Sabtu, 26 Oktober 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Menteri Lidah Biawak!

Posted: 26 Oct 2013 04:56 AM PDT



Tahun ni dapat kat hang la malek menteri lidah biawak.

Cakap tak serupa bikin.

Muka tak malu, hang kencing rakyat!

Ucapan Penangguhan Oleh Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ustaz Fadhli

Posted: 26 Oct 2013 02:17 AM PDT



tahniah ustaz. kita mungkin tak kenal tapi kita pernah berselisih beberapa kali di lapangan terbang, kita juga pernah bermesej dalam facebook.

admin tahu ustaz boleh membawa pas kelantan ke arah yang lebih baik dan terke hadapan.

ucapan yang bernas dan kami akan terus menegur jika ada apa yang tak kena pada mata kami.

salam tahniah dan takziah. pegang amanah ni dengan baik.

Keputusan Pemilihan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Bagi Sesi 2013/15

Posted: 26 Oct 2013 02:09 AM PDT

Ketua : Ahmad Fadhli Shaari
Timb. Ketua : Muhammad Hafiz Musa
Naib Ketua : Asri Daud

AJK :
Abdul Rashid Yah
Borhanuddin Ahmad
Muhammad Hanif Wan Ahmad
Ahmad Najib Deris
Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid
Razuan Awang Hamat
Nik Asmawie Nik Abdullah
Rosli Allani S Abdul Kadir
Hisyam Fauzi
Firdaus Mohd Yusoff

Keputusan Muktamar Pemuda Pas Kelantan

Posted: 26 Oct 2013 01:00 AM PDT

 https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q71/s720x720/1380345_527112870712264_191458965_n.jpg

Keputusan Muktamar Pemuda Pas Kelantan.

KP: Ust Ahmad Fadhli Shaari
TKP: Ust Hafiz Musa
NKP: Ust Asri Ed-Diwanie

Allahuakbar! Selamat berkhidmat

PM pun sudah mula kurang ambil gula

Posted: 26 Oct 2013 12:19 AM PDT



KUALA LUMPUR - Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

"Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang," katanya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perasmian majlis Persidangan Perwakilan Nasional ke-42 parti Gerakan di sini, hari ini.

Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.

AS intip panggilan telefon 35 pemimpin

Posted: 25 Oct 2013 06:33 PM PDT


BRUSSELS - BELGIUM . Dokumen terbaru didedahkan pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden mendakwa Washington memantau panggilan telefon 35 pemimpin di seluruh dunia.

Akhbar The Guardian melaporkan, program pengintipan itu dilakukan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) adalah hasil 'kerjasama' dengan pegawai di Rumah Putih, Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Pertahanan AS.

Difahamkan, sebanyak 200 nombor telefon termasuk 35 milik pemimpin dunia dipantau di bawah program kontroversi tersebut.

Susulan pendedahan tersebut, Jerman dan Perancis bertindak menggesa Washington supaya bersetuju dengan peraturan berhubung pengintipan selepas Canselor Jerman, Angela Merkel turut menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Presiden Kesatuan Eropah (EU), Herman Van Rompuy berkata, Perancis dan Jerman mahu mengadakan rundingan dua hala bersama AS untuk membincangkan tentang perkara itu dalam masa terdekat.

"Pemimpin 28 negara EU sepakat menyatakan pendirian tegas bahawa perkongsian atau kerjasama perkhidmatan rahsia perlu berlandaskan kepercayaan dan hormat-menghormati antara satu antara sama lain," jelasnya lagi menurut laporan AFP.

Tiada ulasan: