Khamis, 21 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu guna Jet Kerajaan, Ini jawapan Rosmah Mansor..

Posted: 21 Nov 2013 05:56 AM PST


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.

Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu.

"Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya," katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.

Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu," katanya.

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran.

"Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan," katanya dan memaklumkan bahawa jet eksekutif itu boleh digunakan oleh mana-mana VIP dengan kelulusan Kabinet.

Apabila ditanya apakah perdana menteri turut bersama ketika permohonan dibincangkan oleh Kabinet, Azizah berkata, ia tidak penting kerana kelulusan dibuat secara konsensus dan bukan atas kapasiti individu.

Minggu lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II, Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman semalam mendedahkan bahawa jemputan Rosmah ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen semalam semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.

Sumber dari SINI

Berita gembira buat macai!! Tarif elektrik dijangka naik 26 peratus sajeee...

Posted: 20 Nov 2013 08:13 PM PST


26 Peratus adalah satu kenaikkan yang amat tinggi bagi seluruh rakyat Malaysia kecuali macai-macai UMNO...

Dan implikasi yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia kecuali macai-macai UMNO ialah barangan keperluan yang dikeluarkan oleh pengeluar dalam negara ini akan turut naik.

Kerana kos pengeluaran yang meningkat disebabkan peningkatan tariff elektrik itu terpaksa dipindahkan kepada pengguna oleh pengeluar bagi mengelakkan kerugian.

Dan kenaikkan harga barangan yang juga perlu dilakukan pada kadar lebih dari 26 Peratus bagi membolehkan pihak pengeluar menyerap peningkatan kos itu..

Akhirnya rakyat marhaen kecuali macai-macai UMNO akan dibeban dengan kenaikkan tersebut..

Nak kata apa lagi.. Bila pihak yang bangang mentadbir ekonomi negara jadi macam ni laaaa.. tapi kalau depa tu bangang yang sokong depa tu tentu lebih bangang lagi...

Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar. 
Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan. 
MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif. 
Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh. 
Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh). Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%. 
Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan. 
"Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam. 
Sebagai tambahan subsidi, kerajaan tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang mempunyai bil RM20 dan kurang daripada itu. 
Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM146 juta ke atas subsidi ini yang memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah. 
Kali terakhir tarif elektrik dinaikan pada Jun 2011 apabila harga gas bersubsidi dinaikkan kepada RM13.70 bagi setiap juta metrik unit termal British (mmbtu) berbanding RM10.70 setiap mmbtu sebelumnya. 
Putrajaya terpaksa menangung kos subsidi untuk sektor tenaga negara sekitar RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun, bergantung kepada harga bahan api semasa. 
Di Malaysia, gas merupakan sumber utama bagi kegunaaan penjanaan elektrik iaitu sebanyak 50% manakala arang batu sebanyak 40% dan tenaga diperbaharui sebanyak 2% di Malaysia dan baki 8% adalah daripada kuasa hidro. 
Gas kini dibekalkan oleh Petronas pada harga subsidi manakala arang batu diperolehi pada kadar harga pasaran semasa. 
Kenaikan harga gas yang tinggi menyebabkan subsidi sukar diteruskan. 
Keadaan ini diburukkan lagi apabila syarikat elektrik negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa mengimport gas asli cecair (LNG), terutama dari Australia. 
Abdul Razak berkata, di bawah mekanisme prinsip cadangan bahan api, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan dan sebarang perubahan (turun atau naik) bergantung kepada turun naik harga bahan api (gas, arang batu dan minyak) yang akan ditanggung oleh pengguna. 
Kos bahan api melalui mekanisme ini adalah satu komponen yang signifikan di bawah cadangan kerangka tarif Insentif Berasaskan Peraturan. 
Abdul Razak berkata, dengan kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), rangkaian prestasi tahunan TNB yang melibatkan penghantaran dan pengedaran akan dinilai berdasarkan kejayaan pencapaian. 
Tarif dan pulangan TNB akan diselaras berdasarkan kepada pencapaian sasaran prestasi. Beliau berkata, bil elektrik TNB kepada pengguna juga akan disusun semula dengan lebih telus menunjukkan pecahan daripada segi kos, penjanaan, penghantaran dan pengagihan ~ The Malaysian Insider

Saranan dari UMNO Pulau Pinang buat PAS Pulau Pinang..

Posted: 20 Nov 2013 07:00 PM PST


Umno Pulau Pinang mencadangkan Pas mengkaji semula hubungannya dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang kerana penyertaan Pas dilihat seperti 'melukut di tepi gantang'.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu kini diibaratkan meniti detik-detik 'retak menanti belah'.

"Kenyataan yang dibuat oleh Pas semalam ibarat lava gunung berapi, ia sudah lama bergelodak dan baru semalam mengeluarkan lavanya.

"Kenyataan Pas itu juga mengesahkan bahawa parti itu adalah rakan kongsi kelas ketiga dalam pakatan pembangkang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff bahawa kerajaan negeri meminggirkan Pas, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP juga dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.

Zainal Abidin berkata, lebih elok sekiranya Pas tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pakatan pembangkang kerana ia tidak menguntungkan parti itu dan orang Melayu.

"Kita tidak akan ganggu urusan dalaman parti Pas, cuma nak mereka kaji semula hubungan itu, kita kesian tengok Pas disisihkan, ke sana tak ke sini pun tidak," katanya.

Beliau mendakwa selama ini Pas hanya diperalat dan dipergunakan untuk kemenangan DAP di seluruh negara.

Sementara itu, dalam sidang media di sini hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan Pas dan PKR supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku adalah manipulasi jahat media.

Lim juga enggan menjawab soalan daripada media berhubung kenyataan Muhammad Fauzi bahawa terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Ketua Menteri meminta agar kedua-dua parti iaitu Pas dan PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkenaan supaya satu keputusan dapat dibuat.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Salleh Man yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau menyangkal dakwaan berlakunya campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal Islam.



Bagaimanapun Salleh yang ditemui pemberita sebelum itu mengakui Badan Perhubungan Pas Negeri memang mempersetujui empat resolusi yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri antaranya menggesa kerajaan negeri memberi kuasa penuh kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang juga (Pesuruhjaya Pas Negeri) untuk melantik ahli-ahli majlis itu.

Selain itu kerajaan negeri memperuntukkan kuota yang lebih besar bagi wakil dari Pas dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), meningkatkan kuota Pas kepada hingga empat rang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). - Bernama

PAS Pulau Pinang tidak bijak, kata Mujahid

Posted: 20 Nov 2013 04:30 PM PST


Langkah PAS Pulau Pinang meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika tuntutan mendapatkan jawatan mereka tidak diendahkan, ditempelak pelbagai pihak.

Selain pihak yang memerhati, pemimpin PAS juga tidak senang dengan langkah itu.

"Saya tidak nafikan ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan.

"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," kata AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar).

Mujahid mengulas tindakan sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof, yang mengugut akan meninggalkan PR.

Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Fauzi Yusof dalam sidang media di Seberang Jaya berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam PR.

Mujahid berkata, semua masalah boleh dibincang dan tidak perlu ugutan dalam mencari penyelesaian.

Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada.

Bagi Mujahid, apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.

Mujahid yang bertanding di Parit Buntar, Perak dan menang memberikan tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang.

Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.

"Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan," kata Mujahid.

Menurut Mujahid, aset terbesar PAS Pulau Pinang adalah pemimpinnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri," kata Mujahid.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir adalah Yang Dipertua MAIPP.

Selain Mujahid, para pengguna Facebook mempermainkan pemimpin PAS Pulau Pinang ekoran 'ugutan' yang dibuat mereka semalam.

"Berhajat nak jawatan atau nak berkhidmat? Ukur kekuatan kita dengan tuntutan yang kita buat. Sepadankah? Jangan cepat melenting," tulis Abdul Wahad Jusoh dalam Facebooknya.

Bagi beliau, perkara ini boleh dirunding.

"Jangan terlalu geli dengan geletekan kecil. Kalau ini dah geli besar macam mana nak hadapi gelombang lebih besar. '

"Kena ada tolak ansur melalui rundingan, bukannya melepaskan melalui kenyataan akhbar. Kalau macam ni, lambat lagi PAS nak merintah. Asyik melatah saja," tulisnya.

"Kalau nak keluar daripada PR teruskan tidak payah nak ugut-ugut. Kita lihat PRU14 nanti bolehkah PAS menang dan tawan Putrajaya bersendirian. Penyokong PAS kena faham Melayu Islam pun tolak PAS bukan pasal kerjasama dengan DAP dan PKR," tulis Danny Jay pula ~ The Malaysian Insider 

..... Eh??.. tidak bijak tu sama dengan bodoh kan?

Tiada ulasan: