sabah iaitu pada 24 November.

"Tidak kurang dua kali setahun Ibrahim ke Sabah sejak 2009. Adakah berlaku apa-apa yang tidak diingini di Sabah? Adakah beliau mengajak ahli Perkasa Sabah membakar Bible? Membuat huru-hara?

"Setiap kali Ibrahim ke Sabah hanya jika ada program Perkasa Sabah yang menjemput beliau merasmikan acara. Beliau juga tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan mana-mana pihak yang cuba menyerang Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Hassan memaklumkan Perkasa Sabah kini mempunyai lebih kurang 45,000 ahli sejak 2009 dan tidak pernah bermusuh dengan penganut Kristian Sabah malah mengalu-alukan mereka bersama dalam Perkasa untuk mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera.

Katanya, ahli Perkasa Sabah yang terdiri daripada penganut Kristian bilangannya agak ramai kerana keahlian Perkasa dibuka kepada semua rakyat Malaysia berstatus Bumiputera.

"Perjuangan Perkasa di Sabah lebih kepada mempertahankan kepentingan hak Bumiputera Sabah yang rata-rata masih mundur berbanding kaum lain yang memonopoli ekonomi Sabah walaupun mereka tidak ramai di sana," katanya.

Media melaporkan hari ini Paul menggesa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya bagi menghalang Ibrahim ke Sabah kerana menurutnya rata-rata warga Sabah tidak menyenangi kehadiran Ibrahim ke sana.

Katanya, cadangan untuk menghalang Ibrahim akan dikemukakan melalui satu surat bantahan kepada kerajaan Sabah dan melalui wakil rakyat di kawasan mereka.

Paul berkata larangan itu bagi memastikan keselamatan, perpaduan dan keharmonian semua kaum di Sabah terpelihara ekoran sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah Allah dan tentangannya terhadap penggunaan kalimah itu dalam Al-Kitab menjadi sebab mengapa beliau harus diharamkan masuk ke Sabah.

"Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci-membenci," katanya.

Salahudin mahu bawa PAS lebih inovatif dan dinamik

Posted: 15 Nov 2013 04:43 AM PST

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: Berhasrat untuk terus memposisikan kedudukan PAS di pentas politik tanah air dan bersaing dalam menentukan masa depan politik negara, Salahuddin Ayub berikrar akan meneruskan apa yang sudah dilakukannya jika terpilih sekali lagi dalam muktamar kali ini sebagai naib presiden.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Salahuddin berkata peranan beliau membina 'jambatan' bagi menghubungkan PAS dengan dunia luar itu perlu diperkukuhkan dan dianjakkan lagi bagi memastikan PAS sebagai sebuah parti progresif, inovatif dan dinamik.

"Bagi saya, PAS sebagai parti yang berdasarkan Islam ini mesti perlu progresif, inovatif dan dinamik bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti yang dapat bersaing dalam suasana politik masa depan negara," tegas beliau.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut berpendapat PAS perlu muncul untuk jadi parti terkuat, yang merupakan satu lonjakan baru yang perlu didokong bersama yang turut akan dibina kelak.

Pada pemilihan PAS kali ini, jawatan Naib Presiden PAS menyaksikan pertandingan lima penjuru bagi memilih tiga daripadanya untuk penggal 2013-2015.

Selain Salahuddin, dua penyandang lain iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa turut mempertahankan jawatan tersebut.

Manakala, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut bertanding untuk jawatan tersebut.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 Nov, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Keputusan UPSR bukan penamat segala-gala

Posted: 15 Nov 2013 04:40 AM PST

Normala Sudirman,


NGO Pendidik ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon UPSR yang menerima keputusan peperiksaan UPSR semalam. Kepada ibu bapa dan warga pendidik ,juga diucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dengan penuh kegigihan dan ketabahan selama ini. Sudah pasti jasa dan pengorbanan ini akan 'membekas di hati' dan dikenang oleh anak–anak yang melalui detik pertama menempuh ujian selama 6 tahun berada di alam sekolah rendah.

Walau apa pun keputusan UPSR yang diterima, syabas dan tahniah diucapkan atas kegigihan menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu di samping ingin memenuhi cita-cita beroleh kejayaan yang cemerlang.Pastinya,ibu bapa,guru dan warga pendidik akan gembira sekiranya keputusan 5A yang diterima. Jika sasaran untuk memperolehi keputusan tidak menepati sasaran, terimalah ia dengan hati terbuka dan redha atas qada' qadar yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya, keputusan UPSR adalah akronim untuk klausa 'Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ' yang merupakan permulaan dan bukanlah penamat bagi segala- galanya dalam meraih bagi kejayaan dalam kehidupan. Apa yang penting ,jangan mudah berputus asa dan kecewa jika tidak berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Juga jangan berasa terlalu gembira jika matlamat untuk memperolehi keputusan 5A telah tercapai kerana ia hanya permulaan bagi sebuah laluan dalam meniti sebuah kejayaan yang masih panjang dan jauh di hadapan. Bukanlah ia bermakna ,kecemerlangan akan terus dicapai jika akhirnya pelajar leka dengan kejayaaan yang diterima.Ini adalah kerana peperiksaan SPM ,STPM dan laluan ke IPT menanti usaha yang gigih dan berterusan untuk menggapai sebuah kejayaan.

Kebimbangan saya adalah hilangnya keyakinan pelajar dalam hidup jika apa yang diimpikan tidak tercapai. Contohnya, tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR hinggakan mengambil keputusan nekad untuk menamatkan riwayat dengan membunuh diri. Ini pernah terjadi kepada segelintir pelajar akibat rasa kecewa dengan keputusan yang diterima hingga mengambil keputusan nekad seperti itu.

Lebih-lebih lagi, mereka beranggapan hidup di dunia dunia seolah olah tiada erti kerana gagal memenuhi impian keluarga dan pihak sekolah. Sedangkan masih banyak lagi langkah kejayaan yang akan dilalui jika kita sabar dan bangkit untuk menggapai cita-cita dan kejayaan menuju ke gerbang jaya. Semoga tiada kes seperti ini berlaku pada tahun ini dan pada masa akan datang.

Akhir kata, "Selamat Maju Jaya". Teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu ke gerbang jaya!

Mutiara kata : Kejayaan tidak pernah berakhir.Kegagalan tidak pernah termusnah. Yang penting adalah sebuah KEYAKINAN !Teruskan usaha sepanjang masa..

*Penulis adalah Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)

Hala tuju PAS Selangor depani politik negara

Posted: 15 Nov 2013 04:39 AM PST

Saidah Hairan,
 

SHAH ALAM: PAS Selangor akan memberi tumpuan mengenai hala tuju PAS sebagai parti politik Islam yang kukuh dan berperanan penting dalam mendepani politik arus perdana dalam ijtimak yang akan diadakan, Ahad ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti.

Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan.

Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti.

"Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain.

"Kita tidak boleh halang kempen di facebook walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh pimpinan. Ada yang kempen menyerang secara terang-terangan dan ada juga secara lembut tetapi mempunyai agenda tersembunyi," tegasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan mentup ijtimak sehari dii Dewan Sivik Petaling Jaya itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Manakala forum melibatkan ahli panel Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad dan Ustaz Ahmad Awang.

UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau

Posted: 15 Nov 2013 04:36 AM PST

Harakahdaily,





KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.

Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.

"Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.

Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno." ujar Dr Shaharuddin.

Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat.

Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya.

"Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.

Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung.

Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.

Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas.

Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen.

SB perlu bebas dari manipulasi politik

Posted: 15 Nov 2013 04:34 AM PST

KEADILAN DAILY



Setelah berkali-kali kerajaan mengelak dari menjawab dan selepas saya membuat pendedahan dalam Parlimen minggu lepas, akhirnya Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar sendiri telah menjawab bahawa jumlah pegawai Cawangan Khas (SB) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah 10% daripada 115,000 anggota polis iaitu seramai 11,500 orang. (http://www.sinarharian.com.my/semasa/hanya-ada-10-peratus-sb-dalam-pdrm-1.218596).

Jumlah sebenar SB: siapa betul siapa salah, IGP atau laporan kewangan kerajaan?

Pertama sekali, jumlah tersebut adalah lebih ramai daripada yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014 di mana, di bawah aktiviti "Risikan keselamatan" di bawah PDRM, SB berjumlah 8,916 orang. Jadi, yang mana satu benar, 11,500 mengikut IGP atau 8,916 mengikut laporan kewangan kerajaan? Berapa ramai SB yang kita ada pada masa kini?

PDRM perlu menjawab kepada pembayar cukai bukan hanya parti politik

Keduanya, walaupun saya menyokong penuh perlaksanaan tugas PDRM dengan professional, namun saya tidak bersetuju dengan nada kenyataan IGP bahawa "biar kami yang tentukan" tentang hal ehwal dalam PDRM.

PDRM sebagai penjaga keselamatan rakyat perlu telus kepada rakyat, selaku pembayar cukai.
Masalahnya kini, unit SB begitu dirahsiakan sehinggakan jumlah pegawai pun tidak diberikan kepada Parlimen.

Salahguna kuasa SB oleh kerajaan direkod oleh Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin

polis

Kerahsiaan tentang SB telah menimbulkan kebimbangan bahawa jumlah dan sumber SB yang kian meningkat selepas PRU ke-12 pada 2008 disalahgunakan oleh kerajaan untuk menentang ahli politik dan unsur-unsur yang tidak sehaluan dengan mereka.

Malah, mengikut laporan Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin 2005, terdapat pelbagai aduan terhadap SB termasuk dakwaan penderaan dan layanan yang menghina oleh SB terhadap tahanan ISA dan juga manipulasi SB oleh parti pemerintah untuk kepentingan politik (Laporan Tun Dzaiddin seksyen 2.11.2, m/s 316 versi Bahasa Inggeris).

Kuasa Perdana Menteri terlalu besar – SB hanya jawab kepada Perdana Menteri

Mengikut laporan Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin lagi, tiada sebarang peruntukkan undang-undang untuk mengawasi fungsi, kuasa dan tanggungjawab SB. Tiada sebarang definasi terhadap maksud "risikan keselamatan" dan kuasa-kuasa yang ada pada SB.

Unit tersebut hanya dikawal oleh suatu "piagam" (charter) yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan malah Suruhanjaya Diraja Tun Dzaiddin pun tidak dibenarkan untuk mengakses piagam tersebut. Ini bermakna SB dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja, iaitu Perdana Menteri.

Justeru, timbul tanda tanya, secara puratanya SB memberikan lebih 1,000 laporan risikan setiap hari, adakah laporan-laporan ini semata-mata tentang isu yang mengugat keselamatan rakyat Malaysia atau mengugat kedudukan Perdana Menteri sebagai ahli politik?

Bebaskan SB dan PDRM dari cengkaman politik

Saya menyeru supaya semua pihak, termasuk pihak PDRM sendiri dan ahli-ahli politik dari Umno Barisan Nasional supaya bersama-sama saya menggesa Perdana Menteri membebaskan unit SB dan PDRM secara amnya dari cengkaman politik demi mengembalikan maruah PDRM dan menjadikan polis kita lebih berwibawa dan professional melawan jenayah dan bukannya disalahgunakan untuk melawan musuh politik Perdana Menteri.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Malaysia
Setiausaha Publisiti Negeri, DAPSY Pulau Pinang

Posted: 15 Nov 2013 04:31 AM PST

KEADILAN DAILY



Gesaan beberapa pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri sendiri agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan iklan di dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedangkalan dan ketumpulan daya fikir pimpinan Umno bukan sahaja dalam urusan mentadbir negara bahkan strategi perniagaan.

Dr-Afif-Bahardin

Setiap syarikat mementingkan keuntungan. Bagi menjana untung, syarikat perlu mempromosikan produk mereka. Promosi haruslah strategik dan berkesan; menggunakan medium yang popular dan disenangi pengguna. Hakikat syarikat-syarikat (yang biasanya mempunyai pegawai eksekutif pemasaran) tidak menggunakan Utusan sebagai medium untuk meletakkan iklan mereka membuktikan bahawa akhbar itu tidak lagi diterima rakyat dan mempunyai nilai edaran rendah.

Ketidakpopularan Utusan adalah akibat sikap dan polisi mereka sendiri – secara konsisten melaporkan berita yang tidak benar, menyebar fitnah dan seringkali bertindak sebagai lidah rasmi Umno dan menjadi medium untuk menghentam dan mengecam mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah secara keterlaluan.

Tidak salah jika dikatakan, sejak dua dekad lepas, Utusan adalah akhbar yang telah bertanggungjawab membudayakan unsur fitnah, lucah dan biadap di dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Utusan yang telah bertanggungjawab mendedahkan generasi muda kepada unsur-unsur negatif. Utusan juga telah acap kali cuba dengan sengaja untuk meruntuhkan keharmonian di antara pelbagai kaum di Malaysia. Polisi Utusan yang sanggup melaporkan berita palsu dan tipu, tidak melayakkan mereka untuk bergelar media yang berhemah dan gagal mematuhi etika kewartawanan.

Saya menyeru rakyat untuk terus berhenti membeli Utusan dan saya menggesa GLC untuk tidak mengendahkan gesaan pimpinan Umno – kerana hakikatnya, Utusan, akhbar milik Umno sedang menuju ke lembah kehancuran.

Dr Afif Bahardin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang
Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya

Perisik di pejabat AG, SAMM lapor polis seluruh negara

Posted: 15 Nov 2013 04:25 AM PST

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR -: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) menggesa supaya segala aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara (AG) perlu dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal siasat.

Gesaan tersebut dibuat ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua ejen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.

"Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir(Mohamad) yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin dipengaruhi agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG.

edy_nor_reduan_samm"Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.
Polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan," kata pengarah propaganda SAMM Edy Noor Reduan (gambar).

Katanya, SAMM tidak menolak kemungkinan kecelaruan dan musibah yang berlaku melibatkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengintipan menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa.

"Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas. Namun apakah mungkin ia diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat? soalnya.

Justeru, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif, laporan polis akan dibuat oleh SAMM esok (16 November) secara serentak di seluruh negara.

"Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM Pulau Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru.

"SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini," gesanya.

Beliau juga menegaskan akan memberi tekanan yang lebih kepada pihak polis sekiranya tidak bertindak dengan sewajarnya mengatasi isu ini.

"Sekiranya polis masih lagi bermain wayang dan tidak bertindak sewajarnya, maka pada tarikh 24 November (Ahad) akan datang, SAMM seru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai berkumpul di depan IPD Dang Wangi untuk memberi tekanan yang jauh lebih serius," tegasnya.

Dari mana RM40 juta untuk dana Utusan?

Posted: 15 Nov 2013 04:22 AM PST

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR 15 NOV: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempersoalkan dari punca manakah RM40 juta dana tambahan yang disuntik ke dalam Utusan Melayu (M) Bhd bagi membantu lidah rasmi Umno tersebut.

"Dari mana Umno boleh dapatkan wang sebanyak itu, apakah Umno ini sebuah syarikat besar yang mampu menjana berjuta-juta ringgit setahun?

Johari Abdul"Perniagaan apa yang Umno buat? kata Johari kepada Keadilandaily.

Bursa Malaysia dilaporkan pada 13 November lalu menyatakan Umno akan menyuntik RM40 juta dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan 'two-call rights issue (TCRI)'.

Tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8% kepada 53.1%.

Dengan jaminan membeli saham terbitan hak itu, kuasa mengundi Umno meningkat kepada kira-kira 67.2% peningkatan lebih dua peratus dalam tempoh enam bulan.

Menurut Johari, dana suntikan itu perlu didedahkan kerana mewujudkan kesangsian bahawa wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan digunakan bagi tujuan itu,

boikot_utusan_badge

Tegasnya sekiranya wang dijana dari GLC umno bagi menyelamatkan akhbar milik mereka, ia sama sekali tidak beretika.

"Saya risau wang GLC yang dimiliki oleh negara akan digunakan bagi tujuan tersebut, Umno tidak boleh sama sekali guna wang dari syarikat milik negara," ujar Johari.

"Kita perlu ingat bahawa syarikat GLC adalah milik negara, bukan milik parti politik yang jadi pemerintah negara" katanya.

Utusan Malaysia dilaporkan dibebani hutang sebanyak RM195 juta pada Oktober 2013 malah pada 2012 akhbar tersebut terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM15. 8 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dikatakan menyerahkan surat arahan rasmi secara bertulis kepada semua pengarah agensi dan syarikat GLC untuk membeli ruang iklan dalam Utusan bagi membantu akhbar tersebut terus bertahan.

Pemilihan Semula AJK Wanita Umno Kalabakan Bercanggah Perlembagaan Parti - Hamisa

Posted: 15 Nov 2013 04:19 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KOTA KINABALU: Mesyuarat khas pemilihan Wanita Umno Kalabakan yang dijadualkan esok bagi mengisi 14 kekosongan anggota jawatankuasanya (AJK) bercanggah dengan peraturan parti.

Ini kerana kata bekas Ketua Wanita bahagian itu Datuk Hamisa Samat, menurut Fasal 15.8 Perlembagaan Umno dan Fasal 5.7 Peraturan Pergerakan Wanita Umno, pemilihan mesti melibatkan semua jawatan dalam jawatankuasa tersebut.

"Pemilihan semula juga seharusnya dikendalikan oleh badan bebas iaitu badan perhubungan negeri bukannya Umno Bahagian Kalabakan," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Jumaat.

Fasal 15.8 Perlembagaan Umno memperuntukkan jika semua AJK bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi (MT) akan mengadakan perwakilan khas bahagian untuk menubuhkan semula jawatankuasa bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.

Fasal 5.7 Peraturan Pergerakan Wanita Umno pula memperuntukkan jika dua pertiga atau lebih AJK berhenti maka jawatankuasa dianggap bubar dan MT boleh mengadakan perhimpunan agung khas bagi menubuhkan semula jawatankuasa itu. Baru-baru ini, Ketua Umno Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dilapor berkata pemilihan semula AJK Umno Wanita Kalabakan akan diadakan pada 16 Nov bagi mengisi 14 kekosongan susulan peletakan jawatan oleh penyandang tiga hari selepas mereka memenangi pemilihan pada 12 Oktober lepas.

Abdul Ghapur turut dilapor berkata 14 AJK terbabit tidak dibenar bertanding semula bagi mencegah perkara sama berulang.

Mengulas lanjut, Hamisa berkata arahan untuk mengadakan semula pemilihan itu seharusnya dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, bukan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau juga berkata arahan melarang 14 bekas AJK terbabit bertanding semula dibuat tanpa satu pendengaran dan peluang membela diri oleh mereka yang berkenaan.

Semalam, Abdul Ghapur dilapor berkata Umno Kalabakan akan mengemukakan surat kepada 14 anggota terbabit bagi menghadapi jawatankuasa disiplin parti.

Wanita Umno Kalabakan menjadi tumpuan apabila 14 AJKnya meletak jawatan beberapa hari selepas pemilihan atas alasan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan tersebut.

Dalam pemilihan itu, Hamisa tewas kepada Naib Ketuanya Cahaya Sulaiman. -BERNAMA

Gadis hilang sejak Rabu lalu

Posted: 15 Nov 2013 04:17 AM PST


Syahirah 
 
Syahirah


SHAH ALAM – Seorang gadis berusia 19 tahun dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, di Klang.

Mangsa, Nurul Syahirah Sarif terakhir kali dilihat berjalan kaki seorang diri selepas berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya.

Selepas pertengkaran tersebut, rakan-rakannya dikatakan mengejar mangsa namun pelajar jurusan perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu gagal dikesan.

Mangsa dikatakan keluar makan malam bersama tiga orang rakan bagi meraikan hari jadinya di sebuah restoran yang terletak di Bukit Tinggi 2, Klang.

Laporan polis telah dibuat semalam pada jam 9.30 malam.

Telefon bimbit mangsa tidak dapat dihubungi bermula jam 11 malam pada hari kejadian.

Posted: 15 Nov 2013 04:15 AM PST


 Faizal Ismail 
 
 Faizal Ismail bersama rakan sekerja di konti Hot FM.
 

HARI ini merupakan hari terakhir buat penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bersama stesen radio tersebut.

FBI membuat keputusan meletakkan jawatan selepas menggalas tugas di radio berkenaan hampir lapan tahun.

Konti Hot FM pagi ini diselubungi suasana sedih apabila FBI mula mengucapkan terima kasih kepada Hot FM yang diiringi dengan tangisan pada segmen Hot FM Am Krew.

Rakan penyampainya, Fara Fauzana dan Syarifah Aleya turut mengalirkan air mata.

"Saya boleh katakan, naiknya nama saya kerana dia (Hot FM) sudah pun berada di atas ketika itu. Saya sangat-sangat terhutang budi dengan dia.

"Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Hot FM yang sangat-sangat hebat bagi saya. Saya terhutang budi kepada mereka selama lapan tahun saya bersama dengan mereka," kata FBI yang dipetik dari laman sosial Instagram Hot FM.

Pas ajak orang ramai sokong kempen mansuh SPPBS

Posted: 15 Nov 2013 04:11 AM PST


SPPBS  
SPPBS


SHAH ALAM - Lajnah Pendidikan Pas Pusat mengajak semua pihak menyokong kempen memansuhkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Chik berkata dalam satu kenyataan media, para guru kini sudah berani tampil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung sistem tersebut.

"Kesedaran guru kini terserlah apabila mereka tampil melalui media sosial dan massa menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan PBS yang sangat membebankan mereka.

"Keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan PBS seharusnya disokong segera oleh semua pihak," katanya.

Menurutnya, para guru memerlukan sokongan dengan melancarkan kempen pemansuhan itu agar kerajaan mengambil serius berhubung perkara itu.

Beliau juga menyeru semua pihak yang prihatin terhadap isu pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen tersebut.

"Lajnah Pendidikan Pas Pusat menyeru termasuk KPPK, ibu bapa dan orang ramai yang prihatin terhadap pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen pemansuhan PBS yang nyata didapati membebankan guru di negara ini," katanya.

Ahmad Shabery Beri Keterangan Bayaran Artis K-Pop Kepada PAC Khamis Depan

Posted: 15 Nov 2013 04:06 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Khamis depan, berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara, tahun lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan di dalam satu kenyataan berkata Ahmad Shabery, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan akan hadir bersama semua pegawai kementerian yang terbabit dalam program berkenaan.

Sebelum ini, Ahmad Shabery telah memohon kepada Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, kementerian itu membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Nur Jazlan berkata PAC akan memulakan prosiding pada Rabu depan dengan memanggil Kementerian Pengangkutan bagi memberi penjelasan mengenai isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

"PAC kemudian akan mendengar penjelasan daripada Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kutipan hasil kepada kerajaan," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata LHDN dan KDRM akan memberikan keterangan pada 26 November kerana PAC berpendapat bahawa kutipan hasil yang cekap juga amat penting dalam menjamin kewangan negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

"Pada masa sama, dengan pelaksanaan sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 2015, PAC mahu dengar persediaan dua agensi ini kerana peranan mereka amat penting dalam memastikan hasil negara dikutip dengan sebaiknya," katanya.

Nur Jazlan berkata Kementerian Pendidikan pula akan memberi keterangan pada 27 November berhubung isu mengenai pengurusan kawalan keselamatan di institusi pendidikan dan sekolah.

Katanya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberi keterangan berhubung pengurusan loji insinerator pada 3 Disember depan. "PAC juga sedang menyenaraikan beberapa kementerian, jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan dipanggil tahun depan, bagi memberi penjelasan terhadap pengurusan wang kerajaan berdasarkan beberapa kriteria serta keutamaan terhadap kepentingan rakyat," katanya. -BERNAMA

Pengurus restoran nafi guna najis manusia

Posted: 15 Nov 2013 04:03 AM PST

SINAR HARIAN

Restoran nasi kandar popular diarah tutup 2 minggu  
 
Perniagaan nasi kandar di Jalan Yang Kalsom di sini dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai hari ini. - Foto Bernama



IPOH - Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.
  
Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.
  
"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.
  
Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.
  
"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.

Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.
  
Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.
  
Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.
  
Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.
  
Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
  
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - Bernama

KPN sahkan insiden bunuh, culik di Semporna

Posted: 15 Nov 2013 03:59 AM PST

SINAR HARIAN


Khalid Abu Bakar  
 
Khalid Abu Bakar


JOHOR BAHRU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.
  
Beliau berkata, polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.
  
"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.
  
Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
  
Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa permohonan penggunaan senjata api daripada bahagian penguatkuasaan agama di negara.
  
"Ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi untuk pemohon miliki senjata api, jika penuhi syarat itu kita luluskan, Namun setakat ini kita belum terima (permohonan daripada jabatan agama)," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahukan Anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam dibekalkan dengan senjata api ketika melakukan operasi.
  
Berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malik, Khalid meminta saki baki 27 lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' supaya tampil membantu siasatan.
 
"Kalau tidak hadir, kita akan cari mereka dan mahkamah sendiri juga telahpun mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketua mereka yang gagal menghadirkan
diri di mahkamah untuk perbicaraan," katanya.
 
Ahad lepas, Ahmad Raffli, 49, mati akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan. - Bernama

Hudud: DAP tutup mulut, biar Kelantan laksana

Posted: 15 Nov 2013 03:55 AM PST


Annuar Musa  
 
Tan Sri Annuar Musa


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

"Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor," katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.

"Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.

"Kita tak kacau demo (mereka) pun," katanya.

Tiada ulasan: