Jumaat, 22 November 2013

Addin

Addin


Muhyiddin Di Ambang Bahaya.. Ini Sebabnya

Posted: 22 Nov 2013 08:17 AM PST

Heboh di parlimen isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pergi ke Qatar menggunakan jet kerajaan sedangkan beliau bukan menteri. Pembangkang membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat.

Isu ini gagal dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Yang lebih mengejutkan apabila ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengatakan Rosmah pergi bukan atas urusan kerajaan tetapi atas urusan peribadi.

Sedangkan Shahidan berkata ia adalah di atas urusan kerajaan sambil beliau mencabar wartawan suruh cari pelabur untuk negara.

Pendedahan Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan memang mengejutkan sambil beliau berkata yang meluluskan Rosmah menggunakan jet peribadi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adakah Muhyiddin diperangkap? Apa motif Azalina mendedahkan Muhyiddin yang meluluskan permohonan Rosmah? Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak boleh lepas tangan kerana bukan beliau yang meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet peribadi.

Rosmah berkata beliau tidak kesah dengan kritikan. Memanglah beliau tak kesah kerana yang meluluskan permohonan itu bukan suaminya.

Bagaimana masa depan Muhyiddin dalam isu ini? Adakah Muhyiddin akan selamat sehingga PRU ke 14?

Baru-baru ini ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan kerana skandal NFC berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Skandal RM250 juta itu mengejutkan rakyat kerana bukan lembu yang dibeli oleh suami Datuk Seri Shahrizat Jalil sebaliknya kondo yang dibeli.

Usaha untuk mendapatkan komen Muhyiddin gagal untuk menjawab desakan Zuraidah itu. Sehingga ini Muhyiddin belum bersuara mengenai isu skandal NFC itu. Muhyiddin yang dikaitkan dengan kelulusan jet kepada Rosmah juga belum menjawab isu ini.

Bulan lepas ketika berkempen pada PRK Sungai Limau. Muhyiddin dimarahi oleh penyokong PAS kerana mengaitkan isu penarikan subsidi gula dengan aruah ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Kononnya kaki Azizan dipotong kerana makan gula berlebihan yang menyebabkan penyakit kencing manis. Keluarga Azizan mendesak Muhyiddin minta maaf dan akhirnya Muhyiddin minta maaf.

Inilah tiga kesilapan Muhyiddin yang mana isu Azizan, beliau minta maaf tetapi dua isu lagi, jet peribadi yang digunakan Rosmah dan isu skandal NFC belum dijawab oleh Muhyiddin.

FMT cuba mendapatkan komen Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengenai desakan Zuraida supaya Muhyiddin meletakkan jawatan kerana beliau adalah menteri yang bertangungjawab sewaktu permohonan pinjaman NFC diluluskan, tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu enggan mengulas sebaliknya beliau berkata biarlah Muhyiddin yang menjawabnya.

Selamatkah Muhyiddin dalam politik apabila tiga isu ini tercetus? Sebenarnya Muhyiddin sudah tidak mahu lagi aktif dalam politik.

Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara.

Mungkin Najib mengenang budi Muhyiddin. Kalau bukan Muhyiddin yang desak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan pada tahun 2008, mungkin Najib masih kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Maka Najib masih memerlukan Muhyiddin buat masa ini.

Muhyiddin disanjung pada tahun 2008 kerana berani desak Pak Lah berundu selepas BN gagal menang majoriti dua pertiga.

Tetapi apabila Najib juga gagal dapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin membisu kerana kononnya Umno makin banyak menang kerusi (88 kerusi) walaupun prestasi BN pada PRU ke 13 (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi PRU ke 12 (140 kerusi).

Tiga isu sudah meletup. Mungkin selepas ini ada lagi isu yang melibatkan Muhyiddin meletus, maka Najib tidak dapat mempertahankan Muhyiddin lagi. Ketika itu Najib terpaksa melepaskan Muhyiddin pergi secara baik.

Inilah peluang bagi Najib untuk menaikkan sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dua tahun lagi.

Biasanya Naib Presiden Umno yang ketiga yang menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohamad (1976), Tun Musa Hitam (1981) dan Tun Ghafar Baba (1986). Adakah Hishamuddin akan mengikut jejak langkah Naib Presiden Umno ketiga? Sama-samalah kita tunggu. ~fmt



Iklan C (ii)


Anwar Bongkar Tembelang Najib Lagi..

Posted: 22 Nov 2013 06:04 AM PST

Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.

Anwar"Najib sebenarnya mengelirukan Dewan. Kita dah jelaskan dan kita buat semakan sama ada wujud atau tidak kenyataan begini.

"Dalam semakan kita tidak ada. Kita hanya temui tiga fakta berhubung isu penipuan pengundi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menjelaskan, semakan Pakatan Rakyat mendapati pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.

Kedua katanya, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa terdapat 62,000 pengundi yang diragui didaftar sebagai pemilih.

Seterusnya Anwar merujuk kenyataan beliau selepas pengundian awal dengan bukti nama, kad pengenalan dan status kewarganegaraan.

"Warganegara tersebut termasuk India, Bangladesh, Filipina, Indonesia. Soalan saya bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh dibawa masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis.

"Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini.

"Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam Malaysia dan patut dipantau oleh SPR. SPR memang terbukti berat sebelah, tidak wibawa, tidak dipercayai lagi," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perkara ini diberitahu Najib kepada Sheikh Hasina, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh itu di negara tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah 40,000 warga Bangladesh seperti didakwa Najib itu sebenarnya merupakan ciptaan blogger Umno.

"Siapa yang kata 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger Umno. Kenyatan kita memang ada pengundi luar dan kita buktikan dengan nama dan warganegara dalam senarai pemilih dengan merujuk kenyataan SPR. Perkara ini sekarang disahkan dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) tentang nama-nama yang dikemukakan untuk pertimbangan SPR," katanya.

Tegas Anwar, perkara itu perlu diserahkan kepada pasukan bebas atau dibawa kepada RCI, bukan dicanang seperti dilakukan Najib. ~kd




Iklan C (ii)



SPRM Hanya Dakwa 5 Ahli Politik Jenayah Rasuah Dalam Tempoh 4 Tahun.. Ini Sebabnya

Posted: 21 Nov 2013 11:46 PM PST

Kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa hanya lima ahli politik yang terlibat jenayah rasuah dalam tempoh empat tahun bukti agensi itu takut untuk menyiasat kegiatan rasuah di kalangan ahli politik, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. 

Statistik itu diperolehi Rafizi dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan semalam bahawa sembilan orang ahli politik ditangkap dan lima orang telah didakwa di mahkamah.

Kata Rafizi, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan jumlah siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan jumlah kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan SPRM tidak serius memerangi rasuah di kalangan ahli politik.

"Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara.

"Oleh itu, statistik berapa siasatan yang ditolak oleh Peguam Negara adalah penting untuk mengesahkan dakwaan SPRM selama ini bahawa Peguam Negaralah yang bertanggungjawab melindungi SPRM," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ekoran itu, beliau merumuskan bahawa SPRM turut sama melindungi ahli politik yang rasuah seperti mana Peguam Negara.

"Lebih merunsingkan adalah bilangan ahli politik yang disiasat dan didakwa kerana dalam tempoh hampir empat tahun, hanya lima orang didakwa iaitu bersamaan seorang ahli politik setahun. Sedangkan masyarakat berpendapat ahli politik adalah golongan yang paling kuat mengambil rasuah di samping pegawai penguatkuasa undang-undang," kata Rafizi lagi.

Beliau juga yakin lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang yang didakwa di mahkamah dalam tempoh yang sama berbanding ahli politik.~kd




PAS Maafkan Karpal Kerana Jahil

Posted: 21 Nov 2013 10:00 PM PST

PAS sama sekali tidak berkecil hati dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib sebaliknya berkata, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan daripada Karpal kerana menganggap pemimpin veteran DAP itu tidak memahami asas perjuangan Islam.

"Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.

"Dia ingat parti yang ditubuhkan berasaskan agama Islam ini akan menyebabkan berlaku perpecahan atau pergaduhan antara kaum sedangkan Islam itu diturunkan oleh Allah untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang sebelum ini hidup berpuak-puak," katanya kepada pemberita selepas perasmian muktamar Dewan Ulama' di sini hari ini.

Katanya, tidak ada sebab PAS perlu melatah dengan Karpal dan parti itu akan hanya mengambil sikap berdiam diri dan enggan memanjangka polemik tersebut.

"Macam mana kita nak kutuk dia, kita bertahaluf dengan DAP dan PKR ini bertujuan untuk berdakwah agar mereka dan boleh faham Islam.

"Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maafkanlah kerana dalam Islam kata biarkan orang jahil bercakap dulu, kalau lawan orang jahil rosak kita," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu awal bulan lalu berkata, perubahan itu perlu dibuat supaya semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama boleh menyertainya selaras dengan konsep amalan perpaduan.

"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

"Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik, Herald.

Karpal berkata, pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

"Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini," katanya. ~fmt


Muka-Muka Baru Pemimpin Pemuda PAS Pusat

Posted: 21 Nov 2013 07:56 PM PST


Suhaizan Kaiat dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS selepas diumumkan sebagai pemenang pada Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini dalam satu keputusan yang mengejutkan kerana ramai pemerhati menjangkakan Kamarulzaman Muhammad yang mendapatkan sokongan golongan pro ulama akan menang. 

Beliau mendapat 320 undi sekaligus menewaskan dua pencabar lain, Kamarulzaman yang mendapat 304 undi dan peguam PAS Zulhazmi Sharif (tujuh undi).Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS pula dimenangi Muhammad Khalil Abdul Hadi yang menewaskan bekas Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Muhammad Khalil yang merupakan anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperoleh 355 undi untuk menewaskan lawannya yang mendapat 282 undi.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula dimenangi oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Khairil Nizam Khirudin selepas memperoleh 411 undi untuk menewaskan pencabarnya Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi, seorang peguam yang mendapat 226 undi.

12 yang terpilih untuk Exco Dewan Pemuda adalah Syed Abdul Kadir Al Jofree, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ahmad Fadhli Shaari, Syahir Sulaiman, Abang Ahmad kerdee, Zaharudin Muhammad,  Ahmad Yahya, Wan Faizul Salleh, Fadhli Ghani, Zawawi Hassan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Mohd Sany Hamzan.


Addin:

Syabas kepada yang terpilih... moga pacukan pemuda pas ke arah yang lebih baik.



Penjelasan Terbaru Shabery Cheek Berkenaan Isu K-Pop

Posted: 21 Nov 2013 06:29 PM PST

Sistem penajaan secara tunai yang telah diterima kerajaan semasa Festival Hari Belia 2012 sudah cukup menampung pembelanjaan ketiga-tiga artis Korea Pop (K-Pop) yang bernilai RM1.6 juta pada tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan berkata ketiga-tiga artis K-Pop yang hadir membuat persembahan konsert pada Festival Belia 2012 pada tahun lalu bernilai RM900,000 jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

"Bayaran untuk sekumpulan artis K-Pop tersebut merupakan bayaran yang lebih murah berbanding harga pasaran sebenar untuk artis K-Pop memandangkan ketiga-tiga artis K-Pop menganggap pengunjung yang hadir pada Hari Belia tidak dikenakan bayaran tiket untuk memasuki konsert tersebut.

"Tiga kumpulan (K-Pop) tersebut merupakan yang paling popular di Korea pada waktu itu dengan meminta sebanyak USD100,000 untuk satu kumpulan," kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen selepas memenemui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, di bilik jawatankuasa itu di Parlimen, di sini.

Tambahnya, perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta merupakan perbelanjaan sampingan yang telah dibayar oleh pembekal tempatan."Yang disebut sebanyak RM1.6 juta itu merupakan sampingan seperti cukai, pembayaran hotel.. pengangkutan, keselamatan, makanan dan sebagainya yang dibayar oleh pembekal tempatan," ujarnya.

Jelasnya,kerajaan hanya mendahului perbelanjaan sebanyak RM900,000 untuk menempah ketiga-tiga artis berkenaan yang telah dikembalikan dengan penajaan dari pelbagai bentuk yang telah diterima kembali oleh kerajaan."Kerajaan hanya mendahulukan bayaran.

Sedangkan kita mendapat tajaan dari segi tunai pada waktu tersebut akhirnya ernilai RM2.3 juta.

"Bayaran awal yang kita buat sebanyak RM900 ribu sebenarnya sudah cukup ditampung oleh (penajaan) tunai," katanya.

Menurutnya, kejayaan pada Festival Hari Belia 2012 berjaya menarik pihak penaja dalam perbagai bentuk tajaan yang telah diterima oleh kerajaan.

"Kita mesti melihat kejayaan hari belia telah melibatkan penyertaan pihak swasta yang memberikan nilai kira-kira RM26 juta pada waktu tersebut.

"Ada juga yang memberikan tajaan dari segi 'In Kind' berupa air, sim kad, t-shirt dan sebagainya yang bernilai RM1.9 juta. Ada juga yang memberikan secara tunai bernilai RM2.3 juta yang mana ia diberikan secara beransur-ansur," katanya.

Sebelum itu, PAC melahirkan rasa berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Shabery pada hari ini berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjelasan pada kali ini mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur yang telah dibuat oleh Shabery Cheek yang juga merupakan Bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini termasuklan konsert tiga kumpulan K-Pop.

"Beliau telah memberikan penjelasan secara keseluruhan mengenai dasar dan proses hari belia pada tahun lepas dan beliau juga telah memberikan penjelasan mengenai isu k-pop yang telah menjadi tumpuan di media."Saya rasa jawapan yang telah diberikan oleh beliau itu telah memuaskan hati jawatankuasa," katanya. ~rakyat news


Tiada ulasan: