WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bajet 2014 Pakatan Rakyat: Anwar unveils Shadow Budget (Malay)
- VIDEO GST- DENGAR KOMEN MEREKA
- FAKTA MELALUI GAMBAR BELANJAWAN MALAYSIA 2014
- PENEROKA BAKAL DITIPU LAGI....
- Anwar : Bajet BN 2014 hanya tambah beban rakyat
- Anwar: Belanjawan hukum rakyat
- PELARASAN COLA DITOLAK DI SAAT AKHIR?
- PENJAWAT AWAM DAPAT PELARASAN NOVEMBER INI?
Bajet 2014 Pakatan Rakyat: Anwar unveils Shadow Budget (Malay) Posted: 25 Oct 2013 09:09 PM PDT |
VIDEO GST- DENGAR KOMEN MEREKA Posted: 25 Oct 2013 05:14 PM PDT |
FAKTA MELALUI GAMBAR BELANJAWAN MALAYSIA 2014 Posted: 25 Oct 2013 05:03 PM PDT |
PENEROKA BAKAL DITIPU LAGI.... Posted: 25 Oct 2013 04:39 PM PDT Undi sokong jual 51% saham KPF adalah pengkhianatan, kata Pengerusi AnakPengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) dalam kenyataannya berkata, ini kerana KPF telah dibina 30 tahun dan tiba-tiba kepentingannya hendak diserak kepada FGVH. "FGVH, syarikat yang hidup atas ihsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh," kata Mazlan dalam kenyataannya. KPF akan mengadakan mesyuarat agung perwakilan khas Ahad, 27 Oktober ini, jam 10 pagi di Dewan Bankuet, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. KPF adalah pemegang saham utama (ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan ekuiti seperti berikut:- 1. Felda Holdings 112,200(unit) 166,582(juta pelaburan) 51%(ekuiti) 2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49% 3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49% 4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49% 5. Felda Security Services 1,411 353 49% 6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3% 7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6% 8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0% 9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1% 10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0% 11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7% Jumlah 256,598 353,597 Sehingga tahun 2010, KPF mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81% keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka. Pelaburan dalam Syarikat Kumpulan FHB adalah asas kepada penubuhan KPF. Perolehan dividen daripada pelaburan tersebut adalah penyumbang utama kepada keseluruhan perolehan KPF, membolehkan KPF mengekalkan prestasi bayaran dividen dan bonus yang baik semenjak lebih 30 tahun penubuhannya. Usul yang akan dikemukakan ialah menjual keseluruhan 112,199,99 unit saham milik KPF di dalam FHB bersamaan 51% modal berbayar dan diterbitkannya kepada FGVH pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham. EGM ini akan menentukan masa depan KPF di mana ia bergantung sepenuhnya kepada pendirian perwakilan. "Saya telah mengulas hal ini beberapa kali. Jika lulus, risikonya terlalu amat besar. Ingat, perolehan tahunan daripada FHB adalah 15 bilion. Ia bakal menjadi milik FGVH," kata Mazlan dalam kenyataannya. Menurut Mazlan, prestasi semasa FGVH yang tidak stabil, kini ia mahu merampas ekuiti milik KPF pula dan dicadang pula 10% daripada pemilikan KPF diguna untuk melanggan saham FGVH. "Ini suatu pertaruhan yang saya anggap hidup mati KPF. Bukan itu sahaja, kebun peneroka yang diurus oleh Felda Techno Plant juga berada dalam kawalan FGVH. "Apa-apa risiko yang melanda FGVH, syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia ini, akan mengorbankan sepenuhnya kehidupan 112,635 orang peneroka. 95% adalah orang Melayu!" kata Mazlan. – 26 Oktober, 2013. |
Anwar : Bajet BN 2014 hanya tambah beban rakyat Posted: 25 Oct 2013 07:09 AM PDT Anwar : Bajet BN 2014 hanya tambah beban rakyatKUALA LUMPUR 25 OKT : Gagal memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat. Itu adalah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selain itu, tegas Anwar, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat. "Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan. "Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin," kata Anwar selepas pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib Razak di parlimen. Keduanya tambah Anwar, kerajaan menaikkan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali. Mengulas sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai. "Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai," katanya. Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya. |
Anwar: Belanjawan hukum rakyat Posted: 25 Oct 2013 06:18 AM PDT SHARE THIS STORY Anwar: Belanjawan hukum rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik. "Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang. Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak. "Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks." Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan. Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015. Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh". Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. |
PELARASAN COLA DITOLAK DI SAAT AKHIR? Posted: 25 Oct 2013 05:00 AM PDT Bonus setengah bulan gaji penjawat awam : Setakat pukul pukul 9:30 malam tadi, terdapat perkhabaran gembira untuk 1.4 juta penjawat awam di Malaysia di mana dijangka bakal diumumkan…..pelarasan elaun COLA (SEPERTI DI SINI) dan juga elaun perumahan (KLIK SINI) seperti mana terkandung dalam teks ucapan asal Bajet 2014. Tetapi… Baca Berita Semasa Selanjutnya.. |
PENJAWAT AWAM DAPAT PELARASAN NOVEMBER INI? Posted: 25 Oct 2013 04:46 AM PDT SHARE THIS STORY Penjawat awam terima bonus setengah bulan gaji Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. "Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara. Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini. Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion. Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan