Jumaat, 29 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Demo lagi di Pulau Pinang.. kali ni isu 'Kucing Kurap' pulak..

Posted: 29 Nov 2013 06:38 AM PST


Gambar di atas ialah gambar demo yang telah diadakan oleh sebuah NGO yang menamakan kumpulan mereka sebagai NGO Melayu Islam Pulau Pinang.


Demo telah diadakan oleh mereka sebagai membantah kebiadapan Jeff Ooi dan Tony Pua sejurus selesai Solat Jumaat di hadapan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

Meskipun Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah menegaskan isu 'kucing kurap' dan 'tokong' yang dicetuskan oleh Ahli Parlimennya, Jeff Ooi Chuan Aun itu bukanlah pendirian DAP, mereka tetap mengaitkannya dengan DAP... sila baca di SINI

Tapi... ayat-ayat kat banner tu nampak macam macai-macai UMNO punya kerja saja tu...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengikut nasihat Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow agar memohon maaf di atas kenyataan "kucing kurap" terhadap pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Ooi diserang oleh pelbagai pihak berhubung kenyataannya malahan rakan-rakannya dari DAP dan PKR turut memintanya memohon maaf.
"Chow mewakili parti dan kerajaan negeri. Saya cadangkan agar Jeff Ooi mendengar nasihat Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang," katanya apabila ditanya berhubung isu tersebut.
Lim sebelum ini tidak pernah membuat kenyataan berhubung isu ini sehingga dikritik badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Lim menyatakan pendiriannya.
Beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri termasuk exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini membidas tindakan ahli Parlimen Jelutong) yang melabel pegawai rendah MPPP sebagai "kucing kurap".
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kasim (PKR-Batu Maung) berkata ayat seumpama itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ahli Parlimen yang mempunyai banyak saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MPPP.
Bagaimanapun semalam Ooi mengatakan beliau tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan itu ~ The Malaysian Insider

Patutlah Faekah Tweet: Alif zai min ya nun; Sarkas..

Posted: 28 Nov 2013 11:54 PM PST


Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyediakan borang untuk mereka yang berasakan kenaikan gaji anggota Dewan terlalu tinggi dan hendak diserahkan kepada badan kebajikan.

Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada partinya sendiri, PKR.

"(Adun) Sekinchan (Ng Suee Lim) dah buat surat, membenarkan Dewan serahkan (lebihan gaji) kepada badan kebajikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, DUN Selangor amat berbesar hati sekiranya surat berkenaan ditandatangani oleh pihak yang berpendapat kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu terlalu tinggi dan ingin menyerahkan lebihan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

"Kami tuliskan surat, kalau ada yang tak tahu buat surat, Sekinchan dalam Dewan dah tunjukkan surat itu," kata Teng.

Beliau membangkitkan tindakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Mohamed Azmin Ali mempersoal perkara itu semalam, sedangkan ketika sesi perbahasan kenaikan berkenaan dilakukan di Dewan, tidak membuat sebarang bantahan.

"Tiada pihak yang bangkitkan (kenaikan gaji) di dalam Dewan. Malah ketika bacaan ketiga pun mereka ada di dalam Dewan.

"Kalau rasa terlalu tinggi perlu dibangkitkan dalam Dewan, jadi akan ada dalam hansard. Dia (Azmin) ada dalam Dewan bila kenaikan gaji dibacakan, dia ada dalam Dewan masa perkara itu diluluskan," katanya.

Ditanya tujuan sebenar Azmin membangkitkan perkara itu di luar sidang DUN, Teng berkata:"Itu kena tanya dia."

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata perkara kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu dimaklumkan ketika mesyuarat khas PKR hujung minggu lalu.

"Dalam mesyuarat itu kita diberitahu berkenaan kenaikan gaji," katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, di Shah Alam.

Ditanya sama ada Azmin turut berada dalam mesyuarat tersebut, Elizabeth bagaimanapun tidak pasti berhubung perkara itu.

"Saya tidak ingat," katanya.

Azmin yang ditemui hari ini bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan, sebaliknya dilihat cuba mengelak pertanyaan daripada pemberita.

"Terima kasih. 'No Comment'," kata Azmin ketika ditemui sebelum sidang DUN berhenti rehat hari ini.

Malah, Azmin berkata, hubungan beliau dengan Menteri Besar "tersangat baik" ~ The Malaysian Insider

Patutlah Faekah Tweet macam ni....

Kalahpun dibayar Gaji?.. Patutlah depa berebut nak jadi Calon...

Posted: 28 Nov 2013 04:30 PM PST


Bila Menteri Besar Selangor mengumumkan apa yang telah dipersetujui dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 27 November meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan... riuh rendah 1Malaysia mempersoalkannya..

Macai-macai dan juga pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan isu ini sebaik mungkin untuk menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Mereka mempersoalkan kewajaran kenaikkan gaji tersebut jika dibandingkan dengan pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat selama memerintah Selangor.

Ada pemimpin mereka yang berkata sebarang kenaikan gaji dan elaun perlu ada kewajarannya. Kita perlu fikirkan rakyat terlebih dulu.. kononnya..

Tetapi dalam masa yang sama mereka takut untuk mempersoalkan apakah pula kewajaran Taib Mahmud menaikkan gajinya dan para Menterinya jauh lebih tinggi sedangkan Sarawak tidak banyak yang berubah?

Lebih menarik dalam hal ini bilamana ada juga pemimpin PR yang pada awalnya bersetuju dengan kenaikkan ini, tiba-tiba pula membantah.

Sedangkan bantahan sepatutnya beliau lakukan ketika Sidang DUN.. bukannya sidang Media..

Baca ni...

SHAH ALAM 27 Nov. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

Rang Undang- undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.

Gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat adalah pada 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat Exco pada 22 November lalu bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya. 

Kenapa nak bantah dalam Sidang Media agaknya sedangkan dalam Sidang DUN boleh dibantah?..Bagaimanapun...

Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.

"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya.

Aku sokong sepenuhnya kenyataan MB Selangor tu.. Kalau tak setuju, boleh derma kepada sesiapa saja..

Ambil saja jangan bising riuh rendah.. jumlah kenaikkan yang tak dipersetujui itu dermalah kepada sesiapa saja yang sepatutnya..

Jangan pulak bising kononnya tak setuju tapi akhirnya sapu...

Dalam hal ini.. aku tak berapa nampak kenapa kenaikkan gaji MB dan ADUN PR Selangor ini menjadi isu yang besar meskipun kenaikkannya memanglah besar..

Kerana bagi aku mereka telah berkhidmat dengan baik buat rakyat Selangor dan majoriti rakyat Selangor menghargainya, buktinya ialah peningkatan Kerusi DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Lagi satu... bagi aku jika mereka sanggup untuk menerima kenaikkan gaji mencecah 3 kali ganda itu.. mereka juga sepatutnya sanggup untuk meningkatkan produktiviti mereka 3 kali ganda juga..

Janganlah pulak gaji nak banyak tapi kerja malas.. contohnya masa PRU13 dulu biar hujan mahupun lecah semuanya sanggup diredah tapi bila menang nak nampak muka pun susah..

Masa kempen dulu, sampai pukul 2 atau 3 pagi pun masih sanggup menjenguk kesusahan rakyat, bila menang baru pukul 11.00 malam pun dah nak nak balik tidur.

Jangan nak jadikan kesibukan kerja itu sebagai alasan.. rakyat tak paksa korang jadi YB.. tapi korang yang nak sangat jadi YB.. lagipun masa kempen hari tu rasanya lagi sibuk dari sekarang..

Bagi aku yang menerima gaji untuk berkhidmat untuk rakyat itu bukanlah satu isu yang besar.. kerana yang sepatutnya kita persoalkan ialah kenapa yang tidak nampak apa sumbangannya kepada rakyat di bayar gaji oleh Kerajaan Barisan Nasional?


Gaji Ahli Parlimen ialah RM6508.59. Calon BN yang kalah dalam PRU dan dilantik sebagai Penyelaras Parlimen pula dibayar RM5680.. bezanya cuma RM828 saja..

Apa kerja depa buat?

Akhirnya aku faham apa yang dimaksudkan dengan 'Tidak Berhasrat' oleh Kerajaan itu...

Posted: 28 Nov 2013 09:35 AM PST


Kerajaan tidak berhasrat menaikkan tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 13 September lalu.

Menurut beliau, sehingga ini belum ada permohonan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif elektrik.

"Walaupun harga minyak sudah naik, tetapi kerajaan tidak ada cadangan untuk menaikkan tarif elektrik,"

.... Akhirnya aku faham apa yang dimaksudkan dengan 'Tidak Berhasrat' oleh Kerajaan itu...

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan tarif elektrik awal tahun hadapan sebagai sebahagian daripada program merasionalisasikan subsidi.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili  berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM12 bilion setiap tahun untuk subsidi sektor tenaga.
Katanya, pengumuman mengenai kenaikan tarif akan dilakukan selepas Mesyuarat Kabinet, namun beliau memberi jaminan masyarakat berpendapatan rendah akan tetap mendapat pembelaan.
"Mengenai kadar kenaikan tarif, pihak syarikat utiliti meminta kenaikan antara 10 hingga 20 peratus namun kerajaan akan menentukan kadar yang berpatutan dan pada masa yang sama, syarikat utiliti mendapat pulangan modal yang sewajarnya," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Kali terakhir tarif elektrik negara dinaikkan ialah Jun 2011 dengan kenaikan sebanyak 7.12 peratus iaitu kepada 33.54 sen/kWj.
Menurut Maximus, kenaikan sebanyak 20 peratus tarif elektrik nanti akan melibatkan antara 6 hingga 7 sen/kWj.
Jelas beliau, kenaikan harga minyak serta gas asli dunia sentiasa berterusan dan mempengaruhi kemampuan kerajaan untuk menyalurkan subsidi dalam sektor tenaga.
"Penstrukturan semula tarif elektrik dapat mencerminkan kos yang ditanggung syarikat utiliti dan seterusnya menyalurkan subsidi kepada kumpulan yang memerlukan secara lebih fokus," katanya.
Jelas Maximus, usaha merasionalisasikan subsidi itu juga selari dengan program transformasi industri tenaga elektrik negara bagi meningkatkan lagi daya saing sektor tenaga negara terutamanya di rantau ASEAN.
Katanya, transformasi yang dilakukan juga mencerminkan ketelusan dengan syarikat-syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan menuntut tahap kecekapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditingkatkan.
"Kerajaan juga memberi penekanan terhadap masalah pembaziran tenaga elektrik, memang perkara ini membabitkan teknologi dan kos tetapi perkara utama adalah sikap.
"Kajian Agensi Tenaga Antarabangsa untuk rantau ASEAN mendapati 30 peratus tenaga elektrik mengalami pembaziran kerana penggunaan tidak efisien," katanya.
Dalam pada itu, Maximus berkata, daripada lima syarikat IPP generasi pertama, hanya dua diperbaharui kontraknya iaitu Genting Sanyen Power dan Segari Energy Ventures setelah mengambil kira faktor tahap efisien dan harga.
Katanya, kontrak untuk IPP generasi kedua akan bermula 2016 dan 2017.
 

Tiada ulasan: