Khamis, 31 Oktober 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Shamsul Iskandar: Selepas PRU13, What's Next?

Posted: 31 Oct 2013 08:14 PM PDT

Deepavali 'kurang manis' tahun ini?

Posted: 31 Oct 2013 08:11 PM PDT

PAS pandang serius kedutaan Australia jadi sumber risikan Amerika

Posted: 31 Oct 2013 06:55 PM PDT


PAS memandang serius laporan yang menyatakan bahawa Pejabat Kedutaan Tinggi Australia di Malaysia dijadikan sumber risikan Amerika Syarikat (AS), kata Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar dalam satu kenyataannya hari ini.
Pendedahan bekas pegawai perisikan Australia, Edward Snowden bahawa pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dijadikan sebahagian saluran risikan Amerika Syarikat (AS) sememangnya mengejutkan semua pihak.
Beberapa akhbar Australia pula mendedahkan laporan risikan tersebut diperolehi daripada pejabat Kedutaan di Bangkok, Jakarta, Beijing, Hanoi dan Diri serta Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan Port Moresby.
Laporan tersebut hadir susulan pendedahan AS didapati mengintip pemimpin luar negara termasuk Canselor Jerman, Angela Markel yang disifatkan sangat memalukan bagi pentadbiran Presiden AS, Barrack Obama.
Operasi risikan yang dijalankan oleh pihak kedutaan AS dan konsulat mereka menggunakan pelbagai mekanisme termasuk pintasan radio, telekomunikasi, dan jaringan internet.
"Pemuda PAS menyifatkan pendedahan tersebut amat merbahaya terutama melibatkan aspek keselamatan negara.
"Soalnya, mengapa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dijadikan sumber risikan untuk AS dan mengapa negara ini dijadikan sasarannya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak kenal yang mana hujung dan pangkalnya, masih nak pegang kuasa

Posted: 31 Oct 2013 06:53 PM PDT

UMNO adalah parti tua. Penyakitnya pun penyakit tua. Ramai ahli-ahli UMNO cuba mencari pemimpin-pemimpin muda untuk meremajakan parti itu tetapi penyakit yang sering menghinggapi orang tua juga di hinggapi pemimpin muda dalam parti itu. UMNO adalah parti yang tidak mengikut arus perubahan zaman dan parti itu adalah sebuah parti kekampungan yang tidak mampu berubah dalam semua hal walaupun niatnya hendak berubah itu nyata dan jelas.
UMNO tidak tahu apa yang hendak di ubahnya. UMNO tidak tahu lagi apa yang baik yang perlu di lakukannya dan lebih sedih lagi mereka tidak tahu pun mana yang baik dan yang buruk. Mereka menyangka yang apa yang Najib lakukan hari ini adalah pembaharuan tetapi sebenarnya tindakan Najib itu sebenarnya tidak menunjukkan yang UMNO sudah mula untuk berubah.
UMNO mentadbir kerajaan seperti mentadbir persatuan bola takraw dan mengambil keputusan tanpa bersandar kepada dasar-dasar tetap yang telah di gubal. Apabila di rasakan ada satu pihak atau kumpulan marah dan tidak berpuas hati semasa itu kumpulan itu akan di berikan hadiah dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Selalunya akan di berikannya wang sogokan di atas berbagai-bagai nama.
Najib mentadbir negara seperti mentadbir khairat kematian. Apabila mendengar seseorang meninggal dunia Najib akan memberikan bantuan khairat kematian dengan jumlah yang kecil. Bantuan akan hanya tiba jika ada kematian. Bantuan itu tidak akan mendatangkan kemajuan kepada keluarga si mati selain dari menggunakan wang itu untuk membeli kain kapan mayat dan biskut semasa kenduri tahlil sahaja.
Maksud saya banyak perbelanjaan itu di buat dengan keputusan ad hoc tanpa pelan yang konkrit yang akhirnya membawa negara ke kancah pembaziran yang tidak terkira jumlahnya. Sebelum pilihanraya dahulu, tiba-tiba jururawat mendapat bayaran 'one off' sebanyak RM100. Lepas itu kita melihat Najib memberikan bantuan kilat kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang memakan belanja berpuluh juta ringgitnya.
Kita bukan mempersoalkan jumlah wang yang di berikan kepada sekolah Cina tetapi biarlah ia terancang dalam pelan yang konkrit dan di rancang perbelanjaan itu dengan teratur dan tersusun. Najib dan UMNO perlu ingat wang itu semuanya adalah wang rakyat bukannya wang peribadi mereka. Pemberian bantuan itu mesti di rancang terlebih dahulu dan jangan membantu secara adhoc kerana ia akan memudharatkan kewangan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya ubah pendirian, tidak saran iklan di Utusan Malaysia

Posted: 31 Oct 2013 06:50 PM PDT


Lebih sebulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  mengiklan dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia namun kini Putrajaya  mengubah pendirian itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kerajaan persekutuan tidak pernah mencadangkan Utusan Malaysia diberi keutamaan bagi tujuan pengiklanan.
"Kerajaan hanya menekankan iklan patut diletakkan di akhbar utama di Malaysia supaya mesej dapat mencapai golongan sasarnya," katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin.
Katanya, RM1.55 juta hasil iklan berjaya diperoleh Utusan Malaysia oleh agensi dan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi 2011 dan 2012.
Pada 2011, RM732,972 berjaya dikutip dan RM822,638 pada 2012.
Najib semasa merasmikan bangunan baru Utusan pada September lalu berkata, syarikat akhbar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pengedaran untuk terus hidup maka pengiklanan diperlukan bagi memastikan syarikat berusia 75 tahun itu tidak ditutup.
Read More / Baca Lagi >>

Tanda Putera ditayang percuma di Sungai Limau

Posted: 31 Oct 2013 05:56 PM PDT


Filem kontroversi yang gagal mencapai status pecah panggung, Tanda Putera (gambar) akan ditayangkan secara percuma kepada penduduk Sungai Limau esok dalam usaha Barisan Nasional (BN) merampas kubu kuat PAS itu.
Filem tersebut dijangka ditayang pada jam 8.45 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Daun Tengah, yang jaraknya kira-kira 4.7km dari Sungai Limau.
Program tersebut adalah sebahagian daripada jadual yang dimasukkan sempena lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam lawatan tiga harinya ke Sungai Limau.
Selain program tayangan filem tersebut, aktiviti lain yang berjalan sepanjang lawatannya adalah melawat penduduk setempat dan menghadiri majlis kenduri bersama penduduk kampung.
Malah, terdapat juga sessi bersama artis veteran seperti Hattan dan Datuk M Daud Kilau.
Jelajah kempen Ahmad Shabery bersama jentera BN dalam pilihan raya kecil tersebut akan bermula esok dan berakhir pada Ahad.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau : Lensa Kempen Ustaz Azam - 31-10-2013

Posted: 31 Oct 2013 07:02 AM PDT













Bermewah: Idris Jala perlu dedah struktur bayaran Pengarah PEMANDU

Posted: 31 Oct 2013 06:49 AM PDT

ong-jala
KUALA LUMPUR 31 OKT – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemandu (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala diminta mendedahkan struktur bayaran pengarah agensi berkenaan atas faktor ketelusan.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, menegaskan pendedahan itu perlu dibuat memandangkan perbelanjaan besar yang berlaku di Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM16.45 bilion.
"Saya turut menuntut Idris mendedahkan sama ada terdapat pengarah di PEMANDU menjadi pengarah di syarikat berkenaan kerajaan, syarikat tersenarai awam atau agensi kerajaan.
"Rakyat mahu tahu sama ada akan timbulnya konflik kepentingan berpunca daripada memegang jawatan yang banyak dalam sektor awam juga swasta," katanya di Lobi Parlimen.
Kian Ming turut memetik kenyataan seorang daripada pengarah di PEMANDU, Goh Wei Liang, dalam portal Malaysiakini yang menyatakan pendapatan di agensi berkenaan adalah kecil.
Laporan terbabit turut menyatakan pendapatan pengarah di PEMANDU di bawah kadar semasa, berbanding penjawat awam lain dengan gaji bulanan RM40,000 dan pendapatan bersih sebanyak RM30,572.92 selepas ditolak cukai berbanding pegawai Jusa A yang menerima gaji bersih RM29,631.53.
Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN desak kedutaan AS, Australia jelaskan isu risikan terhadap Malaysia...Kerajaan UMNO@BN tutup mulut..!!!

Posted: 31 Oct 2013 06:48 AM PDT

snowdenKUALA LUMPUR 31 OKT: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan mengenai risikan terhadap Malaysia menggunakan kedutaan dan suruhanjaya tingginya.
Akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden bahawa risikan dibuat bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.
"Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi 'STATEROOM' turut melibatkan Britain dan Kanada," kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Tambahnya, tindakan itu turut mendapat kecaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.
ABN_News"Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan ini kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," kata Fahmi.
Beliau turut mendesak Putrajaya bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.
'Ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut. Lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)," katanya.
Katanya risikan seperti ini pernah berlaku, seperti dibangkitkan kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia diguna untuk memintas komunikasi pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap.
"Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara," tegasnya.

Sg Limau: Pemuda PAS serah memo kepada Agong

Posted: 31 Oct 2013 06:47 AM PDT



JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dakwaan penyalahgunaan premis awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Penyerahan memorandum itu dibuat ketuanya Mohd Nasir Zakaria di Wisma Darul Aman petang ini.

Kandungan memorandum itu antara lain mahu baginda selaku penaung kepada kakitangan awam, agar campur tangan dengan menasihatkan perdana menteri agar tidak menyalahgunakan premis awam dan tidak mengeksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN.

Dalam memorandum itu juga turut dilampirkan bebarapa bukti sokongan termasuk program Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon BN yang menggunakan pejabat Mada, Bukit Besar pada 26 Oktober lalu.

Selain itu mereka juga mempersoal program Muhyiddin bersama calon BN di SMK Sungai Limau pada tarikh sama yang turut mengerah guru-guru menghadirinya.

Satu lagi program berlangsung pada 31 Oktober iaitu pertemuan Datuk Shafie Afdal dengan seluruh PIBG sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Sedaka.
Read More / Baca Lagi >>

Antara 'Berani Hijrah' dan 'Kekal' di Sungai Limau

Posted: 31 Oct 2013 06:46 AM PDT


SUNGAI Limau menjadi medan Datuk Mukhriz Mahathir "menebus" kekecewaan.

Selepas gagal meraih kedudukan dalam hirerki utama Umno, beliau perlu bangkit di Sungai Limau.

Menteri Besar Kedah itu tidak mungkin membiarkan nasib malangnya berulang lagi.

"Mukhriz dianggap wira setelah berjaya menyingkirkan PAS dan Pakatan Rakyat di Wisma Darul Aman. Mukhriz mahu mara dan melonjat ke atas.

"Sebab itulah beliau mengharap nasibnya lebih baik di Sungai Limau. Beliau sedang all out sekarang. Kegagalan 4 November ini bermakna laluan politiknya semakin berliku," kata seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu.

Mukhriz muncul selepas Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menebas segala semak dan halangan yang ditinggalkan Datuk Mahathir Khalid.

Akhirnya usaha Bashah disepah madunya oleh Mukhriz. Bekas pengerusi Umno Kedah itu dipindah ke Kuala Lumpur bagi mengelakkan Mukriz diganggu dengan kisah lama.

Di saat-saat akhir menjelang hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, Mukhriz diumumkan sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Laluan anak Dr Mahathir itu kurang berliku kerana ada kemuncup pula melekat pada stokin pemimpin PAS Kedah. Akibat alpa membuang kemuncup tanpa sedar Wisma Darul Aman sudah dikepung Umno.

Jasa Bashah dilupakan
Read More / Baca Lagi >>

Pertubuhan Switzerland dedah kontrak tenaga RM600 juta, manfaat keluarga Taib Mahmud

Posted: 31 Oct 2013 06:44 AM PDT


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) sekali lagi mencuri perhatian apabila satu lagi tuduhan yang dibawakan oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan keluarganya mendapat faedah daripada projek kerajaan.
Syarikat yang mempunyai hubung kait dengan keluarga Abdul Taib telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai RM618.6 juta bagi membangunkan saluran empangan Sarawak Energy dimiliki kerajaan negeri mendapat kritikan kumpulan alam sekitar yang berpengkalan di Switzerland.
BMF sebelum ini lantang dalam kritikan terhadap polisi etnik di Sarawak berkata anak sulung Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pengerusi Sarawak Cable Berhad (SCB) yang merupakan anak syarikat memperoleh kontrak tersebut.
"Menurut dokumen milik syarikat, Mahmud merupakan pengerusi SCB dan pemegang saham kedua terbesar dengan 33% (21% secara langsung dan 12% tidak langsung)," kata BMF.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Maju: Setiap hari 60 orang muflis di negara ini, kata Nancy

Posted: 31 Oct 2013 06:43 AM PDT

Golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

PUTRAJAYA: Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.
"Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap," katanya.
Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.
Katanya sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.
Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.
Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan  kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Bermewah: Mansuh subsidi hukum berat kepada rakyat

Posted: 31 Oct 2013 04:32 AM PDT

GST : Pendapatan rakyat perlu dipertingkat

Posted: 31 Oct 2013 04:31 AM PDT

Enam unit rumah Flat PKNS Jalan Kerinchi musnah dalam kebakaran

Posted: 31 Oct 2013 04:30 AM PDT

Sg Limau: BN slammed for giving RM1mil to Chinese school with only 15 students

Posted: 31 Oct 2013 04:27 AM PDT

Sg Limau: Pemuda PAS bantah BN guna jentera k'jaan

Posted: 31 Oct 2013 04:27 AM PDT

Sg Limau: PAS tak gentar kubu dibolosi jentera BN

Posted: 31 Oct 2013 04:26 AM PDT

MP PKR Kuala Kedah Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 31 Oct 2013 04:24 AM PDT

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (2)

Posted: 31 Oct 2013 04:23 AM PDT

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (1)

Posted: 31 Oct 2013 04:23 AM PDT

MP DAP Lanang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 31 Oct 2013 04:22 AM PDT

PAS persoal adakah BN mempunyai dua calon di Sg Limau

Posted: 31 Oct 2013 01:34 AM PDT

Visual Ops Roboh di Kg Hakka, Negeri Sembilan

Posted: 31 Oct 2013 01:13 AM PDT

Tiada ulasan: