Jumaat, 29 November 2013

Addin

Addin


Johor Akan Naikkan Gaji ADUN

Posted: 29 Nov 2013 03:00 PM PST

Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).    

Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.  

"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini hari ini.    

Mohamed Khaled menegaskan Johor tidak berasa cemburu dengan kenaikan gaji Adun Selangor dan tidak akan bersaing untuk menyamai apa yang dilakukan kerajaan berkenaan.    

Rabu lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, Exco dan Adun dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.    

Sementara itu, berucap merasmikan ekspo itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan Johor sentiasa komited untuk membangunkan sektor pertanian negeri ini bagi memastikan ia kekal sebagai gedung dan pengeluar utama makanan negara.    

Beliau berkata pelbagai usaha sudah dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan pengeluaran tanaman termasuk menerusi program pembukaan tanah secara besar-besaran, membangunkan tanah terbiar dan teknologi serta melahirkan modal insan bagi menyokong sektor pertanian.    

"Johor bukan sahaja berjaya mengurangkan import pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan penduduk negeri ini malah mampu membekalkannya kepada Singapura dan Hong Kong.    

"Mengikut statistik tahun lepas, Johor menduduki tangga kedua pengeluaran sayur-sayuran di negara ini dengan jumlah pengeluaran melebihi 136,000 tan metrik berbanding pengeluaran keseluruhan Malaysia 878,975 tan metrik," katanya. 

Beliau berkata, Johor juga kekal sebagai pengeluar ayam daging utama di negara ini iaitu melebihi RM2.54 bilion setahun manakala telur ayam pula dengan pengeluaran output 3 bilion biji bernilai RM1.06 bilion.  

Dalam sektor perikanan, beliau berkata Johor menduduki tempat ketiga tahun lepas dalam kategori pembekalan ikan air payau dengan 11.67 peratus pengeluaran manakala pengeluaran ikan hiasan melebihi 238 juta tan metrik iaitu lebih 70 peratus sumbangan keseluruhan kepada negara.  

Ekspo Agro Johor 2013 yang bermula Rabu hingga Ahad ini merupakan kemuncak Mini Agro Johor yang diadakan di Johor Baharu, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Muar sejak dua bulan lepas.  

Bertemakan 'Johor Gedung Makanan Negara', ekspo tersebut menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta serta kehadiran 500,000 pengunjung ke 220 gerai jualan. ~bernama



Iklan C (ii)



Tengku Adnan Buat U-Turn?

Posted: 29 Nov 2013 06:58 AM PST

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambarhari ini memohon maaf kepada pemilik hartanah di Kuala Lumpur berhubung kekeliruan mengenai langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu di ibu kota.

Kekeliruan timbul berhubung isu kenaikan cukai pintu apabila Tengku Adnan dan timbalannya Datuk J. Loga Bala Mohan mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain dalam isu penagguhan cukai pintu.

"Saya mohon maaf, kekeliruan ini tidak akan berlaku jika pegawai-pegawai saya menghantar surat untuk memberitahu pemilik hartanah tentang apa yang ingin kami lakukan berbanding menghantar notis."Saya yang bersalah, dan jika pegawai-pegawai itu merujuk terlebih dahulu sebelum dihantar saya pasti menghalangnya," kata Tengku Adnan.

Katanya pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu itu untuk membangkitkan kemarahan rakyat."Apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan penduduk Kuala Lumpur," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Contohnya, sebelum ini kadar sewa RM1,000 kali 12 sama dengan RM12,000 setahun, selepas semakan, nilainya akan meningkat kepada RM3,000 yang menjadi RM36,000 setahun."Akan tetapi, apa yang pemilik hartanah perlu faham, ia bukannya mengenai amaun yang perlu dibayar akan tetapi amaun yang berdasarkan kadar cukai yang akan diumumkan," katanya.

Semalam Tengku Adnan membetulkan kenyataan timbalannya, Loga Bala bahawa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari tahun depan.

Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara DBKL dan warga kota.

Tengku Adnan semalam turut menjawab teka-teki berhubung kaedah DBKL menjalankan tinjauan bagi membuat taksiran cukai pintu setelah dikecam oleh pembangkang dan warga kota.

Katanya, tujuh pendekatan digunakan bagi membuat tinjauan untuk mentaksirkan cukai baru dan cukai tidak dinaikkan tetapi kadar sewa semasa yang dinilai semula.

"Cara penilaian ialah pegawai ke lapangan, menggunakan ejen hartanah, melihat iklan, transaksi lalu, nasihat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), carian internet dan kajian melalui telefon. Ia dijalankan sejak beberapa bulan lalu."Kita tidak buat penilaian.

Kita berdasarkan kadar sewaan. Kalau berdasarkan penilaian lebih teruk."Sebagai contoh jika rumah teres di Jalan Telawi, ketika membeli rumah itu RM75,000 30 tahun lalu, tetapi sekarang harganya tiga juta. Kalau berdasarkan tiga juta lagi teruk," katanya.

Ahad lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata DBKL akan mengeluarkan saman kepada warga kota yang enggan melunaskan cukai pintu mereka pada kadar baru iaitu sebanyak 6% bermula tahun hadapan.

Katanya, kajian DBKL untuk menaikkan cukai pintu mengundang kemarahan warga kota apabila mereka tidak dimaklumkan bahawa DBKL ada perancangan menaikkan kadar cukai pintu. ~tmi


Iklan C (ii)




Selepas Selangor, Pulau Pinang Naikkan Gaji DUN

Posted: 29 Nov 2013 01:51 AM PST

Pulau Pinang dijangka mengikut jejak langkah Selangor memberi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco kerajaan negeri kenaikan gaji melebihi 80% meskipun kenaikan itu tidak setinggi yang diumumkan kerajaan Selangor Rabu lalu.

Dijangkakan kenaikan gaji itu akan diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar) di penghujung mesyuarat DUN pada 17 Disember.

Jika pindaan diluluskan, gaji semua 40 Adun akan dinaikkan kepada RM6,000 berbanding sekarang RM4,112.79.

Mereka juga akan menikmati elaun yang lebih tinggi daripada RM2,000 kepada RM5,500 termasuk elaun khas RM1,500, elaun pemandu RM1,500, pengangkutan dan lain-lain RM1,000 serta elaun perumahan RM500.

Kenaikan itu bermakna Adun akan menikmati gaji kasar RM11,500 sebulan yang merupakan kenaikan 88.13%.

Kertas cadangan kenaikan gaji itu telah pun diletakkan di atas meja semua Adun Pulau Pinang.

Sebelum ini, Adun Selangor dilaporkan akan menikmati gaji RM11,250 (87% kenaikan) sementara exco mendapat gaji baru RM20,250 (231%) bermula Januari tahun depan.

Menteri Besar pula mendapat kenaikan gaji 106.4% daripada RM14,175 kepada RM29,250 sementara Speaker dibayar RM22,500 (268% kenaikan) dan Timbalan Speaker RM15,750 (373%).  ~tmi





Iklan C (ii)



Ust. Nasruddin Tantawi vs Ust. Fathul Bari Malam Ini..

Posted: 29 Nov 2013 12:35 AM PST


Orang ramai adalah dipelawa untuk menyaksikan satu program dialog yang akan menampikan ulamak muda UMNO, Ustaz Fathul Bari dengan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, mantan Ketua Pemuda PAS selaku Ahli Parlimen Temerloh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan jam 8.00 malam ini.

Program anjuran IIUM Kuantan Student 's Representative Council (RSV) sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD'13) itu akan turut menampilkan Nur Azam Amiruddin (Presiden Off SRC IIUMK), dan Prof Madya Dr. Muhammad Ibrahim (IIUMK Lecterure) akan diadakan di Pentas Utama OCD di kampus terbabit.

Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila klik poster

~pdo




Iklan C (ii)



Berita Gempar Dari Negeri Di Bawah Bayu..

Posted: 28 Nov 2013 10:27 PM PST

Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said.

Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.

Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.

Kemenangan Jelani adalah kemenangan Umno di Matunggong! Begitulah tanggapan umum di Kota Marudu. Semasa berkempen, Jelani dikatakan secara sulit memberitahu ahli-ahli Umno bahawa kerusi Matunggong akan dihadiahkan kepada Umno jika dia menang.

Rata-rata di Sabah berpendapat, kehancuran PKR Sabah berpunca daripada dua trojan horse yang ditaja Umno. Sejak dari awal telah diramal mereka akan mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu. Terbukti ia telah mula berjaya bila Jelani membawa 11 orang ketua cabang keluar untuk memberi sokongan kepada BN.

Persoalan mereka, kenapa Musli masih belum mendedahkan diri? Apakah beliau masih memainkan peranannya? ~fmt




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: