Khamis, 21 November 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TAHUKAH ANDA SIAPA INI?... HA HA HA HA

Posted: 21 Nov 2013 06:30 AM PST

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib hari ini mengambil kesempatan dalam muktamar dewan itu untuk menjelaskan dakwaan ulama PAS "gila kuasa" kerana mahu mengkaji semula hubungan dalam Pakatan Rakyat.

NONEKetika merasmikan muktamar itu, beliau mendakwa, usul 'Multaqa' (pertemuan) Ulama PAS di Kedah September lalu telah "disalah tafsir", menyebabkan muktamar mereka hari ini berlangsung "agak panas".

"Kita bukan tamak kuasa. Kita bukan gila kuasa. Tetapi parti PAS adalah sebuah parti berteraskan Islam dan undang-undang tertinggi adalah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qias.

"Maka dalam waqi' (realiti) hari ini siapa yang lebih faham dasar parti selain daripada ulama? 

"Kita tidak memperlekeh dan merendahkan orang yang bukan daripada ulama," jelasnya.

Mengulas mengenai semakan semula kerjasama PAS dalam Pakatan, Harun menjelaskan, ia tidak bermaksud memutus atau memecahkan gabungan itu, tetapi menyemak "demi keuntungan Islam".

"Ia dikaji dari sudut setakat mana Islam dapat dilaksanakan di negeri yang kita perintah," katanya di Shah Alam hari ini.

'Apakah syariat dinobatkan?'

Sementara itu, dalam ucapan ucap utamanya yang dibacakan timbalannya Datuk Ahmad Yaakob, Harun mengulas prestasi dan kejayaan parti dalam Pakatan yang berjaya mengekalkan pentadbiran di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang..

NONEKatanya, sekalipun tumbang di Kedah, parti itu berjaya menambah kerusi di Pahang dan Terengganu.

"Sebagai sebuah gerakan dakwah dan siasah, perjuangan PAS tidaklah bermatlamatkan kemenangan di dalam pilihan raya semata-mata, tetapi matlamat utamanya ialah mencari keredaan Allah dengan memanfaatkan kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya untuk melaksanakan Islam," katanya.

Justeru, beliau melontarkan persoalan sama ada kejayaan menerusi Pakatan dapat menobatkan syariat Islam dalam pentadbiran dan undang-undang.

Muktamar tiga Dewan PAS bermula, fokus pada Pemuda dan Muslimat

Posted: 20 Nov 2013 10:03 PM PST

Perwakilan Muslimat PAS membuang undi bagi menentukan pimpinan Muslimat parti itu bagi sesi 2013 - 2015. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.Perwakilan Muslimat PAS membuang undi bagi menentukan pimpinan Muslimat parti itu bagi sesi 2013 - 2015. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.Muktamar tiga Dewan PAS bermula hari ini dengan fokus ditujukan kepada pemilihan Dewan Pemuda dan Muslimat berikutan semua tiga pimpinan utama Dewan Ulama sudah dimenangi tanpa bertanding.
Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Dr Mahfodz Mohamad menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat berlangsung di Dewan Banquet MBSA manakala Muktamar Pemuda di Dewan Sivik Petaling Jaya dan Muktamar Dewan Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam
Dewan Pemuda dan Muslimat menyaksikan pentandingan secara langsung satu lawan satu kecuali bagi  jawatan ketua Pemuda yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat bertemu dengan Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif untuk merebut jawatan ketua Pemuda yang ditinggalkan oleh Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan itu.
Jawatan timbalan ketua Pemuda menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Raja Ahmad Iskandar Alhiss dengan Khalil Abdul Hadi.
Bagi naib ketua Pemuda pula, pertandingan berlaku antara bekas calon PAS Titiwangsa Zamri Asa'ad Khuzaimi dengan bendahari Dewan Pemuda,Khairil Nizam Khirudin.
Dewan Muslimat pula, pertandingan satu lawan satu berlaku iaitu penyandang jawatan Ketua Muslimat, Siti Zailah Yusof dicabar oleh bekas Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.
Jawatan timbalan pula menyaksikan pertandingan antara penyandang,  Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Najihatul Salihah Ahmad manakala calon bagi jawatan naib ialah Mumtaz Mat Nawi dan Dr Rosni Adam.
Seramai 23 calon pula akan bertanding merebut 12 kerusi AJK Muslimat.
Jawatankuasa pemilih memaklumkan seramai 638 perwakilan Muslimat akan menentukan siapa pimpinan mereka untuk sesi  2013 hingga 2015 ini. – 21 November, 2013.

Tiada ulasan: