RAKYAT MARHAEN |
- Sg Limau: Visi Ustaz Azam
- Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 24-10-2013
- Sg Limau: Dari sisi indah Ustaz Azam yang tidak diketahui
- Sg Limau: Lima sebab utama mengapa calon PAS mesti dimenangkan
- SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) MEMBERI AMARAN ...
- Segera: Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita
- Muktamar: Pemilihan timbalan presiden persaingan 5 penjuru
- Penggulungan Tim.Menteri Dlm Negeri: (D.R. 11/2013) RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013 - 3
- Penggulungan Tim.Menteri Dlm Negeri: (D.R. 11/2013) RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013 - 2
- Penggulungan Tim.Menteri Dlm Negeri: (D.R. 11/2013) RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013 - 1
- Tim.Menteri KDN Kemuka (D.R. 14/2013) Rang Undang2 Penjara (Pindaan) 2013
- MP DAP Seputeh Bahas (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013
- MP DAP Puchong Bahas (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013
- BN Kinabatangan Bahas (D.R. 14/2013) RUU Penjara (Pindaan) 2
- MP PKR Kapar Bahas (D.R. 14/2013) RUU Penjara (Pindaan) 2013
- Hudud Brunei Tangkis Persepsi Negatif
- Ahli BBC puas hati reaksi Khalid Ibrahim
- PAS dakwa BN hanya bawa pembangunan bila wakil rakyat mati
- Belanjawan PR 2014 : Atasi pembaziran BN
- Belanjawan Pakatan: OKU dan warga emas turut diberi penekanan
- Belanjawan Pakatan: KSN dan KSU perlu sedia pelan atasi pembaziran, ketirisan
- Belanjawan Pakatan: MyKad ganti tunai untuk penerima JKM dapatkan barang keperluan
- Belanjawan Pakatan: Tubuhkan Jawatankuasa Pengawasan Parlimen semak belanja pertahanan
- Belanjawan Pakatan: Dasar Pendidikan Kebangsaan disemak semula
- Belanjawan Pakatan: Skim Insuran Luar Bandar bantu petani, nelayan dan penternak
Posted: 24 Oct 2013 05:54 PM PDT |
Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 24-10-2013 Posted: 24 Oct 2013 09:16 AM PDT |
Sg Limau: Dari sisi indah Ustaz Azam yang tidak diketahui Posted: 24 Oct 2013 08:50 AM PDT Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Calon PAS yang bakal bertanding di DUN Sg Limau sudah diumum. Ustaz Azam Samad, seorang bekas guru Sekolah Menengah Agama an-Nahdzah (SMAN) dipiliah PAS untuk mempertahankan kerusi tesebut. 2) Saya tidak kenali Ustaz Azam secara dekat. Tetapi kajian saya mengenai calon ini sepintas lalu, ia adalah sangat menakjubkan. iarlah rakan-rakan lain bercherita mengenai beliau, saya akan bercherita mengenai perkara lain. 3) Lihat gambar yang saya uploadkan ini. Ustaz Azam berlatar belakangkan pengantin Jepun, Shiozaki Yuki dan Kushimoto Hiroko. Apa kena-mengena pengantin Jepun itu dengn Ustaz Azam? 4) Pada tahun 2007 seingat saya, seorang penuntut doktor falsafah dari UKM, Kushimoto Hiroko telah memilih SMAN sebagai sekolah angkat untuk kajian falsafahnya yang bertajuk "The Spread of Islamic Teachings". Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Lima sebab utama mengapa calon PAS mesti dimenangkan Posted: 24 Oct 2013 08:48 AM PDT Pertama, Kerajaan BN sudah sah memerintah Kedah. Penambahan kerusi BN tidak mengubah apa-apa dari status pentadbiran mereka. Sebaliknya pertambahan kerusi boleh menyebabkan kerajaan BN bertambah angkuh dan lumrahnya pihak yang angkuh sukar mendengar pandangan rakyat. Kedua, kerajaan yang baik perlu dipantau dan dimuhasabah. Kemenangan PAS bermakna kerusi pembangkang tidak berkurang, menjadi suara yang memantau kerajaan demi kebaikan rakyat. Jika BN yang menang jangan harap ADUN tersebut berani menegur kerajaan. Ketiga, jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, maka BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk PRU14 nanti. Maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat. Keempat, PRK Sungai Limau menjadi fokus seluruh negara. Jika PAS menang, ia menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang merugikan rakyat. Misalnya, jangan sewenangnya menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barangan turut melonjak. Dengan memilih PAS bermakna pengundi Sungai Limau telah berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia. Kelima, dua buah parti yang kuat dan bersaing di Kedah di kalangan orang Melayu ialah Umno dan PAS. Kedua-duanya parti terdiri dari majoriti orang Melayu beragama Islam. Kepada golongan tidak berparti, eloklah meraikan kedua-duanya. Umno sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada PAS. |
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) MEMBERI AMARAN ... Posted: 24 Oct 2013 08:43 AM PDT ADALAH MENJADI KESALAHAN MENYEBARKAN GAMBAR DAN VIDEO PEGAWAI BANK WANITA YANG MATI KENA TEMBAK OLEH PENGAWAL KESELAMATAN SEMALAM!!!!Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera, Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp . Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak. Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera. Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sekian, terima kasih. |
Segera: Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita Posted: 24 Oct 2013 08:30 AM PDT Suami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat. - Foto Sinar Harian oleh NUR FARHANA ABDUL MANAN KUALA LUMPUR - Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa. "Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak. Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam. Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Pagi ini, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya. |
Muktamar: Pemilihan timbalan presiden persaingan 5 penjuru Posted: 24 Oct 2013 08:29 AM PDT Sempena Muktamar Pas ke-59, jawatan Timbalan Presiden Pas bakal menyaksikan persaingan lima penjuru yang akan berlangsung pada 22 November depan. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi telah mengumumkan lima calon yang layak bersaing merebut jawatan tersebut ialah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu (penyandang), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Kita menerima enam pencalonan, tetapi hanya lima pencalonan sahaja yang memenuhi kriteria,dan layak bertanding," katanya di ibu pejabat Pas, di sini hari ini. Sebelum ini, media melaporkan nama-nama popular yang akan bersaing bersama Mohamad atau Mat Sabu ialah Husam yang juga penyandang naib presiden parti, Mohd Amar dan juga Tuan Ibrahim. Dalam pada itu, Asmuni turut mengumumkan 10 calon yang diterima untuk bersaing merebut jawatan naib presiden. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 24 Oct 2013 08:22 AM PDT |
Posted: 24 Oct 2013 08:22 AM PDT |
Posted: 24 Oct 2013 08:21 AM PDT |
Tim.Menteri KDN Kemuka (D.R. 14/2013) Rang Undang2 Penjara (Pindaan) 2013 Posted: 24 Oct 2013 08:20 AM PDT |
MP DAP Seputeh Bahas (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 Posted: 24 Oct 2013 08:20 AM PDT |
MP DAP Puchong Bahas (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 Posted: 24 Oct 2013 08:19 AM PDT |
BN Kinabatangan Bahas (D.R. 14/2013) RUU Penjara (Pindaan) 2 Posted: 24 Oct 2013 08:18 AM PDT |
MP PKR Kapar Bahas (D.R. 14/2013) RUU Penjara (Pindaan) 2013 Posted: 24 Oct 2013 08:18 AM PDT |
Hudud Brunei Tangkis Persepsi Negatif Posted: 24 Oct 2013 08:17 AM PDT |
Ahli BBC puas hati reaksi Khalid Ibrahim Posted: 24 Oct 2013 08:14 AM PDT |
PAS dakwa BN hanya bawa pembangunan bila wakil rakyat mati Posted: 24 Oct 2013 08:13 AM PDT |
Belanjawan PR 2014 : Atasi pembaziran BN Posted: 24 Oct 2013 08:10 AM PDT |
Belanjawan Pakatan: OKU dan warga emas turut diberi penekanan Posted: 24 Oct 2013 08:09 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT : Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan peruntukan RM500 juta setahun bagi melaksanakan pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU). Antara inisatif itu adalah menaikkan elaun sara hidup daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi OKU yang bekerja dengan pendapatan bawah RM1,200 sebulan dan menyediakan peruntukan khas bagi golongan berkenaan yang mengalami kurang upaya tahap kritikal maksimum RM1,000 sebulan. Bagi melaksanakan perkara itu, PR mensasarkan seramai 400,000 OKU didaftarkan setahun bermula tahun depan supaya keperluan mereka boleh dipenuhi membabitkan bilangan yang mendaftar lebih 80 peratus daripada jumlah golongan itu, dalam tempoh lima tahun. PR juga akan terus memberi penekanan terhadap usaha mempertingkatkan aksesibiliti OKU kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan pengangkutan awam bagi menguatkuasakan Akta OKU 2008 yang berlandaskan konsep hak asasi. Antara langkah yang bakal diambil adalah dengan menetapkan bilangan tempat letak kereta OKU berdasarkan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu satu tempat letak kereta OKU kepada 50 tempat letak kereta biasa dengan saiz dan lokasi bersesuaian. Selain itu, PR juga akan memperbaiki permukaan jalan raya supaya bas tanpa tingkat dapat dimanfaatkan oleh golongan OKU sepenuhnya. PR menggariskan pengukuhan manfaat bagi warga emas dengan menambah pakar geriatrik terlatih daripada kira-kira 16 orang kepada sekurang-kurangnya 1,000, menjelang 2030. Usaha itu sebagai persediaan menghadapi proses penuaan penduduk membabitkan aspek kesihatan dan kebajikan yang dijangka akan meningkat sekali ganda daripada tujuh peratus kepada 14 peratus dalam tempoh 28 tahun |
Belanjawan Pakatan: KSN dan KSU perlu sedia pelan atasi pembaziran, ketirisan Posted: 24 Oct 2013 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT : Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian perlu meneliti serta menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi ketirisan juga pembaziran seperti yang diumumkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memastikan tindakan susulan kepada penemuan laporan itu dan langkah perlu diambil untuk menangani sebarang isu. Perkara itu boleh dilakukan pada mesyurat tahunan antara KSN dan KSU dengan menubuhkan satu jawatankuasa atau petugas di peringkat kementerian yang diketuai KSU masing-masing dengan menetapkan sasaran bagi mengelak pembaziran dan ketirisan. Skop jawatankuasa itu termasuk mengenalpasti dan menutup jurang daripada segi mengurangkan proses berulang, meningkatkan kecekapan sistem yang hasilnya dapat mengurang ruang sistemik bagi sebarang kemungkinan kebocoran. Jabatan kerajaan harus mengkaji semula tahap pihak berkuasa dan menentukan tahap pengkuasaan serta tanggungjawab di pelbagai peringkat berkenaan. Garis panduan atau dokumen urus tadbir yang mengawal perjalanan dan proses bagi setiap kementerian perlu dikaji semula untuk merangkumi tahap paling rendah bagi pihak berkuasa dalam usaha memastikan jurang itu ditangani secara berkesan. Keputusan itu kemudian akan dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan sebelumnya dan dibentangkan di Parlimen oleh menteri yang diamanahkan untuk sasaran itu, sebelum diumumkan kepada orang ramai untuk diteliti. |
Belanjawan Pakatan: MyKad ganti tunai untuk penerima JKM dapatkan barang keperluan Posted: 24 Oct 2013 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT : Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) 2014 mencadangkan Mykad digunakan bagi menggantikan amalan sistem wang tunai terus ke dalam akaun sebagai alat pembayaran di kedai yang ditetapkan. Sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia ada perlu diganti dengan satu sistem pembayaran tunai yang membolehkan penerima yang layak memilih barangan mengikut apa yang mereka perlukan tanpa menggunakan wang tunai. Ia sebagai salah satu langkah untuk memastikan rejim subsidi yang lebih adil dan tepat pada sasaran serta sistem kebajikan yang menyeluruh. Kredit yang terkandung dalan MyKad penerima digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti beras, tepung, gula dan barang keperlua lain. PR juga mencadangkan, MyKad diguna untuk mengesan perbelanjaan yang dibuat penerima dan boleh digabung dengan program kementerian lain seperti memastikan anak ke sekolah serta kelas tambahan untuk ibu tunggal. Lebih daripada lapan peratus rakyat hidup di bawah garis kemiskinan yang tidak menepati realiti kesusahan dengan ribuan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Amalan biasa JKM yang menyediakan wang tunai terus ke dalam akaun penerima membawa masalah kelewatan berterusan dalam pemindahan dan ketidakupayaan untuk menentukan dengan tepat sama ada hasil yang disasarkan itu dipenuhi. |
Belanjawan Pakatan: Tubuhkan Jawatankuasa Pengawasan Parlimen semak belanja pertahanan Posted: 24 Oct 2013 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT : Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Kira-kira Pertahanan atau Jawatankuasa Pengawasan Parlimen yang bersifat dua pihak bagi menyemak perbelanjaan pertahanan. Belanjawan Alternatif PR 2014 menyifatkan kerajaan memperuntukkan RM23 billion untuk pertahanan dan keselamatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, dalam Bajet 2013. Dengan penubuhan jawatan kuasa itu, PR menganggarkan penjimatan hampir RM3.5 bilion untuk sektor pertahanan dan keselamatan. Pembentangan belanjawan berkenaan juga memperlihatkan tidak ada pengawasan khas ke atas pembelian dan perolehan pertahanan. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara juga hanya menyelia semua jenis perbelanjaan lain kerajaan yang tidak diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa proses perolehan termasuk jawatankuasa pembuat keputusan perlu terdiri daripada ahli parti pemerintah dan pembangkang melalui perundingan dengan kumpulan pakar awam. Read More / Baca Lagi >> |
Belanjawan Pakatan: Dasar Pendidikan Kebangsaan disemak semula Posted: 24 Oct 2013 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT : Pelajar di 1,854 Sekolah Janaan Rakyat (sekolah vernakular) seluruh negara akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM300 setiap tahun melalui pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat. Bantuan tambahan membabitkan peruntukan sebanyak RM220 juta itu adalah satu bentuk pelaburan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah berkenaan, termasuk kos penambahan bangunan serta membaik pulih infrastruktur serta kemudahan. PR juga mensasarkan lima sekolah menengah teknik dan vokasional iaitu tiga di Semenanjung, manakala satu di Sabah dan Sarawak sebagai 'pilot project' penambahbaikan kelengkapan dan usahasama dengan sektor swasta bagi penawaran peluang pekerjaan membabitkan peruntukan RM20 juta bagi setiap sekolah. Selain itu, PR juga bercadang menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6 bilion setahun untuk mengambil alih hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menampung 10 peratus kos di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), elaun sara hidup untuk 500,000 pelajar dan tabung untuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Di bawah dasar sama, PR berhasrat menubuhkan Jawatankuasa Khas 'Teacher Recruitment Unit and Specialist Team' (TRUST) di setiap negeri untuk memilih guru di kalangan 30 peratus terbaik bagi setiap kumpulan dengan peruntukan sejumlah RM10 juta setahun. Tenaga pengajar juga akan diberikan elaun khas perguruan sebanyak RM500 setiap bulan dengan kos keseluruhan RM2.4 bilion setahun. PR turut berhasrat melaksanakan satu program khas untuk melatih guru komuniti di kalangan orang asli serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dengan kos RM10 juta setahun, selain penubuhan sekolah perdana bagi keperluan khusus kanak-kanak istimewa dengan peruntukan RM20 juta. |
Belanjawan Pakatan: Skim Insuran Luar Bandar bantu petani, nelayan dan penternak Posted: 24 Oct 2013 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT : Skim Insuran Luar Bandar adalah antara inisiatif Pakatan Rakyat (PR) yang bakal diwujudkan, selain menyediakan kemudahan seperti Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIPNP) yang lebih menyeluruh. Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat menyatakan skim itu perlu bagi membolehkan petani menangani kesan ketidaktentuan cuaca, perubahan musim dan kejadian luar jangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kelestarian hidup bagi mengatasi kemiskinan. Di bawah skim sedia ada, pampasan untuk nelayan yang meninggal dunia dan elaun masuk wad hospital disediakan, namun mengetepikan risiko lain seperti tangkapan berkurangan akibat musim tengkujuh yang menyebabkan kesihatan dan keselamatan nelayan terjejas. Cadangan SIPNP itu berdasarkan pendekatan kawasan bagi kerugian yang disebabkan perubahan musim dan pendekatan individu bagi kerugian membabitkan bencana alam serta serangan wabak penyakit. Dianggarkan, kerajaan pusat hanya perlu membelanjakan sebanyak RM365.5 juta setahun untuk melaksanakan skim berkenaan, berdasarkan andaian premium tahunan keseluruhan adalah RM1,000 yang akan dikongsi sama rata bersama penternak, petani dan nelayan. Sasaran bagi penyertaan skim itu adalah lebih kurang 50 peratus daripada bilangan keseluruhan petani, penternak dan nelayan atau 735,000 orang. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan