Ahad, 20 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pemenang Dan Yang Kecundang Dalam Pemilihan Umno

Posted: 20 Oct 2013 12:31 AM PDT

Pemilihan Umno selesai, dan inilah yang menang dan kalah:

Pemenang

* Datuk Seri Najib Razak

Dia mahu status quo dan dia dapat. Beliau mungkin menjadi bahan jenaka di Malaysia kerana sentiasa diam untuk semua isu penting dalam negara dan mempercayai bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan menghamburkan wang, tetapi nampaknya dalam Umno, dia bertambah kukuh.

Semua orang kanannya - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipilih semula sebagai naib presiden semalam. Juga melindungi dirinya di kiri dan kanan adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengamuk terhadap Najib, ia hanya mampu membuat bising sahaja kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai mereka yang berkuasa di jawatan kanan Umno untuk menggoncang Najib.

Najib berada dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam parti itu berbanding selepas pilihan raya 5 Mei lalu. Tetapi adakah dia akan melakukan apa-apa dengan mandat itu atau dia akan kekal sebagai Mr Tanpa Nama?

* Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Jika dalam pilihan raya akan datang Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertanding, siapa lagi yang akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tidaklah buruk sangat menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 dan sehingga beberapa tahun lalu beliau masih merenung masa depan politiknya dan harga untuk menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak baik untuk seseorang tanpa graviti atau mempunyai kehebatan intelektual sebagaimana beberapa bekas timbalan perdana menteri sebelum ini, seperti Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam.

Tetapi siapalah kita untuk mengatakan apa-apa. Umno benar-benar suka kepada yang pandai bercakap dan beretorik sayap kanan.

* Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Ingatkah rakan sekelas anda yang tidak melakukan apa-apa sepanjang tahun, tetapi bertungkus lumus sebulan menjelang peperiksaan dan berjaya lulus SPM. Begitu juga menjelang STPM, dan dia mengikis untuk melepasinya.

Sekarang fikirkan Hishammuddin Hussein. Dia tidak melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai Menteri Pelajaran dan hanya berjaya mencelah di saat akhir sebagai naib presiden dalam pemilihan parti yang lalu, terima kasih kepada campur tangan saat akhir sepupunya, Najib.

Kali ini, dia terpaksa menggunakan seluruh tenaganya untuk menang. Hatta Shahrizat terpaksa menggerakkan Wanita Umno untuk membantunya, satu peralihan yang cukup sedih untuk seorang bekas Menteri Dalam Negeri.

Kali ini, dia terpaksa berlari sendiri.

* Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Beliau mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dengan begitu selesa dan meletakkan dirinya sebagai reformis dalam parti (ia hanya penjenamaan kerana dalam Umno reformis adalah seseorang yang mengatakan dia adalah reformis. Melaksanakan apa yang dikata hanya satu pilihan bukan kemestian).

Dengan Datuk Mukhriz Mahathir terkeluar daripada saingan dan keupayaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Umno semakin lemah, Khairy dijangka akan mengambil tempat lebih tinggi dalam Umno.

Beliau juga dijangka akan bertanding naib presiden dalam pemilihan akan datang. Sebagai seorang yang lebih dikenali sebagai menantu Tun Abdullah Badawi, beberapa bulan kebelakangan ini tidaklah buruk sangat untuk beliau.

Mereka yang kalah:

* Malaysia

Adakah ini yang terbaik boleh ditawarkan oleh satu parti pemerintah untuk rakyat Malaysia? Ya, ini adalah pasukan impian Umno : Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin Hussein. Salah satu daripada mereka akan boleh berakhir sebagai Perdana Menteri.

Ada Zahid yang sehingga hari ini masih tidak dapat menjawab tuduhan kronisme yang dibangkitkan terhadapnya oleh Dr Mahathir pada 1998 atau menafikan dakwaan menyerang rakan anak perempuannya.

Dia diiapit oleh kenyataan yang penuh dengan cauvinis, hasutan atau hanya cakap kosong yang tidak masuk akal.

Shafie pula tidak berwarna, dengan prestasi lemah yang dibawa dari Sabah manakala Hishammuddin yang terkenal dengan keris terhunus semasa perhimpunan Umno 2006 tetapi hanya mampu melihat jenayah menjadi masalah semakin serius ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

Tetapi ini adalah yang terbaik yang boleh ditawarkan Umno. Umpama pasukan bola sepak Malaysia: dengan wajah pucat lesi Arumugam, Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari .

* Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas perdana menteri itu masih mempunyai beberapa tarikan dalam Umno tetapi tidak berpengaruh sangat sebagaimana yang ditulis oleh penulis blog dan penyokong serta keluarganya ingin percaya. Tanpa nama Dr Mahathir dan kempen sengit bapanya, Mukhriz sudah lama hancur.

Namun, tidak ramai ingin mengingati mereka yang kalah atau jumlah kekalahan mereka. Dalam Umno, ia lebih kejam lagi. Hanya sedikit yang mengingati mereka. Ahli parti hanya menghormati mereka yang berkuasa.

Bagi Dr Mahathir, ini adalah pemilihan yang kedua suaranya tidak didengari. Semasa PRU 13 lalu, walaupun berkempen untuk Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin, namun dikalahkan oleh calon PAS di kerusi Pasir Mas dan Shah Alam.

* Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Lelaki ini memainkan sentimen perkauman dalam kempennya dengan menggambarkan dirinya sebagai mangsa tsunami Cina tetapi pencapaiannya kali ini lebih buruk lagi. Dia yakin akan terpilih untuk menduduki tempat ketiga di kerusi naib presiden. Mengapa dia kalah dengan teruk.

Kolej pilihan raya mungkin dilanjutkan tetapi kuasa sebenar adalah 191 ketua bahagian. Mereka sebenarnya yang menentukan bentuk pengundian untuk perwakilan mereka, majoriti daripada mereka tidak mahu Najib marah kerana beliau sudah menyatakan status quo mesti dikekalkan. -TMI

Mukhriz Tewas, Keputusan Pemilihan UMNO Bukti UMNO Takut Untuk Berubah

Posted: 19 Oct 2013 09:20 PM PDT

Rasmi: Tiga penyandang naib presiden Umno kekal jawatan

Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.

Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di ibu pejabat Umno di PWTC pada jam 1.40 pagi ini.

Keputusan rasmi pemilihan naib presiden Umno:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 185

2. Datuk Seri Shafie Apdal -174

3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 100

4. Datuk Mukhriz Mahathir - 91

5. Tan Sri Isa Samad - 7

6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

Sepanjang sesi pengiraan undi, Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit dengan perbezaan undi yang kecil dan keputusan undian antara mereka seri di beberapa bahagian.

Bagaimanapun, Tajol Rosli berkata, tiada kiraan semula dilakukan memandangkan perbezaan jumlah keseluruhan undi bagi dua calon itu jauh berbeza.

"Hishammuddin memperoleh 100 undi manakala Mukhriz mendapat 91 undi. Perbezaannya adalah sembilan undi maka tidak ada undi semula atau cabut undi akan diadakan.

"Jika perbezaan adalah tiga barulah kita akan adakan undian semula," kata Tajol Rosli.

Sementara itu, Bernama melaporkan Tajol Rosli menjelaskan bahawa Hishammuddin dan Mukhriz mendapat undi seri di tiga bahagian iaitu Keningau, Semporna dan Baling.

Tajol Rosli juga mengumumkan Datuk Mohamad Aziz mengekalkan kerusi timbalan pengerusi tetap Umno setelah menewaskan dua pencabarnya Datuk Abd Rahman Palil dan Ahmad Fariz Abdullah.

Mohamad menerima 158 undi, Abd Rahman 25 undi dan Fariz tidak memperoleh sebarang undi.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata keputusan penuh pemilihan Umno itu akan diumumkan pada pukul 5 petang Ahad.

Zahid - antaranya Bukit Bendera, Cheras, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Batu Gajah, Pagoh, Kota Kinabalu, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Bukit Katil, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Tanjong, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Jelutong, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.

Shafie - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Bentong, Batu Gajah, Pagoh, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Jempol, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.

Hishammuddin - antaranya Bukit Bendera, Bentong, Cheras, Tapah, Pagoh, Kota Kinabalu, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Temerloh, Raub, Jempol, Bera, Putrajaya, Pekan, Jerantut, Pengerang, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Bukit Gelugor, Tanjong, Tuaran, Jelutong, Klang, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Pasir Mas, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Pengkalan Chepa.

Mukhriz - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Ampang, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Jelebu, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Bukit Katil, Jasin, Penampang, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Tanjong, Bandar Tun Razak, Selayang, Jelutong, Rembau, Ketereh, Sungai Besar, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Kota Raja, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang.

Mohd Ali - antaranya Bukit Bendera, Batu Gajah, Kota Kinabalu, Bukit Katil, Wangsa Maju.

Isa - antaranya Tampin, Jempol, Rasah, Seremban, Gua Musang.

Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi ini.

Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.


Tok Pa kembali dahului senarai carta ahli MT


Sehingga awal pagi ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed kembali mendahulu senarai cara ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Carta Majlis Tertinggi

Datuk Seri Mustapa Mohamed - 168
Datuk Seri Jamil Khir Baharom - 168
Datuk Seri Idris Jusoh - 166
Datuk Seri Ismail Sabri - 166
Datuk Wira Idris Haron - 165
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - 164
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - 164
Datuk Abd Rahman Dahlan - 163
Datuk Hasan Malek - 151
Datuk Seri Shahidan Kassim - 149
Datuk Seri Mohamad Hasan - 149
Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis - 145
Datuk Razali Ibrahim - 141
Datuk Seri Mahdzir Khalid - 138
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - 129
Tan Sri Annuar Musa - 129
Dr Mohd Puad Zarkashi - 117
Datuk Azalina Othman Said - 106
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad -104
Datuk Shamsul Anuar Nasarah - 102
Datuk Abdul Aziz Kaprawi - 93
Datuk Bung Moktar Radin - 91
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican - 88
Datuk Tajuddin Abdul Rahman - 83 Datuk Sohaimi Shahadan - 81
– mk


Warga Sabah Sarawak Terus Belasah ISMA, Sebab Pulut Santan Binasa...

Posted: 19 Oct 2013 06:10 PM PDT


Isma: Terlajak kata, badan binasa

Kuching: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) digesa supaya tidak terlajak kata dalam membicarakan sebarang isu tanpa memikir kesannya ke atas warga Sabah dan Sarawak.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman telah mempertahankan pendirian beliau dan menuduh FMT memutar belit kenyataan beliau.

Kenyataan beliau ditemplak oleh warga Sabah Sarawak yang merasakan mereka dibodohkan dengan kenyataan Isma. Tinjauan FMT melalui Facebook mendapati warga Sabah Sarawak menyifatkan Isma sudah terlajak kata.

"Apa yang ada dalam hati, akan keluar melalui mulut, kenyataan sudah dibuat, 'jika tidak suka Malaysia, keluar!' dengan isu Allah. Sabah Sarawak sememangnya tidak suka.. Sebab ia adalah satu diskriminasi agama yang ketara di Malaysia.. Dan lebih malang lagi, pemimpin Malaysia dari Umno masih mendiamkan diri?," ujar Suzie Kulleh.

Jordan David James, pula berkata: "Eh, takut? Hari itu bukann main lagi suruh orang berhijrah.. Bila orang nak, siap nak angkut Borneo sekali.. Kenyataan keluar, beliau menjawab semula kenyataa beliau kena putar belit?"

Sementara itu, Lily Bans berpendapat: "Saya tak nak terus berada dalam Malaysia, siapa yang nak tinggal berkelompok dengan orang yang perasan hebat?"

Sebelum ini, Abdullah Zaik dalam www.ismaweb.net telah menggesa orang Islam sedar bahawa perjuangan mendaulatkan Islam belum berakhir.

Beliau juga lupa bahawa warga Sabah Sarawak majoritinya bukan Islam malah pada masa yang sama mempelawa orang Kristian Sabah dan Sarawak berpindah ke mana-mana negara kalau sudah lagi tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja.

Warga Sabah dan Sarawak sudah penat dengan permainan politik Malaysia.

`Kami tak boleh terima'

"Sabah dan Sarawak adalah tanah air dan tanah kelahiran kami. Bagaimana mahu menjelaskan jika kami nyatakan bahawa kami tidak boleh menerima apa yang kamu lakukan.

"Perlukah kami berpindah ke negara yang bukan tempat asal kami. Kami orang Borneo. Maka langkah terbaik memindahkan orang Borneo yang tidak boleh terima ini adalah 'Keluar Malaysia'. Win2 situation. Objektif kamu tercapai, kami terbebas." ujar Petpredos Fredo.

Sementara itu, Michael D'Great menjelaskan bahawa: "Kita dah lama duduk dalam Malaysia. Taat kepada Raja dan negara serta menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

"Tetapi kenapa gubal undang undang mengharam kami menyeru Allah, sedangkan perkataan itu berasal dari perkataan Arab dan di kongsi bersama. Cakap Melayu keliru…pernahkah ada orang Kristian bawa mana mana Melayu ke gereja?

"Pernah Kristian bentangkan Injil depan mana mana Melayu untuk dibaca. Bukan ke ini satu penghinaan biarpun kami dah menghormati Islam.Sedang Emiriyah Arab Bersatu sendiri mengeluarkan kenyataan, kekesalan tindakan mahkamah rayuan," tambahnya. -FMT

ULASAN GB

GB tidak nampak mengapa ISMA perlu menyalahkan FMT kerana apa yang jelas, FMT hanya "melaporkan" riaksi warga Sabah dan Sarawak terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden ISMA.

Saya ingin bertanya Presiden ISMA, apa hak beliau mengeluarkan kenyataan berikut:

"Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu,"


Hebat sangatkah ISMA sehingga boleh "menghalau" rakyat Malaysia di atas alsan "tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu,"?

Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan Islam itu ialah isu "kalimat Allah" yang menimbulkan kontroversi itu?

GB belum menjumpai apa-apa tindakan rakyat negara ini yang "tidak menerima kedaulatan Islam". Ia hanya persepsi dan tuduhan melulu pihak ISMA semata-mata. Jika ada sila kemukakan buktinya.

Soal penggunaan kalimat "Allah" di dalam Bible "Al-kitab" itu pun adalah dengan "kebenaran" kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Dalam Negeri. Dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri meminta supaya warga Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimat Allah tersebut! Pergilah lawan dan berhujjah dengan KDN yang meluluskan penggunaan kalimat ALLAH di dalam Bible itu dan juga dengan Tun Dr Mahathir yang membuat gesaan supaya warga Sabah dan Sarawak dubenarkan menggunakan kalimat tersebut!

Harga Ikan Naik Melambung, Rakyat Marhaen Hidup Tersiksa

Posted: 19 Oct 2013 06:00 AM PDT

Kuala Terengganu – Harga ikan di negeri ini naik sebanyak 30 peratus berbanding biasa, sejak kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen awal September lalu.

Peniaga ikan Pasar Chabang Tiga, Abdul Rahman Ali, 34, berkata, harga kebanyakan ikan naik disebabkan permintaan tinggi dan dipengaruhi kenaikan harga minyak.

"Walaupun kebanyakan nelayan mendapat subsidi diesel daripada kerajaan, tetapi ia masih belum mencukupi berbanding yang mereka gunakan untuk ke laut setiap hari. Sebab itulah harga ikan agak tinggi.

"Tambahan pula, permintaan daripada pelanggan juga meningkat dan peniaga juga terpaksa naikkan harga," katanya.

Abdul Rahman yang telah 20 tahun berniaga ikan di pasar itu berkata, kebanyakan peniaga ikan di situ menjual ikan dengan harga yang sama.

"Setakat ini kita ada 40 peniaga ikan di sini. Kebanyakan ikan dijual dengan harga sama.

"Sebelum ini, harga udang naik sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu sebanyak RM30 sekilogram berbanding harga biasa RM26. Harga sotong pula seperti biasa RM8 sekilo," katanya.

Abdul Rahman memberitahu, bagi sekilogram harga ikan ikan cencaru dan selayang mencecah RM8 berbanding harga biasa RM6, ikan kembung dan ikan kerisi pula RM12, ikan aya (tongkol) RM10, tenggiri RM30, ikan merah (pucat) RM30 dan ikan merah (sumang) RM25.

"Sekarang kita belum dapat tahu lagi harga ikan selepas Hari raya Aidiladha ini sebab kebanyakan nelayan belum turun ke laut lagi. Jadi, harga terkini dan akan datang masih belum pasti.

"Harga ini adalah pasaran di pasar, harga di pasar raya pula lain. Mungkin tidak sama," katanya.

Abdul Rahman berkata, pasaran ikan sekarang agak perlahan berbanding sebelum ini kerana terdapat banyak saingan.

"Sekarang kita ada ramai penjual ikan, nak untung pun agak payah. Sebab itulah harga kalau boleh kena 'maintain', sesuai dengan keadaan semasa. Tetapi, sekiranya permintaan tinggi, tetapi barang tiada, tu yang payah. Harga barang akan automatik naik.

"Nak tak nak, harga kita kena sama juga sebab kami pun perlu ambil untung sikit untuk berniaga," katanya. -SH

Tiada ulasan: