ALHUSSEYN |
Inilah kelebihan dapat Pak Mertua seorang Presiden...... Posted: 30 Nov 2013 04:05 AM PST Aku bukanlah nak tuduh apa-apa...Tetapi dalam masa orang sedang sibuk berteka-teki tentang perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, sudah tentu gambar berikut akan mengundang pelbagai tanggapan dan pertanyaan .... Kelihatan Ustaz Akmal Kamarudin, menantu Presiden Tuan Guru Haji Hadi dan Ust Sidek Nor, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak dan beberapa lagi anggota parti dari Perak sedang memasuki ke perkarangan rumah Presiden di sebelah Masjid Rusila, Marang, Trengganu. Tentu tidak molek kalau ada orang berkata bahawa mereka telah mengadap Tuan Guru Presiden untuk melobi perlantikan seseorang sebagai PJ ke apa? Mungkin kalau kunjungan mereka ke situ selepas perlantikan PJ sedikit masa lagi, tidak akan menimbulkan apa-apa prasangka atau spekulasi. Inilah kelebihan menjadi menantu kepada seseorang yang berpengaruh .... ramai yang mungkin mahu mengambil kesempatan. Macam-macam ada! |
Mujurlah Nik Aziz tidak diserang penyakit jantung! Posted: 29 Nov 2013 05:45 PM PST Pada 15 September lalu, TGNA dikejutkan dengan kenyataan Harun Taib mengenai Resolusi Multaqa melalui akhbar Sinar sahaja… Kelmarin, TGNA dikejutkan lagi melalui akhbar yang sama yang menyiarkan di muka depannya: Tok Guru terkejut dan menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan dgn PM Najib kelmarin sebagai pertemuan yg tidak dijangka. "23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu," Katanya lagi (Gambar bawah ehsan Sinar) Apa lagi yang korang tak faham-faham lagi? Tuan Guru Nik Aziz kini telah dipinggirkan. Pandangannya sudah tidak mahu diambil kira. Seolah-olahnya TGNA sudah tiada lagi dimuka bumi ini. Puak-puak inilah yang melolong kesana kemari kononnya mahukan kepimpinan Ulamak ... Apakah TGNA selaku Mursyidul 'AM PAS sudah tidak diperlukan lagi pandangan dan buah fikirannya? Apakah mereka sudah tidak menganggapnya sebagai Ketua ulama dalam PAS? Aku takut kalau-kalau ada yang menganggap TGNA ulamak liberal? Adoi .... di mana penghormatan kalangan ini terhadap Mursyidul 'Am sendiri. Nampaknya doktrin wala' dan thiqah korang yang selama ini korang sendiri pundekan Betapa TGNA tidak dirundingkan terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan atau persetujuannya sebagai menghormatinya sebagai bekas MB Kelantan yang selama 23 tahun itu. Ini jelas menunjukan beliau sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan PAS yang ada hari ini. Apakah gerangan keistimewaan yang ada kepada MB Kelantan yang baru, Ahmad Yaakub hingga mendapat layanan yang tidak pernah diberikan kepada TGNA ; hingga menyebabkan beliau terkejut sangat? Apakah kerana PAS yang menerajui kerajaan Kelantan hari ini merupakan fraksi UG yang memang tidak sehaluan dengan TGNA selama ini? |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan