Anak Sungai Derhaka |
- Terima atau tidak, Ustaz Kazim nak jumpa Najib dulu...
- 2011 PAS lulus usul pecat, hari ini Ketua Pemuda PAS kata Ustaz Kazim masih ahli PAS?
- APA?? Dr. Asri kata BN perintah macam Firaun?
- ADUN Perak dan Johor juga akan dinaikkan gaji mereka.. Tak mahu ucap Tahniah ke Hishamuddin?
- Kes bunuh Pegawai JAIP selesai, Angkara kumpulan 'Tuhan Harun' rupanya...
Terima atau tidak, Ustaz Kazim nak jumpa Najib dulu... Posted: 30 Nov 2013 09:19 AM PST Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias akan bertemu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu. Beliau menegaskan sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu tersebut. Beliau berkata, buat masa ini, masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut. "Tolak tidak, terima pun tidak. Saya nak jumpa dulu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. "Saya juga mempunyai syarat-syarat saya untuk dikemukakan," katanya dalam ceramah Maal Hijrah anjuran Umno Setiawangsa, di sini sebentar tadi ~ Sinar Harian Ni dari seseorang... |
2011 PAS lulus usul pecat, hari ini Ketua Pemuda PAS kata Ustaz Kazim masih ahli PAS? Posted: 30 Nov 2013 07:06 AM PST Semalam bila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli MT UMNO, Ustaz Kazim menjadi sasaran kutukan banyak Blog-blog Pro PR. Bagaimanapun menurut Ustaz Kazim, beliau sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Cuma beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan. Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan. "Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah. "Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu," katanya. Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain. Katanya "Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua. Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya. Itu antara apa yang diluahkan oleh Ustaz Kazim sepertimana yang disiarkan oleh Sinar Harian di SINI. Hari ini dalam satu kenyataan medianya Ketua Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah. Ustaz Kazim mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276. Ini kenyataan medianya.. Kenyataan Media (30 November 2013) Dalam hal ini, aku tak persoalkan tindakan Ketua Pemda PAS itu yang mempersoalkan tindakan Najib melantik Ustaz Kazim sebagai seorang Ahli MT UMNO. Sebab lantikan Ustaz Kazim itu adalah lambang tandusnya kepimpinan dalam UMNO hinggakan mereka terpaksa mengutip siapa saja yang dianggap popular dan menyebelahi mereka dan meletakkannya sebagai pemimpin. Apa yang nak aku persoalkan ialah.. Kenapa Ketua Pemuda PAS Perak itu tiba-tiba mendakwa Ustaz Kazim adalah ahli PAS semenjak 1998 lagi dan masih ahli PAS? Adakah beliau seorang pelupa?.. ataupun beliau langsung tidak tahu bahawa Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak pada 14 Mei 2011 lalu yang diadakan di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak, telah meluluskan sebulat suara usul memecat Ustaz Kazim... Tengok print screen nih! Atau lihat di Dewan Ulamak PAS Perak di SINI Malanglah PAS Perak kalau macamni.. ada Ketua Pemuda pun.. muda-muda lagi dah jadi pelupa.. nak jadi pemerintah macam mana ni?? Atau... usul itu hanya sekadar usul.... |
APA?? Dr. Asri kata BN perintah macam Firaun? Posted: 29 Nov 2013 08:05 PM PST Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konfliks berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus. Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntung golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda. Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah: "Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)" (Surah al-Qasas ayat 4-5). Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula dari isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara. Demikian isu-isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihanraya kita lihat isu-isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu-isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan. Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini. Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara. Kepelbagaian Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran. Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatik perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama. Silalah sambung bacaan anda di SINI |
ADUN Perak dan Johor juga akan dinaikkan gaji mereka.. Tak mahu ucap Tahniah ke Hishamuddin? Posted: 29 Nov 2013 05:00 PM PST Mula-mula Sarawak umumkan Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda.. Dengan itu gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. Dan ianya berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas... maknanya kesemua mereka akan menerima bayaran tunggakan kenaikkan gaji itu.. Tapi macai-macai UMNO pura-pura tak nampak kenaikkan gaji itu, malah menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang turut menikkan gaji MB dan juga ADUN-ADUN nya.. Bukan saja macai yang mengulas seperti orang yang tak cukup akal.. malah pemimpin mereka juga sama, antaranya ialah di bawah ni.. Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang diumumkan Rabu lalu, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang mempermain harapan rakyat dan hanya berminat menjaga kebajikan sendiri. Yang dia nampak ialah Selangor.. tapi Sarawak Hishamuddin buat-buat tak nampak.. Kemudiannya pula dilaporkan oleh Malaysikini.. Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka menaikkan gaji bulan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan pindaan statut berkaitan dijangka dibentangkan minggu depan. Bagaimanapun nasib Guan Eng lebih baik jika dibandingkan dengan nasib Tan Sri Khalid, kerana belum sempat macai-macai menyerangnya dengan isu tersebut, Kerajaan BN Perak juga mengumumkan akan menaikkan gaji ADUN-ADUNnya.. IPOH - Sidang Dun Perak semalam meluluskan perbelanjaan sebanyak RM339 juta bagi Bajet 2014. Dan Johor punya hutang mencecah RM1.38 billion pada Jun 2012 dengan RM700 juta hutang dikumpulkan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor turut mempertimbangkan untuk menaikkan gaji ADUN-ADUNnya.. KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tak mahu ucap tahniah kepada MB dan ADUN Perak dan Johor yang juga menaikkan taraf ekonomi diri sendiri ke Hishamuddin? ... Tak salah dinaikkan gaji mereka sebenarnya... Bagi yang berpendapatan lebih dari RM6,000 tentu berkata banyak tu saja gaji mereka?.. cukup ke?.. bagi yang berpendapatan RM1500 sebulan tentu akan berkata banyaknya gaji mereka... RM6,000 kalau zaman dulu memanglah banyak, tapi dizaman semuanya serba mahal ni mana nak cukup.. Memang YB-YB itu diberikan peruntukan, tapi setahu aku paling lamapun peruntukan itu hanya boleh bertahan 4 hingga 5 bulan saja.. bila dah habis diaorang nak cekau dari mana? Terpaksalah minta kawan-kawan pula yang tolong..... |
Kes bunuh Pegawai JAIP selesai, Angkara kumpulan 'Tuhan Harun' rupanya... Posted: 29 Nov 2013 09:27 AM PST Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas yang berjaya menahan 13 lagi suspek termasuk dua wanita dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang diketuai Harun Mat Saat. Dalam laman twitternya, beliau berkata, siasatan kes tembak Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, 47, 10 November lalu dijangka dapat diselesaikan dengan penahanan terbaru hasil Ops Cantas dilancarkan Bukit Aman itu. Police solve murder of Jaip enforcement head, 13 arrested |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan