Anak Sungai Derhaka |
PKR Lakukan provokasi 'Gantung Kaki Ustaz Azizan' di Sungai Limau?.. Nak tuduhpun agak-agakla... Posted: 02 Nov 2013 02:05 AM PDT Hari ini dalam kehangatan kempen pilihanraya kecil bagi DUN Sungai Limau yang semakin memuncak, Malaysia menyaksikan satu corak kempen yang jauh dari nilai kemanusiaan. Entah apa yang bermain dalam fikiran mereka hingga tergamak mereka mempermainkan individu yang telah meninggal dunia. Sekurang-kurangnya empat atau lima replika kaki yang telah dipotong dengan tertera tulisa 'Kaki Ustaz' telah ditemui digantung dibeberapa tempat dalam kawasan DUN Sungai Limau. Selain dari ditemui di papan tanda seperti di atas.. ada yang ditemui di hadapan Bilik Gerakan BN.. Ada yang ditemui tergantung di atas pokok.. Malah ada juga yang ditemui tergantung di lampu isyarat.. Bukan mahu menuduh sesiapapun dalam hal kempen secara biadap dan kurang ajar ini kerana bagi aku ianya satu kempen yang tak sepatutnya berlaku dan dilakukan dalam negara yang masyarakatnya dikenali dengan sopan santun ini. Bagi aku juga samada untuk memenangi atau mempertahankan kita sewajarnya bertindak atas dasar kemanusiaan dalam berkempen bukannya bersifat kebinatangan hanya kerana mahu mengejar kuasa politik, yang pergi biarlah beliau pergi dengan aman.. jangan dipermainkan kematiannya. Tidak terfikirkan individu yang melakukan perkara ini apakah perasaan keluarga Allahyarham Ustaz Azizan yang masih hidup dan menetap di DUN tersebut? Sewajarnya pihak Polis menjalankan siasatan dan mendedahkan siapakah dalang yang melakukan perkara ini.. Jangan kita terlalu cepat menuding jari kearah pihak mana sekalipun.. dan paling penting jangan jadi seperti macai di bawah ini.. Kerana perasaan benci yang tertanam dalam dirinya terhadap PKR.. tanpa usul periksa dituduhnya PKR yang lakukannya... Menurutnya... Dalam PAS memang ada yang memusuhi Azizan tapi mereka terlibat dalam PRK Sg Limau dan mahukan kemenangan buat diri mereka. Kononnya motifnya pula.. Azizan tidak mempercayai Anwar dan mengetahui Anwar memandang rendah kaum ulamak. Dia juga tidak bersetuju dengan agenda Buku Jingga yang dibawa Anwar. Tentang UMNO menghormati Allahyarham Ustaz Azizan itu.. mungkin Blogger UMNO itu terlupa tentang tindakan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin yang mengaitkan kenaikkan harga gula dengan Allahyarham.. Hingga menyebabkan keluarga Allahyarham terguris hati mereka dan mendesak beliau meminta maaf.. Allahyarham tidak mempercayai Anwar pula.. aku kurang pasti pula sebab orang kata 'Dead man cant talk'. jadi kita boleh tuduh apa saja.. Hakikatnya.. PKR ditegur oleh PAS baik dari sudut mana sekalipun, langsung tak menjadi kudis.. kerana dalam PKR kebanyakkan pemimpin adalah bersifat terbuka dan tegur menegur itu perlu demi kebaikkan bersama.. tapi ada juga yang bersifat pendendam.. ada.. tapi tak banyak. PKR dihalang dari mengibarkan bendera oleh PAS dalam PRK Sungai Limau itu adalah satu fitnah yang nyata menyerlahkan kejahilan dalam gerak kerja pilihanraya Blogger UMNO itu selain dari tuduhan PKR melakukan provokasi di atas.. Setiap individu yang pernah terlibat secara langsung dalam gerak kerja di Bilik Gerakan Pilihanraya pasti tahu bahawa jika dalam PRU ataupun PRK, hanya bendera parti yang bertanding sahaja dibenarkan dikibarkan.. Contohnya dalam PRK N20 ini BN menentang PAS.. jadi hanya bendera BN dan PAS yang dibenarkan dikibarkan, Bendera PKR atau DAP yang membantu PAS hanya dibenarkan berkibar di Bilik Gerakan mereka sahaja.. Jika pihak PKR tetap berdegil mahu mengibarkannya, SPR berkuasa sepenunya untuk menurukan bendera tersebut samada ada aduan atau tidak... Lagipun semalam Anwar telah turun ke Sungai Limau dan hari ini pula Presiden PKR pula ke Sungai Limau.. jika PKR mahu PAS kalah, pasti tak akan dikerah petugas-petugas dari seluruh negara ke Sungai Limau.. Kalahnya PAS dalam PRK ini sudah pasti akan turut sama melemahkan moral ahli-ahli PKR selain dari ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PR khususnya.. Nak tuduhpun agak-agaklaaa sedara... |
Wah!! Betullah Anwar Ibrahim ditolak Penyokong PAS Sungai Limau. tengok gambar-gambar ni.. Posted: 01 Nov 2013 09:04 PM PDT Pagi sebelum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kakinya ke kawasan DUN Sungai Limau, sebuah Blog Pro UMNO telah mendakwa kononnya penyokong PAS Sungai Limau menolak kehadiran beliau. Ini kononnya menurut beliau berikutan dari tiga keping banner yang dakwa beliau telah digantung oleh beberapa orang penyokong PAS di DUN tersebut. Kononnya menurut beliau sentimen penolakan Anwar di Sungai Limau semakin menjadi-menjadi apabila sekurang-kurangnya 3 banner protes Anwar ke sini telah dinaikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau. Oleh itu beliau mentafsirkannya sebagai "Ini bermakna penyokong Pas di Sungai Limau menolakan kedatangan Anwar untuk berkempen disini. Anwar Ibrahim dijangka datang hari ini dengan membuat ceramah di Dulang Kechil salah sebuah kubu kuat BN di Sungai Limau.." Semalam sebagaimana yang telah dirancang dan disusun Program Anwar di Sungai Limau, program telah dijalankan seperti biasa.. Lebih kurang jam 4.45 petang kami telah bertolak dari Yayasan Aman, Penanti bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan juga para pengawal peribadinya dalam tiga buah kereta yang berlainanan. Dari seawal ketibaan kami ke Tol Gurun lagi 'Penolakan' itu tellah dirasai, disitu telah bersedia menanti beberapa buah Super Bike dari ARC untuk mengiringi kami ke Sungai Limau. Setibanya rombongan kami ke Kampung Selengkoh untuk program Hi Tea, Kami melihat Anwar Ibrahim memang ditolak oleh ramai penduduk di Kampung tersebut. Penolakan tersebut terbukti bilamana 30 orang telah menyerahkan borang bagi menyertai KeAdilan Ranting Kampung tersebut dan hanya seorang dua yang menanti dan menyambut kehadiran Anwar Ibrahim disitu.. Begitu juga untuk program tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16, Padang Lumat.. tiada penduduk kampung yang kelihatan mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar.. Begitu juga dengan program makan malam di Bilik Gerakan Utama KeAdilan di Kampung Setia Jaya, Ulu Sedaka.. Anwar terpaksa makan seorang diri keran dirinya sudah ditolak oleh penyokong PAS disitu.. Dan penolakan oleh penyokong PAS terhadap Anwar terbukti benar dan amat jelas kelihatan program Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sungai Limau.. Malah penolakan yang lebih besar juga kelihatan dalam ceramah Perdana di Simpang Tiga Sungai Limau Luar dan juga Ceramah Perdana di Dulang Besar... Saksikan.. bagaimana Anwar Ibrahim ditolak oleh penyokong PAS Sungai Limau... Lagi gambar-gambar Anwar Ibrahim ditolak oleh Penyokong PAS Sungai Limau korang lihatlah di SINI.. ..... Ditolak kononnya... kah. kah.. kah... sudah-sudahlah dengan propaganda murahan tu wahai macai.. daripada hang buat propaganda murahan tu lebih baik hang tolong pegang torchlight kat Mukhriz suluh batas jalan tengah-tengah bendang tu.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan