Sabtu, 30 November 2013

Addin

Addin


Gambar Mengejutkan Dari Seorang Sultan.. Saksikanlah

Posted: 30 Nov 2013 08:35 AM PST


Gambar mengejutkan!! Jikalau anda tahu..  siapakah gerangan dalam gambar ni? Tidak syak lagi, itulah Sultan Kelantan..

Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.. Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid disebelah asyik melihat kehairanan.




Iklan C (ii)


Ustaz Kazim Elias Dapat Habuan

Posted: 29 Nov 2013 04:51 PM PST

Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah pendakwah terkenal Kazim Elias.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8.

Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka pada Jumaat dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini. "Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan," katanya.

Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki

9. Mohammad Kazim Elias


~mStar



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: