WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- VIDEO MAMAT MENGAMUK DAN BUNUH ORANG
- SYUKURRR.MALAYSIA SELAMAT
- LESEN SYARIKAT SECURITY DITARIK KERANA KES BUNUH
- Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar
- RAKAMAN TEMBAKAN PENYAMUN YANG TAK BERHATI PERUT
VIDEO MAMAT MENGAMUK DAN BUNUH ORANG Posted: 24 Oct 2013 07:00 AM PDT Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. "Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki. "Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek. |
Posted: 24 Oct 2013 05:17 AM PDT M'sia yg cool...kejadian tghari tadi berhampiran Lrt Gombak & Lrt Melati apabila 2 org dibunuh mnakala 2 org lagi cdera akibat ditikam... |
LESEN SYARIKAT SECURITY DITARIK KERANA KES BUNUH Posted: 24 Oct 2013 05:01 AM PDT |
Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar Posted: 24 Oct 2013 12:42 AM PDT Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifarBelanjawan 2014 Pakatan Rakyat mensasarkan hasil kerajaan dipertingkatkan kepada RM226.7 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM218.3 bilion tahun ini, dan nisbah defisit kepada KDNK dikurangkan kepada 3.2% pada tahun 2014 daripada 4.6% tahun.Pakatan Rakyat percaya sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan pentadbiran telus, bertanggungjawab dan berintegriti, nescaya dapat diwujudkan persekitaran ekonomi yang berdaya saing dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan rakyat secara amnya. Dalam pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat di Parlimen pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mewakili Parti Keadilan Rakyat menegaskan bahawa, Pakatan Rakyat mempunyai satu resipi bukan rahsia yang mudah akan tetapi BN tiada langsung iaitu komitmen politik. "Satu komitmen politik untuk mencapai ketirisan, pembaziran dan rasuah sifar. Ini adalah antara sebab utama mengapa kita boleh mempunyai sasaran konsolidasi fiskal yang lebih mampan daripada BN, dan ini telah pun terbukti di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan". Dalam Belanjawan 2014 yang bertemakan "Mempertahankan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang", Pakatan Rakyat mensasarkan pengurangan sebanyak 10 % bagi semua semua bekalan dan perkhidmatan daripada perbelanjaan operasi di mana kerajaan persekutuan boleh merealisasikan penjimatan tahunan sebanyak RM10 hingga 15 bilion, berbanding dengan pembaziran di bawah pengurusan BN dianggarkan RM30 hingga RM40 bilion setahun. Pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menggariskan empat teras utama yakni: 1) Memperkukuhkan Kedudukan Fiskal dan Memperkasa Kewangan Awam; 2) Mempertingkatkan Kesejahteraan dan Kualiti Kehidupan Rakyat – Agenda Sebuah Negara Berkebajikan; 3) Memastikan Pembangunan Ekonomi yang Lebih Seimbang, Inklusif dan Mampan; dan 4) Merungkai Potensi Sebenar dan Mempertingkatkan Daya Saing Jangka Panjang Negara. Pakatan Rakyat berpendirian bahawa GST merupakan cukai regresif di mana sebagai peratusan pendapatan, golongan berpendatapan rendah terpaksa membayar cukai lebih tinggi daripada golongan berpendapatan tinggi; maka golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan akan menanggung beban cukai yang lebih tinggi berbanding yang kaya. "Sebaliknya, Belanjawan Pakatan Rakyat memberi penekanan kepada Penjimatan Ringgit (PR) dan bukan kenaikkan harga. Program-program yang merugikan rakyat seperti Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang menelan belanja tahunan RM800 juta dan juga Program Susu 1Malaysia yang menelan belanja sebanyak RM170 juta harus dihapuskan. Maka Pakatan Rakyat menolak sepenuhnya pengenalan GST," ujar Anthony Loke yang mewakili DAP. Selain itu, Pakatan Rakyat juga bercadang untuk menambah bilangan pembayar cukai dengan mempertingkatkan pendapatan rakyat dan tenaga kerja terutamanya di kalangan orang muda sebagai salah satu mekanisme penjanaan hasil yang lebih tuntas. Untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat, Pakatan Rakyat mengusulkan pengurangan kos sara hidup dengan mengawal harga bahan makanan, rumah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan produk farmasi, dan utiliti. "Kami mencadangkan langkah-langkah yang praktikal dalam menangani kos hidup yang tinggi dan menekan rakyat secara keseluruhan; dalam masa yang sama tidak memberi bebanan tinggi kepada kerajaan dan tidak memberi impak negatif kepada industri atau sektor itu sendiri," kata wakil PAS Khalid Samad. Dalam komitmen memastikan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan inklusif, Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat memberi penekanan untuk merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar seperti pengenalan Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak; Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak seperti semakan semula Dasar Kabotaj, meningkatkan akses kepada utiliti dan pendidikan di kawasan pedalaman, dan menyegerakan pembinaan dan penaiktarafan jalan raya terutamanya Lebuhraya Pan-Borneo. Pakatan Rakyat juga komited untuk menggalakan lebih penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dan kepimpinan seperti penubuhan Dana Sumbangan Wanita Malaysia; golongan OKU bakal menerima kenaikkan elaun sara hidup kepada RM500 sebulan bagi OKU yang bekerja dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,200 dan peruntukan khas bulanan bagi Orang dengan Ketidakupayaan Teruk dengan maksimum RM1,000 manakala nasib orang asal akan lebih terbela dengan pelaksanaan cadangan dalam Laporan SUHAKAM mengenai hak-hak tanah orang asal. Jawatankuasa Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat |
RAKAMAN TEMBAKAN PENYAMUN YANG TAK BERHATI PERUT Posted: 23 Oct 2013 11:36 PM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan