Selasa, 12 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Terdesaknya UMNO Selangor.. Pemacak bendera dikatanya 'Orang Kanan' Rafizi...

Posted: 12 Nov 2013 07:26 AM PST


Politik gimik lompat parti membabitkan UMNO seperti ini sudah dibuat lama sehinggakan motif dan objektifnya pun telah diketahui.

Malah, ramai pula yang berhijrah masuk UMNO itu hanyalah pelakon-pelakon UMNO sendiri.

Hasilnya, gimik lompat dan berhijrah parti itu tidak membawa sebarang penambahbaikan untuk UMNO pun apabila memperkatakan tentang prestasi dalam Pilihanraya Umum mahupun PRK.

UMNO sangat berbangga dengan keahlian yang melebihi 3 juta orang. Namun UMNO tidak pernah dapat menggunakan kekuatan tersebut untuk diterjemahkan sebagai parti yang menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara ini. Bahkan di beberapa tempat dan negeri, keahlian UMNO yang ramai, tidak dapat memenangkan UMNO pun.

Keadaan yang sama di Selangor apabila politik dalaman UMNO yang didalangi oleh Noh Omar sendiri menyaksikan UMNO mengalami kemerosotan teruk dan penguasaan paling lemah dalam sejarah UMNO di Selangor pada PRU13 lalu.

Mungkin disebabkan itulah, Noh Omar cuba meyakinkan ahli-ahli UMNO di Pandan kononnya lelaki yang akan masuk UMNO malam ini di Pandan merupakan orang kanan Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli sekadar mentertawakan status lelaki tersebut. Menurut Rafizi, lelaki yang bernama Aziz itu seorang penganggur dan tidak mahu bekerja. Sebaliknya dia mahu mendapat hasil dan pendapatan mudah tanpa perlu bekerja.

Aziz bukanlah orang kanan Rafizi Ramli sebagaimana didakwa oleh Noh Omar, sebaliknya hanya petugas pemasang bendera dan pemandu kereta kempen. Dan Rafizi turut mendedahkan, Aziz yang cuba dijadikan sebagai pemangkin oleh Noh Omar untuk menggilap namanya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, sebenarnya adalah peraih simpati yang mengharapkan wang belas ehsan daripada para pemimpin parti... dipetik dari ( SINI )

Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.
Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.
"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.
Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas 'kecewa' selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.
"Beliau sebenarnya menuntut bayaran yang kami tidak penuhi, jika BN akan beri bayaran lumayan hingga RM5,000 bagi sewa satu tapak bilik gerakan itu.
"Oleh kerana beliau tidak bekerja, atas sifat ihsan, kerap kali saya hulurkan sedikit bantuan kewangan antara RM200 hingga RM300 sahaja sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu.
"Tidak adil jika selepas PRU13, hanya dia sahaja menuntut bayaran sedangkan petugas dan sukarelawan lain kembali kepada aktiviti masing-masing dan bekerja," dakwanya lagi.
Ditanya sama ada Rafizi mempunyai perselisihan faham sebelum ini, beliau menegaskan tidak pernah timbul perkara tersebut malah Rafizi memberikan layanan yang baik sepanjang berkempen.
"Aziz berperwatakan baik, malangnya hingga sekarang beliau masih tidak bekerja, akibat kesempitan wang beliau pergi kepada Umno mengadu nasibnya.
"Umno lebih suka jika ahli kami pergi kepada mereka, dan ia berita gembira buat saya sebab tidak perlu melayan tuntutan wang yang sebenarnya tidak wujud," katanya lagi ~ Sinar Harian

Adnan Yaakob dimasukkan ke ICU Hospital Pakar Perubatan Prince Court...

Posted: 12 Nov 2013 04:09 AM PST


Keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu kini semakin pulih.

Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.

"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.

"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- Bernama

Oooo.. Patutlah depa berebut nak jadi Ketua Bahagian...

Posted: 11 Nov 2013 11:49 PM PST


Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya selama ini kita melihat dalam pemilihan untuk memilih Ketua-ketua UMNO Bahagian dinegeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat persaingannya sangat sengit?

Malah baru-baru ini dalam pemilihan di sebuah negeri diutara Semenanjung ini, beberapa sumber menyampaikan kepada aku ada pihak yang membayar untuk mendapatkan undi..

Buat macai-macai yang masih tak tahu kenapa ada pemimpin UMNO yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang boleh dianggap sebagai pelaburan untuk memperoleh undi.. bacalah kenyataan media ni betul-betul..

Semalam, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya berhubung dengan penyaluran peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen, telah menyatakan dengan yakin bahawa kerajaan persekutuan memang telah agihkan peruntukan sejumlah RM1 juta sejak 22 Mei 2013 bagi semua Ahli Parlimen, termasuklah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas PRU 13. 
Yang membawa banyak persoalan adalah, mengapa peruntukan sebanyak RM 1 juta terletak dibawah bidang kuasa State Development Officer (SDO) atau Pegawai Pembangunan Negeri bagi setiap negeri untuk kegunaan pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk kerja-kerja pembangunan bagi kebaikan masyarakat, sedangkan 3 negeri diurustadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat? 
Namun amat mendukacitakan apabila didapati, tiada mana-mana diantara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya mendapat kelulusan dari SDO dan lebih mengejutkan lagi, peruntukan tersebut disalurkan kepada Ketua Bahagian UMNO di kawasan dibawah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. 
Pendirian yang menjjijikkan ini sudah lama membarah dan hakikatnya, rakyat jelata, Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, terus dianiyai oleh rejim BN yang kalau tak merompak dari rakyat, tak sah ianya BN. 
Kami, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat juga berhak untuk mendapatkan peruntukan tersebut secara langsung tanpa melalui mana-mana parti politik BN. 
Suara rakyat, suara keramat dan pilihan rakyat wajib dihormati terutama sekali oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan BN. 
Hakikatnya, 51 peratus pengundi telah memilih Pakatan Rakyat dan 47 peratus telah memilih BN. 
51 peratus pembayar cukai yang mengundi Pakatan Rakyat berhak kepada peruntukan tersebut dan penyaluran wang rakyat kepada Ketua Bahagian UMNO adalah satu pengkhianatan kepada rakyat. 
Perdana Menteri menderhaka kepada 51peratus rakyat Malaysia yang telah mengundi untuk perubahan, rakyat yang menolak UMNO-BN dan suara rakyat yang telah mengundi Pakatan Rakyat, apabila menyalurkan peruntukan tersebut kepada Ketua Bahagian UMNO di kawasan Parlimen Pakatan Rakyat. 
Amat menjengkelkan apabila, walaupun 51 peratus rakyat sudah terang-terang menolak UMNO-BN, wang rakyat diserahkan kembali kepada pihak UMNO yang mempunyai "track record" 56 tahun pecah amanah rakyat, "harapkan pagar, pagar makan padi". 
Beranikah Perdana Menteri menyerahkan kesemua wangnya kepada seorang perompak atau pencuri atau yang mengamalkan budaya rasuah dan korupsi. 
Dimanakah transformasi Perdana Menteri dan kerajaannya kalau ideologi politik kalut masih dipegang sebagai "life line" BN terutama sekali oleh UMNO Baru yang masih mengamalkan politik lama. 
Impian dan harapan rakyat terus dicabuli oleh satu rejim yang terus merompak dan menyapu hasil pembayar cukai kedalam kantung mereka sendiri. 
Pendirian Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah peruntukan pembangunan mesti disalurkan kepada rakyat dan bukannya mana-mana parti politik BN dan terletak dibawah budi bicara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk digunakan bagi tujuan pembangunan diatas keperluan dan keutamaan masyarakat di kawasan tersebut. 
Berapa lama lagi Najib dan konco-konconya akan terus menyeleweng dan memboroskan wang titik peluh rakyat marhaen?

Kasthuri Patto

Ahli Parlimen Batu Kawan
*Kenyataan Media Kasthuri Patto Ahli Parlimen Batu Kawan pada 12 November 2013 di Parlimen*

Pelaburan hanya dibuat sekali dalam masa empat atau lima tahun tapi pulangannya RM1Juta setiap tahun..

Dari RM1Juta tu.. berapa peratus agaknya yang digunakan untuk pembangunan dalam kawasan Parlimen itu?

Rasanya adalah seciput kot... yang lain?.. faham-fahamlah sendiri...

Ekonomi negara dijangka meleset akibat GST

Posted: 11 Nov 2013 10:11 PM PST


Malaysia berkemungkinan mengalami kemelesetan ekonomi selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 2016.

Penganalisa ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar), berkata kemelesatan itu dijangka berlaku berdasarkan Teori Kitaran Niaga sejak akhir-akhir ini.

Katanya, pelaksanaan GST bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya 'double whammy' berdasarkan perbelanjaan isi rumah.

Teori kitaran niaga menjadi pendek kerana dulu ia berlangsung selama 10 tahun tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi tujuh tahun.

"Kali terakhir berlaku kepada Malaysia pada tahun 2009, jadi kemungkinan kemelesetan berlaku pada 2016. Proses ini hanya mengambil masa setahun selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015," katanya ketika ditemui portal Selangor Kini selepas seminar umum yang bertajuk pengurusan kewangan berhemah di Karangkraf, di sini, semalam.

Azrul berkata, trend teori kitaran niaga terbabit menjadi lebih singkat berdasarkan perubahan faktor dalam sistem ekonomi, kewangan negara dan kemajuan teknologi.

"Kita tidak dapat memastikan bila perkara ini akan pulih kerana bergantung kepada penerimaan orang ramai terhadap GST. Namun GST boleh dikawal jika gaji dinaikkan setara dengan perlaksanaannya bagi mengelak kadar hutang isi rumah terus meningkat," katanya.

Beliau yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata kerajaan disaran melaksanakan Capital Gains Tax (CGT) bagi mengelakkan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat.

"Cukai ini kita ambil atas keuntungan bukan modal. Dalam kiraan saya, kerajaan boleh meraih pendapatan RM8 bilion hingga 10 billion setahun," katanya.

Dalam sidang akhbar di lobi parlimen 31 Oktober lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan rakyat perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan sebelum pelaksaaan GST yang dilihat bakal membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Saya tidak mengatakan bantahan pada prinsip GST dalam ucapan belanjawan saya. Saya tegaskan daripada sudut sistem pelaksanaan GST itu lebih telus dan efisyen.

"Soalnya, dua syarat yang kita tekankan iaitu pertama hapuskan ketirisan dan kebocoran dengan menjimatkan wang itu untuk berbelanja," jelas beliau.

Ini lakaran wajah suspek kes bunuh Ketua Penolong Pengarah, JAIP..

Posted: 11 Nov 2013 07:25 PM PST


Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tuhan Harun' pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana terlibat dengan ajaran sesat dan tudahan melakukan penipuan.

Kini, ahli kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Harun Mat Saad, 47 dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaip Ahmad Rafli Abdul Malek dihadapan rumahnya pada Ahad.

Polis percaya kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tersebut menggesa 31 pengikut kumpulan berkenaan menyerah diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa mereka segera menyerah diri kepada pihak berkuasa.

"Saya menasihatkan agar mereka menyerah diri kerana jika tidak kita akan memburu mereka. Kita mahu menyoal siaasat mereka berhubung kes pembunuhan," katanya pada Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di bahagian kepala di hadapan rumahnya di Mahkota 2 , Kuantan selepas seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan berkopiah memberi bertemu dengannya.

Ketika dia sedang membuka pintu dan berjalan ke arah pintu pagar seorang lagi lelaki yang berpakaian sama melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

Dua das tembakan terkena bahagian dada Ahmad Rafli menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, sementara satu lagi tembakan tersasar dan mengenai saluran paip rumahnya.

Khalid berkata mereka sedang menyiasat sama ada pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan tugas Ahmad Rafli sebagai ketua penguatkuasa, termasuk penyebaran ajaran Syiah serta kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun.

"Kami tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Kami meyeru semua jabatan termasuk Jabatan Menjejaki Pengganas Bukit Aman membantu siasatan. Kami telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Di satu lagi majlis di Pulau Pinang, Khalid berkata tiada bukti yang menunjukkan pengikut Syiah terlibat dalam kes tembakan berkenaan, beliau menegaskan polis percaya kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dipercayai terlibat dalam kes tembakan tersebut.

"Kami menyedari terdapat aktviti Syiah di sesetengah sekolah dan apa yang kami risaukan adalah pengikut kumpulan ini akan menjadi pelampau dan akhirnya menyertai kumpulan militan," katanya. 

Dato' Sharifuddin Ab Ghani menunjukkan lakaran wajah suspek

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya kes pembunuhan tersebut mungkin bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan tugas Allahyarham sebagai ketua penguatkuasa dalam kes yang dikendalikannya.

Beliau berkata pihak polis akan mengawal rumah mangsa bagi memastikan keselamatan ahli keluarga Allahyarham. 

Ahmad Rafli meninggalkan seorang balu, Rosmahwani Abdul Wahab, 41 , dan lima anak. Beliau dikebumikan pada pukul 10.50 pagi Isnin di tanah perkuburan Islam, Jalan Bukit Ubi ~ mStar


Diskripsi Suspek:

Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), mohon salurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

~ Info dari Facebook Polis Diraja Malaysia

Tiada ulasan: