RAKYAT MARHAEN |
- Muslimat PAS Selangor tumpu pengundi Melayu
- Muslimat PAS gesa Muhyiddin mohon maaf
- Sg Limau: Kaum Tionghua mahu kekal sokong PAS
- Sg Limau: Adakah anda mengundi bn kerana duit dan sedikit gula-gula
- Suhaizan lawan Kamaruzaman rebut jawatan Ketua Pemuda PAS
- HANYA DENGAN RM200 SUDAH BOLEH JADI "WARGANEGARA MALAYSIA"!
- MAKSUD WANITA UMNO SAHUT SLOGAN BN BERANI HIJRAH IALAH BERANI KEJAR ITIK DALAM BENDANG!
- Rakyat Kena Berjimat: Bil letrik, air di kediaman rasmi Najib lebih RM2.5 juta setahun
- Rasuah: Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa
- Sg Limau: Pengundi bermaruan harus tolak BN – Mohd Sabu
- Budget2014: Dark days ahead for rakyat
- Kelantan serius laksana hudud
- Berita Harian Bakal Berdepan Saman Kerajaan Kelantan
- JPN SEMBUNYI KES IC PALSU ? Takut terburai semuanya ..?
- Pemimpin negara enggan laksana hukum Syariah, kata Aziz Bari
- 'Jangan makan gula, hidup lebih lama' - Menteri Kesihatan
- Malaysia jadi negara ‘jenayah besar, tiada penjenayah’, menteri kebal: Kit Siang
- Kisah Yang Membuka Hati Ustaz Azhar Idrus Untuk Mendalami Ilmu Agama
- Ustaz Sharir Long: Dua golongan yg tidak berputus asa utk menyesatkan umat Islam
- Sg Limau: Sidang Media PAS 27-10-2013
- Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari
- GST: Kerajaan Bermewah atau Rakyat Mahu Dimewahkan ?
- Diabetes oh diabetes...
- PAS bidas Muhyiddin, pakar ekonomi jadi tulang belakang
- Bajet 2014 Bajet Defisit 16 Tahun Berturut-Turut. 2013 (-4.0%) 2014 (-3.5%). Pendapatan Perkapita Malaysia Naik RM34,126!
Muslimat PAS Selangor tumpu pengundi Melayu Posted: 27 Oct 2013 09:28 PM PDT KAPAR: Perwakilan muslimat Selangor mengekalkan kepimpinan sedia ada untuk menerajui Dewan Muslimat PAS negeri bagi sesi seterusnya. Wan Hasrina Wan Hassan telah menerajui kepimpinan Dewan Muslimat PAS Selangor selama 12 penggal dibantu Timbalan Ketua, Noraini Hussin dan Naib Ketua, Ustazah Tohirah. Dalam ucaptamanya Wan Hasrina mengingatkan seluruh jentera Muslimat supaya memfokuskan kerja kepada mendekati pengundi Melayu. Ini kerana menurutnya, keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu menyaksikan masih ramai di kalangan orang Melayu tidak serik menyokong Umno-BN. Beliau berkata, pengundi di luar bandar mesti terus didekati kerana mereka merupakan sasaran BN untuk mengekalkan kuasa pada setiap kali PRU. "Jangan sekali-kali berputus asa memujuk dan menyedarkan mereka, kerana mereka juga merupakan mad'u kita. Jangan bosan melakukan penerangan kepada mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
Muslimat PAS gesa Muhyiddin mohon maaf Posted: 27 Oct 2013 09:27 PM PDT PENGKALAN CHEPA: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut memohon maaf kepada anggota keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak kerana mengaitkan penyakit kencing manis yang dihidapi Allahyarham dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga gula. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman, berkata kenyataan Muhyiddin itu bukan sahaja tidak berakhlak malah menghina Allahyarham dan keluarga. Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda baru-baru ini mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2014. Menurut Muhyiddin, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Allahyarham Ustaz Azizan sehingga mengakibatkan dua kakinya dipotong. | |
Sg Limau: Kaum Tionghua mahu kekal sokong PAS Posted: 27 Oct 2013 09:26 PM PDT JERAI: Masyarakat Tionghua sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau bertekad terus 'Kekal' bersama PAS pada pilihan raya kecil Dun itu 4 November ini. Mereka menyatakan komitmen untuk memberi undi kepada calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad bagi memastikan legasi kerja baik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dapat diteruskan. Bagi mereka legasi yang diperjuangkan oleh Ustaz Azizan patut diteruskan demi kebaikan rakyat di sini khususnya sikap mesra bukan Islam yang ditunjukkan oleh Allahyarham. Liang Lam Seng, 80, berkata, Allahyarham Ustaz Azizan seorang yang sangat mudah didampingi malah masyarakat boleh bergurau mesra dengan Allahyarham seperti kawan-kawan, biarpun Allahyarham seorang wakil rakyat. "Dia (Azizan) adalah kawan baik sejak kecil dan saya tahu perangainya. Dia selalu datang bila mana ada masa bersembang dan minum bersama kami. "Semua permasalahan masyarakat Tionghua dia juga tahu itulah kelebihan wakil rakyat yang sering turun padang merasai kesukaran rakyat miskin," katanya kepada Harakahdaily. Beliau yang juga bekas Majlis Ketua Kampung (MKK) Pekan Sungai Limau memberitahu, kadang-kadang termenung dan senyum sendirian mengenangkan gelak ketawa, dan gurau senda oleh Allahyarham sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Sg Limau: Adakah anda mengundi bn kerana duit dan sedikit gula-gula Posted: 27 Oct 2013 09:26 PM PDT | |
Suhaizan lawan Kamaruzaman rebut jawatan Ketua Pemuda PAS Posted: 27 Oct 2013 09:15 PM PDT Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dijangka bertembung dengan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menerusi usaha merebut kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar parti Islam itu tidak lama lagi. Menurut sumber dalaman Pemuda PAS, Nasrudin Hassan tidak akan mempertahankan jawatannya kali ini kerana sudah berjanji dalam pemilihan lalu manakala timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz juga membuat pendirian sama. "Saya difahamkan Tantawi (merujuk kepada Nasrudin) tidak akan ada dalam Pemuda lagi kerana dia berjanji demikian dalam pemilihan lalu dan Nik Abduh pula sudah berkeras untuk meninggalkan Pemuda," kata seorang pemimpin Pemuda PAS. Turut layak bertanding ialah Nasrudin selaku penyandang, Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda PAS), Ridhuan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda PAS) dan Zulhazmi Sharif (Peguam PAS). Raja Ahmad Iskandar dikatakan akan bertanding kerusi Timbalan Ketua Pemuda. Beliau dikatakan akan ditentang oleh Ketua Pemuda PAS Marang yang juga anak Presiden PAS, Mohd Kholil Abdul Hadi. Ridhuan dijangka memberikan laluan kepada Kamaruzaman untuk jawatan ketua memandangkan beliau dalam satu pasukan yang sama. Read More / Baca Lagi >> | |
HANYA DENGAN RM200 SUDAH BOLEH JADI "WARGANEGARA MALAYSIA"! Posted: 27 Oct 2013 09:13 PM PDT Begitu sekali murah dan mudahnya warga asing nak jadi warga negara kita .. selepas itu boleh cari kerja dengan membawa dan menggunakan senjata api. Sudah pasti boleh membuka akuan bank ... menjadi pencarum KWSP dan Perkeso... memiliki lesen memandu pendek kata boleh memiliki apa saja yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai warga negara Malaysia. SUSPEK MILIKI KAD PENGENALAN PALSU : Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja. Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang. Identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui. Pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Identiti sebenar suspek juga masih dalam siasatan. | |
MAKSUD WANITA UMNO SAHUT SLOGAN BN BERANI HIJRAH IALAH BERANI KEJAR ITIK DALAM BENDANG! Posted: 27 Oct 2013 09:12 PM PDT Iaitu berani mengejar itik dalam bendang sawah. Kalau ini dimaksudkan oleh Wanita UMNO Berani Hijrah maka tidak silaplah apa yang dikatakan oleh Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato' Kamalia Ibrahim bahawa wanita UMNO kini di panggil lembu. | |
Rakyat Kena Berjimat: Bil letrik, air di kediaman rasmi Najib lebih RM2.5 juta setahun Posted: 27 Oct 2013 09:02 PM PDT DAP hari ini mendedahkan jumlah bil utiliti di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta untuk tahun 2012. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Foke menegaskan, daripada jumlah itu, RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bayaran bil air. "Macam mana Najib minta rakyat berjimat sedangkan setiap hari beliau membazir bil elektrik dan air. | |
Rasuah: Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa Posted: 27 Oct 2013 07:18 PM PDT Kebanyakan rakyat Malaysia merungut tidak berpuas dengan bidang tugas Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa jerung yang terbabit dengan rasuah. Read More / Baca Lagi >>Sejarah telah membuktikan hanya bilis bilis sahaja yang didakwa dan dijatuhkan hukuman manakala jerung jerung ada yang didakwa tetapi dibebaskan. Ini menunjukkan jerung bebas melaku rasuah kerana kebanyakannya tidak dapat didakwa. Jika didakwa pun mereka dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti dan tiada kes yang membolehkan mereka dijatuhkan hukuman. Rupa-rupanya tiada peruntukkan undang undang untuk mendakwa dan menghukum jerung. Hal ini telah dijelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini. Kenyataan itu berbunyi: "dengan adanya undang undang baru itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta juta ringgit kepada rakyat". | |
Sg Limau: Pengundi bermaruan harus tolak BN – Mohd Sabu Posted: 27 Oct 2013 07:17 PM PDT JERAI: Penduduk N20 Sungai Limau khususnya di UPU Sedaka harus menjadi pengundi bermaruah dengan menolak BN dalam pilihan raya pada 4 November ini. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pengundi Sedaka yang kebanyakannya adalah pesawah atau petani sering dikaitkan dengan taraf hidup yang rendah. Namun, katanya kerajaan BN seolah-olah tidak mahu melihat para petani ini setaraf dengan petani-petani di luar negara. "Kalau kita pergi ke luar negara seperti Belanda sebut sahaja kerja sebagai petani, merekalah orang paling kaya. "Di Malaysia sebut sahaja orang buat bendang dikenali taraf hidup yang rendah. Kalau dahulu bila tahu orang yang datang meminang anak kita orang bendang cepat-cepat cakap anak kami tak pandai masak. Kalau cikgu yang datang terus kata bagai pinang dibelah dua," ujarnya ketika berkempen di UPU Sedaka malam tadi. | |
Budget2014: Dark days ahead for rakyat Posted: 27 Oct 2013 07:16 PM PDT Some theorists tout that Najib Tun Razak's strategy of 'investing' in a larger 'brainwashing training camp' in the guise of the civil service is to ensure BN's 'fixed deposit'. The 2014 budget would have been the ideal opportunity and a crucial platform for Prime Minister Najib Tun Razak to convert the promises he made on the c pre-PRU13 campaign trail of 'transformation' and reform into reality. With the budget for the forthcoming year tabled before our eyes, not only do we see that it was all a lie, it is also clear that there was no intention to transform in the first place. Since the 5th of May, the BN government has not only refused to right the wrongs but has seen very little 'transformation' if not none at all. The government's own figures showed that 60% of the nation are eligible for BR1M . That means 60% of Malaysians earn less than RM3000 per month and are below the tax paying threshold. With the introduction of GST, they will now be paying tax. We can see through the tabling of the GST, that BN is adversely affecting, in effect robbing the general masses including the poor and struggling lower middle class, to further enrich the super rich, as seen from 1% reduction of corporate tax. What is also damningly worrying is the general direction of the BN government's economic rationale. In simple terms, the ratio between operational expenditure (OpEx) and development expenditure (DevEx) is akin to a business ration, which is between money allocated for overheads and paying the bills (OpEx) and money allocated to buying assets and equipment to improve or expand and develop. The general rule of thumb when looking at administrative budgets is that a year-on-year increase in the OpEx budget, means that the organisation is focused on the present less on the future. Naturally, the higher percentage of DevEx signals a stronger focus on improving the organisations capacity to grow or develop, thereby less of a focus on the future. What we know is that there has been a systematic and orchestrated decrease in DevEx since 2010. Not only is this trend apparent in terms of DevOp percentage of total budget, but in absolute currency term, the BN Government is cutting DevOp by RM3.2 billion, a whopping 6 % year on year. This is counter-characteristic to a developing nation claiming to gun for developed status within the next six years, and clearly shows that Najib is abandoning investments in future growth. Conspiracy theory Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 27 Oct 2013 07:14 PM PDT Bukti Kelantan tidak lemah semangat biarpun ada kekangan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Menurutnya, apabila disebut pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu yang sudah lama diusahakan tetapi dengan pelbagai halangan masih lagi belum berjaya. "Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan. "Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri," katanya. | |
Berita Harian Bakal Berdepan Saman Kerajaan Kelantan Posted: 27 Oct 2013 07:11 PM PDT | |
JPN SEMBUNYI KES IC PALSU ? Takut terburai semuanya ..? Posted: 27 Oct 2013 06:43 PM PDT Dah tahu kegiatan ni berleluasan, mengapa JPN senyapkan hal ini ? Mengapa tidak membuat operasi besar besaran ? Yang Kerajaan ni pun sama. Nak tunggu berapa ramai lagi rakyat Malaysia mati ditangan pendatang asing baru Kerajaan nak bertindak ? Gerakkan semua penguatkuasa, polis dan tentera diseluruh negara memburu semua pendatang asing. Jangan sampai rakyat sendiri yang buru dan bunuh semua pendatang asing ni. Kalau rakyat dah buat begitu, jangan haraplah Kerajaan nak minta rakyat bertenang semula. Itu satu hal .. satu hal lagi apa cerita dengan majikan syarikat keselamatan. Terutama yang ada hubung kait dengan pemimpin UMNO. Takkan nak dibiarkan lepas tangan? Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesan ramai warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor berisiko tinggi seperti di institusi perbankan di seluruh negara. Perkara itu dikesan menerusi beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara setiap tahun dan mendapati sebahagian besar warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu. | |
Pemimpin negara enggan laksana hukum Syariah, kata Aziz Bari Posted: 27 Oct 2013 06:39 PM PDT Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia disebabkan pemimpin negara sendiri yang enggan melaksanakannnya. Beliau berkata, sektor perbankan dan zakat dilaksanakan mengikut prinsip syariah di Malaysia maka tiada sebab hukuman kepada pesalah tidak diadili berlandaskan hukum Syariah. "Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah daripada mereka yang tidak selesa dengan undang-undang Syariah. Abdul Aziz berkata, pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll (1993) mengandungi hukum hudud yang digubal dan bakal dilaksanakan di Kelantan mampu dilaksanakan dengan syarat perlu mengikut laluan yang dibenarkan Perlembagaan. Katanya, kehendak rakyat Kelantan yang mahu hukuman hudud dilaksanakan perlu mengikut kerangka negeri kerana undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan dasar yang diterima di dunia. "Kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu supaya ia selaras dengan peruntukan undang-undang di peringkat Persekutuan. "Kemenangan PAS di peringkat pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor penting bagi melaksanakan perkara itu," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
'Jangan makan gula, hidup lebih lama' - Menteri Kesihatan Posted: 27 Oct 2013 06:37 PM PDT Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam. "Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini. Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula. Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri. "(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu. Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Malaysia jadi negara ‘jenayah besar, tiada penjenayah’, menteri kebal: Kit Siang Posted: 27 Oct 2013 05:15 PM PDT Katanya, sebelum Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2014 dan mengumumkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus mulai 1 April 2015, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan berbilion ringgit. Beliau berkata, keputusan itu membawa dua mesej yang memberi kesan langsung terhadap Bajet 2014, Rancangan Transformasi Nasional Najib dan hala tuju negara dan ekonomi Malaysia pada masa depan. "Rakyat Malaysia menjadi mangsa korupsi dan skandal raksasa dalam keadaan kerajaan dan agensi pencegahan rasuah iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tidak mampu berbuat apa-apa untuk memerangi korupsi yang membabitkan "jerung" dan bukan hanya "ikan bilis. "Menteri Kabinet kini menjadi kebal daripada hukuman jika mereka cuai dalam menjalankan tugas rasmi, termasuk tugasan di peringkat Kabinet. | |
Kisah Yang Membuka Hati Ustaz Azhar Idrus Untuk Mendalami Ilmu Agama Posted: 27 Oct 2013 05:08 PM PDT | |
Ustaz Sharir Long: Dua golongan yg tidak berputus asa utk menyesatkan umat Islam Posted: 27 Oct 2013 05:07 PM PDT | |
Sg Limau: Sidang Media PAS 27-10-2013 Posted: 27 Oct 2013 07:59 AM PDT | |
Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari Posted: 27 Oct 2013 07:13 AM PDT PENGKALAN CHEPA: Undang-undang syariah yang turut terkandung hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini walaupun dianggap bertentangan dengan undang-undang negara yang disifatkan sekular. Read More / Baca Lagi >>Pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemimpin negara itu sendiri yang tidak mahu melaksanakannya, sedangkan ia boleh diperbaiki melalui undang-undang negara yang sedia ada. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis forum perdana bertajuk 'Hudud penyelesaian masalah ummah' sempena program Konvensyen Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, dekat sini, hari ini. Program yang diadakan di Putik selama dua hari itu turut membariskan dua anggota panel iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Mumtaz Md Nawi dan Pensyarah Kias, Ustaz Muhammad Azhar. "Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah dari mereka yang tidak selesa dengan undang-undang syariah," ujarnya. | |
GST: Kerajaan Bermewah atau Rakyat Mahu Dimewahkan ? Posted: 27 Oct 2013 06:55 AM PDT GST (goverment servis tax) akan dilaksanakan mulai April 2015. GST diperkenalkan bagi menggantikan dua cukai yang sudahpun dikenakan iaitu Cukai Jualan (10 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (6 peratus). Bila disifirkan secara angka nampak rakyat beruntung sangat. Kerana kini kerajaan hanya kenakan SATU cukai sahaja GST hanya 6 peratus sahaja, berbanding kini rakyat bayar 16 peratus. GST nampak macam MEMURAHKAN barangan dan perkhidmatan sahaja nanti. Benarkah begitu ? Ramai penganalisa ekonomi belum lagi membahaskan buruk baik serta impak positif negatif secara detail lagi. Rata-rata bersetuju percukaian ini adalah satu bentuk percukaian yang agresif. Dan kita jangkakan kerajaan tidak akan memansuhkan cukai-cukai lain, seerti contoh Cukai Pendapatan sahaja menyumbangkan 47.9% punca pendapatan negara pada 2014 mengikut unjuran Bajet baru-baru ini. Manakala Cukai Langsung lain pula bakal menyumbangkan 2.9 %. Sementara Cukai Tidak Langsung lain pula 14.8 % daripada pendapatan negara sejumlah RM262,151 juta. Justeru itu, jangan seronok sangat GST bukanlah CUKAI tunggal yang bakal kerajaan kenakan. Dan kita nantikan adakah pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmataan yangs sedia ada dapat mempertingkat taraf kehidupan rakyat menjadi lebih mewah dan selesa. | |
Posted: 27 Oct 2013 06:52 AM PDT
Diabetes atau kencing manis mungkin merupakan nama penyakit yang paling glamour di Malaysia sekarang. Dari pemimpin tertinggi negara hingga kedai kopi di kampung-kampung, topik kencing manis menjadi perbualan. Read More / Baca Lagi >>Ulasannya dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi umum mengaitkannya dengan gula lantas kenaikan harga gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 dianggap rahmat dan langkah yang sangat tepat untuk gaya hidup yang sihat. Malah ada menteri yang mengatakan, tanpa gula umur kita akan menjadi lebih panjang dan tenaga kelelakian akan meningkat! Semenjak dua hari lepas, saya memerhatikan ulasan-ulasan yang dibuat dengan pelbagai nada dan irama termasuklah ada yang mengaitkannya dengan hamba Allah yang telah kembali ke Rahmatullah. Saya sangat berharap agar tampil di kaca TV atau di dada akhbar mereka yang berkelayakan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghuraikan kekeliruan yang sedang tersebar tetapi malangnya tiada yang tampil. Kekeliruan fakta di kalangan masyarakat umum ini terbiar begitu sahaja dengan membiarkan mereka yang tak berkeahlian terus membebel. Saya bukannya pakar dalam bidang diabetes tetapi subjek General Medicine (Perubatan Am) antara subjek wajib yang diambil semasa pengajian dulu. Antara yang dipelajari adalah berkenaan penyakit yang sedang heboh sekarang ini. Izinkan saya membuat sedikit huraian sambil berharap ada yang lebih pakar akan memberikan penjelasan lanjut. Diabetes atau kencing manis dibahagikan kepada 2 kategori (2 type) iaitu type 1 dan type 2. | |
PAS bidas Muhyiddin, pakar ekonomi jadi tulang belakang Posted: 27 Oct 2013 06:50 AM PDT PAS menolak pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa parti Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) itu perlu mendapatkan khidmat pakar ekonomi bagi memberi pemahaman mengenai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya tidak terus mengeluarkan kenyataan salah mengenainya Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata PAS tidak memerlukan khidmat pakar ekonomi kerana mereka sudah mempunyai penasihat dan pakar dalam bidang GST, percukaian dan ekonomi. "Kami tahu dan faham apa yang patut dilakukan. PAS juga tahu apa yang diselindungkan kerajaan di sebalik GST kerana kerajaan mahu menambah pendapatan negara ekoran daripada ketirisan yang semakin besar. "Bayangkan dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekarang pendapatan negara kira-kira RM12 bilion maka dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara akan meningkat kepada RM23 bilion," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Mahfuz berkata melalui SST yang dijalankan kerajaan sekarang, rakyat sudah diperlihatkan ketirisan yang dilakukan kerajaan begitu besar. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 27 Oct 2013 06:48 AM PDT Berdasarkan semakan Berita Semasa melihatkan pembentangan Bajet 2014 Malaysia kali ini, kerajaan terus melaksanakan bajet defisit untuk tempoh 16 tahun berturut-turut sejak dari tahun 1998. Dan penganalisis dan pakar ekonomi menjangkakan yang mana bajet defisit akan terus digunakan menjelang pembentangan Bajet 2015 kelak. Malahan…. Malahan ada yang menjangkakan kerajaan akan memohon Bajet Tambahan di parlimen suku kedua tahun 2014. (SEPERTI DI SINI) Walaubagaimanapun, Berita Semasa nampak sudah mula kerajaan sedar dan kelihatan ada sedikit iltizam bagi memperbaiki stuktur kewangan dan dana negara. Apapapun kami sebagai rakyat akan menyokong apa sahaja usaha yang membawa kebaikan kepada kami. Tetapi…..yang kelihatan ada kesilapan, tegur tetap ditegur untuk kebaikan semua… Pembentangan Bajet 2014 : Reformasi Ekonomi Malaysia
Dengan jumlah perbelanjaan bagi Bajet 2014 kali ini, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk Malaysia pada masa akan datang seperti :
Bagaimana? Adakah anda sebagai rakyat Malaysia merasai kemeriahan perkembangan ekonomi negara melihatkan angka-angka di atas? KLIK : Untuk Paparan yang lebih jelas Bajet 2014 Kerajaan : Nasihat Rakyat Malaysia Kepada Kerajaan?Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan