ALHUSSEYN |
Posted: 23 Nov 2013 01:57 AM PST Harap berita ini adalah benar! MStar Online melaporkan : Penyandang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengekalkan jawatannya dengan majoriti tipis, menurut kiraan tidak rasmi. Penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah mengekalkan kedudukan mereka manakala calon Ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan Datuk Husam Musa. Keputusan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi. Update dari Harakah Online: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59. Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi. Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi. |
PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya Posted: 22 Nov 2013 05:30 PM PST NOV 22, 2013 MUHAMMAD FAIZAL SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal. "Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya. "Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tomahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya. Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh. "Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau. SUMBER |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan