Khamis, 31 Oktober 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf

Posted: 31 Oct 2013 04:59 PM PDT

Senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf

Salah satu intipati Bajet 2014 sebelum ini yang dibentang oleh PM, Najib Razak;
Lantaran pada petang ini, sukacita saya mengumumkan pula, bahawa Kerajaan juga bersetuju menambahbaik sebanyak 81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat mulai bulan November ini. – Bajet 2014
Pada 28 Oktober 2013, Berita Bernama. Satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik melalui Bajet 2014 akan dikeluarkan bulan Noverber 2013. Penjawat awam diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam. Ia ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.

"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha," katanya selepas perasmian persidangan Capam 2013.
Berikut adalah senarai penuh 81 skim penjawat awam yang tersebar. Sumber tak dapat dipastikan tetapi bolehlah sebagai maklumat sementara mereka yang terlibat.

Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Harapnya penambahbaikan tersebut boleh melepasi atau menampung kenaikan harga barang yang begitu hangat sekarang. Takkan ciput sangat kan!!

KOMRAD S ARULCELVAM BERSAMA RAKYAT

Posted: 31 Oct 2013 05:12 AM PDT

 Di kutip dari FB Nik Mohd Haqim
 
 Info daripada teman2 aktivis, hanya pemimpin DAP dan PSM sahaja turun mempertahankan tempat tinggal penduduk kg hakka yang mahu diroboh oleh berkuasa. 19 orang ditahan , Arul daripada PSM dibelasah oleh polis kerana mempertahankan hak rakyat. Mana pemimpin PAS? Nik Abduh ? mana Nik Abduh? Pemuda PAS loser nak mampus ! Mana pemimpin PKR ? Sibuk nak cari tempat anwar nak ceramah agaknya.kah..kah
 
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=680837788606765&set=a.167449363278946.37322.121965797827303&type=1&ref=nf
Kelas reaksioner menggunakan jentera negara (tentera, polis, mahkamah, alat sebaran am) untuk menjaga kepentingan mereka. Dalam era penjajahan, alat negara menjaga kepentingan penjajah.
Pihak polis siap sedia utk bantu pemaju dlm robohkan rumah pddk Kg Hakka! Minta kawan2 turun ke kg hakka utk mempertahankan rumah penduduk yg tinggal di sini lebih 100 tahun!
Pihak polis siap sedia utk bantu pemaju dlm robohkan rumah pddk Kg Hakka! Minta kawan2 turun ke kg hakka utk mempertahankan rumah penduduk yg tinggal di sini lebih 100 tahun!
 
Sesiapa saja yang mengaku pemimpin rakyat, pembela rakyat sepatutnya berada bersama rakyat semasa rakyat memerlukan bantuan. Jangan hanya bertemu rakyat ketika mandat sudah tamat
Saudara Arul Psm di Kg Hakka sekarang!

[Kenyataan Media] Lee Chean Chung: Kerajaan Pahang Wajib Memulihkan Pilihan Raya Tempatan

Posted: 31 Oct 2013 04:58 AM PDT

Lee Chean Chung: Kerajaan Pahang Wajib Memulihkan Pilihan Raya Tempatan

Kuantan: ADUN kawasan Semambu YB Lee Chean Chung hari ini membidas Kerajaan Barisan Nasional Pahang kerana Kerajaan Negeri enggan memulihkan pilihan raya tempatan yang telah dimansuhkan semenjak tahun 1965.

"Dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas, salah satu soalan yang ditanya oleh saya adalah berkenaan sama ada Kerajaan Negeri merancang untuk memulihkan pilihan raya tempatan bagi memilih Ahli Majlis secara demokrasi."

"Namun, dalam jawapan bertulis yang diterima pada bulan ini, pihak kerajaan telah memberi jawapan bahawa mereka tidak akan melaksanakan pilihan raya kecil di Negeri Pahang."

Chean Chung berkata, jawapan yang diberi menunjukkan ego Kerajaan Negeri yang tidak menghormati suara rakyat.  Kerajaan Pahang seharusnya meneladani Kerajaan Pakatan Negeri Selangor yang sedang membuat persiapan bagi memulihkan pilihan raya tempatan.

 "Tanpa pilihanraya tempatan, semua Ahli Majlis akan dilantik secara terus oleh pihak kerajaan dan saya pasti bahawa kebanyakan Ahli Majlis akan terdiri daripada warga Umno dan Barisan Nasional. Persoalannya, Ahli Majlis berkenaan akan berkhidmat demi kepentingan parti atau berkhidmat demi rakyat?"

"Itulah punca utama projek pertukaran lalu lintas di bandar Kuantan telah diluluskan oleh Ahli Majlis tempatan tetapi mendapat bantahan daripada penduduk Kuantan. Rakyat sebagai pembayar cukai (tax payer) seharusnya diberi kuasa  untuk memilih Ahli Majlis yang akan memperjuangkan kepentingan rakyat."

"Dalam pelaksanaan GST yang akan membebankan rakyat, Perdana Menteri Dato Seri Najib menegaskan bahawa GST telah dilaksanakan di 160 negara yang lain. Namun, kenapa kerajaan tidak memulihkan pilihan raya tempatan seperti kebanyakan negara demokrasi yang lain?"

Akhir sekali, Chean Chung menegaskan bahawa Kerajaan Negeri harus memulihkan pilihan raya tempatan dengan segera dan beliau akan terus memperjuangkan isu ini di dalam Dewan Undangan Negeri yang akan datang.


--
Lee Chean Chung 李健聪
ADUN Semambu 士满慕州议员
Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota 人民公正党英迪拉马哥打区部代主席

B-9766, First Floor,
Jalan Haji Ahmad,
25300 Kuantan,
Website: www.cheanchung.com
Twitter: @cheanchung
 
 

Tiada ulasan: