Kelab Greenboc |
- Ada "Gergasi" Di Marang, Tapak Kakinya Ditemui...
- [VIDEO] UMNO BN Ketagih Tabur Projek Air Liur
- Menjelang Muktamar PAS, Mohd Sabu Perlu Kekal Sebagai Timbalan Presiden?
- Ada Rencana Untuk Membunuh Mursi Menjelang Pengadilannya 4 Nov?
Ada "Gergasi" Di Marang, Tapak Kakinya Ditemui... Posted: 02 Nov 2013 12:35 AM PDT Misteri tapak kaki gergasi MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian. Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu. Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil. "Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar," katanya kepada Sinar Harian. Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal. "Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil," katanya. Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya. Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut. Penemuan bukan kali pertama Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung. "Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat 'makhluk gergasi' yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan," katanya. Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan 'big foot' iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya. "Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki 'big foot' terus menjadi misteri," katanya. Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan 'big foot' juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani. Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa. "Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat," katanya. -SH ULASAN GB Cuba selami yang tersirat daripada yang tersurat. Setiap sesuatu kejadian Allah swt itu tidak ada yang sia-sia. Seperti kes ikan berkepala buaya yang ditemui di Selangor beberapa tahun dulu. GB pernah ulas begini: Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya. Akhirnya ikan berkepala buaya itu dipecat dari parti. Anda kenal dia siapa! Walaupun GB dah berikan hint, malangnya tiada siapa yang dapat menjawabnya dengan betul ketika itu. Baca di SINI. |
[VIDEO] UMNO BN Ketagih Tabur Projek Air Liur Posted: 01 Nov 2013 08:10 PM PDT Pas Kedah mendakwa kerajaan BN hanya bermain dengan 'projek air liur' sepanjang tempoh kempen PRK Dun Sungai Limau berlangsung. Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil pemerhatian yang dijalankan, pihaknya mendapati BN terus menjadi penagih kepada projek pengumuman pada setiap kali berlakunya pilihan raya. Beliau berkata, bahkan perkara seperti juga itu sudah menjadi budaya harian BN yang tidak boleh ditinggalkan. "Pada setiap kali pilihan raya, maka salah satu projek mereka ialah projek pengumuman. Ini yang telah pun dapat dilihat dengan bermula dari pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan sebagainya. Sehingga lahirlah perkataan 'you help me, I help you'. "Cuma sekarang ini dia tidak datang menyebut perkara tersebut. Tetapi dalam kempen-kempen yang dijalankan, maka itulah yang diharapkan kononnya kerajaan telah mengumumkan banyak projek dalam satu-satu pilihan raya," katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini. Namun begitu ujar Mahfuz, hasil pemerhatian pihaknya mendapati BN tidak komited menunaikan janji sepertimana di Dun Kuala Besut, yang sebelum ini dijanjikan dengan 10 projek baru. "Kini hanya selang beberapa bulan selepas PRK Dun Kuala Besut, sekali lagi program projek pengumuman itu dapat dilihat dalam Dun Sungai Limau. Cuma nilainya itu lebih kecil daripada nilai yang diumumkan di Kuala Besut iaitu RM15.15 juta. "Saya lihat kerajaan masih lagi bermain dengan 'projek air liur'. Mereka cakap saja, tapi tidak dilaksana sehingga sekarang. Apa pun, saya nak sebut di sini ialah projek di Dun Sungai Limau ini nampak begitu kecil peruntukan yang diberi berbanding dengan pemberian di Dun Kuala Besut. "Saya pun tidak tahu kenapa, sedangkan mereka kata nampak ketinggalan di Dun Sungai Limau. Sepatutnya, kalau ketinggalan, takkanlah nilainya RM15.15 juta, berbanding dengan Kuala Besut RM377 juta. Maknanya di Kuala Besut adalah ketinggalan pada sebelum itu lagi di bawah BN," katanya. -SH
|
Menjelang Muktamar PAS, Mohd Sabu Perlu Kekal Sebagai Timbalan Presiden? Posted: 01 Nov 2013 04:35 PM PDT Mengapa Mat Sabu perlu kekal Timbalan Presiden Oleh ISMAIL QAWI Lawan Pas ialah Umno. Pas perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya. Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno. Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa. Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali. Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini. Antara lima calon Timbalan Presiden Pas yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian. Menjadi orang kedua Pas, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan Pas untuk bersama dengan Pas melawan batil dan kejahilan yang dibawa Umno. Perlukah orang kedua Pas mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama? Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden Pas sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama. Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan NGO-NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih. Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak. Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan Pas sehinggalah ia menumbangkan Umno. Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas. Jawatan Timbalan Presiden Pas bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja. Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini. Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh. Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan. Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut. Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi. Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psywar media. Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji. Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa. Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian. Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya. Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas. Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian. Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri. Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada 4 calon yang lain buat masa ini. Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya. * Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online (dan GB juga)
|
Ada Rencana Untuk Membunuh Mursi Menjelang Pengadilannya 4 Nov? Posted: 01 Nov 2013 03:00 AM PDT Tuduhan demi tuduhan telah dirancang. Tanpa ada bukti di pengadilan pun, Presiden Mursi telah meringkuk di penjara sejak kudeta dimulai tanggal 30 Jun 2013. Mursi telah dijauhkan dari keluarga, jamaah, teman dekat, bahkan penasihat kepresidenan dan pasukan pengamatan presiden yang selama ini setia mendampinginya. Kini, tarikh pengadilan Mursi telah diputuskan; 4 November 2013. Menurut Amr Faraj, beliau meramalkan sekurang-kurangnya akan ada empat senario: 1. Mursi tidak dihadirkan, namun disidang dalam pengadilan in absentia. 2. Mursi tetap dihadirkan dan didakwa dengan tuduhan-tuduhan yang ringan, agar menenangkan suasana dan pada prinsipnya tetap menahan Mursi di penjara. 3. Mursi dihadirkan di pengadilan. Kemudian akan dibuat rekayasa kekacauan, hingga Mursi "terbunuh" untuk kemudian akan dituduhkan kepada para pemuda antikudeta dan pro konstitusional. 4. Mursi dihadirkan di pengadilan, namun semua akses media dan masyarakat ditutup. Sehingga keputusan pengadilan akan dikeluarkan secara sembunyi-sembunyi, tanpa diketahui publik. Sementara ini, tuduhan kepada Mursi adalah; menghasut pembantaian di Istana Ittihadiyah 5 Disember 2012. Manakah yang terjadi? Ataukah tarikh 4 November awal keajaiban itu datang? -sumber asal: islamedia |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan