Sabtu, 16 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hasan Ali bersedia untuk kembali sertai PAS.. PAS sedia terima dia tak?

Posted: 16 Nov 2013 06:05 AM PST


Bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali bersedia untuk kembali semula menyertai pimpinan parti PAS sekiranya hal ehwal berkaitan Islam, Melayu dan Institusi Raja mendapat keuntungan.

Menurut Hasan, selama ini juga ada dikalangan pimpinan parti itu yang memintanya supaya merayu keputusan berhubung pemecatannya namun beliau masih dengan pendiriannya bahkan katanya ia perlu mendapat pertimbangan daripada pimpinan Jalur Tiga (JATI) yang diterajuinya.

"Saya bersedia mempertimbangkannya namun apa yang penting ialah apabila saya masuk PAS apakah ia menguntungkan Islam, Melayu dan Institusi Raja," katanya kepada pemberita dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sementara itu, Hasan yang pernah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam PAS sebelum ini turut diminta memberi pendapat mengenai Muktamar ke 59 parti itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"PAS kini berada di persimpangan jalan, jalan mana pilihan PAS? Saya dapati ada 'vacum' dalam PAS sejak kematian Fadzil Noor. Ia dari segi kepimpinan, arah tuju, pengisian untuk memantapkan PAS, jihad yang disebut dan dimasukkan menerusi saluran seperti usrah dan pelbagai latihan mingguan, bulanan, tahunan kepada ahli parti,"

"Bagi saya signifikannya ialah bahawa berlaku pertentangan diantara dua golongan. Ia tidak dinafikan dimana ini pertentangan diantara golongan ulama dan profesional yang dikatakan Anwarinas. Namun saya berpendapat Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dan anai-anai dalam PAS yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal PAS.

"Secara peribadinya, saya mahu golongan ulama memimpin PAS. Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presidennya dikalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat.

"Seterusnya ialah tentang Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan PAS dalam PR. Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya PAS meninggalkan PR," tegas beliau.

Hasan yang juga merupakan Presiden JATI berpendapat bahawa PAS perlu mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan PR apabila dilihat kebanyakan ahli di peringkat akar umbi menyuarakan pendirian mereka.

"Bisikan rakyat adalah PAS berdiri sendirian tanpa bersandar pada PR. Ulama dan Pemuda turut menyuarakannya," ujar beliau.

Dalam pada itu ditanya pemberita apa akan berlaku sekiranya PAS keluar PR, Hasan berpendapat asas perjuangan PAS pasti berjaya dikembalikan.

"Sudah pasti ia akan menghidupkan kembali akar-akar dan sendi perjuangan PAS. Ini berikutan selama ini parti diganggu dengan pelbagai ganguan dalaman seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng bahkan Anwar Ibrahim juga pernah dikatakan sebagai gangguan dalaman yang menyebabkan PAS tidak boleh kembali kepada landasan asal. Selain itu ia akan memperlihatkan kepada penyatuan masyarakat Islam," katanya ~ Rakyat News


...... Ha.. Ha.. Ha... baik punya jarum.. atau nak ingatkan Najib yang dia masih hidup lagi...

'Anak saya mati akibat ditembakt' dakwa Bapa pemuda rampas pistol, larikan kereta Polis..

Posted: 15 Nov 2013 08:13 PM PST


Siapakah yang berbohong dalam kes seorang pemuda merampas sepucuk pistol dan melarikan kereta Polis ini??..

Pihak Polis mendakwa kenderaan dilarikan pemuda itu terbabas dan merempuh perhentian bas di lokasi berdekatan persimpangan masuk ke Kampung Bukit Lada, Chenor menyebabkan cedera di kepala dan tidak sedarkan diri.

Ini menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin belakang kenderaan itu bagi mengeluarkan suspek yang cedera di kepala dan tidak sedarkan diri...

Baca laporan dari Bernama ini..

MARAN - Seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur tengah malam tadi dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek yang berumur 22 tahun turut bertindak melepaskan empat das tembakan secara rambang keluar dari kenderaan yang dilarikannya itu.

Suspek sebelum itu dikatakan sedang berzikir sendirian di atas motosikalnya yang diletakkan di tengah laluan susur keluar tol itu dan bertindak menyerang anggota terbabit ketika anggota tersebut cuba memujuknya untuk mengalihkan motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Maran Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, suspek menyerang menggunakan kunci tambahan motosikal berbentuk U yang berada di dalam raga motosikalnya.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan seorang anggota terjatuh sebelum suspek meluru merampas pistol di pinggang anggota itu lalu mengacu pistol tersebut kepada semua lima anggota polis di tempat kejadian.

"Suspek kemudian melarikan kenderaan polis yang tidak dimatikan enjinnya ke arah Pekan Awah. Suspek membawa kenderaan tersebut berlegar-legar di sepanjang jalan utama Pekan Awah-Chenor dan ketika itu suspek melepaskan empat das tembakan secara rawak ke arah luar kereta, namun tidak mengenai sesiapa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Pihak polis menggunakan kenderaan polis lain mengekori kereta polis yang dilarikan suspek dan usaha memujuk juga dilakukan dengan bantuan keluarga suspek tapi gagal," katanya.

Sulaiman berkata, selepas hampir lima jam memandu kenderaan polis itu, suspek mula memandu secara berbahaya.

Kenderaan dipandu suspek kemudiannya terbabas dan merempuh perhentian bas di lokasi berdekatan persimpangan masuk ke Kampung Bukit Lada, Chenor.

"Pihak polis terpaksa memecahkan cermin belakang kenderaan itu bagi mengeluarkan suspek yang cedera di kepala dan tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan polis," katanya.

Sulaiman berkata suspek yang berasal dari Kampung Jengka Batu 13, Chenor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 7.58 pagi.

Pihak polis turut menemui semula pistol jenis Walther P99 bersama 11 butir peluru di dalam kenderaan yang dilarikan itu. - Bernama

Namun begitu laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di kepala mangsa adalah akibat ditembak dari jarak dekat sehingga tembus.

MARAN - Keluarga lelaki yang maut selepas kenderaan peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang didakwa dibawanya lari terbabas merempuh perhentian bas di simpang Kampung Bukit Lada, dekat sini, kelmarin, mungkin akan mengambil tindakan mahkamah.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya, Abdul Nasir Abdullah, 50, seorang guru, menolak dakwaan anaknya itu meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada 6.30 petang hari kejadian di surau tol Chenor ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Jengka Batu 13.

"Dia yang sedang menongkat motosikal hanya senyum lihat saya.

"Pada tengah malam itu, seorang saudara telefon beritahu polis jumpa anak saya di tol Chenor.

"Tidak sampai setengah jam kemudian, saya dihubungi lagi memaklumkan, Angah (nama timangan anaknya) rampas pistol dan bawa lari kereta polis," katanya.

Abdul Nasir berkata, setibanya di Balai Polis Pekan Awah, beberapa anggota polis sedang berkumpul untuk bertindak menahan mangsa.

Menurutnya, dia sendiri dimaklumkan anggota polis terbabit bahawa tiada sebarang tindakan melepaskan tembakan diambil seperti mana arahan pihak atasan mereka.

"Saya berada di balai tersebut sehingga jam 5.20 pagi dan ada beberapa kali anggota polis yang mengekori kereta dipandu anak saya kembali ke balai hantar laporan.

"Saya tanya mereka sama ada Angah lepaskan tembakan dan diberitahu Allahyarham tidak berbuat demikian. Sebaliknya anggota polis lepas tembakan ke arah tayar kereta tetapi tidak kena," katanya.

Abdul Nasir berkata, pada 5.15 pagi, polis memberitahu kenderaan dipandu mangsa terbabas merempuh perhentian bas dan dibawa ke HoSHAS.

Menurutnya, setiba di hospital, mangsa diberi rawatan dalam keadaan tidak berapa sedar.

"Saya pegang tangan Allahyarham dan cakap 'Angah ini ayah' sebelum mengucap dua kalimah syahadah di telinganya. Tidak lama, Allahyarham meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di kepala akibat ditembak dari jarak dekat sehingga tembus.

"Saya tidak puas hati kerana laporan ini bercanggah dengan kenyataan polis," katanya.

Abdul Nasir berkata, anaknya itu tidak mempunyai sebarang rekod rawatan sakit mental, tetapi sering mengalami gangguan emosi sejak terlibat dalam kemalangan pada September tahun lepas.

"Allahyarham baru habis belajar di Gebeng dan akan ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah. Dia memang ada ambil ubat penenang dari HoSHAS kerana gangguan emosi, tetapi tidak pernah melakukan kekerasan.

"Allahyarham juga suka berzikir dengan kuat hingga takutkan orang berdekatan," katanya.

Namun katanya, mangsa tidak lagi berzikir dengan kuat selepas berubat perubatan Islam.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jengka Batu 13, malam kelmarin ~ Sinar Harian

Siapa berbohong dalam hal ini?.. Penjelasan dari pihak Polis perlu dalam hal ini.... jika benar ada anggotanya yang berbohong pecat sajalah..jangan biarkan setitik nila merosakkan susu sebelanga..

Kes Zahid Hami Belasah Bazli: Terma Penyelesaian Bakal Terbongkar!

Posted: 15 Nov 2013 07:31 PM PST


Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.

Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu.

Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.

Bulan lalu, Karpal menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.

Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.

Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.

Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut.

Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada bulan Ogos lalu.

Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu.

Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan daripadanya.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dimaklumkan mengenai perkara sebenar yang berlaku semasa proses pengantaraan walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.

"Hakim perbicaraan akan merekodkan status kes itu dan kemudian membatalkan perkara tersebut jika kedua-dua sememangnya menyelesaikan tanpa perbicaraan.

"Biarlah dia (Amir Bazli) datang ke mahkamah sendiri dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia berpuas hati dengan terma penyelesaian, biarlah ini direkodkan untuk menutup kes tersebut. Jika tidak, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan," katanya.

Selepas penyelesaian luar mahkamah dicapai, Ahmad Zahid berkata, Amir Bazli meminta maaf kepadanya.

Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli.

Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu memfailkan saman ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: