Selasa, 12 November 2013

Addin

Addin


MB Pahang Di Masukkan Ke ICU

Posted: 12 Nov 2013 08:29 AM PST

Keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu kini semakin pulih.

Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.

"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu.

Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.

"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.~bernama




Iklan C (ii)


Utusan Malaysia Buat U-Turn

Posted: 12 Nov 2013 04:52 AM PST

Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.

Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?

Didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.

"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.

"Mat Sabu pernah menjadi Ketua Pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini manakala Mohd Amar pula tewas dua kali dalam percubaan untuk menjadi Naib Presiden.

"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".

Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.

Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.

"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.

"Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata Zulkiflee.

Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP.

Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR.

Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu.

Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR.

"Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.

Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar.

Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor. ~tmi 



Iklan C (ii)


Patutlah Najib Membisu 2,3 Hari Ni.. Ini Sebabnya

Posted: 11 Nov 2013 11:42 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan negara," katanya kepada Keadilan Daily.

Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing," soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Najib sepatutnya menjawab isu itu sebaik didedah pihak media.

"Tindakan membisu membuktikan dirinya seorang pemimpin lemah dan cuai dalam menjaga keselamatan negara. Pendedahan ini sangat serius kerana wujud pelbagai rahsia dan maklumat sulit negara di pejabat Peguam Negara," katanya.

Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju mendesak siasatan segera dibuat terhadap Gani. ~kd




Ahmad Said Jadi MB Terengganu Sehingga Mac 2014

Posted: 11 Nov 2013 06:39 PM PST

Selepas Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua Mei lalu, heboh kononnya ADUN Kijal itu akan menjadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.

Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.

Kata sumber itu. lagi, surat itu disimpan di istana dan bila tiba Mac depan, Ahmad Said dikatakan akan melepaskan jawatannya.

Namun demikian sumber itu menghujah sejauh mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani mengarahkan Ahmad Said melepaskan jawatan pada bulan Mac depan.

Sumber itu berkata, baru-baru ini beberapa pegawai kanan kerajaan Terengganu telah mengadu salah laku Menteri Besar itu kepada Perdana Menteri, sebaliknya Najib telah memberitahu Ahmad Said tentang pertemuan mereka.

"Ini yang menyebabkan pegawai kerajaan berkata Najib takut ambil tindakan kepada Ahmad Said," kata sumber itu lagi.

Mereka percaya bila tiba bulan Mac nanti, Najib tidak berani mengarahkan Ahmad Said meletakkan jawatan.

Sejauh mana surat yang ditandatangani Ahmad Said itu benar atau tidak, sama-samalah kita tunggu bulan Mac nanti.

Dalam kempen pemilihan Ketua Umno Bahagian Kemaman bulan lepas, Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam berkata bukannya senang Ahmad Said hendak menjadi Menteri Besar buat penggal kedua selepas PRU ke 13.

Menurutnya, Ahmad Said disuruh balik terlebih dahulu oleh Najib ketika mahu mengambil watikah dari Perdana Menteri. ~fmt



Lagi Blog Musang Berbulu Ayam Di Kesan.. Saksikanlah

Posted: 11 Nov 2013 04:57 PM PST


Nampaknya blog menyamar sudah muncul semula... dahulu ingat tak lagi dengan blog SUARAPAKATANRAKYAT.COM yang mana menjadi rujukan media dan cybertrooper UMNO BN untuk memburukkan nama PAKATAN RAKYAT... kini blog itu sudah tidak disambung lagi domainnya... dan sudah mati di alam maya ini.

Hari ini muncul satu blog baru dengan nama NEGARAPAKATANRAKYAT.BLOGSPOT.COM yang mana modus operandinya boleh dikatakan sama dengan blog SUARA PAKATAN RAKYAT dahulu... cuma namanya sahaja sedikit berbeza iaitu dari SUARA di tukar kepada NEGARA..


Jadi jika macai tu tetap dikatakan macai... idea dan akal mereka bukan boleh berfikiran diluar kotak dengan
sekilas akal pendek mereka itu orang dah dapat kesan adakah macai ataupun tidak...









Tiada ulasan: