Addin |
- MP Kinabatangan Minta Nyawa Dengan Anwar?
- Penyokong Manchester United Mai Sini Jap!! Baca Ni..
- Berita Menggemparkan Dari Kelantan..
- Penganalisis Dedah Resepi Kemenangan PAS Di Sg. Limau
- Ahli Perniagaan Baksl Dedah Terma Penyelesaian Kes Belasah Zahid Hamidi
MP Kinabatangan Minta Nyawa Dengan Anwar? Posted: 16 Nov 2013 08:28 AM PST Tidak tahan dan tertekan dengan serangan demi serangan bertali arus tanpa henti dari rakyat mengenai gelagat beliau seperti penghuni zoo yang terjerit terlolong sambil mengoyakkan kertas cadangan usul yang dibawa oleh YB Fuziah Salleh Wakil Rakyat dari Kuantan. Mengenai pemotongan elaun yang diberikan kepada beberapa bekas Menteri dilihat sebagai membazir dan menyalah gunakan kuasa, maka Ahli Parlimen berkenaan dari Kinabatangan Bung Mokhtar telah melutut merayu minta jasa baik dan pengaruh DSAI agar jangan beterusan menyerang beliau. Yang peliknya itu dia boleh tergamak tanpa ada rasa malu menulis "TOLONG ARAH PENYOKONG KAU JAGA PERANGAI " .. Perangai sendiri teruk tidak terjaga .. sepatutnya dia minta jasa baik DSAI agar didik dan n asihat beliau agar jaga perangai dan tingkah laku. ~omakkau |
Penyokong Manchester United Mai Sini Jap!! Baca Ni.. Posted: 16 Nov 2013 06:45 AM PST Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam. JAWAPAN Wa'alaikumussalam, Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:- وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2) Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah ) RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib. Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United. Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya. Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai. Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram. LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ? Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan. Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya. Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud. Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu. Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah. Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI . Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia. LAGI DALIL HADIS Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :- نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari) Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :- وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi) Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya. KESIMPULAN Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai. Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram. Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus. Sekian Zaharuddin Abd Rahman |
Berita Menggemparkan Dari Kelantan.. Posted: 15 Nov 2013 11:20 PM PST Pemimpin Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan. Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan itu berkata, pengumuman tersebut adalah sesuatu yang dinantikan dan sesuai pada masanya, malah Brunei juga sudah mengambil pendekatan sama dengan melaksanakannya. "Urusan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya, jadi kita kena bersatu bagi mendaulatkan hukum Allah di negeri ini," kata Ahli Parlimen Ketereh itu seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. Rabu lalu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan. Daud bagaimanapun berkata, barisan hakim khas perlu dilantik, menepati dengan tuntutan hukum Hudud sendiri dan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum hukum Hudud ataupun Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 boleh dilaksanakan. Sejurus pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyahutnya dengan baik dan berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang diperintah PAS sejak lebih 20 tahun. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan fungsi jawatankuasa yang dimaksudkan dengan lebih terperinci. Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan turut berharap kerajaan pusat tidak menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum Hudud di negeri itu nanti. "Betul, memang dulu kerajaan pusat halang (daripada melaksanakan hukum Hudud). Kita harap kali ini kerajaan pusat beri kerjasama dan perkara lalu tidak akan berulang," katanya. Pengumuman tersebut dijangka mengundang rasa kurang senang terutama di kalangan masyarakat bukan Islam dalam negara, malah sebelum ini Putrajaya sendiri pernah menghalang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya. Selain itu, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA serta rakan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sebelum ini menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu, Annuar dipetik berkata, beliau menggesa supaya pihak luar khususnya DAP agar tidak mencampuri urusan di negeri tersebut memandangkan tiada wakil daripada parti tersebut di Kelantan. "DAP tiada kerusi langsung dalam DUN. Kita tidak kacau urusan hukum di Pulau Pinang atau Selangor."Biar Kelantan buat dahulu, kemudian mereka boleh ikut serta," katanya.Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan ketika ini sudah memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014 negeri bagi melaksanakan hukum Hudud. ~tmi |
Penganalisis Dedah Resepi Kemenangan PAS Di Sg. Limau Posted: 15 Nov 2013 06:15 PM PST Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau. Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat. "Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan. Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno." ujar Dr Shaharuddin. Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat. Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya. "Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung. Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar. Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas. Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen. ~hrkh |
Ahli Perniagaan Baksl Dedah Terma Penyelesaian Kes Belasah Zahid Hamidi Posted: 15 Nov 2013 04:14 PM PST Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini. Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu. Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.Bulan lalu, Karpal menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu. Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam. Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian. Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut. Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada bulan Ogos lalu. Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu.Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan daripadanya.Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dimaklumkan mengenai perkara sebenar yang berlaku semasa proses pengantaraan walaupun kes itu dikatakan sudah selesai. "Hakim perbicaraan akan merekodkan status kes itu dan kemudian membatalkan perkara tersebut jika kedua-dua sememangnya menyelesaikan tanpa perbicaraan. "Biarlah dia (Amir Bazli) datang ke mahkamah sendiri dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia berpuas hati dengan terma penyelesaian, biarlah ini direkodkan untuk menutup kes tersebut. Jika tidak, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan," katanya. Selepas penyelesaian luar mahkamah dicapai, Ahmad Zahid berkata, Amir Bazli meminta maaf kepadanya.Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli.Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu memfailkan saman. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan