DIALOG RAKYAT |
- Kerajaan di penghujung hayat
- PAS tidak perlu apologetik muzakarah dengan Umno
- Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN
- Tidak tahu membezakan diantara menghilangkan sakit dengan mengubati penyakit
- Mat Sabu jemput Umno sertai mesyuarat bantah GST, TPPA
- Kerjasama dalam PR: DAP, PAS, PKR capai keputusan terbaik pada PRU 1999, 2008, 2013 Oleh Lim Kit Siang
- PKR tetap bantah walau DBKL tangguh
- Bunuh pegawai Jaip: Polis masih buru 10 individu
- Kertas soalan SPM bocor: Speaker digesa segera terima usul
- PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah
- DAP anjur forum ‘Bajet BN-Siapa Untung, Siapa Rugi’, di Johor Bahru, Ahad ini
- Anwar saran Adun KEADILAN Selangor sumbang gaji ke tabung pendidikan
- Seludup haiwan aktiviti menguntungkan, kenapa kementerian terbabit pejam mata?
- Semoga Ustaz Kazim Elias Tidak Sekadar Berperanan Baca Doa Dalam UMNO
- Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan
- Johor juga pertimbang naikkan gaji Adun
- Bersih terus desak anggota SPR letak jawatan
- Gaji tetap naik tapi boleh bincang semula, kata MB
- Pemuda PAS mesyuarat semula 5 Dis, lantik SU
- Sarawak tidak sama dengan negeri di Semenanjung
- Umno guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS
- Peguam salahkan AG gagal kes Aminulrasyid
- Mangsa Menara Umno nahas bukan kecuaian
- Nga Kor Ming Diarah Keluar Dewan Selepas Hina Speaker
- Abdul Khalid Nafi Bayar Tuntutan RM15 Juta Kepada Anwar
Posted: 30 Nov 2013 03:11 PM PST Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak toleransi dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus. Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak toleransi sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda. Firaun mengamalkan politik yang sama dan akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah: "Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)" (Surah al-Qasas ayat 4-5). Malaysia Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati lahir ciri-ciri negara atau kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula daripada isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara. Demikian isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihan raya kita lihat isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan. Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang daripada aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini. Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendaklah bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara. Kepelbagaian Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanya pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran. Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatic perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama. Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash'ari (meninggal dunia 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal dunia 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari: "Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-'Asy'ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: "Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan yang satu yang disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata". Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut: "Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: "Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi Muhammad bersabda: "Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin", maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim". (Siyar A'lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah). Remeh temeh Kemudian, isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini. Label-melabel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek melayu dilebelkan sebagai liberalis dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilabel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran. Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan. Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama sama ada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka. Ini kerana golongan agama - kecuali yang ikhlas - sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka. Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi'i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan. Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh atau pun tidak. Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi'i. Demikian juga dianggap wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana wahabi atau pun tidak. Saudi yang dikatakan wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat. Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pulak menyibukkan diri dengan isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam. Konflik Hasilnya, negara terjerumus dalam konflik tidak berfaedah. Daripada satu konflik kepada satu konflik. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat daripada isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri. Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku. Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu perbezaan bukan nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat. Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna. Akhirnya kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majoriti. Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian. Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PAS tidak perlu apologetik muzakarah dengan Umno Posted: 30 Nov 2013 03:04 PM PST DETIK DAILY Tanpa sebarang sebab yang jelas, PAS yang mengambil ketetapan mahu bermuzakarah dengan Umno menunjukkan sikap apologetik yang berlebihan apabila menjelaskan yang muzakarah ini bukan bertujuan menyertai Barisan Nasional. Umumnya, PAS menunjukkan persetujuan atas cadangan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengadakan muzakarah isu-isu penting melibatkan agama dengan Umno. Tetapi, akibat dibayangi kisah lama kecaman luar biasa terhadap pemimpin-pemimpin yang dituduh mahu bersama Umno, dan penyalahgunaan istilah muzakarah (yang disebut sebagai promuzakarah dan digunakan media liberal, contohnya The Nut Graph, Malaysiakini dan Malaysian Insider), PAS kini terpaksa meminta maaf dan bersusah payah memberi justifikasi muzakarah. Malang sekali, ramai ahli PAS sendiri menggunakan label ini sesama ahli untuk memburukkan kumpulan lawan. Muzakarah ialah ketetapan parti yang pernah digerakkan, tetapi terhenti akibat kemunculan satu sentimen yang tidak terkawal dan dikaitkan terus sebagai agenda bergabung dengan Umno, sehingga istilah muzakarah itu sendiri diselewengkan. Salah tafsir itu begitu berleluasa hingga mencetuskan fitnah. Sebarang pertemuan dengan mana-mana pemimpin Umno, walaupun dalam kapasiti sebagai wakil pemerintah, dinilai secara sangat negatif. Tidak lama selepas istilah promuzakarah dijadikan kod untuk kelompok yang didakwa mahu bergabung dengan Umno, istilah "pro-UG" pula digunakan, dengan UG daripada singkatan kerajaan perpaduan (yang juga disalah tafsir sebagai agenda bersatu dengan Umno) dalam bahasa Inggeris dijadikan kata kunci. Permainan politik murahan ini kini kembali menyusahkan PAS dan menyebabkan tindakan meminta maaf yang tidak berasas ini. Sebenarnya cukup dengan PAS menyatakan ketegasan tentang parameter perbincangan, topik dipersetujui dan matlamat pertemuan diadakan. Terlalu jauh muzakarah dengan menyertai BN. Muzakarah ialah pertemuan untuk membincangkan isu-isu yang dipersetujui, yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa, seperti juga dialog dengan pelbagai pihak untuk tujuan dakwah. Sikap terlalu memandang negatif Umno dan mengelak daripada bertemu atau dilihat bertemu dengan pemimpin Umno sangat tidak rasional, lebih-lebih lagi dalam sistem politik Malaysia, dan membataskan ruang dakwah yang selalu disebut sebagai satu tugas PAS. Kedua-dua PAS dan Umno ditunjangi oleh orang Melayu, kaum dominan yang beragama Islam di negara ini, dan kedua-dua parti sentiasa terdedah kepada persaingan dan kerjasama. Kenyataan daripada PAS menjelaskan hal ini mendedahkan psikologi yang sering dilihat pada orang yang bersalah, yang terus menjelaskan sesuatu walaupun tanpa ditanya terlebih dahulu. http://siasahdaily.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN Posted: 30 Nov 2013 03:01 PM PST Oleh AZAMIN AMIN KUALA LUMPUR: Kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno adalah bertujuan untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini dan tiada kaitan langsung untuk menyertai komponen BN. Naib Presiden PAS yang baharu, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal kebimbangan orang ramai termasuk ahli PAS berhubung niat murni parti Islam itu yang berhasrat untuk memastikan syariat Islam terlaksana di negara ini. "Ucapan penggulungan Presiden PAS dan usul untuk laksanakan undangundang Islam termasuk di negeri-negeri yang menjadi asas kepada pertemuan yang mahu dibuat dengan Umno. "Ada perkara-perkara ber kaitan dengan Islam juga mendapat sokongan Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN ahli-ahli parlimen daripada luar PAS," katanya. Beliau berkata demikian , berhubung saranan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di Muktamar Ta hunan PAS ke-59 barubaru ini yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksanakan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. Ustaz Tuan Ibrahim berkata, sebelum ini berkaitan hudud di Kelantan, Menteri di Jabatan Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Bharom memberitahu, pelaksanaan undang-undang Islam di negeri itu, perlu mendapat sokongan ahli parlimen di Dewan Rakyat. "PAS dalam masa terdekat, akan membawa private bill berhubung isu Islam dan ianya perlu mendapat sokongan daripada Speaker dan para ahli parlimen yang lain. Beliau mempersoalkan sikap Kerajaan Pusat itu selama ini yang dilihat 'mendera' Kelantan dalam soal hukum Islam termasuk kes-kes lain seperti royalti minyak, lebuh raya, geran berkapita dan perpecahan rakyat akibat wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) daripada segi mengagihkan peruntukan. Dalam masa yang sama, Ustaz Tuan Ibrahim menjelaskan, muzakarah ini tidak sama sekali akan menjejaskan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya pertemuan itu akan dibuat secara terbuka dan akan dimaklumkan ke pada rakan-rakan parti komponen yang lain. "Kita akan buat muzakarah secara terbuka dan akan maklumkan kepada KeADILan dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi mengelak salah tanggap di kemudian hari," katanya. "PAS sudah menunjukkan kesungguhan untuk bermuzakarah bagi memasti kan pelaksanaan pentadbiran Islam dapat dilaksanakan. Selebihnya, kita akan te ngok bagaimana res pons Perda na Menteri se bagai ke tua pemerintah," katanya. Pada 25 November lalu, Najib Razak memberitahu akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob bagi membincangkan cadangan muzakarah antara kedua-dua pihak. Mengulas agenda yang dibangkitkan dalam Muktamar PAS Ahad lalu, Najib yang juga berkata, be liau bersedia bertemu pemimpin parti Islam itu dalam tempoh segera. Sambil menyatakan keterbukaannya, Najib bagai manapun meminta PAS menghuraikan lanjut berhubung muzakarah itu. Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan idea dialog demi perpaduan Islam, terutamanya dalam pelaksanaannya ajaran dan undangundang Islam. Umno sebelum ini menolak idea itu ekoran kemungkinan ia bertentangan dengan undang-undang sekular dalam perlembagaan. Pada 1993, kerajaan Kelantan meluluskan enakmen hudud tetapi pelaksanaannya ditangguhkan ke rana penguatkuasaan di anggap memerlukan pindaan perlembagaan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tidak tahu membezakan diantara menghilangkan sakit dengan mengubati penyakit Posted: 30 Nov 2013 01:23 AM PST ASPAN ALIASNegara menghadapi kekeliruan dalam semua hal. Dalam masa yang sama kita bergegar-gegar bercakap untuk menjadi negara maju. Apa yang dimaksudkan sebagai negara maju tidak pula kita ketahui. Tetapi kalau dipandang dari satu sudut, negara mahu kepada mereka ini ialah sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi, tiang bendera yang tertinggi didunia dan jambatan yang panjang-panjang. Ia juga termasuk gong yang terbesar yang pernah tersergam di Angkasapuri pada suatu ketika dahulu. Kepada setengah pihak dan kepimpinan, bangunan pusat pentadbiran yang terbesar dalam dunia. Putrajaya merupakan kejayaan nasional. Putrajaya merupakan komplek yang sedikit kecil dari komplek pentadbiran kerajaan di Abuja, Nigeria, di sebuah negara Afrika yang kini telah menjadikan negara itu hampir kekeringan kewangannya kerana menyelenggara pusat pentadbiran itu. 'Nation building' itu mungkin juga dengan mengadakan jalan dan lebuhraya yang indah dan cantik serta mengadakan infrastruktur yang kelas pertama dalam dunia dan pemimpin-pemimpin nya yang kaya raya dengan jet-jet peribadi dan perkara yang setaraf dengannya. Bagi setengah diantara mereka jika sudah mendapat kemajuan seperti itu maka itulah kejayaan sebagai pembawa pembangunan apa yang dinamakan sebagai 'nation building'. Tidak pernah terfikir oleh kerajaan yang memimpin bahawa pembangunan negara itu merupakan ruang lingkup yang sangat besar, dan bukan setakat melihat pembangunan fisikal yang boleh dipandang dan dipegang sahaja. Pembangunan fisikal ini merupakan satu elemen yang 'fractional' sahaja dalam definasi 'nation building' itu. Tetapi itulah yang dianggap oleh kepimpinan kita dan mereka yang bersekongkol dengan mereka sebagai definasi 'nation building' itu. Maka wujud lah rakyat yang berlumba-lumba mencari kekayaan sebagai tanda aras tahap sosial mereka yang tidak ada batasnya sehinggakan dari seorang kampung yang sederhana, wujud sikap berlumba-lumba terbang kesana kemari dengan jet-jet eksekutif misalnya, tetapi tidak pula menilai moral tindakan mereka itu. Mereka ini hanya dilihat sebagai seorang 'maharajah' setelah mempunyai pengaruh dalam politik melalui persahabatan secara kroni atau melalui perkahwinan dua insan yang berpengaruh dengan kuasa. Bagi pemimpin yang sudah tersedia sebagai seorang dari keluarga yang tahap sosialnya tinggi, tidak akan tergamak melakukan tindakan yang menjadi bahan jenaka kepada masyarakat ramai yang memerhatikannya. Mereka yang sudah tersedia hidup dari kecilnya sebagai bangsawan yang asli, tidak akan melakukan tindakan yang menjolok mata rakyat kerana mereka selalunya hidup secara sederhana dan kehidupan mereka adalah 'natural' sebagai orang yang bertahap sosialnya tinggi dari zaman mudanya. Di sini kerajaan dan pimpinan gagal samasekali untuk membina masyarakat yang seimbang kehidupan mereka kerana mereka menyangka dan berpendapat mereka adalah pilihan Tuhan yang boleh bersikap apa sahaja caranya. Mereka menganggap membangunkan negara hanya dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang sejemput setiap kali pemberian yang di buat. Dalam pada itu wujud projek yang tidak di perlukan tetapi projek-projek ini semuanya adalah 'crony motivated projects' yang menjadi cara rasuah yang dilakukan secara sistematik sejak lama dahulu. Mereka mentadbir negara seperti orang menampal kain koyak dan berlubang-lubang. Di mana berlubang di situ ditampal. Mana yang putus di situ disambungnya. Mereka hanya memberikan ubat tahan sakit, tetapi penyakitnya tidak diubati. Penyakit-penyakitnya sampai kehari ini masih terbiar dan mereka tidak pun tahu apa penyakit yang dihadapi rakyat yang ramai. Apabila telinga yang sakit diberinya panadol, bila mata rasa sakit diberikan kita dua butir panadol, begitu juga apabila kita menghadapi sakit tengkuk, tiada yang lain selain dari memberikan panadol. Tetapi penyakit darah tinggi yang dihidapi mereka yang menyebabkan sakit di telinga, dimata dan di tengkuk itu tidak diubati. BRIM diberikan sedikit-sedikit, apabila hendak sampai hari raya diberikannya duit raya sejemput dan apabila sampai kepenghujung tahun diberikannya seratus ringgit untuk menambah bantuan membeli buku. Tetapi kemiskinan rakyat tidak terurus sampai ke hari ini. Rakyat sentiasa dijadikan sebagai umpan untuk menambah kekuasaaan mereka. Pemimpin tidak tahu membezakan diantara sakit dengan penyakit. Negara yang kayaraya tidak dapat membantu rakyat dengan kesusahan mereka Negara kita negara pengeluar minyak yang termaju, tetapi hasil syarikat minyak negara diperguna oleh keluarga pemimpin tertentu untuk mengaut segala hasilnya sedangkan penubuhan syarikat minyak nasional itu tidak lain untuk membangunkan ekonomi rakyat yang ramai. Negara-negara maju seperti negara Scandinavia tidak ada minyak dan apa-apa hasil bumi, tetapi pendapatan per kapita mereka melebihi per kapita pendapatan negara maju G8. Di negara tersebut tidak kita kenal pun siapa pemimpin mereka di peringkat antarabangsa, tetapi di sini pemimpin-pemimpin kita leka dengan pujian seperti pemimpin dunia ketiga dan entah apa lagi. Malahan keluarga seperti isteri dan anak-anak mereka memperguna wang rakyat untuk kesoronokan dan kebanggaan peribadi. Bukan sahaja pemimpin kita dikenali, isteri mereka pun terkenal seantero dunia. Pemimpin kita leka dengan 'glamour' dan itulah dia bukti kegagalan kita untuk membina mentaliti rakyat bersesuaian dengan kemajuan dunia ini. Mentaliti ini seolah-olah sama seperti mentaliti rakyat negara-negara Afrika maka tidak terkejut ada cendiakawan negara ini menganggapkan Malaysia seperti 'Zimbabwe in different name' suatu ketika dahulu. Entah bila kita akan sampai ketahap pemikiran dan penilaian rakyat negara maju tidak siapa dapat mengagaknya. Yang pasti jika masih lagi 'set' pimpinan yang ada pada hari ini sampai bila-bila kita tidak akan sampai ketahap negara maju. Kita hiduplah dengan budaya songsong seperti yang kita semua lalui pada hari ini. Itu sebab retorik Najib dan kepimpinan negara bercakap tentang matlamat pencapaian negara maju menjelang 2020 itu hanyalah merupakan mimpi di siang hari dan kita tidak akan kemana-mana. Kita akan tetap duduk dan tinggal ditahap ini sampai semua pimpinan yang ada hari ini dapat diketepikan. Kalau dilihat pada keadaan hari ini ia amat susah hendak dilakukan kerana rakyat ramai termasuk ahli-ahlu parti politik negara amat seronok memberikan sokongan kepada pemimpin yang menipu mereka yang tidak mempunyai apa-apa kemampuan. Ada perbilangan orang Melayu, 'bukan salah ibu mengandung' tetapi mereka sengaja hendak dan bersoronok hidup dalam penipuan pimpinan terhadap mereka. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mat Sabu jemput Umno sertai mesyuarat bantah GST, TPPA Posted: 30 Nov 2013 12:57 AM PST Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR 30 Nov: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menjemput semua parti politik termasuk Umno menghadiri mesyuarat untuk membincangkan 'himpunan besar-besaran' bagi memprotes pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Mesyuarat pertama katanya, diadakan awal Disember ini yang turut disertai pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis rakyat, pimpinan Mahasiswa dan setiap komponen Pakatan Rakyat. Katanya, antara NGO yang mengesahkan kehadiran setakat ini termasuk 80 pertubuhan yang bernaung di bawah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). "Isu GST, ketirisan kerajaan dan TPPA bukan isu orang politik, tetapi melibatkan semua orang sebab itu kita jemput semua termasuk Umno sekutu BN. Satu surat rasmi juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung jemputan itu. "Jika Umno berpandangan GST dan TPPA ini menjerut wang rakyat, kita berharap mereka hadir dalam mesyuarat itu kelak," katanya menambah tempat dan tarikh sebenar mengenainya akan dimaklumkan kelak. Pada 23 November lalu, Muktamar PAS meluluskan sebulat suara usul itu dengan parti Islam itu akan mengetuai himpunan berkenaan yang dijangka diadakan awal tahun depan. Ia ekoran keputusan Datuk Seri Najib Razak semasa membentang Bajet 2014, yang mengumum pentadbirannya akan melaksanakan GST pada kadar enam peratus berkuakuasa 1 April 2015. Sementara TPPA yang mendapat bantahan rakyat dijangka dimeterai awal tahun depan dan Najib sudah memberi lampu hijau kepada Menteri Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohammed mengenainya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 30 Nov 2013 12:53 AM PST KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP, PAS dan PKR mencapai keputusan terbaik peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi kerjasama ketiga-tiga parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2008 dan 2013. Pada PRU 1999, empat parti Barisan Alternatif (BA) terdiri daripada DAP, PAS, PKR dan Parti Rakyat sebelum dikenali Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berdepan cabaran juru strategi dan propaganda UMNO/BN yang menggunakan pendekatan lidah bercabang dalam kempen mereka dengan memberi amaran kepada orang Melayu bahawa "DAP + PAS = Islam Hancur". Pada masa sama mereka memberitahu Cina bahawa undi untuk DAP sama dengan undi untuk PAS dan Negara Islam, sebuah negara yang tidak mempunyai babi, alkohol, kuil, gereja, karaoke, dan sekolah Cina; semua perempuannya perlu menutup kepala; perempuan cantik tidak akan mendapat kerja; dan hukuman potong tangan dan kaki akan dilaksanakan. Umumnya, pengundi Melayu pada PRU 1999 tidak terpedaya dengan helah itu, tetapi pengundi Cina menjadi mangsa pembohongan dan gertakan Barisan Nasional (BN). PAS pula muncul pemenang terbesar dalam BA apabila berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen, 98 kerusi DUN dan membentuk kerajaan di Terengganu selain mengekalkan Kelantan, manakala DAP berdepan kekecewaan besar apabila mendapat hanya 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR pula memenangi 5 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN. Pada PRU 2013, ketika berdepan cabaran Pakatan Rakyat (PR), penyusun strategi dan propaganda UMNO/BN kembali menggunakan pendekatan lidah bercabang dan menyebarkan pembohongan. Mereka mengingatkan Melayu bahawa PAS akan menjadi boneka DAP, manakala Cina pula diingatkan bahawa DAP akan menjadi alat PAS. Tidak seperti PRU 1999, pengundi Cina tidak termakan umpan UMNO/BN pada PRU 2013. Bagaimanapun, tidak seperti PRU ke-10, pembohongan yang disebar UMNO telah memberi dampak pada pengundi Melayu. Natijahnya, UMNO berjaya mendapat keputusan lebih baik pada PRU-13 berbanding 2009 dengan menambah 9 lagi kerusi, daripada 79 kepada 88 kerusi, hasil perubahan undi di kalangan pengundi Melayu luar bandar. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, berdasarkan sempadan kawasan pilihan raya sekarang, dengan mengambil kira undi 55 peratus sebagai "kerusi selamat", BN kini mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala PR mempunyai 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis. Menurutnya, 82 kerusi selamat BN itu merangkumi lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar atau 53 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan Bumiputera. 51 kerusi majoriti tipis BN pula merangkumi 30 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, sembilan kerusi campuran dan 12 Bumiputera. 60 kerusi selamat PR merangkumi 16 kerusi majoriti Melayu, 25 majoriti Cina, 18 campuran dan satu Bumiputera. 29 kerusi majoriti tipis PR merangkumi 20 kerusi majoriti Melayu, empat majoriti Cina dan lima campuran. Keputusan PRU-13 yang menghasilkan 89 Ahli Parlimen PR, merangkumi 38 DAP, 30 PKR dan 21 PAS dieksploit dan diseleweng konspirator UMNO/BN untuk menyebarkan pembohongan, antaranya membuat tuduhan tidak berasas bahawa PAS adalah boneka DAP. Beliau tidak hairan apabila cybertrooper UMNO menyelewengkan kenyataan saya selepas Muktamar PAS ke-59 untuk menonjolkan seolah-olah saya mengisytiharkan bahawa PAS tidak mungkin berkembang tanpa PR, sedangkan saya menyebut bahawa setiap parti dalam PR iaitu DAP, PAS, dan PKR, mendapat manfaat daripada kerjasama mereka. PAS berkembang daripada sebuah parti yang lebih berpengaruh di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi sebuah "parti nasional" pada PRU-13 apabila memenangi kerusi Parlimen dan DUN di setiap negeri di Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Bagi DAP pula, pembabitan dalam PR membolehkan parti itu memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, termasuk 16 di Semenanjung yang kurang daripada 60 peratus pengundi Cina dan 44 kerusi DUN yang kurang dari 60 peratus pengundi Cina. Prestasi PKR (1999 hingga 2013) PKR pula memanfaatkan kekuatan di kawasan "campuran" seperti DAP dan PAS, PKR juga mendapat manfaat daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat. "Kawasan campuran" – di mana tiada pengundi daripada sesuatu kaum lebih dari 60% – dulunya merupakan kubu BN. Bagaimanapun, kecenderungan UMNO terhadap isu perkauman dan rekod buruk BN dalam urus tadbir dimanfaatkan pembangkang untuk menawan majoriti kerusi campuran di Semenanjung. PKR memanfaatkan mesej PR yang inklusif serta keupayaan bergerak setiap parti untuk memenangi kerusi campuran sejak dua PRU lalu. Pada 1999, satu-satunya kerusi Parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% Melayu) yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh. Tsunami Abdullah Badawi pada 2004 merebahkan PKR sehingga tinggal satu kerusi Parlimen – Permatang Pauh. Bagaimanapun, pada 2008, PKR muncul sebagai parti pembangkang terbesar dengan memenangi 31 kerusi Parlimen. 20 daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenanginya (65%) itu adalah kerusi campuran di mana pengundi Cina atau Melayu kurang daripada 60%. Daripada 40 kerusi negeri yang dimenangi PKR pada 2008, 29 (73%) adalah kerusi campuran. Pada 2013, PKR memenangi 28 kerusi Parlimen di Semenanjung. 22 (79%) daripadanya adalah kerusi campuran. 29 (69%) daripada 42 kerusi negeri yang dimenangi PKR pada 2013 adalah kerusi campuran (lihat Jadual 1). Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).
Daripada empat kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada PRU 2013 dan tidak dimenanginya pada PRU 2008, tiga daripadanya boleh disifatkan sebagai kerusi campuran iaitu Lumut, Bukit Katil dan Batu Pahat. Kerusi keempat, Alor Setar, tidak termasuk dalam kategori campuran, tetapi hanya 61% daripada pengundinya adalah Melayu (lihat Jadual 2 di bawah). Jadual 2: Kerusi parlimen baru dimenangi PKR dalam PRU 2013
Ini adalah sebahagian daripada rumusan kemenangan PKR iaitu kemampuannya mengumpul sokongan pengundi daripada semua kaum dengan memanfaatkan daya tarikan dan keupayaan mobilisasi ketiga-tiga parti PR. Rumusan kemenangan ini paling menguntungkan PKR, namun ia boleh juga diterapkan kepada PAS dan DAP. Malah, pada PRU 2013, PR memenangi 41 (66%) daripada 62 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu dan Cina kurang daripada 60%. 22 daripada 41 kerusi itu dimenangi PKR, DAP (16) dan PAS (3). Cabaran PR pada PRU akan datang ialah untuk mengembangkan rumusan kemenangan ini ke-21 lagi kerusi Parlimen campuran. Johor memerlukan perhatian kh usus memandangkan 12 daripada 21 kerusi Parlimen itu terletak di Johor. PR kalah tipis di beberapa kerusi campuran pada PRU-13, termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,000. Empat lagi kerusi – Setiawangsa, Segamat, Ledang, Tebrau – dimenangi BN dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000 undi. Satu lagi cara menunjukkan ketiga-tiga parti PR mendapat manfaat daripada kerjasama dalam PR ialah menerusi jadual di bawah yang menunjukkan keputusan pilihan raya sejak 13 PRU lalu. Jadual di bawah menunjukkan kerjasama ketiga-tiga parti pada PRU 1999, 2008, dan 2013 membolehkan DAP, PAS dan PKR mencapai keputusan terbaik di peringkat Parlimen dan DUN.-Roketkini.com
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PKR tetap bantah walau DBKL tangguh Posted: 30 Nov 2013 12:48 AM PST KUALA LUMPUR - PKR akan tetap menghantar surat bantahan mengenai kenaikan cukai taksiran kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun pelaksanaannya ditangguhkan. Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan membentuk semua komuniti bagi meneruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula. "Kami akan bersama penduduk dan ahli PKR untuk menandatangani surat bantahan bagi menunjukkan tanda protes," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin. Izzah berkata, kesemua surat bantahan tersebut akan dihantar 16 Disember ini kepada DBKL. Sebelum ini, pihak DBKL mengeluarkan notis kenaikan cukai taksiran mencecah 300 hingga 500 peratus dengan alasan tidak dinaikkan selama 21 tahun. Kelmarin, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr J Loga Bala Mohan, berkata, kerajaan akan menangguhkan pelaksanaan kenaikan cukai pintu DBKL sehingga selesai sesi pendengaran bantahan pada Mac tahun depan. Katanya, warga kota boleh mengemukakan bantahan dan aduan hingga 17 Disember ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bunuh pegawai Jaip: Polis masih buru 10 individu Posted: 30 Nov 2013 12:47 AM PST KOTA KINABALU - Polis masih memburu 10 individu lagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya siasatan ke atas kes tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya dengan penangkapan 10 pengikut ajaran sesat Harun yang disyaki terlibat dengan pembunuhan pegawai Jaip itu. "Biarpun kita telah cakap semalam siasatan dah selesai dengan penangkapan 13 orang termasuk dua wanita, kita percaya siasatan akan selesai terus dengan penangkapan 10 yang dikehendaki ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini. Seminar itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Menurut Khalid, 10 individu berkenaan ialah Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, yang beralamat terakhir di Kedah, Mohamed Faizal Abdullah, 46, (Johor), Mohd Rozi Akasah, 38, (Melaka), Khairul Amir Akasah, 34, (Negeri Sembilan) dan Mansur Hussin, 39, (Kelantan), Hamsinar Abdul Halim, 36, (Johor), Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, (Melaka), Jefferi Safari, 36, (Johor), Wan Mohd Shakri Wan Isa @Wan Ismail, 27, (Kelantan) dan Shamsul Amri Abu Hassan, 44, (Pahang). Malam tadi, Khalid mengumumkan menerusi akaun Twitternya @KBAB51 bahawa polis berjaya merungkai kes pembunuhan tersebut dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat terbabit dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu. Pada 20 November lepas, ketua kumpulan ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama-sama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor. Harun dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jaip Mohd Raffli Abdul Malik, 49, yang ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 November lalu. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kertas soalan SPM bocor: Speaker digesa segera terima usul Posted: 30 Nov 2013 12:45 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Panglima Pandikar Amin Mulia segera menerima usul mengenai kebocoran soalan matematik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dan membahaskannya secepat mungkin. Beliau berkata, usul itu harus dibincangkan secepat mungkin kerana ia merupakan masalah serius dan boleh menjejaskan pengiktirafan seluruh dunia terhadap kewibawaan SPM. Menurutnya, kelewatan membuat keputusan muktamad dan adil akan menjejaskan rancangan pelajar sama ada melanjutkan pelajaran atau memulakan kerjaya. "Kelewatan ini akan menjejaskan pembahagian biasiswa kerana ia dinilai berdasarkan pencapaian mereka dalam SPM. Saya mohon Speaker menerima usul dan membahaskannya dalam sidang, Isnin ini. "Usul ini membabitkan kepentingan orang ramai, ia membabitkan 470,000 calon SPM. Kegagalan membuat satu keputusan yang adil boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem pendidikan dan peperiksaan awam Malaysia. "Saya tidak berniat mengambil peluang berucap tapi kerana ia adalah isu serius dan langsung tidak melanggar sebarang syarat dalam peraturan mesyuarat," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam. Tambahnya, walaupun Pengarah Kementerian Pelajaran mendakwa akan menubuhkan pasukan tugas (task force) untuk menyiasat kebocoran itu, namun kementerian masih belum membuat keputusan terhadap status dan pengiktirafan SPM 2013. "Saya ingin mengingatkan kementerian, sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara bersendirian tanpa mendengar pandangan Ahli Dewan. "Malahan, isu ini tidak pernah dibincangkan dan kerajaan tidak pernah memberi penerangan mengenainya,"tegasnya. Stephen Wong semalam telah menyerahkan surat rasmi kepada Pandikar Amin untuk memohon penangguhan mesyuarat mengikut Peraturan Mesyuarat 18. Usul dicadangkan Stephen berkenaan permohonan penangguhan itu adalah agar Dewan merundingkan status keputusan peperiksaan SPM 2013 akibat kebocoran kertas matematik yang mana merupakan mata pelajaran wajib untuk semua calon. -Roketkini.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah Posted: 30 Nov 2013 12:38 AM PST Dr Mujahid Yusof PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi 'meninggalkan' perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya. Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti. Walau apapun yang diperkatakan orang tentang PAS dan sejarah panjangnya, muqaddimah ini adalah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak khususnya pejuang-pejuang PAS. NAMA YANG TERUKIR Walaupun dalam PAS senarai nama yang tidak diukir lebih ramai dari yang diukir, pun demikian nama yang terukir bukan atas permintaanya tetapi di atas penghargaan dan amanah yang dipikulnya sebagai pengemudi bahtera perjuangan lantas diberikan penghormatan. Kepimpinan PAS terbentuk melalui daya juang yang tinggi dilatari suasana tekanan pesaingnya Umno yang selalunya memiliki kelebihan dari sudut kelicikan dan kuasa. Keupayaan pimpinan PAS menongkah arus dalam suasana demokrasi yang terhimpit wajib mendapat satu 'tabik spring'! Tokoh-tokoh PAS boleh dibahagi kepada mereka yang memimpin pada zaman sebelum kepimpinan ulama dan selepas kepimpinan ulama. Kepimpinan Ulama adalah kemunculan PAS pasca Dato' Asri yang memimpin PAS dari tahun 1971-1982. Sebelum Dato' Asri, Dr Burhanudin al Helmy telah membawa PAS ke persada kerana namanya yang besar itu sehingga PAS berjaya menguasai Terengganu dan kemudian Kelantan, seterusnya melebarkan sayapnya ke utara dan tengah tanah air. KEPIMPINAN ULAMA Keluar daripada konflik bukanlah satu usaha yang mudah apabila Allah SWT menguji bahtera perjuangan PAS dengan kocakan dalaman. Hikmahnya ialah Allah SWT mengkehendaki PAS terus maju dan ini terbukti dengan gagasan baru kepimpinan PAS yang menggelarkan dirinya sebagai 'Kepimpinan Ulama'. Tokoh pertama yang menggalas tanggung jawab ini sebagai Presiden ialah Tuan Guru Haji Yusof Rawa. Namanya tidak tertonjol pada awalnya dan beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Yusof Rawa setia dengan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dari tahun 1959. Namanya muncul untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dan semasa Dato' Asri meletakkan jawatan, Pak Yusof Rawa memangku dan kemudian diamanahkan sebagai Yang DiPertua PAS Pusat tahun berikutnya. Gelaran itu kemudiannya ditukar kepada Presiden dan itulah yang diamanahkan kepadanya sehingga tahun 1987. Pak Yusof Rawa turut mencatat sejarah dalam PAS apabila menjadi Mursyidul 'Am yang pertama pada tahun 1987. Jawatan Mursyidul 'Am diwujudkan selaras dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama dalam perlembagaan baru parti. Jawatan tertinggi dalam PAS itu diamanahkan kepada Pak Yusof Rawa sehingga tahun 1989 dan kemudiannya beliau meletakkan jawatan kerana keuzuran. PAS BANGKIT SEMULA Kepimpinan Ulama menandai kesungguhan kepimpinan parti untuk membentuk platform baru kepada parti. Apabila ide kepimpinan ulama diketengahkan pada awal 80-an, permasalahan umat Islam pada waktu itu menjadi fenomena dunia. Kejatuhan Soviet dan kekalahan yang memalukan kuasa komunis terbesar itu di tangan para Mujahidin di Afghanistan mengisyaratkan kebangkitan kuasa Islam yang tidak boleh dipandang ringan. PAS mendefinisikan dirinya semula dalam suasana tersebut dan kerana itu kelantangan suaranya kepada jati diri umat pada persada alamiyah (antarabangsa) turut menyuntik semangat kebangkitan Islam di Malaysia. PAS juga harus membina kekuatan dari arah dalam dengan membentuk program perkaderannya yang kini dikenali sebagai 'tarbiah'. Ahli disuntik dengan kekuatan dalaman dan mereka mesti melahirkan ciri-ciri muslim yang memilik sahsiah Islamiah lewat usrah, tamrin, mukhayyam dan ceramah. Pada waktu yang sama PAS perlu mendapat semula sokongan rakyat setelah kejatuhan Kelantan yang merupakan kubu tradisinya. Ini bermakna PAS perlu mengekalkan pengundi tegarnya dan sambil menggamit pengundi baru melalui sikap politik yang diambilnya menentang BN melalui pendedahan salah laku pentadbiran kerajaan diselitkan dengan ketegasannya terhadap ideal Islam dalam pentadbiran. Semasa PAS mendefinasikan semula kewujudannya, Pak Yusof Rawa menggalas tugas selaku arkiteknya, malah seorang jurnalis terkenal M.G.G Pillay menggelar Pak Yusof Rawa sebagai 'arkitek' yang bertanggungjawab membina semula PAS dalam era Kepimpinan Ulama. Pak Yusof Rawa banyak tertumpu membina kekuatan baru PAS dari kalangan profesional muda yang baru kembali ke tanah air dari UK, US dan universiti tempatan manakala figurnya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam amat disenangi oleh para ustaz yang mendapat pendidikan formal Islam dari dalam dan luar negara khusunya Al-Azhar. MEMPROMOSI PAS Tidak mudah kerja-kerja perhubungan awam dilakukan dalam suasana politik baru yang dilalui oleh PAS dalam era kebangkitannya. Tembok penghalang utama adalah tanggapan sinikal yang tersemat dalam persepsi masyarakat khususnya bukan Melayu yang menganggap PAS sebagai untuk orang Melayu sahaja. Kesedaran yang tinggi di kalangan kepimpinan waktu itu terhadap fahaman bahawa Islam sebagai agama merahmati semua kaum mendorong kepimpinan PAS waktu itu menggapai sokongan masyarakat Cina khususnya melalui dialog dan ceramah untuk kelompok bukan Melayu. Kesungguhan usaha ini memungkinkan terbentuknya CCC atau Chinese Consultative Council, malah calon-calon bukan melayu turut bertanding atas tiket PAS dalam persefahaman lewat CCC. Sememangnya dilema antara mengekalkan pengundi Melayu sebagai asas dan mempromosi PAS kepada segmen pengundi bukan Melayu adalah umpama melakukan aksi berjalan atas tali yang halus. Keseimbangan mengekalkan momentum untuk berjalan adalah keunikan kepimpinan dalam suasana Malaysia yang multi-kaum dan kepimpinan ulama yang awal telah mengambil risiko tersebut. Namun hasilnya berbaloi dalam bentuk jangka panjang apabila suasana politik hari ini menyediakan platform yang selesa untuk menerima kelompok bukan Melayu sebagai sebahagian dari identiti PAS dengan terasasnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kepimpinan di bawah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini tidak mungkin melakarkan sejarah penting ini jika tidak diterokai lebih awal lagi oleh dua pemimpin awal kepimpinan ulamak iaitu Pak Yusof Rawa dan Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor. PAS HARI INI DAN SETERUSNYA Generasi PAS hari ini tidak mungkin menuai hasil tanpa penat jerih yang dirintis oleh generasi awal PAS. Dari Tuan Haji Ahmad Fuad kepada Dr Abbas Alias kemudian dikemudi oleh Dr Burhanudin dan diambil alih oleh Dato' Asri Muda adalah bintang-bintang gemerlapan PAS. Pada waktu orang melihat PAS akan berakhir setelah era Dato' Asri, muncul pula Tuan Guru Haji Yusof Rawa lalu Dato' Fadzil Noor memikul amanah dan kini PAS terus kukuh di bawah kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pada setiap era, gandingan mantap pasukan kepimpinan sentiasa memastikan PAS terus mara ke hadapan. Hari ini PAS menyambut tahun ke-59 Muktamar Agung dalam suasana yang semakin mencabar. Seperti semalam, ia berjaya melalui ombak dan badai laut politik yang bergelora. Dan seperti kata-kata semalam oleh pemimpin kita yang bijaksana; bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan akan tetap diteruskan dengan kepimpinan yang akan melakar masa depan parti yang gilang gemilang. Di atas nama Islam, Insyaallah parti ini akan terus mekar mengharum membimbing umat ke medan siasah. Betapa generasi hari ini harus mengambil pesanan daripada lagu PAS yang dikarang sendiri oleh Dato' Asri: "Bergeraklah ke medan jasa, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi..." | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DAP anjur forum ‘Bajet BN-Siapa Untung, Siapa Rugi’, di Johor Bahru, Ahad ini Posted: 30 Nov 2013 12:37 AM PST SKUDAI: Pejabat Ahli Parlimen DAP Gelang Patah akan menganjurkan forum bertajuk 'Bajet BN-Siapa Untung, Siapa Rugi' pada Ahad ini (1 Disember), mulai jam 4 petang di Dewan Ruby, 11@Century Hotel, Taman Century, Johor Bahru. Antara ahli panel forum itu adalah Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee; Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Urusan Ideas, Wan Saiful Wan Jan. Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang turut hadir memberi ucaptama dan seterusnya merasmikan perbincangan dalam wacana. Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, penganjuran forum itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan seimbang mengenai isu penting. "Pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah mengambil inisiatif yang tuntas untuk mendedahkan apakah kesan bakal dihadapi rakyat selepas ini. "Kami sebagai penganjur amat yakin, bahawa informasi yang penting dan berguna akan dapat disampaikan kepada semua pihak. Kami juga dengan sukacitanya menjemput wakil media serta semua warga Johor daripada pelbagai bangsa dan golongan untuk hadir ke majlis ilmu ini. "Sebagai makluman, forum ini adalah terbuka dan percuma," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya lagi, tokoh profesional yang dijemput akan berkongsi pendapat dan pandangan mereka, malah hadirin juga dapat mengemukakan soalan yang berkaitan dalam forum itu "Pengurangan subsidi minyak sebanyak RM3.3 billion setahun dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 merupakan elemen penting dalam bajet Oktober lalu. "Kini, persoalannya apakah implikasi kepada semua ini dalam konteks ekonomi dan kehidupan rakyat yang sememangnya terbeban dengan pelbagai masalah khususnya dalam aspek peningkatan kos sara hidup. Semua ini akan dikupas dalam forum kelak," ujarnya. -Roketkini.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anwar saran Adun KEADILAN Selangor sumbang gaji ke tabung pendidikan Posted: 30 Nov 2013 12:35 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan sebahagian kenaikan gaji melibatkan wakil rakyat Selangor disumbangkan kepada Tabung Pendidikan Anak Selangor. Menurutnya, perkara itu dinyatakan selepas berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Anwar berkata, KEADILAN sebagai parti reformasi, sensitif terhadap kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak. Justeru, setiap wakil rakyat disaran menyumbangkan RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah tabung berkenaan. Berikut kenyataan penuh beliau. Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut. Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak. Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti. Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor. Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan. Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Seludup haiwan aktiviti menguntungkan, kenapa kementerian terbabit pejam mata? Posted: 30 Nov 2013 12:33 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap penyeludup haiwan liar, Anson Wong Keng Liang atau lebih popular dengan gelaran 'Lizard king' seakan melepaskan batuk di tangga sehingga menimbulkan banyak tanda tanya terhadap integriti pihak berkuasa terbabit. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming pada sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP hari ini meluahkan kebimbangannya mengenai kegiatan penyeludupan haiwan terancam yang boleh meraih pulangan atau hasil sehingga US$bilion setahun. "Seekor kura-kura daripada spesis terancam boleh dijual sehingga US$25,000 di pasaran, cukup untuk menampung perbelanjaan sara hidup satu tahun," ujarnya. Menurut beliau lagi, isu penyeludupan yang tidak diperiksa ini menimbulkan kebimbangan DAP terhadap kemungkinan berlakunya rasuah bagi membolehkan pihak tertentu meneruskan kegiatan menyeludup haiwan liar sehingga merosakkan reputasi negara di persada antarabangsa. Kian Ming hari ini mengajukan beberapa pertanyaan terhadap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, G Palanivel berkaitan pendedahan yang dibuat rancangan 101 East yang diterbitkan stesyen televisyen antarabangsa Al-Jazeera berjudul 'The Return of the Lizard King'. Antara lain beliau mempertikaikan kenapa Anson Wong tidak didakwa selepas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat serbuan di premis milik Anson Wong di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan memindahkan 50 ekor haiwan liar. "Ketika Anson Wong ditahan pada Ogos 2010, komputer riba dan tiga telefon bimbitnya dirampas. Ini sepatutnya memberikan banyak maklumat penting mengenai aktiviti penyeludupannya termasuk kemungkinan ada orang dalamnya di Perhilitan. Apakah hasil siasatan tersebut?" ujar Kian Ming sambil menambah bahawa Anson Wong juga tidak disiasat berikutan kes penyeludupan individu upahannya, Sarah Sahondrarisoa yang ditahan di KLIA pada 2010. Mengulas pendedahan Al-Jazeera, Kian Ming turut memberitahu media bahawa Perhilitan gagal melaksanakan tugas dengan baik apabila mendakwa ia sudah berkali-kali membuat pemeriksaan ke atas premis milik Anson Wong tetapi hanya membuat kenyataan media mengenai perkara itu hari ini berdasarkan maklumat yang sudah lapuk. Wartawan Al-Jazeera mendedahkan dalam rancangan yang dirakam awal November itu bahawa syarikat Rona Wildlife, yang didakwa Perhilitan sebagai tidak ada kaitan dengan Anson Wong, masih menyimpan haiwan liar seperti ular sawa albino; dan pekerja di premis Rona Wildlife mengakui bahawa premis itu dimiliki Anson Wong. Perhilitan juga mendakwa sudah menarik balik lesen operasi milik Anson dan isterinya, namun syarikat milik mereka iaitu Sungai Rusa Wildlife, CBS Wildlife dan Bukit Jambul Reptile Sanctuary masih beroperasi dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Justeru itu, Kiang Ming mendesak menteri bertanggungjawab mendedahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perhilitan selepas penahanan Anson Wong pada 2010. "Bagaimana mungkin Anson Wong masih terus dibiarkan menjalan aktiviti menjual beli haiwan liar sedangkan lesennya sudah ditarik balik?" soal Kian Ming. – Roketkini.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semoga Ustaz Kazim Elias Tidak Sekadar Berperanan Baca Doa Dalam UMNO Posted: 30 Nov 2013 12:28 AM PST shahbudindotcom UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden UMNO, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor. Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias. Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi YADIM tetapi beliau memang orang UMNO. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN. Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan UMNO sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab UMNO di luar negara. Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada UMNO dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam UMNO masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli UMNO dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli UMNO. Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja. Dalam UMNO sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli UMNO menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin UMNO tiada harga di mata Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini. Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya UMNO yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam UMNO dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut. Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerapkali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat. Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini. Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam UMNO dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan. Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan UMNO saja. Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti. Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja. Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam UMNO dan mula hanyut dalam persekitaran UMNO sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini, nama Allah juga semakin kurang bertakhta dihatinya, sebaliknya sudah diganti dengan Najib dan Rosmah. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan Posted: 30 Nov 2013 12:21 AM PST Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan 'kekasih gelap' yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu. Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja. "Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan 'sayang' dihantar seorang lelaki. "Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan," katanya. Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan. Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit. "Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan," katanya. Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan. Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan. "Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro. "Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram," katanya. Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Johor juga pertimbang naikkan gaji Adun Posted: 30 Nov 2013 12:17 AM PST Harakahdaily KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar). Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor. "56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini hari ini. Mohamed Khaled menegaskan Johor tidak berasa cemburu dengan kenaikan gaji Adun Selangor dan tidak akan bersaing untuk menyamai apa yang dilakukan kerajaan berkenaan. Rabu lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, Exco dan Adun dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250. Sementara itu, berucap merasmikan ekspo itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan Johor sentiasa komited untuk membangunkan sektor pertanian negeri ini bagi memastikan ia kekal sebagai gedung dan pengeluar utama makanan negara. Beliau berkata pelbagai usaha sudah dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan pengeluaran tanaman termasuk menerusi program pembukaan tanah secara besar-besaran, membangunkan tanah terbiar dan teknologi serta melahirkan modal insan bagi menyokong sektor pertanian. "Johor bukan sahaja berjaya mengurangkan import pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan penduduk negeri ini malah mampu membekalkannya kepada Singapura dan Hong Kong. "Mengikut statistik tahun lepas, Johor menduduki tangga kedua pengeluaran sayur-sayuran di negara ini dengan jumlah pengeluaran melebihi 136,000 tan metrik berbanding pengeluaran keseluruhan Malaysia 878,975 tan metrik," katanya. Beliau berkata, Johor juga kekal sebagai pengeluar ayam daging utama di negara ini iaitu melebihi RM2.54 bilion setahun manakala telur ayam pula dengan pengeluaran output 3 bilion biji bernilai RM1.06 bilion. Dalam sektor perikanan, beliau berkata Johor menduduki tempat ketiga tahun lepas dalam kategori pembekalan ikan air payau dengan 11.67 peratus pengeluaran manakala pengeluaran ikan hiasan melebihi 238 juta tan metrik iaitu lebih 70 peratus sumbangan keseluruhan kepada negara. Ekspo Agro Johor 2013 yang bermula Rabu hingga Ahad ini merupakan kemuncak Mini Agro Johor yang diadakan di Johor Baharu, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Muar sejak dua bulan lepas. Bertemakan 'Johor Gedung Makanan Negara', ekspo tersebut menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta serta kehadiran 500,000 pengunjung ke 220 gerai jualan. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bersih terus desak anggota SPR letak jawatan Posted: 30 Nov 2013 12:09 AM PST Jawatankuasa baru Bersih 2.0 yang dipilih hari ini akan meneruskan tuntutan supaya semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, kata Maria Chin Abdullah (gambar). Pengerusi Bersih 2.0 yang baru itu juga melancarkan petisyen berhubung perkara itu yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Januari. "Jika tuntutan kami tidak dipedulikan, kami tidak menolak untuk menganjurkan demonstrasi jalan raya," katanya pada sidang akhbar selepas pemilihan ahli jawatankuasa Bersih. Maria menang tanpa bertanding sementara Dr Ahmad Farouk Musa menjadi timbalan selepas mengalahkan Syed Ibrahim Syed Noh dengan majoriti tujuh undi. Ahmad mendapat 37 undi sementara Syed Ibrahim mendapat 30 undi. Masjailiza Hamzah pula adalah bendahari Bersih 2.0 yang baharu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Gaji tetap naik tapi boleh bincang semula, kata MB Posted: 29 Nov 2013 11:59 PM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenaikan gaji kepada ahli Dewan Negeri Selangor tetap akan dilaksanakan namun ianya boleh dibincang semula jika ada keperluan. Katanya, tiada penangguhan akan dilakukan terhadap keputusan yang telah diluluskan di Dewan Negeri Selangor pada Rabu lalu itu sebaliknya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 ini. "Insya-Allah (kenaikan) ini akan diteruskan kerana perkara ini sudah dibincangkan dan diluluskan di dewan tetapi boleh dibincang semula kalau perlu," katanya dipetik Selangorkini sebagai berkata. Biarpun tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan ruang perbincangan semula itu, namun banyak pihak melihat ianya merujuk kepada kadar kenaikan yang dikritik banyak pihak kerana didakwa terlalu tinggi dan mendadak. Untuk rekod, keputusan untuk melaksanakan kenaikan gaji Adun Selangor itu mendapat persetujuan semua anggota Dewan Negeri sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) dan juga Barisan Nasional (BN) ketika dibentangkan Rabu lalu. Bagaimanapun kadar kenaikan sehingga 300 peratus itu mendapat kritikan banyak pihak yang mendesak ianya dikaji semula sebelum dilaksanakan. Sementara itu, mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 4 Disember ini dijangka akan membincangkan perkara ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemuda PAS mesyuarat semula 5 Dis, lantik SU Posted: 29 Nov 2013 11:57 PM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi melengkapkan perlantikan anggota Dewan Harian sayap itu. Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu, telah berjaya membuat perlantikan bagi jawatan Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya. Bagaimanapun bagi jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, mereka masih belum mencapai keputusan konsensus. "Perbincangan belum selesai sepenuhnya. Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha belum diputuskan. "InsyaAllah kita akan sambung mesyuarat tersebut pada 5 Disember ini untuk melengkapkan jawatan Dewan Harian ini," katanya kepada Harakahdaily. Mengulas lanjut beliau berkata, pada peringkat awal hanya satu nama dicadangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha namun bertambah menjadi empat semuanya menjelang akhir perbincangan. Bagaimanapun katanya, kesemua nama-nama itu akan dibincang semula pada mesyuarat akan datang ini. "Berilah kepercayaan kepada ketua pemuda untuk melantik setiausaha atas kesesuaian dan keserasian yang dirasakan munasabah," katanya. Dewan Harian Pemuda PAS terdiri daripada ketua, timbalan ketua, naib ketua, setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya Pemuda. Fasal 53(3) Perlembagaan PAS 2011 memperuntukkan bahawa "Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pemuda dan satu per tiga daripada jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu". | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sarawak tidak sama dengan negeri di Semenanjung Posted: 29 Nov 2013 11:42 PM PST KUALA LUMPUR: Satu perkara yang mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mengambil perhatian ialah, beliau tidak boleh memberikan equation Selangor dengan negeri Sarawak seperti yang disebutkan sebagai alasan untuk kenaikan gaji. "Perlu kita ingat, Sarawak itu tidak sama tahapnya dengan mana-mana negeri di Semenanjung ini, kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia yang ditanda tangani pada 1963 dahulu," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam. Menurutnya, Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang setaraf dengan keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau menjelaskan, dalam perjanjian itu Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman sedang Sarawak dan Sabah masing-masing diwakili oleh seorang wakil bagi negeri tersebut. "Sarawak dan Sabah tidak sama tarafnya dengan Perlis dan Kedah atau pun Selangor. Ramai yang masih belum memahami isu ini," jelasnya lagi. Tambahnya, ahli-ahli Kabinet Sarawak dan Sabah itu sama tarafnya dengan kedudukan kabinet Persekutuan. Berikut tulisan penuh beliau. Selangor dalam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan PTM dengan Perjanjian Persekutuan Malaysia Sedikit tambahan kepada apa yang saya komen tentang kenaikan gaji Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaannya (Exco). Sesungguhnya apa yang di lakukan oleh TS Khalid Ibrahim merupakan fenomena baru yang sejajar dengan kehendak kemajuan sesebuah negeri yang mengutamakan 'productivity'. Jika di singkap siapa Khalid ini, beliau merupakan seorang yang terlatih dengan kerja ber 'productivity' dan siapa boleh menyangkal hakikat ini sesuka hati semahu masing-masing. Ia tetap hakikat yang hakiki. Imbuhan adalah faktor penting dalam usaha sebuah kerajaan atau mana-mana organisasi kerajaan untuk mendapatkan 'productivity' yang baik. Itu sebabnya di dalam badan-badan swasta dan syarikat swasta imbuhan terhadap kakitangan dan pegawai pengurusan itu adalah satu elemen terpenting untuk di tumpukan oleh seorang Ketua Eksekutif dan seseorang Ketua Eksekutif yang baik akan melakukan penilaian yang khusus tentang isu ini. Keuntungan syarikat dan kerajaan bukan sahaja datangnya dari kepandaian dan kepintaran pegawai dan kakitangan pertubuhan itu tetapi ia juga akan didasarkan kepada kos pengurusan yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Dalam hal Negeri Selangor ini, pimpinan Persekutuan tidak boleh membantah sebegitu sahaja, kerana Negeri Selangor adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian itu masih kekal sampai ke hari ini. Sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang mempunyai 'legislature'nya sendiri, kerajaan Selangor boleh membuat keputusan sendiri kerana negeri ini adalah salah sebuah negeri yang memberikan sumbangan kepada kedaulatan kerajaan Persekutuan. Tiada kedaulatan persekutuan jika tidak ada persekutuan yang dianggotai oleh semua negeri yang berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu itu. Jika ada pun isu terhadap keputusan kerajaan negeri pimpinan Khalid ini yang perlu diperbetulkan adalah kecil sahaja kerana kenaikan perbelanjaan itu adalah wajar memandangkan masa dan zaman ini kos pentadbiran dan perkhidmatan amat tinggi. Pandangan Anwar dan Azmin itu ada juga benarnya tetapi ia bukanlah satu isu yang boleh dianggap Khalid telah melakukan kesalahan besar. Kenaikan itu wajar dan perlu. Anwar kata ia terlalu tinggi dan tidak 'commensurate' dengan tugasan dan tanggungjawab mereka yang mendapat habuan kenaikan ini. Apabila naik sahaja gaji seseorang eksekutif itu ia akan menambah tanggungan kerajaan dengan begitu besar terutamanya semasa mereka ini bersara melalui pembayaran setengah gaji yang terakhir sebagai bayaran pencen mereka sepanjang hayat mereka. Boleh dianggap satu faktor penting dalam membuat penilaian ini, tetapi seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas untuk mengelakkan pembayaran yang terlalu tinggi semasa persaraan mereka kerajaan pimpinan Khalid ini mungkin boleh membayar apa yang disebut sebagai 'ex-gratia' atau bonus apabila tahun negeri itu menunjukkan prestasi yang tinggi. Bonus itu mungkin dalam bentuk setahun gaji bulanan atau mana-mana kaedah yang tidak akan membebankan rakyat semasa keadaan ekonomi negeri tidak berapa memuaskan. Kita perlu ingat menurunkan gaji dalam ekonomi negeri dalam keadaan tidak berapa baik itu adalah langkah yang amat susah untuk dilakukan. Ia tidak sesenang menaikan gaji itu. Bukan senang untuk memberikan pandangan dalam isu kenaikan gaji di Selangor ini kerana negeri ini nampak jelas mempunyai Ketua Kerajaan yang serius mencari jalan untuk memperkokohkan kedudukan kewangan negeri ini. Negeri yang maju dan telus mengendalikan wang rakyat sememangnya susah untuk membuat kritikan besar terhadap Khalid. Jika semua anggota kerajaan negeri ini telah bekerja keras untuk memantap tahap dan kedudukan ekonominya ia sememangnya wajar mendapat imbuhan galakan itu. Tetapi isu yang sedang dihadapi oleh pimpinan PKR tentang isu kenaikan gaji ini merupakan hasil dari 'productivity' yang baik. Seperti yang saya sebut semalam berjaya pun mungkin mambawa masalah. Agaknya tentulah negeri-negeri yang kurang 'productivity' lebih bermasalah. Masalah yang dihadapi Selangor ini adalah masalah yang baru….itu masalah kerana kejayaan. Oh ya, satu perkara yang mungkin TS Khalid perlu mengambil perhatian ialah, beliau tidak boleh memberikan 'equation' Selangor dengan negeri Sarawak seperti yang beliau sebutkan sebagai alasan untuk kenaikan gaji ini. Perlu kita ingat, Sarawak itu tidak sama tahapnya dengan mana-mana negeri di Semenanjung ini, kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia yang ditanda tangani pada 1963 dahulu. Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang setaraf dengan keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam perjanjian itu Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman sedang Sarawak dan Sabah masing-masing diwakili oleh seorang wakil bagi negeri tersebut. Sarawak dan Sabah tidak sama tarafnya dengan Perlis dan Kedah atau pun Selangor. Ramai yang masih belum memahami isu ini. Ahli-Ahli kabinet Sarawak dan Sabah itu sama tarafnya dengan kedudukan kabinet Persekutuan. Itu terkandung dalam Perjanjian Malaysia dahulu. Sambil bercakap tentang kesetiaan dan cintakan negara elok kita kenali negara yang kita cintai ini. Di Kota Kinabalu hari ini pada jam 3 petang satu Forum tentang Perjanjian Malaysia diadakan. Forum ini akan memberikan pencerahan tentang penubuhan Malaysia bukan setakat memeterikan perjanjian tetapi akan disebut tentang roh penubuhannya sekali. Diharapkan YBM Tengku Razaleigh yang akan berucap nanti akan memberikan pencerahan keseluruhannya agar pemimpin-pemimpin kedua-dua Malaysia Timor dan Malaysia Barat menghayati keunggulan Persekutuan ini di wujudkan. Forum ini mendapat perhatian masyarakat insaf tempatan dan masyarakat antarabangsa. Di harap tiada apa yang tidak akan di sebut dalam forum ini agar rakyat ramai dapat pencerahan sebenarnya terutamanya pemimpin-pemimpin yang sebelum ini tidak mengenali negara yang mereka pimpin ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Umno guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS Posted: 29 Nov 2013 11:38 PM PST KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad (gambar) berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi. "Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata. Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam. Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat. Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam. Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka. "Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat. Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi. Mengulas lanjut beliau berkata, kemasukan Ustaz Kazim ke dalam Umno itu langsung tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya lebih menyenangkan PAS untuk meneruskan siri dakwahnya kepada Ummah tanpa diganggu oleh 'individu yang mengakui PAS'. Menurut beliau lagi, hakikatnya individu berlatarbelakang agama apabila menyertai Umno akan hilang serinya dan akan tenggelam dibawa arus. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Peguam salahkan AG gagal kes Aminulrasyid Posted: 29 Nov 2013 04:13 PM PST MALAYSIA KINI Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertanggungjawab apabila tiada pihak dipersalahkan dalam kes kematian remaja sekolah Aminulrasyid Amzah, kata peguam kepada keluarga arwah.Keputusan mahkamah rayuan membebaskan Koperal Jenain Subi pada Selasa menjadikannya "kegagalan lengkap" dalam memberikan keadilan kepada keluarga mangsa tembakan polis itu, kata N Surendran dan Latheefa Koya. Dalam kenyataan bersama semalam, kedua-dua peguam itu berkata, keputusan itu sekali gus menjadi "kepiluan dan kesedihan yang besar" kepada anggota keluarga. "Yang paling dipersalahkan AG Abdul Gani Patail, yang mesti bertanggungjawab atas sebuah lagi pendakwaan gagal dalam kes kepentingan awam berprofil tinggi," kata mereka. "Gani cuma membuat pendakwaan selepas tekanan awam yang besar; pada mulanya pihak berkuasa hanya mahu melambatkan perkara itu dengan mewujudkan inkues dan bukannya pendakwaan jenayah." Jenain pada 26 November lalu kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas dakwaan menyebabkan kematian Aminulrasyid tiga tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan akhir pendakwa raya. Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan Jenain tiada niat menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan ke arah kereta Proton Iswara yang dipandunya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mangsa Menara Umno nahas bukan kecuaian Posted: 29 Nov 2013 04:08 PM PST Mahkamah koroner hari ini memutuskan bahawa peniaga kecil Lim Chik Aik yang dipercayai menemui ajal selepas keretanya dihempap penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister, mati semata-mata nahas bukan kecuaian (misadventure). Lim, 44, meninggal dunia selepas struktur konkrit itu terjatuh ke atas jalan berkenaan sewaktu ribut petir pada 13 Jun lalu, yang juga mengorbankan dua lagi. Usaha kerajaan negeri dan operasi menyelamat gagal menemui mayat Lim yang dipercayai tenggelam ke dasar runtuhan tersebut dan usaha menjejakinya ditamatkan empat hari kemudian. Ketika menyampaikan keputusannya, Koroner Khairul Anuar Abdul Halim berkata mangsa yang dikenali Chin Aik, meninggal dunia antara 6.45 dan 6.50 petang pada 13 Jun akibat nahas bukan kecuaian sebagai keputusan ekoran runtuhan struktur itu. Khairul Anwar berkata sijil kematian Lim akan dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada keluarga mangsa. [Baca berita penuh] Sementara itu Bernama melaporkan, balu Lim, Lee Chai Song, 48, dan ibu bapa mangsa, Tian Chor, 73, dan Ang Kim Looi, 70, hadir di mahkamah hari ini. Kemudiannya, Lee dengan linangan air mata berkata beliau akan memohon sijil kematian itu. Khairul Anuar berkata kes sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada mayat ditemui tetapi laporan dibuat mengenai kehilangan Lim selepas dia keluar rumah untuk mengambil anak perempuannya di sekolah. Inkues itu yang bermula 2 September, diadakan untuk mengesahkan kematian Lim kerana mayatnya tidak ditemui walaupun beberapa cebisan keretanya dikeluarkan daripada kawasan runtuhan itu. Sebanyak 24 saksi dipanggil memberi keterangan, termasuk lawatan ke tapak runtuhan di hadapan Menara Umno di Jalan Macalister dan melihat cebisan kereta itu. Khairul Anuar dibantu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit dan pegawai pengendali Suhaimi Ibrahim. Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Lim. Insiden pada Jun itu itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, selepas lori dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nga Kor Ming Diarah Keluar Dewan Selepas Hina Speaker Posted: 29 Nov 2013 04:01 PM PST MSTAR ONLINE IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang Nga Kor Ming diarah keluar dewan dan digantung daripada menghadiri baki sesi hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jumaat. Speaker DUN Perak Datuk Seri S. K. Devamany membuat keputusan itu selepas Adun DAP berkenaan enggan menarik balik kenyataannya bahawa Devamany sengaja mempercepat sesi perbahasan Bajet Perak 2014 kerana sibuk dengan pemilihan MIC. Devamany menggunakan Perintah Tetap 44 (2) Peraturan DUN Perak selepas Nga berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan yang dianggap oleh Devamany sebagai menghina Speaker dan tidak menghormati Dewan. "Saya memberi amaran dan saya terpaksa mengeluarkan Yang Berhormat Kepayang dari dewan ini kalau dia mengeluarkan kata-kata tohmahan, melawan Yang Dipertua di dalam dewan ini," kata Devamany. Insiden berlaku selepas persidangan bersambung semula pada sebelah petang ketika Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Datuk Samsudin Abu Hassan menggulung perbahasan Bajet Perak 2014. Nga dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) bangun meminta penjelasan berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas tidak berpuas hati isu itu hanya disentuh sedikit oleh Samsudin. Samsudin dalam jawapannya berkata aspek GST dan perinciannya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kedua-dua wakil pembangkang itu tetap tidak berpuas hati dan berdiri mendesak Samsudin memberi penjelasan, menyebabkan Speaker mencelah meminta kedua-duanya duduk. Tindakan Devamany itu menyebabkan Nga menuduh beliau sengaja mahu mempercepatkan sesi persidangan agar dapat ditangguh lebih awal kerana sibuk dengan pemilihan MIC. - BERNAMA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Abdul Khalid Nafi Bayar Tuntutan RM15 Juta Kepada Anwar Posted: 29 Nov 2013 03:59 PM PST MSTAR ONLINE SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri. "Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini. Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan. "Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar. "Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada," katanya. Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan perbelanjaan makan serta minum. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan