Jumaat, 25 Oktober 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bajet 2014 : Janji dicapati - Mana janji BRIM RM1000 dulu???

Posted: 25 Oct 2013 08:50 PM PDT

Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000," kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
NONESaya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.

Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.

GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.

Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP
Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.

Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.
Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.

Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.

Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS
GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?

Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:
Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.

Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali.-mkini

Bajet 2014 : Bajet mungkir janji - Ramai menyesal undi BN

Posted: 25 Oct 2013 07:08 PM PDT

TOBER 26, 2013
Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.
Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.
Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6% berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.
Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.
Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.
Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis - suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar. Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.
Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihan raya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?
Dalam hal ini, benarlah kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat, berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan harga barang.
Janji yang paling ketara dimungkiri oleh Najib ialah mahu menaikkan nilai BR1M daripada RM500 kepada RM1200 yang dibuat dalam pilihan raya lalu. Dengan wajah selamba dan seolah-olah tidak merasa berdosa kerana memungkiri janji kepada rakyat, Najib hanya mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM150 sahaja kepada RM650.
Dengan kenaikan sebanyak RM150 setahun tetapi dalam masa yang sama GST dikuatkuasakan, harga gula dinaikkan yang akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut meningkat dan jika dicampur dengan kesan kenaikan minyak sebanyak 20 sen sebelum ini, tiada lebihan apa-apa yang dinikmati oleh rakyat yang menerima BR1M itu. Bahkan duit mereka sudah pun disedut terlebih dahulu sebelum kenaikan RM150 itu diberikan.
Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini. Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan.
Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihan raya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata kerana bonus yang diberi hanya setengah bulan saja sedangkan tuntutan Cuepacs mahukan dua bulan. Dalam keadaan harga barang makin meningkat sekarang ini, apalah yang boleh dibuat dengan bonus setengah bulan atau minima RM500 itu.
Kegagalan Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam pilihan raya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.
Ramai yang berkata, jika PR yang menang dalam pilihan raya lalu, bukan saja tiada GST tetapi juga dapat menikmati penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam dan juga harga kereta yang lebih murah lagi.
Bajet kali ini bukan saja menyebabkan kehidupan rakyat bawahan bertambah parah menjelang bajet seterusnya pada tahun hadapan atau sehingga pilihan raya akan datang, tetapi juga akan terus berpanjangan seusia kehidupan sekiranya perubahan kerajaan tidak dijadikan kenyataan. – shahbudindotcom, 26 Oktober, 2013.- TMI

Lagu dari Siti Nurhaliza untuk Tok Guru Nik Aziz

Posted: 25 Oct 2013 08:12 AM PDT

Baget 2014 - Bonus setengah bulan gaji/minimum RM500 bagi 1.4 juta kakitangan awam

Posted: 25 Oct 2013 05:18 AM PDT

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingg.a Gred 54. – Bernama, 25 Oktober, 201

BAGET 2014 : Macai2 UMNO/BN mesti suka ni ...

Posted: 25 Oct 2013 03:30 AM PDT

Subsidi Gula Dimansuhkan 34 Sen Berkuat Kuasa Esok - Najib
KUALA LUMPUR: Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Jumaat.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. -BERNAMA

MS;  walaupun BRIM dah naik jadi RM650  tahun depan, tapi apa gunanya kalau gula juga dah naik 34sen/kg

Tiada ulasan: