Sabtu, 23 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Senarai Pemenang Pemilihan PAS Pusat Sesi 2013-2015, Kecuali Naib Presiden

Posted: 23 Nov 2013 04:52 AM PST




PRESIDEN 
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang 

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu 

NAIB PRESIDEN
--- 

AHLI JAWATAN KUASA 
1. Idris Ahmad, Ustaz
2. Mazlan Aliman, Haji
3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir.
4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr.
6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz
8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
9. Dzulkefly Ahmad, Dr
10. Mohamed Hanipa Maidin, YB Hj
11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
12. Khalid Abd Samad, YB Hj
13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
15. Riduan Mohd Nor, Dr.
16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
18. Nuridah Salleh, Ustazah 

Keputusan jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi.


Pemerhati: Simptom “Perasan Kuat” Faktor Pemuda PAS Tidak Lihat Realiti Sebenar

Posted: 23 Nov 2013 04:00 AM PST



[TMI] Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.

Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.

"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.


"Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.

Usul semalam yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengkaji kerjasama dalam PR menurut pemerhati tersebut adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak bijak, ketika prestasi dan kredibiliti sayap generasi Y dalam parti Islam tersebut masih lagi jauh belakang berbanding PKR dan DAP.

"Adakah mereka berbangga dengan hasil pemimpin muda daripada Pemuda PAS yang dilahirkan?

"Adakah dua pemimpin daripada Pemuda PAS tersebut mempunyai nilai tambah kepada Pakatan Rakyat di Parlimen?" soal pemerhati tersebut yang merujuk kepada bekas ketua dan timbalan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Prestasi calon pemuda PAS semasa pilihan raya umum ke-13 menjadi ukuran, apabila sekadar menang lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sejumlah 19 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang ditandingi.

Pemuda PAS juga digesa supaya melihat realiti sebenar dan memahami politik negara, bukan semata-mata bergantung kepada tarbiah ataupun ideologi parti mereka kerana ia tidak akan membawa mereka sampai ke peringkat tertinggi.

Ditengah kekalutan dan cakap berdegar-degar kritikan terhadap rakan mereka dalam PR, mujurlah perwakilan daripada Johor semalam menggesa supaya pemimpin pemuda berfikir sebagai seorang anak muda untuk menjadi "cool".

"Pemuda PAS perlukan keseimbangan, antara tarbiah dan realiti politik semasa," kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang hadir sebagai pemerhati pada muktamar kali ini.

Pemimpin AMK yang turut tidak mahu namanya dikenali berkata, Pemuda PAS sewajarnya menerokai pembaharuan Islam baru serta mempelopori idea-idea baru, bukan sekadar masih lagi dengan dogmatik lama.

"Politik berubah-ubah, idea-idea baru politik Islam juga banyak.

"Perubahan dan pembaharuan juga diperlukan seiring dengan rentak semasa, ini yang Pemuda PAS sepatutnya terokai. Bukan lagi sekadar masih bergantung kepada idea-idea lama," katanya lagi.

Sememangnya pemerhati menanti usul berbentuk transformasi untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat yang bermula hari ini, bagaimanapun harapan tersebut tinggal harapan apabila usul kitar semula sama seperti dikemukakan oleh Dewan Ulama yang diluluskan.

Pemerhati tidak melihat wujudnya sebarang idea ataupun strategi mapan yang dibawa oleh Pemuda PAS semalam.

"Adakah dengan usul tersebut mereka rasakan selepas ini Pemuda PAS akan mampu berdiri setinggi dengan pemimpin muda PKR ataupun DAP?

"Adakah Pemuda PAS mampu mengeluarkan sebuah polisi dan dasar negara dalam kerangka masyarakat majmuk negara?" soal pemerhati daripada UM lagi.

Bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin sendiri mengakui PAS perlu mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang semasa ucapan pembukaan.

Keputusan pemilihan semalam menyaksikan kumpulan anak muda pro-ulama memenangi hampir keseluruhan jawatan yang disandang, kecuali bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dari golongan professional yang dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS manakala anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih sebagai timbalan.

Dalam pada itu, pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari mengambil pendirian menggesa supaya semua parti dalam PR mengenepikan ideologi dan fahaman demi memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"PR adalah gabungan politik yang memberi harapan baru kepada rakyat, sebelum PR dibentuk pada tahun 2008, tiada siapa yang dapat bayangkan pemerintahan bermaharajalela BN (Barisan Nasional) boleh dibendung.

"Walaupun ideologi ketiga-tiga parti memberi persepsi tidak bersehaluan, hakikatnya kerjasama antara tiga parti sejak 2008 membuktikan keutuhan politik ini kerana kami semua bersehaluan dalam hal pendemokrasian, kebajikan dan ekonomi yang manfaatkan rakyat," kata beliau.

Zairil mengingatkan semua pihak dalam PR agar mengelak daripada permainan jahat BN dan menjauhi isu perkauman.

"Yang penting, kita harus elak daripada permainan jahat BN yang akan sentiasa mengipas sentimen perkauan dan agama untuk memecah-belahkan PR," tegasnya lagi.

Muktamar ke-59 bermula secara rasminya hari ini menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.

Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).

PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kekalahan di Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu. – 22 November 2013.


P/s: Realiti sebenar:

PRU13

Kuatkan parti dahulu, dapatkan lebih banyak kerusi, barulah bercakap soal pemandu, ketua, dan sebagainya!



[RASMI] Mat Sabu Kekal Timbalan Presiden PAS

Posted: 23 Nov 2013 03:46 AM PST


Mat Sabu mengangkat tangannya selepas berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. Beliau menewaskan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kanan). -foto AZHAR MAHFOF/The Star
[MK] Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.

Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.

Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut.



Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star


P/s: Tahniah Brader Mat!!!



Berkaitan:

Naib presiden PAS: Pengiraan Semula, Keputusan Esok

[MK] Seperti yang dijangkakan, persaingan bagi tiga jawatan naib presiden PAS adalah sangat sengit danmembawa kepada pengiraan semula undi.

Persaingan kali ini menyaksikan penyandangnya, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa mempertahankan jawatan masing-masing.

Ketiga-tiga penyandang itu dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik. 

Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, mengumumkan proses pengiraan semula itu, selepas mengumumkan keputusan bagi jawatan timbalan presiden yang dimenangi oleh Mohamad Sabu.

Manakala Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ibrahim pula berkata keputusan pemilihan jawatan naib presiden diumumkan esok. -23/11/13


[Video] Isu Wahabi: Dr. Asri Cabar Mufti Kedah Sumpah Laknat

Posted: 23 Nov 2013 12:52 AM PST


Bekas Mufti Perlis dan Mufti Kedah "Berperang Mulut"

[TMI] Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencabar Mufti Kedah, Datuk Badarudin Ahmad melakukan sumpah laknat atas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya jika enggan menarik balik tuduhan sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, Badarudin dalam satu rakaman memfitnah dirinya berhubung isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad serta tidak membenarkan umat Islam solat tarawih lebih daripada lapan rakaat.

"Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan dibuat oleh Mufti Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

"Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad termasuk tentang rambutnya jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di YouTube akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan," katanya dalam tulisan di blognya DrMaza.com.

Beliau berkata, Badarudin juga jelas memfitnahnya apabila mendawa dirinya tidak membenarkan umat Islam di Perlis solat tarawih melebih dari lapan rakaat bahkan menganggap akan masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas.

Katanya, fitnah yang amat besar oleh Mufti Kedah itu apabila mendakwa dirinya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera sambil meminta Badarudin mencari di mana kenyataan seperti itu pernah diucapkan.

"Sejak sekian lama artikel saya tersiar di blog dan media tentang solat tarawih. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi sendiri tidak pernah menetapkan bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat sehingga apabila hendak masuk waktu Subuh kemudian berwitirlah.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu sumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," katanya. - 23 November, 2013.

Baca tulisan Dr Asri di sini.



Penyampai TV Tunai Janji Berbogel dengan Berhelah

Posted: 23 Nov 2013 12:05 AM PST


[HM] Paris: Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.

Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepak Perancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan. Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal+.

Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh. Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka. Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil "poi" (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.

Skuad Les Bleus tewas 0 - 2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.

Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.

"Ia tidak lucu langsung," katanya dalam satu kenyataan. "Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan," menurut Jacob.

Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu. - Agensi - 22/11/13


Model Brazil LELONG Dara Buat Kali Kedua

Posted: 22 Nov 2013 11:58 PM PST


Model Brazil Sasar RM4.3 juta Jual Dara

[HM] New York: Model Brazil yang mencetuskan kontroversi apabila menawarkan daranya untuk bidaan di Internet tahun lalu kembali lagi untuk mengemukakan tawaran yang sama.

Sebelum ini, jutawan Jepun menawarkan Catarina Migliorini AS$780,000 (RM2.5 juta) dalam bidaan di Internet yang dihubungkan dengan siri dokumentari televisyen Virgins Wanted oleh penerbit filem Australia, Justin Sisely. Bagaimanapun, kini Catarina menawarkan daranya melalui laman web VirginsWanted2.com, menurut akhbar The Huffington Post.

Bidaan itu dibuka hingga 12 Disember depan.

Catarina berkata, bidaan minimum ialah AS$100,000 (RM322,016) tetapi dia memberitahu laman web Brazil, PurePeople yang sasarannya ialah $1.5 juta (RM4.3 juta).

Catarina berkata, dia menarik diri daripada bidaan asal selepas curiga dengan persetujuan yang dicapai. - AFP - 23/11/13

Kecoh Surat Tawaran Nikah GADIS, JANDA di Facebook

Posted: 22 Nov 2013 11:50 PM PST


[SH] ALOR SETAR - Sepucuk surat yang dikatakan dari Pertubuhan Syiah Taqiyah Malaysia berpusat di Pendang, dekat sini dikesan menawarkan gadis dan janda untuk menjadi isteri kepada ahlinya.

Surat bertarikh 5 Oktober lalu itu tersebar di laman Facebook dan blog itu difahamkan memberi kemudahan beristeri kepada umat Islam yang mendaftar sebagai ahli Syiah.

Menurut surat berkenaan, seramai 156 gadis dan 341 perempuan berstatus janda disediakan untuk dikahwinkan. Selain itu, dua orang saksi disediakan di samping akad nikah akan dilaksanakan oleh ayah perempuan terbabit.

Maklumat surat yang meletakkan perkara pokok "tawaran dan kemudahan yang menjadi ahli pertubuhan" itu turut menyediakan tempat penginapan kepada pasangan yang berkahwin. Manakala surat pengesahan jabatan agama akan diuruskan.

Pemerhatian Sinar Harian mendapati pemilik akaun Facebook yang menyebarkan gambar surat berkenaan menerima cemuhan daripada pengguna laman sosial itu dengan pelbagai komentar.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna yang memberi respons untuk mengetahui lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan menafikan perkara itu malah tidak tahu mengenai kewujudan surat tersebut sebelum dimaklumkan Sinar Harian.

Menyifatkan perkara itu satu fitnah, beliau berkata, tindakan itu oleh pihak tertentu sengaja ingin memburukkan nama mereka.

"Perkara ini tidak berlaku dan saya tidak tahu mengenainya penyebaran surat yang dimaksudkan. Saya lihat ada pihak yang sengaja ingin memburukkan Syiah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Ditanya mengenai kahwin muta'ah yang menjadi amalan sesetengah penganut fahaman itu, Abdullah berkata, ia tidak pernah berlaku di kalangan ahlinya.

"Ini satu perkara untuk melaga-lagakan Syiah dan umat Islam di Malaysia. Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan surat tawaran berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Zakaria Mustafa berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Menurutnya, penguatkuasaan terhadap pengikut Syiah di negeri ini belum dapat dilakukan kerana Enakmen Anti-Syiah belum diwartakan. - 23/11/13



Cuti Hujung Minggu JOHOR Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuat kuasa 1 Januari

Posted: 22 Nov 2013 09:27 PM PST



[Mstar] MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja.

Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.


P/s: Patutnya cuti hujung minggu ini diselaraskan seluruh Malaysia agar tidak mengganggu urusan dan perancangan pelbagai pihak.



Tiada ulasan: