Sabtu, 23 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muktamar PAS cadang demonstrasi besar-besaran bantah GST, TPPA

Posted: 23 Nov 2013 03:28 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Mohamad Sabu cadang demonstrasi besar-besaran untuk membantah pelaksanaan GST, TPPA dan pembaziran kerajaan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 November, 2013.Mohamad Sabu cadang demonstrasi besar-besaran untuk membantah pelaksanaan GST, TPPA dan pembaziran kerajaan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,























PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS ketika sidang Muktamar Tahunan ke-59 membangkitkan usul demonstrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga membantah gejala rasuah oleh Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS itu mengemukakan usul berkenaan semasa sesi perbahasan usul ekonomi di Stadium Melawati, Shah Alam di hadapan 1,129 perwakilannya.

"Maka muktamar ini mencadangkan agar satu Himpunan Rakyat besar-besaran oleh parti politik, NGO, dan semua pihak untuk membongkarkan segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA," kata Mohamad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu.

"Kita gerakkan rakyat membantah rasuah dan ketirisan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelaksanaan GST akan berkuatkuasa April 2015 ketika pembentangan Bajet 2014 di Parlimen.

"Mereka gasak kita sampai tertonggeng," kata Mohamad dan menambah, Putrajaya membebankan rakyat dengan GST, namun tiada tindakan membasmi gejala rasuah dan ketirisan.

Selain GST, usul berkenaan turut menyentuh soal Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan juga pembaziran yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Menyedari bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi ekonomi," kata usul berkenaan.

Usul berkenaan turut membangkitkan soal bahawa GST adalah sistem percukaian yang bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kezaliman.

"Kerajaan haram mengambil cukai GST selagi berlaku ketirisan," kata Datuk Khairuddin Aman Razali, yang juga perwakilan dari Ulama yang bersetuju dengan usul berkenaan ketika sesi perbahasan.

"Selagi ketirisan, rasuah dan kebocoran berlaku, kerajaan haram mengenakan cukai kepada rakyat," katanya, yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.

Pemilihan PAS: Perwakilan memilih tokoh, bukan kumpulan

Posted: 23 Nov 2013 03:24 PM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Mohamad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua, dianggap sebahagian daripada kumpulan digelar 'Erdogan'. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 November, 2013.Mohamad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua, dianggap sebahagian daripada kumpulan digelar 'Erdogan'. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,
























Akhirnya, selepas siri kempen yang disifatkannya sebagai paling sengit dalam sejarah 35 tahun penyertaannya dalam PAS, Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua.

Beliau berjaya menang dalam pertembungan sengit dengan calon yang pro ulama iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Mohd Amar pula 490 undi.

Sehingga analisa ini ditulis, Jawatankuasa Pemilihan PAS menangguhkan pengumuman untuk jawatan Naib Presiden kerana pengiraan terpaksa dibuat semula berikutan keputusannya yang sangat sengit.

Mengiringi Mohamad Sabu adalah 11 rakan-rakan beliau yang dikira kumpulan "Erdogan" dalam Jawatankuasa PAS Pusat dari 18 yang menang.

Mereka adalah Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Syed Azman dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Kumpulan pro ulama pula berjaya menghantar seramai empat tokoh muda mereka ke dalam Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Nasrudin Hassan, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Zawawi Salleh dan Dr Ridhuan Mat Nor.

Selain mereka berempat, tiga lagi yang menang yang dikira penyokong pro ulama adalah Idris Ahmad, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Nuridah Salleh.

Lima tokoh penting hilang dari senarai pemilihan kali ini setelah mereka tidak bertanding termasuklah allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Selain mereka adalah Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding Naib Presiden, Mohd Amar yang bertanding Timbalan Presiden, Abdul Ghani Shamsudin yang tidak bertanding dan Mohd Abdul Wahid Endut pesuruhjaya PAS Terengganu juga tidak bertanding.

Usaha menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Mohamad yang kontroversi dari awal untuk menyertai pasukan ini gagal apabila beliau hanya mendapat 326 undi sahaja sedangkan Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam yang bertembungnya menang dengan undi yang cukup baik iaitu 547 undi.

Namun begitu, dua hari lepas Zaharudin menang sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kemenangan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu dan penyokongnya membayangkan kempen yang dibuat untuk memastikan jawatan ini diberikan kepada ulama ditolak oleh perwakilan PAS.

Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini meluluskan resolusi agar jawatan timbalan presiden diisi ulama ditolak perwakilan.

Nampaknya perwakilan memilih individu yang mereka mahu bukan siapa yang diminta untuk mereka pilih.

Pemilihan PAS: Undi Naib Presiden Dikira Semula

Posted: 23 Nov 2013 03:20 PM PST




 
Asmuni Awi
 
 
SHAH ALAM: Keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden PAS hanya akan diketahui pada Ahad selepas proses pengiraan semula siap diadakan.

Pengerusi Pemilihan, Asmuni Awi berkata, proses pengiraan semula terpaksa dilakukan berikutan terdapat pertindihan jumlah undi yang diperoleh calon yang bertanding.

"Saingan sengit...kita terpaksa kira semula.

"Berlaku pertindihan jumlah undi yang hampir sama bagi semua calon, beza terlalu kecil," katanya.

Tambah beliau keputusan untuk diadakan pengiraan semula itu dicadang oleh pihaknya sendiri tanpa bantahan daripadal wakil calon.

Jawatan Naib Presiden menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan penyandang, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Dua lagi calon yang bertanding ialah Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Datuk Abu Bakar Chik.

Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu

Posted: 23 Nov 2013 03:17 PM PST




Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
 
 
SHAH ALAM: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.

"Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.
"Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.

Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

Kemenangan Yang Tidak Menggembirakan UMNO

Posted: 23 Nov 2013 03:11 PM PST


Oleh Shahbudin Husin


Pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden Pas sudah pun diketahui. Mat Sabu akhirnya berjaya mengekalkan jawatannya setelah menewaskan pencabarnya, Nik Amar Nik Abdullah dengan 588 undi berbalas 490. Setelah Haji Hadi Awang menang tanpa betanding bagi jawatan Presiden sebelum ini, bermakna gandingan ulama dan bukan ulama kekal menerajui kepimpinan Pas bagi tempoh dua tahun akan datang lagi.

Gandingan Haji Hadi dan Mat Sabu ini bakal memastikan Pas mampu terus memberi cabaran yang meyakinkan kepada UMNO menjelang pilihanraya umum akan datang. Hujah ini tidaklah bermakna Nik Amar bukan pemimpin yang baik untuk Pas tetapi dengan watak dan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang, barangkali beliau lebih sesuai untuk Pas Kelantan berbanding Pas Pusat.

Tetapi berbeza dengan Mat Sabu, watak dan kehebatannya dalam berpidato serta energinya yang agak luar biasa berceramah ke seluruh negara tanpa lelah, kekalnya beliau sebagai pemimpin nombor dua Pas ini menjadikan Pas terus segar di mata rakyat. Gandingannya dengan Haji Hadi pula bagaikan pelengkap kepada usaha parti itu meraih sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bagaimanapun kemenangan Mat Sabu ini pastinya paling tidak menggembirakan UMNO. UMNO terlihat lebih suka Nik Amar menang jawatan nombor dua ini kerana jika beliau menang, beliau pasti tidak selincah Mat Sabu berceramah dan mengulas pelbagai isu yang berlaku dalan UMNO dan kerajaan.

Sebab itu, UMNO memang mengharapkan Mat Sabu kalah. Ramai pemimpin UMNO, sama ada secara terbuka atau dalam diam, sebenarnya lebih suka Nik Amar menang berbanding Mat Sabu. Bukanlah kerana mereka sayangkan Nik Amar atau pun cintakan golongan ulama, tetapi kerana ada keuntungan daripadanya.

Melalui Utusan Malaysia pula, usaha meracuni pemikiran perwakilan Pas sudah lama kedengaran bahawa Pas kononnya mesti kembali kepada kepimpinan ulama dan berpegang teguh dengan matlamat asal penubuhannnya. Pas juga cuba diyakinkan bahawa orang Melayu lebih menerimanya jika kepimpinannya diterajui oleh golongan ulama kembali.

Melalui bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang telah dipecat, Dr Hasan Ali, nada yang sama juga kedengaran. Beliau kerapkali bersuara mahukan golongan ulama memimpin Pas serta meminta perwakilan menolak golongan bukan ulama yang dikaitkannya Anwar Ibrahim yang kononnya mula menguasai Pas sekarang ini.

Tidak cukup dengan itu, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainuddin Maidin, jarum untuk meracuni fikiran perwakikan Pas lebih dahsyat lagi. Beliau yang dikenali dengan Zam cuba menakutkan Pas bahawa Mat Sabu tidak mustahil akan menjadi presiden parti itu jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Haji Hadi dalam tempoh terdekat ini.

Maknanya, UMNO melalui pelbagai saluran yang digunakannya hampir sepakat menolak Mat Sabu dan lebih mengharapkan Nik Amar memenangi jawatan itu.

Namun kekalnya Mat Sabu sebagai gandingan kepada Haji Hadi mengesahkan bahawa perwakilan Pas sama-sekali tidak termakan dengan cucukan jarum-jarum halus itu. Mereka terus mengekalkan Mat Sabu kerana yakin beliau adalah gandingan terbaik bersama Haji Hadi dalam memimpin Pas ketika ini.

Gandingan mereka berdua ini dipercayai bukan saja mampu mengekalkan sokongan pelbagai lapisan masyarakat terhadap parti itu tetapi juga akan menjadikan Pas terus segar dan ke depan dalam menangani pelbagai isu semasa yang silih berganti berlaku sekarang ini.

Dalam masa yang saja, kedudukan Pas dalam PR juga tidak banyak terjejas. Ini bukanlah bermakna Mat Sabu pro Anwar atau DAP tetapi beliau mempunyai pemikiran politik yang lebih serasi dengan Haji Hadi dan Nik Aziz dalam konteks kerjasama dengan DAP dan PKR ini serta lebih memahami realiti politik majmuk bahawa untuk memberi saingan kepada UMNO dan BN, Pas tidak seharusnya bersendirian. Sebagaimana UMNO bergabung dengan MCA, MIC dan berbagai parti lain, untuk menumbangkan UMNO, Pas juga sebenarnya perlu berkawan dengan parti-parti lain.

Ini tentunya berbeza dengan Nik Amar yang awal-awal sudah memberi bayangan perlunya dikaji kerjasama dengan PKR dan DAP, tanpa menilai bahawa kerana adanya kerjasama dengan parti-parti lainlah PAS mampu menang lebih kerusi di Selangor dan dapat menduduki kerusi Menteri Besar Perak pada 2008 dahulu.

Kemenangan Mat Sabu bersama sebahagian besar kumpulan bukan ulama bagi jawatan AJK Pusat juga menyaksikan bahawa perwakilan Pas masih rasional dalam mengejar cita-cita mengambil alih kuasa bersama PR dalam pilihanraya ke 14 akan datang. Jika ditambah dengan keputusan jawatan Naib Presiden esok di mana sekurang-kurangnya dua pemenangnya dari golongan bukan ulama, tidak diragui lagi bahawa Pas bakal memberi saingan yang tidak menggembirakan bagi UMNO untuk tahun-tahun seterusnya.

Dengan campuran ulama, profesional dan aktivis terus menerajui kepimpinan Pas serta struktur dalam PR juga tidak banyak berubah, gabungan pembangkang ini dilihat mampu memberi saingan yang seimbang dan akan terus berlawan dengan UMNO dan BN di tanah yang hampir sama rata dalam pilihanraya akan datang.

Akhirnya, apabila persaingan menjadi seimbang dan sama rata untuk memperolehi kuasa, yang untung dan mendapat banyak manfaatnya tidak lain ialah rakyat juga.
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Dakwaan Wujud Pengundi Hantu, MIC Bahagian Taiping Perlu Digantung

Posted: 23 Nov 2013 02:31 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
GEORGE TOWN: Seorang anggota MIC Bahagian Taiping mahu Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel menggantung bahagian itu berikutan dakwaan terdapat pengundi hantu pada pemilihan ketua bahagian itu, 12 Oktober lepas.

Pengerusi MIC cawangan Pokok Asam S. Kannimuthu berkata MIC pusat perlu segera menggantung bahagian itu dan pemilihan semula diadakan untuk mengelakkan undian tidak sah pada pemilihan parti pusat itu 30 November ini.

"Kalau MIC pusat ambil tindakan segera, mesti 20 perwakilan dari Bahagian Taiping yang dipilih tidak boleh hadir pada pemilihan parti pusat. Kalau mereka hadir saya rasa undian mereka nanti tidak sah. "Saya mahu MIC pusat ambil tindakan sebagaimana yang diambil terhadap MIC Bahagian Tanjung Malim yang turut mengalami masalah sama. Kita mahu pemilihan bersih diadakan dan kita tidak mahu ada pengundi hantu dalam MIC," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata sebelum ini beliau ada membuat aduan kepada setiausaha agung parti dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung perkara itu, bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan diambil. Pada masa sama, Kannimuthu turut mempersoalkan MIC pusat yang tidak mengambil tindakan terhadap ahli yang telah diisytihar bankrap dan masih boleh mengundi pada pemilihan

Ketua MIC Bahagian Taiping.Beliau mendakwa Pengerusi MIC cawangan Taming Sari, S. Maniveli telah diisytihar bankrap oleh Jabatan Insolvensi Pulau Pinang pada 2011 dan turut mengundi pada pemilihan ketua bahagian.

Kannimuthu berkata Maniveli tidak layak memegang jawatan pengerusi cawangan kerana didakwa tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa bahagian lebih daripada tiga kali berturut-turut.

"Mengikut perlembagaan parti 37.4, seorang pengerusi yang tidak hadir mesyuarat tiga kali berturut-turut tidak boleh memegang jawatan," katanya.
Beliau berkata sikap pengerusi cawangan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kecuaian itu berlaku dsan juga nama ahli yang telah meninggal dunia masih dalam senarai nama keahlian MIC pada tahun ini.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Rakan Prihatin Kebajikan negeri Perak S.Kumaravel berkata beliau turut menerima aduan mengenai wujudnya pengundi hantu pada pemilihan ketua bahagian MIC Taping.
Katanya niatnya untuk membantu hanyalah untuk menyelamatkan parti itu kerana MIC adalah parti yang mewakili masyarakat India di negara ini. -BERNAMA

Penculikan di Semporna: Lokasi Sebenar Chang & Kumpulan Bersenjata Masih Belum Diketahui

Posted: 23 Nov 2013 02:29 AM PST




KOTA KINABALU: Polis Sabah masih cuba mengenalpasti lokasi sebenar mangsa culik warga Taiwan, Chang An Wei, 58 tahun itu berada bersama dengan kumpulan bersenjata Filipina yang menculik mangsa daripada Resort Pulau Pom Pom di Semporna ke selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata polis sedang bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di Filipina dan Taiwan dalam mengesan lokasi sebenar Chang berada.

"Kami tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat kerana keselamatan mangsa adalah lebih penting pada ketika ini," kata Hamza ketika ditanya sama ada pihak polis mengetahui lokasi sebenar Chang berada ketika ini.

Hamza berkata pihak polis masih lagi cuba mengesan identiti kumpulan bersenjata yang terlibat dengan penculikan Chang dan pembunuhan yang melibatkan suaminya, Hsu Lin Min, 57, pada awal pagi 15 November lalu.

Pengarah Polis Wilayah Sulu, Supritendan Kanan Abraham Orbita pada Jumaat berkata Chabg dipercayai disembunyikan oleh kumpulan bersenjata di sebuah pulau kecil di Tawi Tawi.

Orbita berkata keadaan laut yang bergelora telah menghalang kumpulan lelaki bersenjata terbabit daripada membawa Chang ke pulau Jolo.

Beliau berkata pegawai polis sentiasa berjaga-jaga sejak Chang diculik dari Pulau Pom Pom, di daerah Semporna, pantai timur Sabah pada 15 November lalu.

Dipercayai terdapat orang tengah yang mewakili kumpulan bersenjata berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak RM10 juta untuk membebaskan Chang dan pihak berkuasa Taiwan telah mengesahkan mereka pernah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali meminta wang tebusan.

PAS teguh bersama PR, selar golongan jaja agama untuk kepentingan politik

Posted: 23 Nov 2013 02:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Teka-teki di sebalik pelbagai fitnah kononnya PAS mahu berpisah daripada Pakatan Rakyat (PR) terjawab apabila Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti Islam itu akan kekal bersama perjuangan dan aspirasi PR.

"Bagi membawa mesej 'Rahmat Untuk Semua', PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium melawati Shah Alam, semalam.

Abdul Hadi turut mengulangi prinsip dan peranan kerjasama dalam PR bahawa PAS dan rakan gabungan dalam PR "bukan penumpang".

"Semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini," ujar beliau.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegur sikap sesetengah pihak yang memainkan sentimen agama demi kepentingan politik.

"Umat Islam yang ada dalam negara kita ini dikejutkan dengan rentetan serangan isu berkaitan dengan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan negara ini, di samping suasana yang tidak harmoni cuba dicetuskan oleh kalangan yang ingin mengambil kesempatan.

"PAS sekali lagi ingin menegaskan, bahawa isu agama yang penuh sarat dengan hukum syariatnya, yang bersendikan rujukan al-Quran dan as-Sunnah serta pandangan ulama muktabar sepanjang zaman, tidak wajar menjadi barang dagangan yang boleh dijaja ke sana sini. Apatah lagi isu yang sensitif dan jelas susur galur hukumnya ini sedang dijadikan senjata politik oleh kerajaan UMNO-BN untuk meraih sokongan mereka yang semakin menipis," ujar beliau.

Ketika diminta mengulas ucapan dasar itu, Ketua DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong berkata, ucapan Presiden PAS itu membuktikan hala tuju ketiga-tiga rakan PAS, PKR dan DAP tidak berubah.
"Agenda utama perjuangan kita adalah untuk Malaysia yang lebih baik.

"PR akan terus mara ke hadapan menolak segala propaganda jahat dan tidak beretika Barisan Nasional (BN) yang sering dilihat sengaja mencetuskan kontroverssi demi memecahbelahkan perpaduan kita," ujar beliau.-Roketkini.com

Keputusan Tidak Rasmi: Mat Sabu Pertahan Jawatan

Posted: 23 Nov 2013 02:06 AM PST

NEWS KINI

alt
 
SHAH ALAM  - Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengekalkan jawatannya dengan majoriti tipis, menurut kiraan tidak rasmi.
 
Penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah mengekalkan kedudukan mereka manakala calon Ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan Datuk Husam Musa.

Intipan asing, Najib patut malu pada Presiden Indonesia

Posted: 23 Nov 2013 02:04 AM PST


Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut merasa malu terhadap presiden Indonesia yang tegas mempertahan maruah negara itu sebaik mendapat tahu diintip pihak asing, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng.

"Tindakan tegas Indonesia mengkaji semula hubungan dengan Australia selepas mendapat maklumat mereka diintip negara itu membuktikan ketegasan pemimpin mereka.

"Najib patut malu kerana terus membisu dan tiada keupayaan politik sebagai seorang pemimpin dalam berdepan cabaran sama. Najib patut respon sama ada akan menuruti langkah Indonesia atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Pada 19 November lalu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata negaranya sedang mengkaji semula kerjasama dengan Australia ekoran intipan negara jirannya itu terhadap pemimpin mereka. Dua hari kemudian, Australia menghentikan tindakan itu ekoran bantahan Indonesia.

Pada 31 Oktober lalu, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden bahawa risikan turut dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Ekoran itu, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat menyelar perbuatan itu, dan menggesa pentadbiran Najib menyuarakan bantahan.

Mengulas lanjut, Chua berkata beliau bimbang sikap berdiam diri Najib menunjukkan kerajaan tunduk terhadap kemahuan asing, khususnya Amerika Syarikat dalam isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pacifik (TPPA).

"Najib mungkin sudah berjanji dengan Amerika dalam perkara tertentu dan sebab itu dia banyak diam. Kita juga tahu Najib sangat bersetuju menandatangani TPPA dengan AS walaupun majoriti rakyat membantahnya.

"Semua ini mungkin ada kaitan," kata bekas menteri kabinet dan tokoh politik hampir 30 tahun ini.

Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti

Posted: 23 Nov 2013 02:03 AM PST

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM : KEADILAN akan mengadakan Kongres Nasional Khas bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini pada 24 November (esok) yang akan dihadiri 2000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak.

KEADILAN - Copy

Kongres khas tersebut yang bakal bermula seawal jam 7 pagi diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memenuhi tuntutan semasa politik tanah air.

Antara pindaan tersebut termasuk jumlah undi untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti itu yang dijangka pada April atau Mei tahun depan.

Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

KEADILAN sebelum ini meminda perlembagaan parti sebanyak tiga kali antaranya penyatuan dengan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat yang diadakan pada tahun 2003.

Kali terakhir KEADILAN meminda perlembagaan parti ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.

Pelantikan Annuar Musa tak sah

Posted: 23 Nov 2013 02:01 AM PST

SINAR HARIAN

Annuar Musa  
 
Annuar Musa


PELANTIKAN Tan Sri Annuar Musa sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak sah, lapor Berita Harian.

Ahli Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Ednan Othman berkata, pelantikan itu tidak sah kerana Annuar masih menjalani hukuman penggantungan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selama dua tahun oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar sebelum ini melalui laman sosial Facebooknya mengesahkan menerima tawaran itu daripada kementerian terbabit namun gusar kerana masih dalam tempoh penggantungan.

Antara Isteri Tengku Adnan Dan Isteri Najib

Posted: 23 Nov 2013 01:02 AM PST

http://shahbudindotcom.blogspot.com/


Isu kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh DBKL baru-baru ini telah menimbulkan keresahan kepada warga kota. Ramai yang terperanjat apabila menerima bil cukai pintu masing-masing. Kenaikan antara 100 peratus hinga 300 peratus yang dicadangkan itu dianggap terlalu tinggi dan membebankan. Setelah dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kenaikan cukai pintu ini tentunya menambahkan lagi kadar darah tinggi sebahagian besar penduduk Kuala Lumpur.

Sebab itu, bantahan mengenainya kedengaran di mana-mana. Tidak ada yang bersetuju dengan kenaikan yang terlalu tinggi itu. Tidak saja Ahli-Ahli Parlimen PR yang menyuarakan bantahan dan meminta DBKL mengkaji semula kenaikan itu, dua Ahli Parlimen BN di Wilayah Persekutuan iaitu Ahmad Fauzi Zahari dari Setiawangsa dan Johari Abdul Ghani dari Titiwangsa turut juga bersuara.

Bagi Ahmad Fauzi, kenaikan itu tidak sesuai dengan keadaan kehidupan rakyat yang semakin terbeban dengan pelbagai kesan kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan sendiri seperti penghapusan subsidi gula, kenaikan harga minyak dan sebagainya manakala Johari pula melihat kenaikan cukai pintu yang terlalu tinggi menyebabkan pemberian BR1M langsung tidak memberi makna kepada rakyat.

Sama seperti Ahli-Ahli Parlimen PR, kedua-dua Ahli Parlimen BN itu juga mahu DBKL mengkaji semula kenaikan yang dicadangkan itu dan lebih bertimbangrasa dengan rakyat. Bantahan yang diterima daripada penduduk Kuala Lumpur berhubung kenaikan cukai itu pula berjumlah 2,500 sehingga semalam.

Bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor pula, pada peringkat awalnya beliau agak berkeras dengan kewajaran kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oldeh DBKL itu dengan alasan hartanah di Kuala Lumpur sudah meningkat nilainya, selain hujah bahawa semakan kenaikan tidak dilakukan sejak 21 tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan semalam, nada Tengku Adnan sedikit berbeza. Tidak lagi terlihat nadanya yang keras, wajahnya juga manis dengan senyuman dan beliau memberi jaminan kenaikan cukai pintu yang bakal diumumkan oleh DBKL nanti tidak akan membebankan rakyat.

Rupa-rupanya antara 2,500 yang membuat bantahan itu termasuk isterinya sendiri. Tengku Adnan sendiri memberitahu bahawa isterinya turut tidak setuju dengan kadar kenaikan yang dicadangkan itu, lalu beliau mencadangkan agar isterinya mengemukakan bantahan kepada DBKL.

Walaupun Tengku Adnan dikenali sebagai hartawan yang berjaya dan wang bukanlah masalah untuk membeli apa saja, jiwa rakyat dan memahami masalah rakyat yang dimiliki oleh isterinya itu adalah sesuatu yang disanjung. Jiwa, naluri dan keprihatinannya terhadap susahnya kehidupan rakyat dan keinsafan bahawa bukan semua rakyat memiliki poket yang sentiasa kembung, membuatkan beliau bukan saja bersama-sama dengan semua Ahli Parlimen di WP yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu itu, bahkan meletakkan dirinya berbeza pendapat dengan suaminya sendiri.

Walaupun tidak semua penduduk Kuala Lumpur bersetuju dengan cara, stail dan gaya politik Tengku Adnan selama ini, tetapi pasti semua warga bandaraya ini bersetuju dengan isterinya yang turut mengemukakan bantahan dan menunjukkan keprihatinannya dalam isu kenaikan cukai pintu ini.

Beberapa hari sebelum ini pula, kontroversi yang ditimbulkan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berhubung lawatannhya ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan, telah menimbulkan kecaman pelbagai pihak. Tidak saja Najib dan kabinet yang dipersalahkan dalam hal ini, tetapi keghairahan Rosmah yang ingin dilihat istimewa dan terpisah daripada kehidupan rakyat biasa dengan tidak mahu menaiki pesawat komersial, turut juga menjadi kecaman.

Rosmah pula, di sebalik menyedari pelbagai kecaman terhadapnya dalam isu ini, bahkan di Parlimen pula berhari-hari perkara ini dibangkitkan, menyatakan bahawa beliau langsung tidak terganggu dengan segala kecaman dan dan serangan yang dilemparkan terhadapnya itu.

Apabila ditanya pemberita pula, Rosmah hanya menjawab ringkas, "Saya tidak mahu bercakap tentang hal ini, saya tiada komen mengenainya dan saya tidak akan merendahkan diri saya seperti mereka."

Jawapan Rosmah yang mahu dirinya lebih dikenali sebagai First Lady berbanding isteri Perdana Menteri ini memperlihatkan bahawa beliau mahu dirinya dilihat dalam kelasnya yang tersendiri, terpisah daripada rakyat biasa dan sentiasa "berada dalam cermin kaca".

Berbeza dengan isteri Tengku Adnan yang bukan saja prihatin kepada rakyat tetapi juga sanggup bersama-sama mengemukakan bantahan dalam perkara yang membebankan kehidupan mereka, isteri Najib sebaliknya mengambil sikap tidak peduli dengan segala serangan dan kecaman rakyat terhadapnya, walaupun cukai rakyatlah yang menanggung kemewahan dan keistimewaannya itu.

Di dalam kehidupan biasa, Najib dan Tengku Adnan memang diketahui bersahabat baik sejak lama dahulu, manakala di dalam UMNO dan kerajaan pula, Setiausaha Agung UMNO itu dikenali sebagai penyokong dan pendokong setia Najib. Tetapi, jiwa dan naluri isteri mereka nampaknya berbeza sama-sekali.

Alangkah baiknya, jika Tengku Adnan dapat meminjamkan jiwa murni isterinya itu kepada isteri Perdana Menteri pula.

Siapa lebih Lawak?

Posted: 23 Nov 2013 12:56 AM PST

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

 
Dalam program Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Jambu adalah adalah antara peserta yang sering mencuit hati penonton. Lawaknya bersahaja dan santai. Kumpulan ini dianggotai oleh Tauke dan Yus (pemuda berasal dari Perlis). Berikut adalah salah satu dialog dalam persembahan mereka.

Tauke: Apa kata kalau kita cuti bersama?

Yus: Pergi ke mana?

Tauke: Indonesia.

Yus: Hisss, Indonesia tak bestlah...

Tauke: Habis tu, kita nak pergi ke mana?

Yus: Surabaya.

Tauke: Surabaya tu kat mana?

Yus: Surabaya tu kat Indonesialah!!

Kah kah kah kah...lawak, lawak...

Di Parlimen sekarang ini, menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ialah Shahidan Kassim. Sama seperti Yus, Shahidan juga berasal dari Perlis. Berikut adalah sedutan beberapa kenyataannya dalam sehari dua ini.

Shahidan 1 - "Hasil lawatan Rosmah ke luar negara sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri ini."

Shahidan 2 - "Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?", tanya beliau kepada wartawan.

Shahidan 3 - "Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan bawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadap dirinya. Pelabur akan takut datang ke sini."

Kah kah kah kah kah kah kah...lagi lawak...

Siapa patut menang Maharaja Lawak Mega 2013 tahun ini?

Bekas mufti Perlis dan mufti Kedah “berperang mulut”

Posted: 23 Nov 2013 12:42 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK























Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) mencabar Mufti Kedah, Datuk Badarudin Ahmad melakukan sumpah laknat atas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya jika enggan menarik balik tuduhan sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, Badarudin dalam satu rakaman memfitnah dirinya berhubung isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad serta tidak membenarkan umat Islam solat tarawih lebih daripada lapan rakaat.

"Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan dibuat oleh Mufti Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

"Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad termasuk tentang rambutnya jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di YouTube akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan," katanya dalam tulisan di blognya DrMaza.com.

Beliau berkata, Badarudin juga jelas memfitnahnya apabila mendawa dirinya tidak membenarkan umat Islam di Perlis solat tarawih melebih dari lapan rakaat bahkan menganggap akan masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas.

Katanya, fitnah yang amat besar oleh Mufti Kedah itu apabila mendakwa dirinya  menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera sambil meminta Badarudin mencari di mana kenyataan seperti itu pernah diucapkan.

"Sejak sekian lama artikel saya tersiar di blog dan media tentang solat tarawih. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi sendiri tidak pernah menetapkan bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat sehingga apabila hendak masuk waktu Subuh kemudian berwitirlah.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu sumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," katanya.

Cuti Hujung Minggu Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari - Sultan Johor

Posted: 23 Nov 2013 12:38 AM PST




Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengumumkan perubahan cuti hujung minggu Johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014 pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar Johor pada Sabtu. Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan).-Foto BERNAMA
 
 MSTAR ONLINE

 
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja, Muar.

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.

"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014," titah baginda.

Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994.

"Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan sejarah juga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain," titah baginda.

Oleh yang demikian baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian. Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai pusat rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.

Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan serta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.

Dalam perkembangan lain baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalam keadaan aman, damai dan sentosa dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.

"Pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan. "Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini," titah baginda.

Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat.

Adik Beng Hock sebak ketika beri keterangan

Posted: 23 Nov 2013 12:33 AM PST

 

 

Dengan linangan air mata, Teoh Lee Lan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendengar perbicaraan saman cuai terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kematian mendiang abangnya, Teoh Beng Hock.

teoh beng hock supporter protest at selangor macc 070412 teoh lee lan crying 02Lee Lan (kiri) , 33, bergenang air mata di kandang saksi ketika Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad bertanya kepadanya mengenai kehamilan tunang Beng Hock - Soh Cher Wei - pada masa kematian abangnya itu.

Beliau merupakan saksi ke-11 dalam saman cuai terhadap SPRM, kerajaan dan 12 yang lain kerana mengakibatkan mereka mengalami kesedihan dan kehilangan tempat pergantungan.

Pada hari Selasa ketika kakak ipar Soh memberi keterangan, dia juga tidak dapat menahan air matanya.

Sementara itu, Lee Lan pada mula kelihatan tenang ketika beberapa kali meminta Azizan memperjelaskan soalan yang dikemukakannya.

Bagaimanapun keadaannya berubah apabila soalan yang dikemukakan oleh Azizan beralih mengenai Soh dan berapa lama Lee Lan tahu kehamilannya, menyebabkan dia sebak dan tidak dapat menahan air matanya.

Dia kelihatan mengesat air matanya semasa menjawab soalan itu selama kira-kira 20 minit, dan pada masa yang sama meminta Azizan supaya tidak "memutarbelit " soalannya.

"Saya telah banyak kali memberitahu anda, Beng Hock menghantar SMS dan memberitahu saya tentang kehamilan Soh , dan saya hanya tahu (Soh) mengandung dua bulan selepas kematiannya, " katanya.

Bekas mufti Perlis cabar mufti Kedah sumpah laknat

Posted: 23 Nov 2013 12:24 AM PST


MALAYSIA KINI


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

"Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah.

"Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya.

"Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," tulisnya dalam artikel "menjawab fitnah mufti Kedah" dalam blognya hari ini.

Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah," kata Dr Asri.

'Tuduhan samakan Allah dengan kera'
Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.

Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.

"Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.

"Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber," jelas Dr Asri.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.

"Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui e-mel dan Facebook bagi mendapatnya ulasan berhubung perkara. Bagaimanapun jawapannya masih belum diperoleh setakat ini.

NGO kaum India: Shahidan bohong

Posted: 23 Nov 2013 12:21 AM PST

 

 

Hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pencapaian masyarakat India berdasarkan jumlah doktor dan peguam yang ramai daripada masyarakat itu ditolak oleh NGO India.

Mereka berkata, dakwaan Shahidan bahawa masyarakat India meliputi 30 peratus daripada pekerjaan di Malaysia sebenarnya "bohong" semata-masa.


p sivakumar miba interview 120609Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) memberitahu Malaysiakini, sebenarnya bilangan masyarakat India dalam kedua-dua bidang itu merosot dari masa ke semasa.

Katanya, pada tahun 2000, doktor daripada kaum India berjumlah 29 peratus, kemudian merosot kepada 26 peratus (2005) dan kini dianggarkan hanya 18 peratus.

Jumlah peguam India pula menurutnya merosot daripada 26 peratus pada tahun 2000 kepada 24 peratus pada 2005 dan kini dipercayai 16 peratus sahaja.

"Tindakan anggota Parlimen yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan angka untuk mengambil hati tuan-tuan mereka dan mengelirukan awam bahawa prestasi msyarakat India memberangsangkan, melukakan hati masyarakat India," katanya.

Tempoh Menunggu Untuk Tunai Haji 50 Tahun di Negara Ini - Jamil Khir

Posted: 23 Nov 2013 12:17 AM PST

-- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties, Datuk Roszali Othman (kanan) mengenai model Kompleks Tabung Haji dan TH Hotel Sarawak selepas majlis pecah tanah di Kuching pada SAbtu. Turut memerhati Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua, kanan). -Foto BERNAMA

 MSTAR ONLINE



KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun sebelum dapat berbuat demikian.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.

"Bagaimana tempoh waktu menunggu akan menganjak kurang daripada tempoh yang diberitahu ketika mendaftar atas pelbagai faktor antaranya ada yang dipilih meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak, Sabtu.

Majlis dilakukan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir juga menegaskan kuota jemaah haji negara ini tidak dibuat mengikut negeri bagi mengelakkan 'kesesakan' yang mungkin berlaku di sesetengah negeri.

 Mengenai kompleks dan hotel itu, Jamil Khir yakin kewujudan kemudahan tersebut akan melancarkan operasi haji di Sarawak.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib menyeru bakal haji di negeri itu menggunakan sebaik mungkin kemudahan tersebut apabila beroperasi kelak.

"Kepada jemaah haji ambil peluang ini untuk belajar sebaik mungkin daripada Tabung Haji kerana nama Tabung Haji sangat 'besar' dan dihormati di seluruh dunia.

"Saya masih ingat pada 1976 ketika kapal haji Malaysia terbakar, Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak telah meminta saya untuk mencari kapal terbang bagi kemudahan jemaah haji. Oleh kerana nama Tabung Haji sangat dihormati, New Caledonia Airlines berusaha bersungguh-sungguh membantu kita termasuk membantu menyewa kapal terbang dari syarikat lain," katanya.

Kompleks Tabung Haji dan TH Hotel itu akan dibangunkan oleh TH Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TH, di atas tanah seluas 2.4 hektar dengan kos RM204 juta dan dijangka siap pada Februari 2017.

Kompleks yang dibina di lokasi strategik berdekatan Lapangan Antarabangsa Kuching dan Kuching Sentral itu bakal mempunyai bangunan hotel sembilan tingkat dengan 235 bilik selain dilengkapi pelbagai kemudahan lain. -BERNAMA

Kerjasama Umno-MCA-MIC Tidak Ikut Islam

Posted: 23 Nov 2013 12:12 AM PST




 
Abdul Hadi Awang
 
 
SHAH ALAM: Hubungan politik yang diamalkan Umno bersama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) bukan kerjasama yang digariskan oleh Islam.

Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara partinya dengan DAP dan PKR menepati konsep hubungan bersama orang bukan Islam yang sebenar

"Kaedah Umno tidak menepati konsep tahaluf siyasi. Kita akui ada titik persamaan dan titik perbezaan.

"Dalam titik perbezaan, kita tak boleh bertolak ansur. Contohnya isu halal dan haram," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 di Stadium Melawati di sini, Sabtu.

Menurut Abdul Hadi, Umno gagal memainkan peranannya dalam kerjasama mereka dalam BN apabila mengabaikan konsep sebenar kerjasama politik yang di bolehkan dalam Islam.

"Apa yang dibuat oleh Umno, kita lihat terdapat kecelaruan dalam soal halal dan haram sehingga mencelarukan orang Islam dan mengelirukan bukan Islam," katanya.

Isu tahaluf siyasi antara PAS dalam pakatan pembangkang kembali menjadi isu hangat apabila perwakilan PAS Pulau Pinang mempersoalkan hubungan antara parti itu dengan kerajaan pimpinan DAP di negeri berkenaan.

Kemelut yang melanda PAS dan DAP di Pulau Pinang memaksa pembahas negeri itu, Mohd Nor Haron menggunakan pentas muktamar sebagai medan untuk menyatakan situasi sebenar yang membelenggu pimpinan PAS tempatan.

Hadi: PAS ada hak ketuai Pakatan tapi...

Posted: 23 Nov 2013 12:03 AM PST

 

 
 
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menentukan pemimpin parti mana yang mengetuai gabungan pembangkang itu sekalipun PAS "ada hak".

Katanya, parti itu "tidak berhak" untuk mengumumkannya dan ia memerlukan kepada perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Itu terpulang kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat. PAS sendiri tidak berhak (mengumumkannya siapa ketuai Pakatan).

"PAS ada hak (mengetuai)... Perlu kita bincang semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media tengah hari ini selepas penangguhan sidang bagi sesi pagi.

Beliau mengulas perbahasan perwakilan Johor Firdaus Masood yang membangkitkan siapa pemimpin yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Membahaskan ucapan dasar presiden, Firdaus berkata ia bagi memastikan supaya ahli PAS mengetahui siapa yang bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14.

Bajet paling tinggi dalam sejarah Selangor diluluskan

Posted: 23 Nov 2013 12:00 AM PST

 
Kerajaan negeri adalah bank milik rakyat, oleh itu kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa harta mereka tidak disalahgunakan.




SHAH ALAM: Bajet Selangor 2014 yang bernilai RM1.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah negeri sejak tahun 1998, diluluskan sebentar tadi setelah dibahas selama empat hari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Speaker Dewan Hannah Yeoh meluluskan bajet tersebut setelah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai menggulungkan hujahnya.

Bajet yang bertema 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat' itu turut melibatkan sejumlah RM430 juta daripada kesuluruhan RM2.7 bilion rizab negeri bagi tujuan pembangunan.

Dalam ucapan penggulungannya itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mempraktikkan pendekatan 'terlalu korporat' dan ketat dalam urusan kewangan negeri.

"Kerajaan negeri adalah bank milik rakyat, oleh itu kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa harta mereka tidak disalahgunakan.

"Amalan bajet berimbang yang diamalkan di Selangor adalah asas bagi menentukan pembangunan negeri ini berterusan," katanya.

Ketika ditemui diluar DUN, Abdul Khalid mendedahkan beliau akan membentangkan kertas kerja untuk menaikkan gaji dan elaun ADUN Selangor pada minggu depan.

"Ini kerana bebanan kerja di Selangor agak berat dan kerajaan negeri juga berkemampuan untuk berbuat demikian," katanya lagi.

50 ahli Umno Pensiangan digantung tidak bertali

Posted: 22 Nov 2013 11:54 PM PST

 
Ibu pejabat Umno perlu memaklumkan status mereka kerana menurut pejabat Umno bahagian Pensiangan mereka sudah dipecat dari Umno.




KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah mempersoal status lebih kurang 50 orang ahli Umno dibBahagian Pensiangan.

Menurutnya, ibu pejabat Umno perlu memaklumkan status mereka kerana menurut pejabat Umno Bahagian Pensiangan mereka sudah dipecat dari Umno.

"Sedangkan mereka belum menerima surat pemecatan dari ibu pejabat Umno," kata beliau kepada FMT.

Beliau yang kalah dalam pertandingan Ketua Umno bahagian Pensiangan pada 19 Oktober lalu berkata mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat cawangan kerana kononnya mereka sudah dipecat dari Umno.

Rizalman mahu ibu pejabat Umno menyelesaikan masalah ini kerana kedudukan mereka ibarat gantung tidak bertali.

"Sedangkan untuk memecat seseorang ahli, kita kena ikut prosedur dengan memberi surat tunjuk sebab. Selepas mereka menjawab surat tunjuk sebab, barulah pemecatan boleh dibuat," katanya.

Beliau mendakwa 50 orang itu jadi mangsa golongan tertentu yang bimbang dengan kedudukan mereka sewaktu pemilihan bahagian baru-baru ini.

"Saya mohon ibu pejabat Umno memberi kata putus yang segera kepada mereka sama ada mereka masih ahli Umno atau tidak. Jika masih ahli Umno, dapatlah mereka terus aktif dalam parti," katanya.

Beliau menjelaskan adalah tidak adil jika mereka digantung tidak bertali sedangkan mereka mahu aktif dalam parti seperti ahli Umno yang lain.

PAS bawa usul tergempar junjung kasih Sultan Johor

Posted: 22 Nov 2013 11:53 PM PST

 
Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya menyokong penuh dan menghargai keputusan Sultan Johor mengembalikan cuti kepada Jumaat dan Sabtu.




SHAH ALAM: Muktamar PAS hari ini mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengembalikan semula hari cuti negeri itu kepada Jumaat dan Sabtu.

Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya menyokong penuh dan menghargai keputusan Sultan Johor.

"Memang sejak zaman penjajah British, Johor cuti pada hari Jumaat dan Sabtu sehingga tahun 1994 kemudiannya ditukar kepada Sabu dan Ahad oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor," katanya di Stadium Melawati di sini hari ini.

Usul itu kemudiannya disambut hebat perwakilan yang hadir dalam stadium berdiri dan bertakbir menunjukkan tanda sokongan dan menerima cadangan itu.

Sempena sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55, Baginda mengisytiharkan hari cuti itu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Baginda hari ini.

Ini menjadikan Johor sebagai negeri keempat cuti pada Jumaat dan Sabtu selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya sama ada mahu membawa gesaan supaya semua negeri menukar hari cuti minggu mengikut jejak langkah Johor, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada kuasa negeri masing-masing untuk memutuskannya.

"British semasa menjajah dulu tidak sentuh hak dan sensitiviti umat Islam, hanya Umno sahaja yang tak tahu budaya Melayu-Islam atas alasan kepentingan ekonomi, itu tak betul," katanya.

Tiada ulasan: