Sabtu, 26 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TPM kaitkan Azizan pertahan potong subsidi gula

Posted: 26 Oct 2013 03:16 AM PDT

 

 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin
yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.

"Saya tak ambil gula tuan-tuan.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan

Posted: 26 Oct 2013 03:14 AM PDT

 
MALAYSIA KINI
 
 
 
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bahawa Kementerian Pelajaran tidak membenarkan penyembelihan lembu di sekolah, telah menghina Islam, kata PERKASA semalam.

"Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi  Ideris dalam blognya.

"Sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara-upacara keagamaan kamu. Kamu juga tidak hormat kepada agama kaum majoriti di negara ini," katanya.

Posting bertajuk "P Kamalanathan Jangan Kurang Hajar" itu,  juga tidak menyebut pemimpin MIC dan MP Hulu Selangor itu sebagai timbalan menteri .

Irwan mengulaskan penjelasan Kamalanathan pada hari Khamis bahawa penyembelihan lembu di SK Puchong Jaya di Selangor semasa Aidiladha minggu lepas tidak pernah dibenarkan oleh pihak kementerian.

Kamalanathan, dalam usaha untuk meredakan bantahan bukan Islam berhubung perkara itu, berkata sekolah tersebut tidak memaklumkan kepada kementerian rancangannya itu, jika tidak mereka akan dinasihatkan supaya mengadakannya di sebuah surau berdekatan.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu mengelak soalan media mengenai sama ada kementerian bercadang untuk mengeluarkan surat pekeliling untuk mengingatkan sekolah mengenai perkara itu, dengan berkata "tidak perlu" untuk itu.

"Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini berhenti bercakap tentang agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit".

 "Hormat sedikit," tambah Irwan.

'Tumbangkan Kamalanathan'
Beberapa ibubapa bukan Islam mengadu bahawa tindakan sekolah tersebut sebagai tidak sensitif dan tidak sesuai untuk para pelajar.

Penganut agama Hindu dan Buddha menganggap lembu sebagai haiwan suci.

Sementara itu, Irwan memberi amaran kepada Kamalanathan (kiri) bahawa dia harus menarik balik kenyataannya atau ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kepimpinan Wira juga menggesa orang-orang seperti ini kita tumbangkan pada PRU yang akan datang.

"Kena ingat kawasan anda mempunyai ramai orang melayu, jika tidak menarik balik, kita tunggu PRU yang akan datang," kata Irwan.

Bajet JPM melonjak ke paras paling tinggi

Posted: 26 Oct 2013 03:12 AM PDT

 

 

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mengekang defisit negara, namun belanjawan jabatannya sendiri telah melonjak ke paras tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, anggaran bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun depan berjumlah RM16.45 bilion, dengan perbelanjaan operasi RM5.86 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM10.58 bilion.

putrajaya aerial view 02 201106Jumlah itu adalah peruntukan tertinggi kepada JPM, dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu bajet RM15.62 bilion pada 2011.

Perbelanjaan JPM pada tahun-tahun sebelumnya ialah RM6.91 bilion (2008), RM10.19 bilion ( 2009), RM11.88 bilion (2010), RM15.62 (2011 ), dan RM13.721 bilion (2012).

Peruntukan bajet 2014 bermakna JPM telah, buat kali pertamanya dalam tempoh tiga tahun, mengatasi kementerian pertahanan  dengan bajet 2014 sebanyak RM16.1 bilion.

Bajet bagi kementerian pendidikan bagi 2014 ialah RM54.6 bilion, manakala kementerian kesihatan di tempat kedua dengan RM22.16 bilion.

Antara perkara yang mengambil sebahagian besar bajet JPM adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( RM779 juta), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (RM631 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( RM367 juta).

Ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, Najib berkata negara mensasarkan untuk terus mengurangkan defisit daripada 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) tahun ini kepada 3.5 peratus tahun depan

Perempuan simpanan tauke dadah

Posted: 26 Oct 2013 03:10 AM PDT

Perempuan simpanan tauke dadah  
 
Ibu tunggal 23 tahun yang ditahan kerana disyaki memiliki pil kuda dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.

DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah.

Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.

Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah.

"Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal.

"Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara.

"Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?" katanya.

Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan.

Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu.

"Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila.

"Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini," katanya.

Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Bajet 2014 : Belanjawan orang kaya, yang miskin papa kedana

Posted: 26 Oct 2013 03:05 AM PDT


gst

KENYATAAN MEDIA


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.

Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia – sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara – negara tersebut.

Bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST. Dengan adanya cukai ini,
beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat.

Majoriti rakyat tidak akan dapat memanfaatkan GST dengan penjimatan ataupun pelaburan seperti golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Ini akan mewujudkan jurang yang lebih nyata dan menyebabkan ketidakadilan sosial yang lebih berpanjangan.

Jika belanjawan tahun lalu adalah belanjawan rakyat disebabkan pilihanraya bulan Mei lalu, maka yang ini merupakan belanjawan orang kaya kerana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan ia sudah tidak lagi terhutang budi kepada rakyat.

Mereka lewatkan GST kerana mereka tahu rakyat akan membantah dan kini selepas pilihan raya mereka melaksanakannya. Maka Belanjawan 2014 ini hanya akan melebarkan kesenjangan ekonomi rakyat. Jurang kaya – miskin, gini – coefficient rakyat akan terus meluas.

Selain itu, saya meramalkan tekanan inflasi yang bakal menimbun serta kos sara hidup yang kian meningkat.
Dorongan untuk memacu sektor pelancongan, dengan membina lebih banyak hotel bertaraf lima bintang dan bersaing dengan dunia untuk memiliki bandar terhebat tidak memberi kelebihan dan kemakmuran kepada rakyat.

Di mana usaha Kerajaan untuk merendahkan kos pengangkutan atau memperbaiki pengangkutan awam ? Tidak ada disebut tentang perumahan mampu milik. Malah program kesihatan rakyat terus diabaikan.

Meskipun peruntukan yang diumumkan amat substansial, namun yang masih menjadi permasalahan adalah pengagihan dan penggunaan dana tersebut. Perbelanjaan negara tahun lalu tentang latihan Bahasa Inggeris sahaja sudah cukup menjadi contoh bagaimana pembaziran berlaku.

Dana keusahawanan melalui pinjaman mudah bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan hanya akan menjurus kepada nilai hutang yang semakin memuncak.

Apa yang diperlukan oleh graduan – graduan ini adalah kemahiran 'soft skill' dan lebih banyak latihan kemahiran dan teknikal untuk meningkatkan kebolehan mereka diambil bekerja, bukan hutang yang lebih banyak.

Cadangan untuk memberi dana kepada pelajar lepasan SPM untuk latihan kemahiran adalah baik dari segi prinsip, akan tetapi yang lebih signifikan adalah soal pelaksanaan serta pengkhususan di lapangan.

Kita semua setuju bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan, tetapi memeras lebih banyak wang daripada rakyat bukanlah caranya.

Masalah asas adalah soal ketirisan, pembaziran dan rasuah. Dengan menangani masalah ini secara tidak komprehensif, kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak akan berkesudahan. Masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan hanya mengutip cukai sebanyaknya.

MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden PKR

BN gagal tepati Aku Janji tambah BRIM sehingga RM1,200

Posted: 26 Oct 2013 03:03 AM PDT


s


SHAH ALAM  : Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Pada Februari lalu – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000," kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Menurut pendapat di laman Facebook, Zulkifli Hasan berkata, setelah meneliti bajet 2014, analisis pakar ekonomi dan Aku Janji BN, terfikir adakah perlu ditubuhkan pasukan peguam untuk menyaman kerajaan pusat kerana tidak menunaikan Aku janji.

"Kerajaan Selangor di bawa ke mahkamah kerana didakwa gagal menunaikan manifesto. Kenapa tidak kerajaan pusat," katanya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan

Pegawai urus hal ehwal Mualaf di setiap masjid

Posted: 26 Oct 2013 03:01 AM PDT


mualaf 1


SHAH ALAM  : Seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal Mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid di negeri itu pada tahun hadapan dengan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara RM30 juta – RM40 juta setahun.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata setiap daerah akan mempunyai peruntukan kira-kira RM6 juta setahun diharap agar golongan itu terus mendapat bimbingan dan program secara berterusan.

mualaf 2

Katanya, sebelum ini hanya seorang pegawai mengurus hal ehwal mualaf untuk setiap daerah yang perlu menguruskan peruntukan kira-kira RM6 juta.

"Ianya bukan soal kewangan tetapi berkenaan keberkesanan program yang dijalankan dan ia nanti diharap menjadi kekuatan untuk mengkoordinasi antara Mualaf bagi menjinakkan hati mereka lebih mendekati ajaran Islam," kata beliau.

Sallehen berkata demikian semasa perasmian Program Multaqa Masjid 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Seramai 400 pemuda wakil dari masjid-masjid seluruh daerah hadir dalam program yang bertujuan memupuk kecenderungan golongan belia agar mencintai masjid.

Kata Sallehen, beliau berharap peranan Masjid dipertingkatkan dengan merancakkan aktiviti agar menjadi pemangkin kepada kemajuan ilmu dan dapat menarik pelbagai peringkat masyarakat.

"Kita harap masjid-masjid di negeri Selangor menjadi naungan untuk mereka yang cintakan kepada ilmu," kata beliau.

Katanya, golongan muda perlu proaktif melaksanakan program pengimarahan masjid dengan kreatif menggunakan pelbagai strategi dakwah supaya lebih ramai masyarakat menyertai program yang dianjurkan.

"Kita mahu masjid menjadi pusat komuniti masyarakat yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti Wifi dan dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti masyarakat.

"Diharap para belia juga memainkan peranan penting untuk menarik golongan belia yang lain," kata beliau

RM20 juta perbaiki asrama Unisel, siap Jun 2014

Posted: 26 Oct 2013 02:58 AM PDT


asrama-unisel-bestari-jaya


BESTARI JAYA  : Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta bagi tujuan penambahbaikan asrama Universiti Selangor (Unisel) dan dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun hadapan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri komited membaikpulih bangunan asrama yang tidak boleh digunakan lagi itu bagi tujuan kemudahan infrastruktur pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan.

"Blok bangunan itu sudah tidak boleh pakai dan kita akan adakan program penambahbaikan 'Repairs and Maintenance' dan peruntukan diberikan kepada pihak universiti untuk bergerak pada pembaikan," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Unisel Ke Lapan di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya di sini.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad.

Seramai 2,003 graduan bakal memperolehi ijazah masing-masing termasuk tujuh orang menerima ijazah kedoktoran falsafah dan profesional.

Manakala 34 orang menerima ijazah sarjana dan 1,024 orang menerima ijazah sarjana muda dan 937 orang menerima diploma.

Sementara itu, Abdul Khalid di dalam ucapannya berkata masyarakat diharap tidak beranggapan bahawa graduan Unisel sebagai 'graduan pasang siap' iaitu kemampuannya terbatas.

"Saya mahu dan bahkan seluruh rakyat Selangor mahu, bahawa Unisel ini sebenarnya sentiasa mengeluarkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran berfikir, budiman, pencinta ilmu dan berperibadi mulia.

"Kesepaduan jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah kriteria penting untuk menjadi graduan cemerlang," ujarnya.

Abdul Khalid berkata, Unisel sehingga kini mampu mengekalkan status sebagai antara graduan yang tertinggi memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Bajet jerat golongan pendapatan rendah

Posted: 26 Oct 2013 02:55 AM PDT

Azmin Ali 
 Azmin Ali

KUALA LUMPUR - Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan menjerat golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, pengumuman pelaksanaan GST dalam Bajet 2014 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PR.

"Pengenalan cukai GST ini pasti membebankan golongan berpendapatan rendah, iaitu kalau ada hujah yang mengatakan GST ini memacukan pelaburan dan simpanan, saya tidak nampak asasnya perkara ini, tetapi mungkin ia lebih sesuai untuk golongan kaya kerana pendapatan mereka lebih besar.

"Jadi mereka boleh peruntukan dan boleh bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tapi tidak untuk mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bajet selepas pilihan raya menambah beban rakyat berbanding Bajet 2013 yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

"Ini adalah belanjawan pasca pilihan raya dan sebab itu kita tidak nampak sebarang imbuhan untuk memancing undi. Tetapi merupakan bajet orang kaya dan menekan berpendapatan rendah.

"Apabila berbicara soal miskin bukan kita berbicara miskin tegar dan keperluan isi rumah, tapi dengan adanya GST ini ia akan memberi beban termasuk mereka yang baru berkahwin, baru dapat kerja dan mereka yang ada ramai anak," katanya.
Artikel Berkaitan

Tragedi Cameron: Unit penyelam diturunkan

Posted: 26 Oct 2013 02:53 AM PDT

SINAR HARIAN
Tragedi Cameron  
 
Anggota dari Unit K-9 Polis menggunakan anjing pengesan 'German Shepher' ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang akibat banjir kilat yang melanda awal pagi kelmarin di Lembah Bertam di Cameron Highland, semalam. - Foto Bernama

CAMERON HIGHLANDS - Usaha mencari dan menyelamat seorang warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam di sini, diteruskan hari ini termasuk melibatkan sepasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota itu akan melakukan selaman di tiga kawasan iaitu di Empangan Salini, Jeram Kampung Manson ke Kampung Susu dan di Jeram Kampung Susu ke Kampung Salini.
  
"Pihak berkuasa turut memperluas kawasan mencari di empat zon sepanjang 20km menyusuri Sungai Bertam. Unit anjing pengesan dan jentera berat turut digunakan dalam usaha itu," katanya kepada pemberita mengenai usaha mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini.
  
Selain pasukan penyelam, ia turut melibatkan 11 pegawai dan 86 anggota keselamatan.
  
Wan Mohd Zahari berkata, usaha mencari akan diteruskan sehingga 7 malam, jika tiada sebarang halangan seperti cuaca buruk.
  
Selain mangsa yang hilang, kejadian banjir lumpur yang berlaku kira-kira 1 pagi Rabu lalu itu, turut mengorbankan tiga nyawa selain memusnahkan puluhan rumah dan kenderaan.  - Bernama
Artikel Berkaitan

Strategi kurangkan pengaruh Muhkriz

Posted: 26 Oct 2013 02:47 AM PDT

SINAR HARIAN

Pas   
 
Parti PAS 

YAN - Tatkala kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau memasuki hari keempat, jentera Pas dilihat lebih fokus kepada usaha mengurangkan kredibiliti Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
  
Kalangan penganalisis politik berpendapat Pas mula merencanakan strategi bagi mengurangkan pengaruh politik Mukhriz pada PRK ini yang melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas Mohamad Azam Abd Samat.
 
Ini termasuk membangkitkan isu kononnya Mukhriz ditolak oleh anggota Umno sendiri ekoran kegagalan beliau merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti yang lepas, di samping mendakwa Menteri Besar itu masih dibayangi bapanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Menurut mereka, Pas kelihatan gusar dengan gaya kepimpinan Mukhriz yang lebih mesra rakyat sekali gus mencerminkan personaliti yang hampir sama dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dari Pas yang merupakan penyandang kerusi DDun Sungai Limau sejak pilihan raya umum (PRU) 1995.
  
"Sifat yang mesra kepada rakyat adalah antara faktor mengapa Azizan begitu disenangi pihak kawan mahupun lawan. Dan Mukhriz bukannya cuba mengikut gaya Azizan kerana itu memang keperibadian dia sendiri," kata penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Nasrudin Mohamed kepada Bernama.

Nasrudin berkata Pas dilihat akan memanfaatkan sebaiknya peluang ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada mereka apatah lagi parti itu sedang mengalami penurunan populariti apabila negeri ini jatuh kembali ke tangan BN.
 
Katanya, kedua-dua pihak sedar kemenangan ke atas kerusi Dun Sungai Limau tidak dapat mengubah fakta bahawa Kedah akan terus dipimpin oleh BN ekoran kedudukan semasa ialah BN menguasai 21 kerusi dan pakatan pembangkang 14 kerusi.
  
Namun, beliau berpendapat PRK ini adalah peluang terbaik bagi Pas untuk memastikan Mukhriz tewas dalam usahanya pertama kali memimpin jentera BN sebagai Menteri Besar di samping memperoleh semula keyakinan rakyat kepada Pas.
  
"Apatah lagi dengan cara Mukhriz yang lebih gemar turun berjumpa dengan rakyat tempatan bagi mendengar permasalahan mereka, berkampung bersama dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan, khususnya di Dun Sungai Limau.
  
"Kerana bagi mereka Mukhriz merupakan pemimpin generasi baharu BN yang dilihat mampu memimpin Kedah untuk jangka masa melebihi satu penggal seandainya tiada usaha dilakukan untuk menjatuhkan beliau," katanya.

Oleh itu, menurut Nasrudin, Pas dan pakatan parti pembangkang akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan kredibiliti Mukhriz menurun ekoran popularitinya semakin meningkat dalam kalangan rakyat tempatan.
  
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Faisol Keling yang sependapat dengan Nasrudin berkata Pas sedang mengalami dilema untuk memastikan calon pilihan mereka sama taraf atau lebih baik daripada Allahyarham Azizan sendiri.
  
"Antara masalah yang dihadapi jentera Pas ialah untuk meyakinkan rakyat setempat bahawa mereka boleh gantikan tempat Ustaz Azizan.
  
"Ini mungkin dari segi ketandusan isu untuk diketengahkan...malah kekalahan pada pilihan raya umum baru-baru ini menjadi satu beban kepada mereka untuk mencari jalan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka," katanya.
  
Mohd Faisol berkata, jika Pas terlalu mengkhususkan usaha kepada menjatuhkan Mukhriz, ini boleh mengakibatkan masyarakat Dun Sungai Limau curiga terhadap keikhlasan mereka kerana isu kebajikan rakyat yang harus menjadi keutamaan di dalam berkempen.
  
"Inilah antara perkara yang perlu rakyat, khususnya penduduk Sungai Limau nilai dari segi keikhlasan, meletakkan kepentingan masyarakat melebihi agenda politik berkepentingan," katanya.
  
Pengundian PRK Dun Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov ini bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Azizan pada 26 September lepas. - Bernama

2 peniaga cuba sorok gula ditahan

Posted: 26 Oct 2013 02:44 AM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Hasan Malek
Datuk Hasan Malek

YAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan dua peniaga yang cuba menyorok gula di premis perniagaan mereka di Putrajaya malam tadi.
  
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, mereka ditahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Peruncitan 2011 kerana menyorok gula dengan niat untuk menjual pada harga yang tinggi.
  
Mereka cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tinggi berikutan pengumuman pemansuhan subsidi gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, katanya kepada pemberita pada program "Jom Check Motor" di Taman Mahsuri, Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
  
Gula yang sebelum ini berharga RM2.50 sekilo naik sebanyak 34 sen berkuatkuasa hari ini berikutan penarikan balik subsidi oleh kerajaan.
  
Hasan berkata dengan penjimatan sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta pada tahun depan berikutan penarikan subsidi gula itu, kerajaan dapat menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, termasuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ditanya mengenai kemungkinan kenaikan harga kuih dan produk berasaskan gula di pasaran, katanya pengusaha makanan perlu mengurangkan penggunaan gula dalam makanan, yang akan dapat membantu kerajaan merealisasikan hasrat mengurangkan kadar kematian disebabkan diabetes.
  
Katanya peniaga makanan tidak boleh menaikkan harga sesuka hati. - Bernama

[GEMPAR] Di Perak Ada Ikan Bermulut Buaya

Posted: 26 Oct 2013 02:37 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
 
Gunung Semanggol - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya.

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

"Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.

"Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya," katanya ketika ditemui media, semalam.

Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya.

"Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.

"Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini," katanya.

Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies 'Alligator Gar' iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia.

"Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri," katanya. -SH

ULASAN GB

Sesungguhnya di dalam setiap kejadian Allah itu, taida satu pun yang sia-sia.

PRK Sungai Limau: Macai UMNO Kantoi Memfitnah Calon PAS

Posted: 26 Oct 2013 02:34 AM PDT


Isteri Azizan nafi dakwaan blog
 
KRLAB GREENBOC


ALOR SETAR - Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat diakui mempunyai pertalian saudara bau-bau bacang dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah ketika dihubungi, semalam.

Faekah berkata, hubungan kekeluargaan antara Azizan dan Mohd Azam adalah pada sebelah moyang yang merupakan sepupu.

"Sepupu Azizan yang juga anak kepada Tok Ndak Nab (Zainab) di Sungai Limau mengesahkan hubungan itu. Tok Ndak Nab dan bekas Adun Sungai Limau, Ahmad Awang adalah dua beradik, di mana Ahmad adalah bapa saudara Azizan," katanya.

Menurutnya, pertalian itu wujud di sebelah keluarga lelaki moyang Azizan dengan moyang Mohd Azam.

"Hanya Azizan yang menetap di Sungai Limau selepas aktif dalam politik, tidak dinafikan Azizan mempunyai ramai saudara mara di situ," katanya.

Faekah berkata, Mohd Azam adalah seorang pemimpin yang baik dan beliau sering berada di pejabat Pas kawasan Jerai ketika aktif bersama Pemuda Pas.

"Sejak Mohd Azam belum berkahwin, dia memang rapat dengan Azizan. Saya dan ahli keluarga tidak pernah keluarkan kenyataan dakwa Mohd Azam berbohong mengenai perkara itu," katanya.

Sejak kelmarin, beberapa blog tempatan mendakwa Mohd Azam berbohong kerana tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Azizan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan adik beradik Allahyarham, sebaliknya dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Mohd Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, yang pernah berseteru dengan Azizan ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar Kedah. Justeru, Mohd Azam dikaitkan dengan golongan pemberontak dan musuh politik Azizan apabila ada hubungan dengan Phahrolrazi.

Phahrolrazi ketika dihubungi, tidak menafikan wujud pertalian kekeluargaan dengan Mohd Azam, namun menyangkal dakwaan Mohd Azam adalah kroni beliau untuk menentang Azizan dalam diam.

"Saya dan Mohd Azam tidak rapat berikutan jarak usia. Kami adalah dua sepupu. Ingin saya tegaskan pemilihan beliau sebagai calon tiada kaitan dengan saya, termasuk dakwaan terbabit," katanya.

Menurutnya, Mohd Azam tidak perlu mengambil aura beliau mahupun Azizan untuk membina karier politiknya, sebaliknya berdikari dengan kemampuan sendiri.

"Datuk Mohd Azam, iaitu Haji Abdul Hamid Ibrahim adalah adik kepada Tok Guru Haji Aziz di Pendang. Haji Aziz adalah datuk saya," katanya. -SH

Bajet mungkir janji, ramai menyesal mengundi BN

Posted: 25 Oct 2013 10:29 PM PDT



Oleh Shahbudin Husin


Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.

Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.

Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6% berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.

Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.

Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.

Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis - suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar. Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.

Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihan raya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?

Dalam hal ini, benarlah kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat, berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan harga barang.

Janji yang paling ketara dimungkiri oleh Najib ialah mahu menaikkan nilai BR1M daripada RM500 kepada RM1200 yang dibuat dalam pilihan raya lalu. Dengan wajah selamba dan seolah-olah tidak merasa berdosa kerana memungkiri janji kepada rakyat, Najib hanya mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM150 sahaja kepada RM650.

Dengan kenaikan sebanyak RM150 setahun tetapi dalam masa yang sama GST dikuatkuasakan, harga gula dinaikkan yang akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut meningkat dan jika dicampur dengan kesan kenaikan minyak sebanyak 20 sen sebelum ini, tiada lebihan apa-apa yang dinikmati oleh rakyat yang menerima BR1M itu. Bahkan duit mereka sudah pun disedut terlebih dahulu sebelum kenaikan RM150 itu diberikan.

Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini. Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan.

Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihan raya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata kerana bonus yang diberi hanya setengah bulan saja sedangkan tuntutan Cuepacs mahukan dua bulan. Dalam keadaan harga barang makin meningkat sekarang ini, apalah yang boleh dibuat dengan bonus setengah bulan atau minima RM500 itu.

Kegagalan Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam pilihan raya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.

Ramai yang berkata, jika PR yang menang dalam pilihan raya lalu, bukan saja tiada GST tetapi juga dapat menikmati penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam dan juga harga kereta yang lebih murah lagi.

Bajet kali ini bukan saja menyebabkan kehidupan rakyat bawahan bertambah parah menjelang bajet seterusnya pada tahun hadapan atau sehingga pilihan raya akan datang, tetapi juga akan terus berpanjangan seusia kehidupan sekiranya perubahan kerajaan tidak dijadikan kenyataan. – shahbudindotcom

Bajet 2014: Anak muda jatuh, ditimpa tangga dan terhantuk kepala

Posted: 25 Oct 2013 10:27 PM PDT



Oleh Steven Sim


Bajet 2014 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak nampaknya tiada berita baik untuk anak muda Malaysia. Trilema anak muda tiada penyelesaian
Sebelum ini, saya telah membangkitkan bahawa anak muda di Malaysia kini menghadapi tri-lema:

1) Kadar pengangguran anak muda yang tinggi pada 10.3% dan penganggur yang paling ramai adalah daripada golongan berumur 20-24 tahun pada 40% daripada jumlah penganggur.

2) Kadar underemployment yang serius pada 15.1%; termasuk gaji rendah, 82.5% anak muda berumur 30 ke bawah mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

3) Kadar brain drain yang tinggi, 2 dalam 10 orang siswazah berhijrah ke negara-negara OECD dan Singapura.

Keadaan ini bertambah teruk dengan masalah hutang di kalangan anak muda di mana 47% daripada anak muda terpaksa menghabiskan 30% dan lebih gaji bulanan mereka untuk membayar hutang.

Bajet 2014 ulang lagu lama untuk anak muda

Bajet 2014 ini tidak mempunyai strategi khusus menyelesaikan masalah sosioekonomi anak muda terutamanya dalam soal pekerjaan dan hutang selain mengulangi program-program latihan semula yang dilaksanakan sebelum ini. Jika program sebegini berkesan maka sudah tentu tidak wujud trilema di atas.

Lima sebab mengapa Bajet 2014 merugikan anak muda

Bukan sahaja Bajet 2014 tiada strategi khusus untuk menanangi tri-lema anak muda, malah anak muda bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga dan kemudian terhantuk kepala.

Pertama, dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% maka, anak mudalah yang akan terbeban dengan teruk kerana mereka merupakan golongan sasaran budaya konsumerisme.

Kedua, 82.5% anak muda bergaji RM3000 ke bawah, mereka tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini. Justeru, pengumuman perluasan kurungan cukai di mana mereka yang bergaji RM4000 sebulan tidak perlu lagi membayar cukai langsung tidak membawa apa-apa manfaat baru kepada majoriti anak muda.

Ketiga, melalui GST, majoriti anak muda yang dahulunya tidak perlu membayar cukai pendapatan kini dijangka terpaksa membayar cukai baru sekurang-kurangnya RM660 (andaian bergaji lebih kurang RM2500 sebulan) dan mungkin mencecah RM1000 setahun. Pembayaran BR1M walaupun ditingkatkan hanyalah bagai masuk poket kanan, keluar poket kiri dan dijangka yang keluar akan lebih daripada yang masuk.

Keempat, pemansuhan subsidi gula bermakna anak muda yang sudah jatuh akibat trilema di atas, kini ditimpa tangga GST dan kemudian kepala pula terhantuk kenaikan harga makanan dan minuman.

Kelima, bagi anak muda Sabah dan Sarawak, perlaksanaan GST, pemansuhan subsidi dan ditambah dengan dasar kabotaj bermakna bukan sahaja harga barangan akan naik lebih tinggi berbanding di Semanjung, malah kos pengangkutan termasuk kapal terbang akan meningkat. Ini merupakan beban baru kepada penduduk Sabah dan Sarawak yang rata-rata bergantung kepada perkhidmatan kapal terbang untuk aktiviti sosioekonomi.

Anak muda mangsa Bajet 2014

Jelas, Bajet 2014 adalah berita sedih kepada anak muda Malaysia. Kami bakal menjadi mangsa kepada kerajaan pusat yang terpaksa melaksanakan dasar-dasar ikat perut (austerity) akibat kepincangan pentadbiran dan rasuah yang berleluasa selama ini.

*Steven Sim Chee Keong adalah ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Malaysia dan juga Setiausaha Publisiti Negeri, DAPSY Pulau Pinang.

Terpaksa pecahkan tingkap selamatkan keluarga

Posted: 25 Oct 2013 10:18 PM PDT

 


 

Ketika air banjir menenggelami Lembah Bertam, seorang mekanik motosikal berusia 19 tahun itu berkata, dia dan bapanya terpaksa memecahkan tingkap dan jeriji untuk menyelamatkan anggota keluarganya.

NONEMohd Shaifi Jamil berkata 20 minit sebelum siren amaran pertama dibunyikan pada waktu tengah malam, rakannya yang bapanya

bekerja di Tenaga Nasional Berhad ( TNB), telah menghubunginya untuk memberi amaran kepadanya mengenai kedatangan banjir tersebut.

Siren itu merupakan amaran bahawa Empangan Sultan Abu Bakar akan membuka pintu banjir untuk menyalur keluar lebihan air takungannya.

Ketika bersiap untuk menghadapi banjir tersebut pada kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, Mohd Shaifi mendapati ibunya dan kakak kembarnya terperangkap dalam air banjir yang naik secara mendadak.

"Air banjir belum sampai dan saya sedang tolak motosikal (ke kawasan yang lebih tinggi ), dan tiba-tiba ia datang. Saya panik kerana ibu saya masih di dalam ( rumah).

"Saya cuba buka pintu, tetapi tidak boleh buka (kerana tekanan air). Saya buka tingkap dan ternampak ibu saya tiada apa-apa kecuali air telah naik hingga mencecah dadanya," katanya.

Menurutnya, dia dan bapanya cuba memecahkan tingkap dan akhirnya mereka berjaya, dan terus membawa keluar ibu dan adik saya ke tempat selamat.

NONEBapanya tinggal berasingan di hadapan rumah mereka.

Rumah mereka kemudian hampir ditenggelami air banjir, kata Mohd

Shafie sambil menuding ke arah tingkap tersebut ketika ditemui Malaysiakini.

Rumah Mohd Shaifi terletak di tebing sungai dan mereka sudah biasa dengan banjir di situ.

Katanya, dia tidak menjangka air naik begitu cepat atau sedalam itu berbanding dengan banjir pada tahun-tahun sebelumnya. Biasanya paling teruk pun, paras air mencecah paras paha.


 |
 
 
 
 
 
 
 
 

Jamil Khir sifatkan ziarah PAS lawatan politik

Posted: 25 Oct 2013 10:15 PM PDT



Tindakan PAS menziarahi Baharom Ramli - ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom - yang menghidap sakit angin ahmar sejak tiga tahun, disifatkan menteri itu sebagai satu 'lawatan politik'.

Beliau bagaimanapun 'berterima kasih' kepada PAS atas kunjungan yang dibuat dua hari lalu ke rumah ibu-bapanya di Kampung Ulu Sedaka, Yan.

"Terima kasihlah pi (pergi). Terima kasih atas lawatan politik," kata Jamil Khir ringkas kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kunjungan itu yang dilakukan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat itu dua hari lalu.

Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan berbuat demikian dalam sidang media.

Mahfuz sebelum ini dipetik sebagai berkata yang ayah Jamil Khir berjanji kepadanya untuk mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil ini kerana beliau didakwa merupakan ahli PAS dan membayar yuran keahlian setiap tahun.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam reaksinya semalam kesal PAS menggunakan lawatan itu untuk memperolehi kelebihan politik apabila berita tentang lawatan itu dimuat naik pada masa lawatan itu berlangsung.

Menurutnya, ia berbeza dengan BN yang turut mengunjungi balu almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak tetapi tidak pula menghebahkanya seperti PAS.

Pakatan: Mana janji BR1M RM1,000 dulu?

Posted: 25 Oct 2013 10:12 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000," kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
NONESaya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.

Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.

GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.

Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP
Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.

Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.
Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.

Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.

Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS
GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?

Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:
Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.

Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali.

Tiada ulasan: