Kelab Greenboc |
- PRK Sungai Limau: Macai UMNO Kantoi Memfitnah Calon PAS
- [GEMPAR] Di Perak Ada Ikan Bermulut Buaya
- Berbillion Ketirisan Tak Diatasi, Rompak Pula Rakyat Dengan GST!
- "Saya Mahu Negara Kita Laksanakan Hukum Hudud Walaupun Saya Bukan Islam"
- Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor
- Rompakan AMBANK: Suspek Larikan Wang Tunai RM450,000
PRK Sungai Limau: Macai UMNO Kantoi Memfitnah Calon PAS Posted: 26 Oct 2013 02:05 AM PDT Isteri Azizan nafi dakwaan blog ALOR SETAR - Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat diakui mempunyai pertalian saudara bau-bau bacang dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Perkara ini disahkan sendiri oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah ketika dihubungi, semalam. Faekah berkata, hubungan kekeluargaan antara Azizan dan Mohd Azam adalah pada sebelah moyang yang merupakan sepupu. "Sepupu Azizan yang juga anak kepada Tok Ndak Nab (Zainab) di Sungai Limau mengesahkan hubungan itu. Tok Ndak Nab dan bekas Adun Sungai Limau, Ahmad Awang adalah dua beradik, di mana Ahmad adalah bapa saudara Azizan," katanya. Menurutnya, pertalian itu wujud di sebelah keluarga lelaki moyang Azizan dengan moyang Mohd Azam. "Hanya Azizan yang menetap di Sungai Limau selepas aktif dalam politik, tidak dinafikan Azizan mempunyai ramai saudara mara di situ," katanya. Faekah berkata, Mohd Azam adalah seorang pemimpin yang baik dan beliau sering berada di pejabat Pas kawasan Jerai ketika aktif bersama Pemuda Pas. "Sejak Mohd Azam belum berkahwin, dia memang rapat dengan Azizan. Saya dan ahli keluarga tidak pernah keluarkan kenyataan dakwa Mohd Azam berbohong mengenai perkara itu," katanya. Sejak kelmarin, beberapa blog tempatan mendakwa Mohd Azam berbohong kerana tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Azizan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan adik beradik Allahyarham, sebaliknya dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi. Mohd Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, yang pernah berseteru dengan Azizan ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar Kedah. Justeru, Mohd Azam dikaitkan dengan golongan pemberontak dan musuh politik Azizan apabila ada hubungan dengan Phahrolrazi. Phahrolrazi ketika dihubungi, tidak menafikan wujud pertalian kekeluargaan dengan Mohd Azam, namun menyangkal dakwaan Mohd Azam adalah kroni beliau untuk menentang Azizan dalam diam. "Saya dan Mohd Azam tidak rapat berikutan jarak usia. Kami adalah dua sepupu. Ingin saya tegaskan pemilihan beliau sebagai calon tiada kaitan dengan saya, termasuk dakwaan terbabit," katanya. Menurutnya, Mohd Azam tidak perlu mengambil aura beliau mahupun Azizan untuk membina karier politiknya, sebaliknya berdikari dengan kemampuan sendiri. "Datuk Mohd Azam, iaitu Haji Abdul Hamid Ibrahim adalah adik kepada Tok Guru Haji Aziz di Pendang. Haji Aziz adalah datuk saya," katanya. -SH |
[GEMPAR] Di Perak Ada Ikan Bermulut Buaya Posted: 25 Oct 2013 11:31 PM PDT Gunung Semanggol - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya. Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya. Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan. "Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan. "Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya," katanya ketika ditemui media, semalam. Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya. "Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah. "Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini," katanya. Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies 'Alligator Gar' iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia. "Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri," katanya. -SH ULASAN GB Sesungguhnya di dalam setiap kejadian Allah itu, taida satu pun yang sia-sia. |
Berbillion Ketirisan Tak Diatasi, Rompak Pula Rakyat Dengan GST! Posted: 25 Oct 2013 08:10 PM PDT Pakatan Rakyat akan bantah GST besar-besaran Pakatan Rakyat (PR) ternyata tidak senang dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kini sedang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata mesyuarat segera akan diadakan membabitkan semua parti komponen PR iaitu PAS, PKR dan DAP bagi membincangkan isu GST dan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi membantah pelaksanaan itu. "Saya bersetuju untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran. Kita mungkin akan mengadakan demonstrasi. "Seperti yang dijangka GST akan dikenakan untuk tampung belanja kerajaan. Sepatutnya kerajaan mulakan dengan perangi ketirisan seperti dalam Laporan Audit Negara 2012 kerana pembaziran berlaku di sana sini," katanya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata PR akan memperjuangkan suara 52 peratus rakyat Malaysia yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Majlis Presiden PR akan membincangkan pendekatan bantahan terhadap GST. "Selain berhujah di Dewan Rakyat, pendekatan lain dalam membantah pelaksanaan itu akan diadakan termasuk mengadakan perhimpunan aman atau cara lain yang mampu untuk mencapai objektif," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, PR akan memberikan penerangan kepada rakyat terutama golongan bawahan mengenai impak pelaksanaan GST dalam kehidupan mereka. "Jika ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) ada sikap mementingkan nasib golongan bawahan, mereka pasti akan menolak GST," katanya. Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke, berkata PR membantah GST dan gabungan itu akan melakukan bantahan bagi memperjuangkan nasib rakyat. "DAP bersama PR akan bantah GST, kita akan putuskan bersama," katanya. Selepas beberapa tahun spekulasi, kerajaan akhirnya memperkenalkan GST yang akan bermula secara rasmi pada April 2015, dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang juga menteri kewangan petang tadi. Najib berkata, GST akan menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal di paras dua peratus. – TMI
|
"Saya Mahu Negara Kita Laksanakan Hukum Hudud Walaupun Saya Bukan Islam" Posted: 25 Oct 2013 04:20 PM PDT Walaupun pemimpin negara semakin galak berdebat mengenai perlaksanaan hukum hudud, namun adakah perkara itu terkesan di hati masyarakat? Kebelakangan ini semakin banyak kes tembak, bunuh dan rogol yang telah menjadi igauan masyarakat kita tanpa mengira agama, bangsa, umur dan jantina, dan mungkin anda yang akan menjadi mangsa seterusnya. Orang ramai mula mempertkaikan penguatkuasaan pihak berkuasa, namun secara adilnya PDRM juga perlukan masa untuk memberkas penjenayah, menyiasat dan selebihnya terserah kepada tindakan undang-undang yang tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia. Pernahkan kita terfikir alternatif undang-undang hudud yang dicadangkan parti pembangkang mampu mengekang masalah jenayah ini? Persoalannya adakah masyarakat bukan Islam dapat menerimanya? Mike (bukan nama sebenar), seorang penganut agama Sikh secara terang-terangan bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang ingin melaksanakan hukum hudud walaupun bukan beragama Islam. Mempunyai kerjaya dalam industri hiburan sebagai pengawal keselamatan selama lebih 20 tahun, Mike mengakui pandangannya mengenai hudud adalah berpunca daripada jenayah yang semakin liat berlaku kini. "Terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dengan kerja saya sekarang, Saya telah melihat banyak jenayah berlaku di hadapan mata. Bercerita mengenai pengalamannya, Mike yang mempunyai anak perempuan berusia 17 dan 13 tahun turut mengakui hanya hukum Islam itu mampu membendung masalah jenayah. "Saya sendiri adalah mangsa ragut, ia berlaku dihadapan enam rakan saya, namun perkara itu terlalu cepat dan saya agak peragut itu telah dilatih kerana teknik yang digunakan untuk menjatuhkan saya sangat berkesan. "Terlalu banyak....jadi kita perlukan undang-undang baru untuk selamat dan apabila saya mendengar mengenai hudud, jadi saya fikir itu yang sebaiknya. Jelasnya, hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah melalui undang-undang hudud mungkin boleh memberi kesedaran kepada mereka dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah. "Kalau mereka merompak, potong saja tangan...baru lah kita sebagai orang awam akan rasa selamat bila berjalan di mana-mana sahaja. Ditanya bagaimana cara untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam melalui undang- undang itu, beliau berkata kesedaran melalui pendidikan adalah perlu. "Melalui pendidikan, seharusnya dinyatakan secara meluas apa itu hukum hudud, bagi saya jika itu dapat membantu mengurangkan masalah jenayah ia patut dilaksanakan. Jelas Mike, selain daripada melaksanakan hukum Hudud, cara yang dirasakan berkesan mengelakkan jenayah adalah mengawal pergerakan kanak-kanak dan remaja di bawah umur. "Apabila ibu bapa tidak mempunyai pendidikan yang sewajarnya untuk mendidik anak mereka, jadi saya bersetuju sekirnya remaja di bawah umur 17 sepatutnya dikawal oleh ibu bapa dan tidak dibenarkan keluar rumah sepas pukul 10 malam. "Dan penjaga harus mengawal pergerakan mereka khususnya remaja, malah ada diantara pelanggan pusat hiburan yang membawa anak mereka yang dibawah umur ke tempat sebegitu. Untuk apa?," soalnya. "Jadi caranya adalah penguatkuasaan, tetapi walaupun undang-undang yang ada sekarang sudah ketat tetapi jenayah semakin banyak dan penyelesaiannya adalah dengan melaksanakan hukum hudud," katanya ketika ditemubual mD. Relevenkah hudud di Malaysia? Hukum Hudud adalah terletak dalam Akta Mahkamah Syariah namun boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan daripada Parlimen. Beberapa tahun lepas, undang-undang telah membenarkan enakmen Mahkamah Syariah seperti tindakan yang di kenakan ke atas Kartika Sari yang minum arak di khayalak ramai. Antara lain adalah penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum arak. Sementara itu, pendakwah bebas Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah. "Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam," katanya dalam blog Minda Tajhid milik beliau. Namun begitu, beliau turut menjelaskan masih banyak jenayah yang tidak tersenarai dalam hukum hudud. Katanya, kesalahan jenayah yang mengaitkan keselamatan awam juga boleh dihukum melalui hukum hudud. "Dosa pertama adalah dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. "Manakala dosa kedua adalah yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya", katanya. Kelmarin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina. Hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras. "Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan," titah baginda. -mD |
Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor Posted: 25 Oct 2013 06:45 AM PDT Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma. Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membatalkan saman berkenaan. Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos. Kerajaan negeri Selangor, Abdul Khalid dan Syabas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Februari lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu. Responden merupakan penduduk Shah Alam yang memfailkan saman pada 11 September tahun lepas menuntut ganti rugi lebih RM400,000 selepas mendakwa tidak menerima subsidi air seperti yang dijanjikan kerajaan negeri Selangor. Penyataan tuntutan mereka mendakwa semasa kempen pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri Selangor berjanji pengguna domestik dengan kadar penggunaan 20 meter padu sebulan akan menikmati subsidi air iaitu percuma. Berdasarkan manifesto itu, mereka mendakwa setiap pengguna domestik dengan Syabas adalah layak menerima subsidi bulanan sebanyak RM11.40 dan meskipun kerajaan negeri melaksanakan Skim Air Percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerimanya. Mereka turut mendakwa Abdul Khalid kemudian menjelaskan bahawa pengguna dengan meter penggunaan air yang besar tidak layak menerima subsidi itu. Selain ganti rugi, mereka menuntut perintah injunksi mandatori agar Syabas mengeluarkan bil air dengan rebat yang dijanjikan, faedah empat peratus setahun dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah. Responden diwakili peguam T.Geetha, kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid oleh Edmund Bon manakala peguam Gopal Sreenevasan mewakili Syabas. - Bernama |
Rompakan AMBANK: Suspek Larikan Wang Tunai RM450,000 Posted: 25 Oct 2013 02:05 AM PDT Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis. Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan. "Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya. Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. - Bernama
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan