Ahad, 27 Oktober 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRK Sg Limau - Mahfuz : Sumpah, bukan saya

Posted: 27 Oct 2013 07:24 PM PDT


  • Mahfuz OmarMahfuz (tengah) menunjukkan SMS yang diterimanya pada sidang media, semalam.
 1 / 1 
YAN - "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak," kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

"Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya.

"Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya," katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

SMS itu menyebut: "Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah".

Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

"Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau.

"Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini," katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap,  dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat.

"Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

"Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini," katanya.

Gula dan GST ...Paling hot

Posted: 27 Oct 2013 10:35 AM PDT


OCTOBER 28 , 2013

Dua perkara dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat hangat menjadi perbualan ramai: pemansuhan subsidi gula 34 sen secara serta-merta dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pemansuhan subsidi gula sememangnya akan menjejaskan kehidupan rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu kerana penggunaan gula yang tinggi dalam pemakanan mereka.
Sudah pasti harga nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi akan naik dengan mendadak.
Semasa membentangkan Bajet 2014, Najib mengatakan pemansuhan subsidi gula adalah kerana penyakit kencing manis atau diabetes kini menjadi ancaman utama negara.
Hujah itu dijawab dengan serta-merta oleh doktor-doktor pada malam selepas Bajet 2014 dibentangkan bahawa gula bukan satu-satunya punca penyakit kencing manis, makanan berkarbohidrat yang sebenarnya banyak menyumbang kepada penyakit berbahaya itu.
Ini menyebabkan Najib terpaksa menggunakan hujah lain untuk mempertahankan pemotongan subsidi gula apabila berkata, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lelaki lemah tenaga batin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pergi lebih jauh lagi apabila berkata langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Azizan meninggal dunia baru-baru ini dan menyebabkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berlangsung sekarang.
Di mana hilangnya sensitiviti Muhyiddin selaku pemimpin negara?
Di kala keluarga dan pengikut Azizan masih lagi bersedih dan kubur bekas menteri besar Kedah itu masih lagi merah, mengapa kenyataan sebegitu yang dikeluarkan timbalan perdana menteri?
Sudah mansuhkan subsidi gula, pertahankan sahajalah tindakan itu dengan hujah yang lebih bernas, jangan koyakkan lagi hati yang sedang sedih.
Tidak hairanlah jika ada yang berkata di laman-laman sosial Muhyiddin sedang cuba untuk sabotaj Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir di DUN Sungai Limau.
Daripada Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk merampas DUN itu, terus hilang peluang kerana 'kebijaksanaan' Muhyiddin itu.
GST
GST turut menjadi bualan kerana ia akan melibatkan seluruh rakyat.
Walaupun sudah pasti ramai orang tidak begitu faham dengan sistem percukaian baru itu, apa yang mereka pasti tahu, mereka akan berhadapan dengan lebih banyak cukai bagi majoriti barangan dan perkhidmatan digunakan.
"Lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.
"Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia menggunapakai sistem percukaian ini," kata Najib di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Hujah negara lain ada, negara kita belum ada sebenarnya hujah yang akan menjerat.
Orang akan bertanya, hanya Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja yang tidak membenarkan kemasukan pemantau pilihan raya antarabangsa di Asean, mengapa Malaysia tak nak ikut?
Bukankah ia terbukti meningkatkan integriti pilihan raya negara?
Tidak ada masalah jika kerajaan mahu rakyat membantu negara menambahkan pendapatan jika mereka berbelanja secara berhemah sebelum ini.

Realitinya tidak apabila Laporan Audit Negara 2012 menunjukkan sebaliknya. Antaranya:
a) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM 1.33 juta, termasuk 156 pasang gari, 44 pucuk senjata api, 29 buah kenderaan, 26 set walkie-talkie, dan 22 buat radio.
b) Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM 67.6 juta untuk Hari Belia 2012, peningkatan yang cukup tinggi dari peruntukan asal RM15 juta; di mana RM1.6 juta telah dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan K-pop.
c) Kasut buatan khas untuk pegawai Jabatan Kastam, yang lambat diagih mengakibatkan 7,659 pasang kasut dimusnahkan kerana tidak mengikut spesifikasi. Jumlah kehilangan dianggarkan bernilai RM 602,089.
Jadi apakah selepas GST dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti, apabila pendapatan negara semakin tinggi, lebih banyak pembaziran akan dilakukan?
Bukankah kerajaan seharusnya tunjukkan kepada rakyat terlebih dahulu bagaimana mereka bersungguh untuk memerangi rasuah dan ketirisan? 

Tiada ulasan: