Biaqpila |
POTONG SUBSIDI DEMI SEKS....KAH! KAH! KAH! Posted: 26 Oct 2013 06:02 AM PDT Najib: Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang. Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis. gerakan egm 261013 01Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram. "Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," katanya. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat. Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan