RAKYAT MARHAEN |
- Malaysian Students Defy Government Warnings To Attend A Talk By Anwar Ibrahim
- Budaya UMNO: Bertumbuk di bilik kira undi
- Pilihan Najib Berjaya Tapi Transformasi UMNO Gagal
- Winners and losers in Umno polls
- Publisiti meluas faktor status quo Naib Presiden kekal, kata penganalisis
- “Terima kasih portal pembangkang”, kata Zahid Hamidi
- Regu Naib tak pecah.......
- Naib Presiden UMNO kekal status quo
- Keputusan anggota Majlis Tertinggi UMNO
- Pengundi wanita tentukan keputusan pilihan raya
- Mukhriz: I still have a place in Umno
- UMNO 2013: Mukhriz puas hati atas sokongan perwakilan
- UMNO ELECTION 2013: Zahid, Shafie, Hishammuddin win V-P post
- Mukhriz Tewas, Tiada Pengundian Semula
- Zahid, Shafie, Hishammuddin kekal Naib Presiden Umno, Mukhriz gagal
- Pemilihan UMNO: Saya kalah dan redha kerana tidak amal politik wang, kata Saifuddin
- Penyandang Naib Presiden Umno kekal walau diasak hebat Mukhriz
- PRK Sg Limau: Dendam UMNO Kepada PAS
- Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau
- Jakim anggap SIS, Astora Jabat dokong 'liberalisme'
- Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari
- 'Akhirnya kita hidup dalam kerukunan palsu'
- 'Islam tak terancam, tapi mahkamah gambarkan begitu'
- Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi
- Isu Allah gugat status Negara Islam berimej 'moderate' Malaysia
Malaysian Students Defy Government Warnings To Attend A Talk By Anwar Ibrahim Posted: 19 Oct 2013 08:15 PM PDT |
Budaya UMNO: Bertumbuk di bilik kira undi Posted: 19 Oct 2013 05:44 PM PDT DUNGUN – Ibarat menonton perlawanan tinju, persidangan perwakilan Umno Bahagian Dungun dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan perwakilan dan wakil urusetia pemilihan. Kejadian kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berlaku apabila Ketua Urusetia Umno Bahagian, Alias Mamat masuk ke tempat pengiraan undi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian untuk membuat pemantauan. Bagaimanapun tindakan beliau tidak disenangi salah seorang perwakilan yang difahamkan dari kem salah seorang calon ketua bahagian yang dipercayai telah melemparkan kata-kata kesat kepada beliau menyebabkan berlakunya pertikaman lidah. Suasana lebih panas apabila kedua-duanya masih belum berpuas hati lalu masing-masing menghampiri antara satu sama lain menyebabkan berlaku pergaduhan. Bagaimanapun ketegangan itu berjaya direlaikan beberapa perwakilan yang berada di situ dan keadaan terkawal selepas dua individu berkenaan diarahkan beredar dari lokasi terbabit. Kedua-duanya bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Read More / Baca Lagi >> |
Pilihan Najib Berjaya Tapi Transformasi UMNO Gagal Posted: 19 Oct 2013 04:49 PM PDT Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap lembik dan tidak tegas sebagai pemimpin. Keputusannya setakat ini memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal 174 undi, Hishammuddin 100 undi, Mukhriz 91 undi, Isa Samad 7 undi dan Ali Rustam juga 7 undi. Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie Apdal dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini. Untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU 14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan. Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan UMNO berserta harapan wajah UMNO yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan. Kegagalan Mukhriz memenangi jawatan Naib Presiden ini sekaligus mengecewakan ramai orang dalam UMNO sendiri kerana beliau dilihat antara pemimpin pelapis yang diharapkan untuk masa depan parti. Lebih mengecewekan lagi ialah kerana beliau hanya kekurangan beberapa undi saja dengan Hishammuddin yang ditakrif lembik dan tidak tegas itu. Tetapi kejayaan mengekalkan status quo ini tidak lain adalah kerana kejayaan Najib yang mahukan keputusan sedemikian menjadi kenyataan. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Najib lebih menyenangi ketiga-tiga penyandang ini berbanding membenarkan Mukhriz memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden itu. Najib mahu ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada kekal bukan saja demi survival politiknya tetapi juga kerana keinginannya mahu memastikan sepupunya, Hishammuddin akan mengambil alih tempatnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri suatu hari nanti. Read More / Baca Lagi >> |
Winners and losers in Umno polls Posted: 19 Oct 2013 04:34 PM PDT Winners
All his men – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Hishammuddin Hussein – were elected as vice-presidents yesterday. Also protecting his flank are Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and Wanita Umno leader Datuk Seri Shahrizat Jalil. Even if Tun Dr Mahathir Mohamad goes on a rampage against Najib, it is going to be just noise because the former prime minister will not have a power broker in a senior position in Umno to shake Najib. Najib is in a much stronger position in his party than he was just after the May 5 general election. But will he do anything with this mandate or will he remain Mr Anonymous?
Not bad for someone who was detained under the Internal Security Act in 1998; who until a couple of years ago was staring at political oblivion, the price for being a close associate of Datuk Seri Anwar Ibrahim. Not bad for someone without the gravitas or the intellectual heft of some of Malaysia's former DPMs, heavyweights such as Tun Dr Ismail Abdul Rahman and Tun Musa Hitam. But who are we to say anything? Umno absolutely loves his fighting talk and right-wing rhetoric.
Now think of Hishammuddin Hussein. He did not perform well as Education Minister and only snared a slot as the vice-president in the last party polls, thanks to the last-minute intervention of his cousin, Najib. This time around, he needed the whole cavalry to take him over the finish line. Even Shahrizat mobilised Wanita Umno to help the man who put in a poor, poor shift as the home minister. On his own, he would have been an also-ran. Read More / Baca Lagi >> |
Publisiti meluas faktor status quo Naib Presiden kekal, kata penganalisis Posted: 19 Oct 2013 04:32 PM PDT Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila status quo jawatan Naib Presiden Umno kekal menjadi milik penyandang asal berikutan publisiti meluas yang mereka terima di seluruh negara, kata penganalisis. Perebutan enam penjuru jawatan berkenaan menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mendahului dengan jumlah selesa apabila masing-masing memperolehi 185 dan 174 undi. Keputusan penuh yang diumumkan sekitar jam 1.40 pagi itu menyaksikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula tetap kekal dengan memperolehi 100 undi walaupun dicabar hebat oleh Datuk Mukhriz Mahathir yang sekadar berpuas hati dengan 91 undi. Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad sekadar berpuas hati dengan masing-masing memperolehi tujuh undi. "Bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan kelebihan pada calon penyandang Naib Presiden yang dilihat mendapat publisiti meluas daripada perwakilan termasuk media," kata Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum A Jawan kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
“Terima kasih portal pembangkang”, kata Zahid Hamidi Posted: 19 Oct 2013 04:31 PM PDT Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada portal berita pembangkang kerana "mempromosikan" kempennya pada pemilihan Umno kali ini. Ahmad Zahid ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi berkata, portal pembangkang berkenaan turut mempopularkan beliau dengan laporan mereka. "Saya ucapkan terima kasih pada portal berita dan majalah dan bahan di bidang sosial pro pembangkang kerana mereka turut membantu mempopularkan saya. "Saya harap mereka jangan menyesal beri liputan tidak baik pada saya," katanya, yang tidak menamakan portal berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 19 Oct 2013 04:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Angin perubahan yang diramalkan berlaku pada pemilihan saf kepemimpinan tertinggi UMNO di seluruh negara, khususnya bagi jawatan Naib Presiden tidak menjadi kenyataan. Ini berikutan ketiga-tiga penyandang - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan masing-masing bagi penggal kedua untuk tempoh tiga tahun sehingga 2016. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan keputusan rasmi itu, kira-kira 2 pagi tadi. Katanya, Ahmad Zahid mendahului dengan 185 undi, Mohd Shafie (174), Hishamuddin (100) dan diikuti rapat Datuk Mukhriz Mahathir (91). Menurutnya, dua lagi calon, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad masing-masing dengan tujuh undi. Sementara itu, Tajol berkata, bahagian Baling, Semporna dan Keningau tidak perlu melakukan pengiraan semula biarpun keputusan Hishamuddin dan Mukhriz seri. Beliau berkata, ini memandangkan jumlah perbezaan undi di seluruh negara antara kedua calon itu adalah besar iaitu sembilan undi. Pada pemilihan 2009, Mohd Shafie berada di tangga ketiga di belakang Hishammuddin. Pemilihan sebenarnya menyaksikan saingan sengit diberikan oleh Menteri Besar Kedah itu yang pertama kali bertanding kerusi Naib Presiden untuk slot terakhir jawatan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Naib Presiden UMNO kekal status quo Posted: 19 Oct 2013 04:28 PM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai Naib Presiden UMNO untuk penggal 2013-2016. Tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO itu mendapat mandat baharu daripada kira-kira 146,000 perwakilan sebagai 'orang kanan' kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin parti tunjang Barisan Nasional itu. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkan keputusan itu kira-kira 1.40 pagi, berkata, Ahmad Zahid memperoleh undi tertinggi iaitu 185 undi, diikuti Mohd Shafie 174 undi dan Hishammuddin 100 undi. - Bernama |
Keputusan anggota Majlis Tertinggi UMNO Posted: 19 Oct 2013 04:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Berikut keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO setakat 2 pagi ini, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 1. Datuk Seri Mustapa Mohamed: 168 undi 2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom: 168 3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: 166 4. Datuk Seri Idris Jusoh: 166 5. Datuk Seri Idris Haron: 165 6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: 164 7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim: 164 8. Datuk Abdul Rahman Dahlan: 163 9. Datuk Hasan Malek: 151 10. Datuk Seri Shahidan Kassim: 149 11. Datuk Seri Mohamad Hasan: 149 12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis: 145 13. Datuk Razali Ibrahim: 141 14. Datuk Seri Mahdzir Khalid: 138 15. Tan Sri Annuar Musa: 129 16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin: 129 17. Dr. Mohd Puad Zarkashi: 117 18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman: 116 19. Datuk Seri Azalina Othman Said: 106 20. Datuk Abd Latiff Ahmad: 104 21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah: 102 22. Datuk Ab Aziz Kaprawi: 93 23. Datuk Bung Moktar Radin: 91 24. Datuk Reezal Merican Naina Merican: 88 25. Datuk Sohaimi Shahadan: 81 - Bernama |
Pengundi wanita tentukan keputusan pilihan raya Posted: 19 Oct 2013 04:11 PM PDT PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebahagian besar pengundi yang akan menentukan satu-satunya keputusan pilihan raya adalah wanita. Read More / Baca Lagi >>Oleh itu, katanya undi wanita adalah sama dengan nilai undi lelaki dan tidak ada perbezaan undi siapa yang bernilai. "Jadi, wanita ini kita kena jaga mereka. Kita kalah di saluran satu dan dua tetapi kita menang di saluran tujuh dan lapan, bermakna kita dapat sokongan pengundi muda. Ameerah sangat penting untuk menangkan undi wanita," katanya ketika berdialog bersama anak muda Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sebuah hotel hari ini. Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Ameerah sangat penting malah setiap kegiatan mereka perlu dikawal supaya mereka tidak diganggu oleh Umno yang menggunakan politik tidak bermoral. Beliau mengakui keadaan sudah berubah, jika tahun 1980 kurangnya calon wanita kerana rakyat kurang faham dan beranggapan calon akan buat apa sahaja termasuk mengangkat barang. "Itu bukan tugas yang sesuai untuk wanita, sekarang kita lantik wanita jadi senator dan lebih ke depan lagi kita lantik mereka mereka jadi wakil rakyat seterusnya buat polisi di peringkat negeri dan negara," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli Fan Club Ameerah. |
Mukhriz: I still have a place in Umno Posted: 19 Oct 2013 04:05 PM PDT |
UMNO 2013: Mukhriz puas hati atas sokongan perwakilan Posted: 19 Oct 2013 03:49 PM PDT |
UMNO ELECTION 2013: Zahid, Shafie, Hishammuddin win V-P post Posted: 19 Oct 2013 03:48 PM PDT |
Mukhriz Tewas, Tiada Pengundian Semula Posted: 19 Oct 2013 03:45 PM PDT |
Zahid, Shafie, Hishammuddin kekal Naib Presiden Umno, Mukhriz gagal Posted: 19 Oct 2013 08:52 AM PDT Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno bagi Penggal 2013-2016 selepas memperoleh 166, 152 dan 92 undi. Sehingga jam 11.45 malam, 167 daripada 191 bahagian Umno seluruh negara sudahpun mengeluarkan keputusan pemilihan secara tidak rasmi. Sementara Datuk Mukhriz Mahathir yang menjadi pencabar terdekat Hishammuddin hanya mendapat 77 undi setakat ini walaupun dilihat sebagai salah seorang calon popular. Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam tujuh undi serta Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mendapat lapan undi. Ahmad Zahid dan Shafie dikatakan menerima sokongan daripada majoriti bahagian Umno, manakala Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit merebut tempat ketiga jawatan itu. Keputusan penuh bagaimanapun dijangka akan diumumkan tengah malam ini. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudahpun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mendengar sendiri pengumuman rasmi pemilihan parti Melayu terbesar itu. Dalam pemilihan Umno pada 2009, Zahid mendapat tempat pertama bagi jawatan naib presiden diikuti oleh Hishammuddin dan Shafie.- |
Pemilihan UMNO: Saya kalah dan redha kerana tidak amal politik wang, kata Saifuddin Posted: 19 Oct 2013 08:07 AM PDT SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah percaya kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh adalah kerana beliau tidak mengamalkan politik wang. Saifuddin melalui laman mikro Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan itu namun kesal dengan kaedah baru pemilihan yang masih tidak dapat membendung politik wang dalam Umno. "Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ? "@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :). "@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya. Saifuddin sebelum ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Beliau tewas kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu. "Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. "Saya akur keputusan perwakilan," katanya. |
Penyandang Naib Presiden Umno kekal walau diasak hebat Mukhriz Posted: 19 Oct 2013 08:04 AM PDT Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau mengekalkan jawatan naib Presiden Umno selepas memperolehi 78 undi. Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapan penggulungan mesyuarat Umno bahagian Bagan Datoh, lapor Berita Harian. Sehingga jam 10.00 malam ini, undi untuk Zahid sudah bertambah menjadi 153. Setakat ini, dua lagi penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mendapat 142 dan 84 undi. Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 153 2. Datuk Seri Shafie Apdal -142 3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein -84 4. Datuk Mukhriz Mahathir -69 5. Tan Sri Isa Samad -8 6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7 |
PRK Sg Limau: Dendam UMNO Kepada PAS Posted: 19 Oct 2013 07:59 AM PDT Kuin telah siap 100% utk pelajar2 duduki.tapi ini yg di katakan umno ni jadi pemimpin bodoh sombong dan dendam. Zaman Tan sri ust azizan jdi MB kedah tak ada seorang pun kakitanggan pelantikan politik di pecat atau tak di bayar gaji. semuanya berjalan lancar utk rakyat ,walau pun ada 2.3 orang yg buat kacau di kuin.ada talibarut umno dlm kcs yg buat kacau tahan gaji pegajar dan pekerja kuin tapi ust azizan tenang menyelesaikannya Inilah bodoh sombongnya melayu umno. Bangunan kuin yg indah gah bediri utk rakyat pun mereka nak jual inilah pemikiran sempit umno utk melayu. Kuin di pindahkan kembali ke a.setar yg boleh muat 3000 pelajar di isi dgn 7 ribu org pelajar berbanding kuin di kuala ketil yg boleh muat pelajar hampir belasan ribu pelajar. Bengapnya pemimpin2 umno ..insaniah atau kuin utk anak2 melayu itu pun mereka nak jual... subhanallah..pemikiran melayu umno yg tak mahu org melayu di beri kemudahan... semoga allah melaknat mereka yg jadi pengkianat pd anak melayu kedah. |
Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau Posted: 19 Oct 2013 07:57 AM PDT Oleh Zulkifli Yahya SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya. Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja. Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi. Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu. Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan. Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu. Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri. Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar. Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Jakim anggap SIS, Astora Jabat dokong 'liberalisme' Posted: 19 Oct 2013 06:54 AM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS), aktivisnya Zainah Anwar dan bekas pengarang Al Islam terbitan Utusan Astora Jabat sebagai pendokong fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme'. Pengumuman itu dibuat Penolong Pengarah Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim Mohd Aizam Mas'od pada forum "Ancaman Liberalisme oleh kumpulan-kumpulan hak asasi di PBB" di Kuala Lumpur hari ini. Menurutnya, Zainah (kiri) menerusi tulisannya dalam New Straits Times pada 2006 memperolok-olokkan fatwa pengharaman fahaman liberalisme dan pluralisme oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK). "Jadi dia buat ayat-ayat yang provokatif untuk menyatakan fatwa ini buat satu ayat yang tidak tepat dan tergopoh gapah," katanya. Astora Jabat pula dakwa Aizam, mempertikaikan ijtihad dengan berkata, ia bukan hukum Allah kerana hukum Allah itu hanya dikira yang qatie atau muktamad sahaja. Manakala SIS pula didakwa cuba mendapatkan hak menjatuhkan talak untuk perempuan dan menyamaratakan nisbah pembahagian harta pusaka di antara lelaki dan perempuan. "Kalau kita biarkan suara-suara mereka ini tanpa tentangan mungkin mereka akan diberi tempat yang istimewa yang melibatkan penggubalan polisi, dasar dalam negara. Read More / Baca Lagi >> |
Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari Posted: 19 Oct 2013 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR 19 OKT: Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya untuk menyekat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang diluluskan oleh parlimen dan dewan negara, kata Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari. Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyerahkan memorandum kepada Istana Negara memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-undang untuk meminda akta berkenaan. "Tindakan Karpal itu betul sebab masih ada peluang dan ruang untuk memohon Agong campur tangan "Oleh kerana Rang Undang-undang (bill) PCA ini banyak masalah dan mencabul hak asasi, Agong mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk menyekatnya. Ini kerana Umno-BN menggunakan kuasa majoriti mereka di dalam dewan rakyat dan dewan negara," "Agong boleh veto rang undang-undang PCA yang telah diluluskan oleh parlimen," ujarnya kepada Keadilandaily. Read More / Baca Lagi >> |
'Akhirnya kita hidup dalam kerukunan palsu' Posted: 19 Oct 2013 06:50 AM PDT Pemerintah tiada keazaman politik yang kuat untuk menyemai kerukunan antara agama dan bangsa sehingga kes yang berpotensi mencetuskan pergaduhan sentiasa berulang, Ketua Pemuda PAS Johor. "Akhirnya, rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia hidup dalam 'kerukunan palsu'," kata Suhaizan Kaiat (kiri). "Dibelakangnya tersimpan seribu satu sangkaan buruk, prejudis, kebencian dan permusuhan yang disembunyikan." Beliau merujuk rakaman ketidakpuasan hati seorang pemanggil Hindu dengan guru besar di sebuah dekat ibu negara yang mempertikaikan tindakan sekolah melakukan melakukan upacara korban lembu di sekolah. Rakaman itu kini tersebar meluas di Internet. Malaysiakini tidak mendedahkan nama sekolah itu buat masa ini sementara menunggu reaksinya terlebih dahulu. Dalam kenyataanya semalam, Suhaizan berkata, isu itu bukan sahaja sering timbul, bahkan perbincangan sihat juga lazimnya dilihat sebagai 'ancaman' kepada agama dan bangsa lain. Read More / Baca Lagi >> |
'Islam tak terancam, tapi mahkamah gambarkan begitu' Posted: 19 Oct 2013 06:49 AM PDT "Islam di Malaysia tidak terancam. Sebaliknya makin berkembang sehingga sekarang 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia beragama Islam, (dan) media serta kerajaan turut melindungi Islam. "Ia (keputusan mahkamah) karut jika kamu lihat kepada angka-angka. "Apa yang kita bimbangkan? Apa ancamannya jika orang Islam terdedah kepada agama lain...? Ia (ancaman) tidak ada," tegas ahli akademik itu. Abdul Aziz berkata, tiga hakim yang mendengar perkara itu telah mengherotkan makna dan niat dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara itu menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi penganut agama lain diberikan kebebasan beragama mengikut kepercayaan masing-masing dengan aman dan harmoni. "Mahkamah Rayuan tidak menyelesaikan masalah itu, sebaliknya mencipta masalah baru. Ia akhirnya menyebabkan menteri kabinet dari Sabah dan Sarawak terpaksa menenangkan rakyatnya." Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, dan kini Universiti Selangor, berkata, keputusan mahkamah itu secara tidak sengaja mengehadkan hak-hak masyarakat minoriti dalam negara ini. |
Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi Posted: 19 Oct 2013 06:41 AM PDT KUALA LUMPUR - Di sebalik kemelut isu kalimah ALLAH yang kembali meruncing mutakhir ini, Pas yakin ia tidak akan menjejaskan peluang parti itu pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November depan. Walau bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak isu kalimah ALLAH akan dijadikan modal kempen Umno menjelang PRK kedua selepas PRU13 itu. "Kalau PRU lalu mereka telah guna, kita menang, Insya-ALLAH di PRK Sungai Limau kita akan menang," katanya pada Sinar Harian, di program Hi-Tea Ameerah Fan Club, di sini, hari ini. Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perikatan itu tetap dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Pendirian itu sekali gus bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Allah gugat status Negara Islam berimej 'moderate' Malaysia Posted: 19 Oct 2013 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa Malaysia boleh dilihat sebagai sebuah negara Islam yang agresif berikutan keputusan mahkamah yang kontroversi mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan. Beliau menggesa kumpulan Melayu-Muslim yang ada kaitan dengan Perdana Menteri Umno Datuk Seri Najib Razak untuk tidak melibatkan diri dalam "isu kebencian" yang boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang membawa imej kesederhanaan. "Ramai telah menyuarakan kebimbangan,termasuk editorial di Timur Tengah, yang paling mengejutkan, Dubai dan akhbar di Qatar yang telah juga memberi amaran. Oleh itu, rakyat dinasihati untuk bertenang, membincangkan perkara itu dengan berilmiah dan bukan mengutuk mereka yang mempunyai pendapat berbeza dengan keputusan mahkamah sambil merujuk kepada kenyataan Mufti (ketua ulama) Johor," kata Anwar dalam satu sidang akhbar pada Khamis. Mufti atau Ketua ulama Johor telah menggemparkan semua apabila dia mengisytiharkan bahawa sesiapa yang mempertikaikan larangan itu akan jatuh murtad. Jika ya, hukuman itu akan meliputi Sheikh Yusuf Qaradawi, salah seorang intelektual dalam Ikhwanul Muslim, kata Anwar. "Bagaimana langkah seterusnya, apakah kedudukan Sheikh Qaradawi yang menjadi pengerusi Dunia Islam atau Majlis Ulama. Pendiriannya adalah Allah adalah Tuhan bagi orang Islam, Kristian, orang-orang Arab, Parsi dan dalam ayat pertama Al-Quran menyebut Allah adalah Tuhan alam semesta, Tuhan manusia, tuhan di dunia. Jadi itu amat sukar untuk dinafikan.. Itu adalah pandangan beliau, kita menghormati pandangan beliau dan mereka yang berbeza pendapat tidak seharusnya mencela. Saya fikir ini adalah konsensus kami (dalam Pakatan) – fikirkan dengan baik, jangan mengeksploitasikannya dengan debat penuh kebencian yang tidak memberi manfaat kepada kita sama sekali," katanya. Mahkamah Rayuan Malaysia pada Isnin memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri pada majalah Katolik, Herald, adalah sah, mengharamkan majalah itu daripada menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayunya . Penghakiman itu bagaimanapun mungkin bersifat menyeluruh dan ramai pakar undang-undang di negara ini termasuk peguam-peguam bagi Gereja telah memberi amaran bahawa larangan itu bukan hanya khusus kepada Herald tetapi untuk semua penerbitan Kristian dan bahan ibadah. Mereka berkata Mahkamah Rayuan telah menjadikan kalimah Allah eksklusif untuk Islam sahaja. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan